"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, April 21, 2009

Perpaduan Melayu Bukan Sebab PAS Ditubuhkan - malaysiakini

Benar sama sekali. PAS harus dibersihkan sama sekali dari pengaruh UMNO. Itu adalah satu kewajipan kepada PAS sekiranya PAS mahu melindungi kemurnian serta kesucian perjuangan Islam yang PAS dokong selama ini.

UMNO bukan parti Islam. UMNO adalah musuh Islam. UMNO memusuhi Islam semenjak penubuhan UMNO 1946. Dan, yang menyedihkan adalah UMNO mengaku sebagai orang Islam tetapi tidak putus2 memusuhi Islam.

UMNO wujud untuk menjaga kepentingan elit Melayu yang digelar UMNOPUTRA. Pada mulanya UMNOPUTRA adalah terdiri dari golongan kerabat raja dan juga pegawai2 kerajaan British. Sekarang ini, UMNOPUTRA masih lagi terdiri dari golongan ini tetapi ditambah dengan kumpulan kepimpinan2 UMNO di berbagai peringkat.

Mereka inilah yang hendak dijaga kebajikan dan kekayaan mereka oleh UMNO. Dan majoriti golongan ini adalah mereka yang tidak menyukai pemerintahan serta perundangan Islam. Mustahil kiranya mereka ini akan menyokong perlaksanaan Syariat dan hukum Islam.

Saya nak tanya, sekiranya UMNO mengisytiharkan mereka menyokong perlaksanaan syariat Islam, siapakan di Malaysia ini yang bisa menghalangnya? DAP sendiri akan menarik balik bangkangan mereka terhadap hukum ini kerana di kala itu, MCA sendiri terpaksa menarik balik bangkangan mereka juga.

Tetapi kita soal, apakah yang menghalang UMNO menyokong perlaksaan hukum syariah Islam di MAlaysia?

Ketuanan Melayu Untuk Mengkayakan Kroni dan UMNOPUTRA

Sewaktu demam muzakarah melanda PAS sejurus selepas PRU 2008, alasan perpaduan dan ketuanan Melayu digunakan dengan meluas.

Hakikatnya, kempen ketuanan Melayu ini kita lihat begitu giat apabila Dr Mahathir mahu memulakan projek Penswastaan beliau. Ini kerana sewaktu proses penswastaan, segala harta dan kekayaan negara akan diberikan kepada kroni dan UMNOPUTRA.

Misal yang paling utama dan masih wujud sekarang ini adalah IPP atau "Independent Power Producer". Rakyat Malaysia terpaksa memnbayar bil elektrik yang semakin meninggi kerana kroni-kroni yang mendapat laba dari "penswastaan" ini mendapat wang mudah kerana TNB wajib membayar kepada IPP ini walaupun TNB tidak mempunyai sebab untuk membeli tenaga elektrik.

Apabila "penswastaan" sebegini dipersoalkan oleh mereka yang berhati perut dan tidak rela kekayaan negara diperlakukan sebegitu rupa, maka alasan "Perpaduan Melayu" mula dilayangkan. Ini bertujuan memberi gambaran buruk kepada orang-orang Melayu yang mempersoalkan pimpinan orang Melayu yang menyeleweng ini.

Kepada orang bukan Islam yang mempersoalkan tindakan seperti ini, maka alasan ketuanan melayu digunakan untuk menghalang mereka ini dari mempersoalkan penyelewengan ini.

Dengan kata lain, Ketuanan Melayu dan Perpaduan Melayu adalah alasan yang digunakan untuk menyorok tindakan UMNO merompak dan mencuri harta rakyat ke dalam kantung-kantung dan poket-poket mereka.

PAS Tidak Seharusnya Mengambil Idea Perpaduan Melayu Ini

Oleh sebab itu, PAS harus dibersihkan sama sekali dari idea ketuanan Melayu ini. Saya tahu, motivasi di belakang idea Kerajaan Perpaduan/Muzakarah dahulu adalah untuk mempertahankan ketuanan serta perpaduan Melayu.

Apakah hebatnya perpaduan Melayu sekiranya 60% dari keluarga MElayu hanya mampu mendapat pendapatan purata RM3500 sebulan. Itupun sekiranya suami isteri bekerja.

Sedangkan sewaktu Anwar Ibrahim dipecat, Daim Zainuddin telah menggunakan wang rakyat berjumlah berbillion2 ringgit untuk menyelamatkan kroni dan kepentingan perniagaan beliau.

Inikah jenis perpaduan Melayu yang sesetengah orang dalam PAS hendak terapkan dalam PAS? Atas sebab inikah PAS hendak dibawa masuk ke dalam BN?

Saya ada dapat maklumat dari seorang pembaca dari PAS Kawasan Subang:

"Dalam pertandingan di Kawasan Subang semalam, menantu kepada Tuan Guru Presiden bernama Ustaz Zaharuddin bin Mohd Said terpaksa menarik diri dari bertanding YDP Kawasan walaupun sudah 6 bulan memangku jawatan YDP Kawasan.

Perasmi kepada Mesyuarat Agung tersebut adalah Ustaz Harun Taib. Seolah seperti geng Terengganu dan geng Kerajaan Perpaduan hendak mengambil alih kepimpinan PAS Subang ini. Diharapkan perasmian oleh Ustaz Harun Taib dapat memberi "magik" yang diperlukan untuk menjayakan perancangan ini.

Tapi segala usaha tersebut mengarah kepada kegagalan. Oleh kerana terlihat betapa semaraknya kemarahan dan penolakan ahli PAS terhadap kerajaan perpaduan ini, menantu kepada Tuan Guru telah menarik diri dari bertanding.

Boleh dikatakan kawasan Subang bersih dari anasir-anasir yang pro kepada idea Muqabalah/kerajaan perpaduan ini sama sekali.
Inshaalah, mereka akan mencalonkan Husam Musa sebagai Timbalan Presiden dan Nizar sebagai Naib Presiden

Nak dijadikan cerita, punyalah benci ahli PAS kepada idea muqabalah/kerajaan perpaduan sehingga menantu Tuan Guru pun ditolak ahli.

(Pemberi maklumat dari Kawasan Subang)

-MALAYSIAN WAVES

13 comments:

Anonymous said...

teringat aku lagu mat sentul 2x5=10
5x2=10................sama aaajer!!!!

-thethinker- said...

bila ameno keris karat dah melarat , baru depa kecoh pasai melayu bersatu , bila depa tengah kaya bahagi harta rompakan , tak pernah pulak depa fikir melayu yg merempat .

hampir setengah abad , barulah laa ni PAS dpt kedudukan yg agak selesa dan kepercayaan masyarakat berbilang kaum , usah kerana keuntungan jangka pendek , perjuangan digadaikan..

kalu betui depa nakkan perpaduan melayu , marilah sama sama sokong PAS , awat kena sokong ameno keris karat ?

Abu said...

salam bro TPu

buley x bro buat pendedahan skit mengenai artikel ni

http://manjongmari.blogspot.com/2009/04/hadiah-rm1000000.html

Anonymous said...

betul ke maklumat ni bro TP. Kerajaan perpaduan ini adalah untuk rakyat bukan kepentingan peribadi Presiden PAS. Cuma fahami dasar kerajaan Perpaduan dan jangan terlampau banyak berpolitik sampaikan perkara asas pun seperti ekonomi diabaikan.Bila ekonomi pulih boleh kita sambung balik menyerang UBN. Kan kita berjuang untuk rakyat kalau rakyat menderita apasalahnya menerima kerajaan Perpaduan untuk sementara waktu. Memang rakyat menderita bawah UBN tapi mungkin kita tak nampak apa yg Presiden PAS nampak.

Anonymous said...

itu lah masalahnya bila puak2 umno masuk pas...fahaman umno pun nak di bawaknya kedlam pas.....blahhh lah lu ustaz pas(UMNO).....sebelum dicalon kan seseorg tu pastikan sifat agama beliau....itu yg penting....kemudian perwatakan serta......pekerjaan dan selebihnya last2 lah.....ni baru jadi ahli pas 3 tahun dh heboh nak jadi pemimpin.....blahhh lah lu........perarakan bersih....dan reformasi pun tak pernah join...penakut.....blahhhhhhhh lahhh...nak pangkatttttttt...

Anonymous said...

maklumat 100% butui...
-thethinker-,
Gue sokong lu....

Anonymous said...

Ape ke benda ni??? perkukuhkan pakatan rakyat semuanya baik tiada cacatnya, kerajaan perpaduan semuanya cacat tiada baiknya! Mainan puak2 mana ni???

madkrie said...

Kalau baca tulisan ini tajuk awal OK lah aku sokong tapi tajuk yang kedua tu aku tak berapa respek sikitlah kat penulis.
Kalau PAS Subang takleh terima idea TGHA ikut suka dia orang la.Jangan menghasut ahli lain untuk menerima idea ini dan seterusnya menolak TGHA.
Sampai menantu dia pun nak dipersenda aku rasa hang pa(bahasa Kedah) bukan ahli PAS yang sejati.Aku rasa PAS Kedah akan terus mencalonkan TGHA sebagai presiden untuk penggal yang seterusnya.Jika kerana berlainan idea hang pa menolak pemimpin tunggulah kehancuran parti.Bagi aku selagi pemimpin2 PAS sekarang selari dengan Islam aku akan sokong.Satu pesanan aku kat PAS kawasan Subang berbanyak2lah muhasabah diri apa yang dilakukan melukakan hati orang lain.
"Nak dijadikan cerita, punyalah benci ahli PAS kepada idea muqabalah/kerajaan perpaduan sehingga menantu Tuan Guru pun ditolak ahli".
Adakah penulis berasa bangga dengan ayat2 menghasut ini.Fikir2kanlah.Jangan jadi musuh dalam selimut.Kepada tuan blogger tapiskanlah tulisan2 yang cuba melaga lagakan PR.

alamalikut said...

Kadang kadang Tok tok guru pun ada silapnya... dia bukan silap dlm menjatuhkan hukum selama mana hukum itu meliputi apa yg dia belajar..tapi hukum dan cara yg bukan dibukukan...sekarang ni org org PAS dah cerdik..malahan melabak yg dah ke U.. mmg menjadi pemimpin sekarang amat mencabar..mencabar minda. tu sebab pemilihan pucuk pimpinan kali ini mesti peka dengan latar belakang pemimpin... pemimpin yg pandai bercakap bukan lagi priority.. tapi mestilah berilmu,berani dan transparen...
aku tak tau berapa byk lagi kawasan yg nak calonkan mat sabu????

Anonymous said...

Andaikata, Pas ikut sekali propaganda Umno, maka:

Ketuanan Melayu = Umno = PAS

Umno nie kalau lemah minta tolong dari Pas, main api perkauman, TAPI, masa kuat, PAS dipinggirkan dan dicerca....

Pikiaq pikiaqlah saudara....

ahli gerakan Islam said...

sedihnye la aku tgk, knp diungkitkn lg psl bende2 ni..pastu dikaitkan dengan pemilihan pulak, konon2 geng TGHD telah ditolak..ape lg yg hgpa nk sbnrnye ni..

dlm bersahabat, ade adab2nya, dlm berjemaah pun ade adab2nya..

knp msh tmbul isu pro Muqabalah ni? klu anda semua benar2 berada dlm jamaah jaga adab2 berjemaah, hormati keputusan muktamar..

jgn ulas sesuatu yg merentasi adab2 berjemaah, ini bukan cara kite sbg ahli parti terutama bg memahami gerakan Islam..

jgn jd sesetengah dr kite yg duk pi samekan gerakan Islam PAS dgn organisasi len yg sekular tuh..

mgkin ada antara kita yg msh xcukup tarbiyah kot, yela time ade usrah xnk pg, time ade progrm tarbiyah pun xnak pegi, tp time Pilihan raya mulala sibuk nk jd jeneral, mslh besar ni..nk jadi cm UMNO klu berterusan cmni, tp ahli2 jela yg nk jd cm UMNO tu, pimpinan ok je..sbb yg duk heboh2 ni ahli2 bawah..

pencinta gerakan Islam PAS kene tau,ade dua perkara besar yg telah diputuskan dlm muktamar baru2 ni, satu bersetuju supaya muzakarah/muqabalah diteruskan dgn mane2 pihak sekali pun dan yang kedua memperkukuhkan Pakatan Rakyat..

so ape yg nk dipanjangkan lagi ni..
kne pahamla cmne sistem organisasi dlm gerakan Islam PAS ni..jgn duk main hentam je, bile suh terang pasal susur galur jamaah utk ptuskan sesuatu kptusan,hgpa xtau..
pastu sibuk duk hentam TGHD, dn timbalannya sbb kononnya kate diorang cadang nk bergabung ngn UMNO..bile masenye diorg nk PAS bergabung UMNO..aku bkn nk prthnkan, tp bende tu xbtul, aku kne kate xbtulla, klu btul dr mane hgpa tau, hgpa duk skali dlm mesyuarat PAS pusat ke?

hgpa ni kne baca bku "Kemuncup dalam perjuangan" karangan TGNA dulu nih,bru hngpa paham citer2 ni semua..ini duk ulas sndiri..
abih baca baru mai sini kite sembang..baca dlu buku tuh..tgk jelas2 ape yg TGNA ckp psl perjumpaan Timb. presiden dgn geng UMNO..

Anonymous said...

Aku rasa TP tak baca harakah terbaru kot.. tak pun beli patu simpan dlm kete..

Cuba baca balik apa yg TGHH ckp. Aku pun dulu takdelah sokong sgt nak berbaik dgn UBN nie.. Tp dengan penjelasan TGHH, terasa kita nie betul-betul terlalu berpolitik sampai tak sempat baca teori politik..

Apa yg menarik, TGHH merupakan pemimpin sejati sbb berani tarik apa yang di rasa tak kena betul dan tak kena dgn masanya..

Jiwa begini takde pada pemimpin UBN.

Insaflah...

Anonymous said...

... sambungan

TP,

Jangan terlalu baca sgt wave malaysia.. byk idea melagakan ahli jamaah.. Tulang besi, bknnya org tak kenal sape dia nie.. (aku tak kenal pun.. keh 3x)

Orang mcm nielah yang boleh memporak perandakan jamaah, takde jaga langsung adab berjamaah..

Mgkn masuk Pas, sbb terlalu benci dgn UMNO, tapi takde rasa sayang dengan Islam..