Tuesday, April 29, 2008
Kubur BN Sedang Digali.
Tahniah pada Pimpinan Pakatan Rakyat.Strategi anda bakal "menumbangkan" Barisan Nasional di Malaysia pada PRU13.AWAS BARISAN NASIONAL,ANDA BAKAL DI"MUZIUM"KAN sepenggal lagi.Bersedialah para penyokong BARISAN NASIONAL untuk upacara tahlil BARISAN NASIONAL selepas keputusan PRU13 diumumkan!Jangan lupa bawa kain dan sejadah.
Inilah kelebihan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada pelbagai golongan profesional.Pimpinan yang terdiri dari pelbagai lulusan dan pengalaman yang belum pernah ada pada Barisan Nasional sebelum ini tetapi telah dijuarai oleh Pakatan Rakyat.Mungkin ada yang berkata masih terlalu awal untuk berkata demikian,tetapi itulah kenyataan yang bakal dilihat hasil pemerhatian yang dibuat pada strategi yang digunakan oleh para Pimpinan Pakatan Rakyat dibeberapa negeri yang telah dikuasai.Mari kita lihat dan analisis strategi yang telah digunakan oleh Pimpinan Pakatan Rakyat didalam melaksanakan beberapa perkara dinegeri masing-masing.
YB Lim Guan Eng(Ketua Menteri Pulau Pinang) - Langkah pertama yang diambil oleh LGE ialah menghapuskan dasar DEB di Pulau Pinang dan digantikan dengan dasar "Open Tender atau Tender Terbuka".Selama ini DEB merupakan satu dasar yang selama ini didokong oleh Barisan Nasional dengan alasan "kununnya" mempertahankan hak-hak Orang Melayu tetapi hakikatnya dasar inilah yang memisahkan Orang Melayu Pulau Pinang dengan negeri tumpah darah mereka.Selama dasar ini diguna-pakai oleh Barisan Nasional berapa ramaikah Orang Melayu Pulau Pinang berjaya disana?Melenting sakan puak-puak Barisan Nasional sebaik LGE mengumumkan penghapusan dasar DEB.Maka penuhlah para "demonstrator" yang "bukan budaya kami" dikaki lima Komtar "membela" nasib orang melayu Kununnya...elleh...baru sedar?
Pada dasarnya tindakan LGE seolah menarik picu senapang menghala ke muka sendiri bila beliau mengumumkan keputusan tersebut.Tetapi itulah pertaruhannya.Pertaruhan yang paling tepat bagi membuktikan keupayaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dalam menerajui sebuah negeri yang hampir jahanam dikerjakan "Jengkaut-jengkaut" Barisan Nasional.Sesuatu yang amat kritikal seandainya berjaya ditangani dengan bijak akan memberi kelebihan kepada beliau.Paling kurang 3 tahun lagi kita akan menghadapi PRU13,dan seandainya dasar terbuka yang dilaksanakan oleh LGE berjaya ditangani oleh beliau sekaligus mengubah taraf hidup orang melayu dan kaum-kaum lain di Pulau Pinang maka ia akan menjadi satu model dan contoh pemerintahan untuk semua kaum yang terbaik bagi Pakatan Rakyat melebarkan lagi sayapnya kenegeri-negeri lain di Malaysia.Rakyat Johor pasti menilai keupayaan Pakatan Rakyat dan Pulau Pinang adalah contoh terbaik bagi anda kerana Johor dan Pulau Pinang mempunyai banyak persamaan.AWAS BARISAN NASIONAL!Kubur anda sedang digali di Selatan Tanahair!
YAB Ir Mohammad Nizar Jamaluddin(Menteri Besar Perak) - Perlantikannya mengundang kontroversi bukan kepalang sehingga Lim Kit Siang terpaksa mengadap DYMM Sultan memohon keampunan kerana "keceluparannya" membantah perlantikan Ir Nizar sebagai Menteri Besar Perak oleh pihak Istana.Ampun Tuanku & Daulat Tuanku...Kontroversi berakhir tak sampai pun sehari dan semuanya selesai kerana sikap persepakatan dan muafakat yang ditunjukkan oleh para perwakilan Pakatan Rakyat.Satu lagi markah untuk Pakatan Rakyat dan satu lagi lubang kubur Barisan Nasional sedang digali oleh Pakatan Rakyat.AWAS BARISAN NASIONAL!Ir Nizar bukan calang-calang Menteri Besar.5 bahasa yang dikuasai cukup sebagai bekal untuk menyatukan pelbagai kaum di Perak dan kelulusannya memberi kelebihan untuk mentadbir.Kaum India atau China di Perak boleh terus bicara masalah anda pada Menteri Besar anda & tak perlu menggunakan "tukang alih bahasa" sebab "DIA PAHAM APA HANG HABAQ!"
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim(Menteri Besar Selangor) - Isu paling sensitif dipilih oleh pimpinan beliau untuk dilaksanakan di Sepang,Selangor...malas nak sebut dah isu ni tapi terpaksa diulas jugak.Projek Penternakan Babi Moden dipilih sebagai pembuka tirai pemerintahannya di Selangor.BOM!Satu Malaysia melenting mendengar perkhabaran yang dibuat oleh YB Yaakob Sapari selepas satu mesyuarat yang diadakan dan YB Teressa Kok didalam Blognya.Barisan Nasional dikepalai oleh Mantan MBnya Khir Toyo mengepalai suara bantahan yang bermati-matian membantah projek tersebut.cukup kuat bantahan("Khabarnya" seekor babi diwakili oleh 5 orang pembantah!).Cukup panas isu ini dan sehingga hari ini juak-juak Barisan Nasional masih belum habis lagi power Ultramannya membantah isu ini...cukup komited mereka-mereka ini.
Satu lagi strategi maut yang tak pernah terfikir oleh mereka-mereka yang malas nak berfikir.Ini adalah satu keputusan yang bijak bagi saya.Apabila datangnya PRU13 nanti,projek ini sudah siap dan berjalan lancar jika ia mengikut jadual yang ditetapkan dan dipantau setiap masa oleh kerajaan Pakatan Rakyat.Pada masa itu masyarakat bukan Islam Selangor akan mengakui bahawa keperluan mereka tidak diabaikan oleh kerajaan negeri Selangor dan umat Islam pula tidak terganggu dengan pencemaran kerana adanya sistem "Recycle" bahan buangan diladang tersebut.Rakyat Melaka & Negeri Sembilan takkan nak tengok je ladang "tradisional" di negeri anda?2 lagi kubur Barisan Nasional sedang digali,1 dibarat dan 1 diselatan tanahair.AWAS BARISAN NASIONAL!Umur anda mungkin tidak panjang...
Perlis?Rakyat Perlis pasti sedang melihat apa yang sedang berlaku di Kedah.Kerajaan Negeri Kedah pimpinan YAB Ustaz Azizan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan sedang menayangkan filem berjudul "Pemerintahan Ulama" dan penontonnya ialah rakyat Perlis dan mereka sedang menilainya.PAS telah berjaya di Kelantan selama 4 penggal hasil pemerintahan yang merujuk kepada Al-Qur'an dan Hadis.Seandainya rakyat Perlis seronok melihat jiran mereka dipimpin oleh golongan Ulama,tak mustahil...rakyat Perlis sendiri yang akan menggali 1 lagi kubur Barisan Nasional diutara tanahair.AWAS BARISAN NASIONAL!50 tahun daaahhh...!
Sabah,Sarawak & Terengganu la pulak......jangan risau...kalau mandat diberi kepada Pakatan Rakyat masing-masing akan menerima royalti minyak & gas sebanyak 20% dari hasil galian dinegeri masing-masing...tak menarik ke?Kenapa 3 negeri yang sepatutnya menjadi negeri terkaya di Malaysia mengungguli senarai negeri termiskin di Malaysia?1 je sebabnya...sebab Terengganu,Sabah & Sarawak tidak bersama-sama kami menggali kubur BARISAN NASIONAL!Kini "pinangan dan tawaran" telah dihantar kepada ke3-3 negeri kaya tersebut.20% royalti bukan satu jumlah yang sedikit.Kalau pinangan dan tawaran Pakatan Rakyat dipersetujui,apa kata rakyat Terengganu,Sabah & Sarawak mula menggali kubur BARISAN NASIONAL dinegeri masing-masing mulai sekarang!
Jadi para pembaca sekelian yang masih belum jelas mengenai langkah dan keputusan yang diambil oleh para Pemimpin Pakatan Rakyat boleh mula berfikir 3 perkara tentang strategi yang digunakan oleh Pimpinan Pakatan Rakyat.1)Faktor Isu-Isu kritikal didahulukan kerana > 2)Faktor Masa-setiap isu mengambil masa untuk disiapkan dan > 3)Kesan & Keberkesanannya-hanya akan dapat dinikmati sebelum PRU13...Kesimpulannya,Pakatan Rakyat menggunakan strategi "kamikaze" bagi membuktikan keupayaannya mentadbir negeri-negeri dibawah kuasanya.Salah Langkah-Terkubur,Bijak mengurus-PRU13,SELAMAT DATANG KE PUTRAJAYA!BYE BYE BARISAN NASIONAL!!!
Monday, April 28, 2008
Bila Tak Faham Ajaran Islam.
Apa dah berlaku dengan Malaysia?Apa dah jadi dengan orang Islam Malaysia?bENARKAH Komen seorang tu keluar dari mulut seorang Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ketika menghakimi rayuan seorang penoreh getah yang didapati bersalah memeluk kekasihnya.
Bukan hukuman yang dipersoalkan...tapi komen Hakim tersebut yang dipersoalkan.Antara kata-kata Hakim tersebut :
"Tidak ada orang akan keluar bertemu janji dengan kekasihnya dengan hukuman keterlaluan itu.
"Tidak ada lelaki yang ingin mengajak keluar anak dara kita lagi selepas ini.
Benarkah kata-kata itu terpacul dari mulut seorang Hakim Islam?Kerisauannya bukan kerana hukuman yang terlalu berat,tetapi lebih kepada kerisauan seorang ayah.risau takut anaknya tak berpeluang bergaul dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrim diluar sana.Risau kalau-kalau anaknya tidak dapat "dirosakkan" oleh lelaki-lelaki nakal diluar sana(ungkapan paling sesuai).Disaat kejadian jenayah juvenil semakin meningkat ada pula orang-orang yang diamanahkan melaksanakan undang-undang seolah tak bersetuju dengan hukuman kerana kesalahan sebegitu.
Keterlaluankah hukuman tersebut?Mungkin agak keterlaluan bagi kita tetapi jika difikir kembali dengan akal,hukuman tersebut memang perlu...bukankah mencegah lebih baik dari merawat?Entahlah...tak faham...aku yang tak faham atau pak Hakim yang tak faham?
Sunday, April 27, 2008
Surat Terbuka Buat Pimpinan PAS.
"Realpolitik Melayu Islam" - Apa sebenarnya yang dirancangkan oleh DSAI sebagai tonggak kepada Pakatan Rakyat?Apa sebenarnya yang dimainkan oleh DAP?Apa sebenarnya yang dilakonkan oleh PKR dan apa sebenarnya yang sedang dihadapi oleh PAS?Membaca artikel super_saiya membuat kita dalam dilema.
Mungkinkah kenyataan DAP sebagai satu signal seperti yang dikatakan oleh saudara Tarabulsi_2008 dalam analisisnya berkenaan isu tersebut(Realpolitik Melayu Islam)adalah benar?Bakal diketepikankah PAS dari Pakatan Rakyat?Mungkin juga...DAP memang sedari dulu menentang usul "Negara Islam" yang diperjuangkan oleh PAS.Memang dari dulu DAP tidak pernah bersetuju dengan PAS didalam isu "Negara Islam"...Didalam Pakatan Rakyat pun tidak ada hubungan secara langsung antara PAS & DAP.Lihat saja betapa lantangnya Lim Kit Siang dan Karpal Singh melontarkan pendiriannya sehingga bila Tok Guru menjemput mereka untuk melihat & bertanya sendiri kehidupan sahabat-sahabat mereka di Kelantan si Karpal menolak mentah-mentah jemputan tersebut.Sementelah pula DAP hari ini punya bilangan kerusi ke-2 terbanyak diparlimen bagi pihak Pakatan Rakyat.Dan Pakatan Rakyat pula bakal bertambah kerusinya seandainya "teori lompat parti" menjadi kenyataan...dimanakah Pas pada masa itu?
Kemungkinan juga apa yang berlaku dipihak PKR ialah adanya persetujuan bersyarat dari para perwakilan BN yang bakal melompat ke PKR?Mungkin perwakilan tersebut meletakkan persetujuan beralih ke PKR dengan syarat agenda asal PAS atau PAS sendiri digugurkan dari Pakatan Rakyat?Demi kuasa,manusia akan melakukan apa sahaja,hatta menggadai maruah sekalipun...macam-macam boleh berlaku didalam politik.Kenapa perlu timbul isu "lompat parti?".Tak bolehkah bersabar sedikit sehingga PRU13?Bukankah kemenangan didalam PRU lebih bermakna dari kemenangan yang "direka?".Biar rakyat yang menentukan kemenangan.Berikan mereka pilihan,biar tangan-tangan mereka yang menentukan pilihan mereka.Kenapa perlu pergi jauh mengangkat diri sendiri ke puncak kekuasaan?
Saya fikir sudah sampai masanya bagi pucuk pimpinan PAS melakukan satu perubahan yang serius didalam parti PAS.Perubahan yang dimaksudkan bukanlah dari segi "Perjuangan".Perjuangan PAS tidak perlu diubah,tidak perlu dipinggirkan,tidak perlu menukar dasar perjuangan."Kearah Negara Islam" tetap dijadikan perjuangan,Al-Qur'an dan Hadis tetap dijadikan rujukan.
Apa yang perlu berubah ialah organisasi pimpinan PAS dan keahlian PAS.Sudah sampai masanya bagi PAS menerima keahlian dari bukan Islam.Sudah sampai masanya bagi pimpinan PAS bersikap lebih terbuka kepada bukan Islam."Kelab Penyokong PAS" bukan kunci untuk meraih sokongan bukan Islam.Pimpinan PAS sendiri patut tahu berapa ramai bukan Islam yang menyokong PAS tetapi tidak dapat menjadi ahli PAS.PAS bukan satu "agama".PAS sekadar parti yang memperjuangkan Islam!Jadi apakah alasannya untuk bukan Islam tidak boleh menjadi ahli PAS?Perlu ada keterbukaan didalam hal ini.Tidak salah bagi seorang yang bukan Islam berjuang menegakkan Islam bersama-sama PAS.
Apa keistimewaan ahli "kelab penyokong PAS?".Berikan mereka ruang yang lebih luas lagi bagi mereka menyuarakan pandangan dan pendapat mereka didalam PAS.Biar mereka bersama-sama duduk sama rendah,berdiri sama tinggi dengan pimpinan PAS.Bukankah "ISLAM UNTUK SEMUA"?Ruang yang ada untuk masyarakat bukan Islam sekarang tidak menepati kata-kata "ISLAM UNTUK SEMUA".Seolah ada double standard.PAS perlu sedar,antara mereka(masyarakat bukan Islam)ada juga yang punya pandangan yang boleh digunapakai,ada yang boleh memimpin dan hanya berminat pada perjuangan dan dasar PAS tetapi sukar untuk disampaikan dengan adanya benteng yang memisahkan yang bukan Islam dengan yang Islam didalam parti PAS.mereka Disyaratkan supaya beragama Islam,barulah boleh menjadi ahli PAS.Bukankah tiada paksaan didalam Islam?Apakah hanya dengan menjadi seorang Islam barulah kepimpinannya diakui?Sempit sangatkah Islam itu?
Organisasi kepimpinan PAS juga perlu dirombak.Beri peluang dan ruang yang lebih kepada yang bukan Islam menyertai kepimpinan PAS dengan syarat mereka bersatu hati dan benar-benar faham akan perjuangan PAS.Bila dicadangkan penyertaan bukan Islam dalam kepimpinan PAS bukanlah bermakna kerusi Presiden juga boleh diberi kepada yang bukan Islam...maksudnya ialah beri peluang dan ruang didalam kepimpinan tetapi hadkan kepada beberapa jawatan(Presiden WAJIB beragama Islam).Dalam organisasi PAS sekarang mempunyai 3 kerusi Naib Presiden.Bahagikan ke3-3 kerusi Naib Presiden 1-mewakili Melayu(WAJIB beragama Islam),1-mewakili China(bukan Islam) dan 1-mewakili India(bukan Islam).Cadangan ini bukan sekadar strategi politik,tetapi perlu dilihat sebagai satu contoh dan bukti persepakatan antara Islam dan bukan Islam juga berbagai bangsa yang sudah semestinya akan memangkir kepada kejayaan PAS dalam menyatukan Ummah mengikut acuan Islam,Al-Qur'an dan Hadis.Dengan ini perumpamaan "Islam Untuk Semua" dapat dibuktikan dengan contoh yang amat jelas sekali kepada rakyat Malaysia khasnya.Sudah sampai masa dan ketikanya PAS membuat perubahan demi masa depan dan perjuangan PAS.Kenapa perlu membuang masa melayan karenah mereka yang tidak faham perjuangan PAS?
Sudah sampai masanya untuk PAS berdiri diatas kaki sendiri.PAS bukan sebuah parti "setahun jagung".PAS sudah ditubuhkan semenjak tahun 1951.PAS sudah berumur 56 TAHUN dan sepatutnya PAS sudah mempunyai tapak yang kukuh disebuah Negara Islam.Jentera PAS pula diakui sebagai jentera yang banyak menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat didalam PRU12.Tetapi apa yang berlaku ialah PAS masih menjadi pilihan TERAKHIR rakyat Malaysia dibelakang UMNO,PKR dan DAP.Berbeza dengan PKR yang melangkah teguh walaupun baru berumur setahun jagung.Kenapa PKR boleh berjaya?
Pimpinan PAS perlu melihat cadangan ini sebagai satu cara yang akan menarik sokongan rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama.Sampai bila PAS perlu bergantung pada parti lain?Sampai bila PAS mahu menjadi kuda tunggangan?Sampai bila PAS mahu dihina sedemikian rupa?Tidak serikkah PAS bergabung ketika perlu kemudian disisihkan?PAS bukan kad "KAD TOUCH "N" GO!!!"PAS bukan "KUDA TUNGGANGAN!!!"PAS juga bukan "MADU!!!"PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan agama Islam.Parti yang mendokong agama suci Islam.Perlukah sebuah parti yang memperjuangkan Islam di"PERKUDAKAN?".Pada pimpinan PAS(seandainya anda membaca artikel ini),tepuk dada tanya selera.Masih belum terlambat untuk membuat perubahan dan ingat : "ISLAM UNTUK SEMUA".
Beza antara merebut nama Allah dan mempertahankan akidah.
oleh DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
BANYAK pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata: “Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan.
Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.
Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut.
Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.
Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri?
Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.
Firman Allah: (maksudnya)
“Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!”
(Surah al-Zukhruf ayat 87-88).
Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya)
“Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid)
(Surah al-Ankabut ayat 63).
Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.
Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.
Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah”. Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak”.
Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia, Allah menyebut: (maksudnya)
“..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa.
(Surah al-Hajj ayat 40).
Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah. Adapun berhubung dengan orang Kristian, Allah menyebut: (maksudnya)
“Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..
(Surah al-Maidah ayat 73).
Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.
Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam Bible mereka, juga buku-buku doa mereka. Tiada siapa pun di kalangan para ulama kaum muslimin sejak dahulu yang membantahnya. Jika ada bantahan di Malaysia, saya fikir ini mungkin atas alasan-alasan setempat yang saya sebutkan pada awal tadi. Cuma yang diharapkan, janganlah bantahan itu akhirnya memandulkan dakwah Islam dan menjadikan orang salah faham terhadap agama suci ini.
Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan. Sehingga Allah menyebut: (maksudnya):
“Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).
(Surah al-Taubah ayat 6).
Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata kepadanya: “Jikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam, tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan panggilan Allah.
Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama ‘Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman dahulu. Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!
Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:
“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.
Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang tulus yang menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam persoalan inilah yang menggugat akidah jenerasi kita. Mereka yang berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada sebarang unsur syirk agar tidak menyentuh akidahnya. Bukan semua yang mengakui Allah akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak membersihkan diri dari segala unsur syirik.
Lihat, betapa ramai yang memakai serban dan jubah, berzikir sakan tetapi dalam masa yang sama menyembah kubur-kubur tok wali tertentu dengan cara menyeru dan merintih pemohonan darinya. Ini yang dilakukan oleh sesetengah tarekat yang sesat. Apa beza mereka ini dengan yang memanggil nama-nama berhala yang asalnya dari nama orang-orang saleh juga, yang mati pada zaman dahulu.
Firman Allah: (maksudnya)
" Ingatlah! Untuk Allah agama yang suci bersih (dari segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung (sambil berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). "
(Surah al-Zumar ayat 3).
Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang pengajaran tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Mereka ini menyimpan agenda musuh-musuh dakwah. Padahal pengajaran tauhid yang sedemikianlah yang mampu menjadikan muslim memahami dengan mudah hakikat tauhid. Mampu membezakan antara; sekadar mempercayai kewujudan Allah dengan mentauhidkan Allah dalam zatNya, ibadah kepadaNya dan sifat-sifatNya.
Persoalan tauhid anti syirik ini begitu mudah dan ringkas untuk memahaminya. Nabi s.a.w telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan mudah. Seorang badawi buta huruf yang datang berjumpa baginda mampu memahami hanya dalam beberapa sessi ringkas. Bahkan mampu pulang dan mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu berfalsafah dan menyusahkan.
Bukan sahaja badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga seseorang bukan bertambah iman, tetapi bertambah serabut. Bertahun-tahun masih dalam kesamaran. Diajar Allah ada, lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta..lalu ditokok tambah dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal penganut agama lain juga menyatakan tuhan itu ada, melihat, tidak buta, mendengar, tidak pekak dan seterusnya. Apa bezanya jika sekadar memahami perkara tersebut cuma?
Maka anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid anti-syirik yang sebenar. Padahal ianya begitu mudah semudah memahami kalimah-kalimah akidah dalam surah al-Ikhlas yang ringkas.
Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah…Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka” (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat).
Dahulu kelemahan ini mungkin tidak dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia persaingan, kita mula menderitai kesannya.
Jika akidah jenerasi kita jelas, apakah mereka boleh keliru antara ajaran Islam dan Kristian? Adakah mereka tidak tahu beza antara ajaran yang menyebut tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul qudus dengan akidah Islam yang anti-syirik, hanya disebabkan adanya sebutan Allah? Begitu jauh sekali perbezaan itu! Bagaimana mungkin sehingga mereka tidak dapat membezakan antara malam dan siang? Apakah juga nanti kita tidak membenarkan pihak lain menyebut nama nabi Ibrahim, Ishak, Ya’kub, Daud dan lain-lain kerana budak-budak kita akan keliru lagi. Akidah apakah yang mereka belajar selama ini di KAFA, JQAF dan berbagai lagi sehingga begitu corot. Kalau begitu, sama ada sukatan itu lemah, atau tenaga pengajarnya perlu dibetulkan.
Maka sebenarnya, isu ini adalah isu kelemahan kita umat Islam dalam memahami akidah yang sebenar. Jenerasi kita tidak mempunyai benteng akidah yang kukuh. Lalu kita semua bimbang mereka keliru dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan undang-undang, kelemahan akidah generasi kita dapat dipertahankan.
Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV, radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya, kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu tidak berkesan.
Bagi saya, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.
Senarai Hantu PRU13
Pilihanraya Umum ke-12 belum pun 2 bulan melepasi kalendar nampaknya pihak UMNO sudah mula bekerja keras untuk memastikan kemenangan dan kelancaran dalam proses PRU13 yang akan datang.benar...tempoh sepenggal bukan masa untuk bersukaria meraikan kemenangan atau meratapi kekalahan.kerja keras perlu untuk berjaya.
Mana suara aktivis BERSIH selepas pilihanraya?mana suara politikus-politikus,blogger-blogger dan mana suara semua individu yang mempertikaikan ketelusan SPR sebelum PRU tempohari?dah lupakah apa yang kamu laungkan sebelum ini?dengan kemenangan yang sedikit takkan semuanya sudah hanyut?nak tunggu tahun akhir penggal ke-12 baru nak berkokok?jangan...jangan mudah lalai...jangan mudah berasa selesa dengan keadaan.inilah masanya yang paling sesuai untuk kita meneliti kembali senarai-senarai para pengundi.
Apa yang perlu diteliti bukan sahaja senarai pengundi baru.yang paling penting sekali ialah senarai pengundi lama.inilah masanya untuk kita menjejak para pengundi yang umornya mencecah ratusan tahun...teliti pada semua senarai,lantik beberapa individu dari kawasan terbabit dan dapatkan pengesahan wujud atau tidak pengundi tersebut...yang mana dah meninggal dunia tu,uruskan pengeluaran nama-nama mereka dari senarai pengundi mengikut prosedur yang ditetapkan.kita juga punya banyak masa untuk meneliti mana-mana nama dalam senarai yang bertindan(2,3,4,atau beberapa kali).perlukah kita tunggu tahun akhir penggal ke-12 baru nak bertindak?bersedia dari awal adalah cara yang terbaik.
Seperkara lagi perlu diingat.Umpan SPR tidak akan dilabuhkan seawal ini...kita perlu mambaca strategi yang dirancang.mungkin senarai awal di Perak hanya sebagai umpan untuk melekakan kita.perlu dilihat lebih jauh sebelum melakukan sesuatu.pada fikiran saya,senarai awal pengundi di Perak bukan umpan hidangan utama.ianya adalah sebagai "desert" sahaja.kalau ada kesilapan pun hanya sedikit sebagai mengambil syarat(kalau telus sangat tentu lagi pelik kan?).Senarai awal yang dikeluarkan adalah sebagai "wayang" yang "kununnya" akan merubah pandangan kita bahawa SPR sekarang adalah badan yang "telus","bersih" dan "berwibawa".
Tunggulah senarai seterusnya dilain-lain negeri dan tak mustahil jika kita leka,akan tercatitlah senarai "pemain-pemain bowling"(1 undi-1 pin)yang tugasnya menamatkan permainan dengan seberapa banyak "pin" yang boleh!demi memenangkan sebuah parti nazak.pokok pangkalnya,sekarang bukan masa untuk bersantai.para petugas,tugas anda belum selesai!
Pengundi yang "roadtax"nya telah tamat tempoh WAJIB dikeluarkan dari senarai,manakala pengundi yang menggunakan banyak "roadtax" juga WAJIB diambil tindakan susulan!
Wanita Melayu Bodoh?
Assalamualaikum...
aku nak tanya semua pembaca,betul ke WANITA MELAYU BODOH?WANITA MELAYU SAHAJAKAH YANG BODOH?KENAPA WANITA MELAYU JADI BODOH?sebab selalu ditipu?kenapa WANITA MELAYU?
Kita pergi kepada perkara pokok.Dalam satu kehidupan bergelar "Rumahtangga" : "Rumahtangga" aku,"Rumahtangga" engkau,"Rumahtangga" dia,"Rumahtangga" korang..."Rumahtangga" kita...SIAPA "KETUA" DALAM SEMUA RUMAHTANGGA?"Ketua" tu ape? - BOSS,MAJIKAN,YANG MEMERINTAH tu ketua la!tu pun tak tau ke?nak kena bagi tau jugak?macam mana nak jadik ketua kalau makna KETUA pun tak tau!hampeh la korang ni...kalau dalam keluarga aku,aku la ketua(sebab aku dah kawin).sape-sape yang belum kawin tu...BAPAK korang la ketua keluarga,ketua rumahtangga.
Cerita pasal ketua keluarga pulak...korang paham tugas ketua keluarga?bukan tugas la...tugas ni kira macam kerje la pulak...TANGGUNGJAWAB!apa tanggungjawab korang sebagai ketua keluarga?STAKAT NAFKAH BATIN SAMPAI PAT LIMA ROUND satu malam tu x de maknenye...budak sekolah skarang boleh bikin lagi bagus!ni nak gi tau kasi terang!kalau tak terang lagi biar aku suluh dalam mata tu ngan lampu neon STADIUM MELAWATI biar sampai bergemerlapan trus kepala ngan mata tu!
Sebagai ketua keluarga,apa yang korang buat untuk megharmonikan rumahtangga korang?(ni aku hantam sama2 lelaki ni...ah...peduliklah...kenyataan ape!).memang aku salahkan lelaki dalam hal ni.sebab korang "KETUA"!ada sape-sape berani nak tegur kalau bini nak kuar rumah tak pakai tudung,tak tutup aurat?adeee......(dorg jwb dlm hati-aku tau...).yang tak tegur pun adeee...(aku tau la...).sebab apa tak tegur?lawa tak pakai tudung?lawa tak tutup aurat?(hehehe...ooo...gelak dlm hati e...)ada jugak SPISIS YANG TAK LEH TEGUR LANGSUNG BINI SENDIRI.sebab apa hang tak tegoq bini hang tak tutup aurat tu?...pssst...x leh...gaji dia besaq dari gaji aku...lagipun aku dah banyak makan duit gaji dia...kang tegoq kang dia ungkit bab duit tu tidoq Luaq la aku malam nih!...ooo......gitu...
ni lagi satu hal!mase bujang-bujang dulu(sekarang dah jadi trend)carik calon bini,nak yang gaji besaq,keta besaq,keja baguih,anak orang besaq,rumah besaq,*TUT* pun nak besaq!pendek kata carik calon bini bukan ikut akal,tapi ikut nafsu!last-last hang jadik pencacai pencuci pinggan ja kat umah.AMIK KAU NAK SANGAT YANG BESAQ-BESAQ!orang pompuan ni satu sikap dia...kalau hang tak leh nak jaga dia,tak leh nak jalan tanggungjawab dia,dia akan survive sendiri.ini kenyataan.jarang sekali orang pompuan yang disia-siakan hidupnya mengharap pada orang lain!kebanyakan dorang akan cuba jugak berdiri atas kaki dorang sendiri!cuma langkahnya kadang-kadang tersilap!(sesuai la sebab dorang ni insan yang lemah)
jadi kita sebagai ORANG LELAKI@JANTAN PERKASA@TERMINATOR@SUPERMAN,OTROMAN,GABAN,BLA BLA BLA(hero kan majoritinya "lelaki")apa fungsi kita sebagai ketua dalam melindungi insan yang lemah ni?tengok aje?(ade tu yg jawab - ala......bukan anak beranak aku pon...)amboih...lan...ape ko cakap tadi?biarkan dorang sebab dorang memang bodoh?eloklah tu...ko yang cerdik tu jadik lagi bodoh sebab biarkan orang bodoh.ngko nye ceredik tu ko nak wat ape?sok-sok anak beranak ko kene baru ko tau!
ni ada lagi satu spisis.SPISIS KAYA RAYA TAK HENGAT DUNIA.anak i tu...saje i bagi kebebasan penuh kat dia biar dia belajar kehidupan kotaraya.sebagai ketua keluarga...cara ngko tu NAK NGAJAR ANAK KEHIDUPAN KOTARAYA KE NAK PERANCHOR HIDUP ANAK NGKO?(aku menjerit nih!)betul ke cara tu?macam mak ayam...biar anak ayam lintas jalan sendirik pas tu bila kene langgor lori hantu mula la sebok beketak sana sini,silap-silap lori hantu tu kene pangkah!ngko sendiri yang salah ngko nak KAMBING ITAM kan orang lain pulak!pokok pangkalnya permasalahan ni memang salah "LELAKI".
tak betul ke aku cakap?aku punya suke la!
Jadi...BAPAK-BAPAK yang mana baca komen ngan ulasan aku ni cuba korang fikir(nabil cakap - LU FIKIR LA SENDIRI!)kat mana sepatutnya korang berada dalam hal ni...patutnya tempat isteri tu kat rumah je...jaga badan,tunggu suami balik.kita ni tanggungjawab kita besar.cari nafkah.usaha,tulang empat kerat tu ada.korang hengat tuhan suke-suke je bagi anggota badan korang tu cukup?korang hengat suke-suke je tuhan bagi badan korang kuat?Lelaki skarang ni lemah...lemah sangat-sangat...tanggungjawab pada keluarga sendiri pun tak mampu nak buat...yang wajib sekali didikan agama.penting sangat-sangat tu.ada yang cakap - aku sendiri pun tak reti agama,camane aku nak ajar anak bini aku?belajar la sikit-sikit.banyak bahan bacaan ada(surf internet carik gambo "bugel" reti la pulak!).kita ni yang dah tak berape reti hal-hal agama takkan nak biarkan anak bini kita pun macam kita jugak?sekurang-kura ngnya usaha jangan sampai mereka merasa kesusahan yang pernah kita rasa dulu.kita sendiri pun tak tahan dengan kesusahan apalagi insan yang lemah macam mereka?
cukuplah...kenape isteri nak kene kuar rumah cari rezeki?sebab gaji tak cukup?usaha la...usaha kene lebih...rezeki tu ada dimana-mana.kita ni lelaki.malu la kat "insan yang lemah" kalau mende small matter macam tu pun x leh nak buat.usaha bukan sebab malu...USAHA SEBAB TU MEMANG TANGGUNGJAWAB KITA!aku ulang balik...LELAKI SEKARANG MEMANG LEMAH,LEMBIK,BACUL,PONDAN@AGAR-AGAR,DODOL,LEMAU DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA.tak setuju?mana la korang nak mengaku KELEMAHAN DIRI KORANG!(aku pun sama).
ni baru sikit-sikit contoh aku bagi nih...ikot ati panas aku ni mau abis dakwat PC aku nih aku taip!!!korang fikir sendiri la silap siapa...tak yah la nak tuding-tuding jari kat sape-sape dah...kambing itam pun dh x de dh...sme dh abis kene boking masa awal-awal tajuk ni kuar.kenyataan dan hakikatnya jelas - LELAKI SEKARANG LEMBIK & LEMAH.
Saturday, April 26, 2008
Babi oh Babi(Ba Alif Ba Ya)
Pandangan,Cadangan dan Penyelesaian Krisis Babi.
Pandangan saya.
saya(pandangan peribadi saya)merasakan menghapuskan terus ladang ternakan babi adalah jalan yang terbaik yang sepatutnya diambil oleh kerajaan negeri selangor.banyak perkara buruk dapat dielakkan jika ladang ternak tersebut dihapuskan terus dari mukabumi Malaysia.kita sedia maklum akan berbagai masalah telah kita hadapi yang berpunca dari penternakan babi tersebut...saya bukan bercakap mengenai pencemaran alam sekitar kerana kita perlu sedar bahawa punca pencemaran alam sekitar bukan datang dari ladang ternakan babi sahaja sebaliknya semua sektor perusahaan menjadi penyumbang yang terbesar didalam masalah tersebut.apa yang akan kita bincangkan ialah masalah UTAMA yang boleh kita elakkan jika penternakan babi dihapuskan terus dari mukabumi Malaysia.
Masalah umat Islam.
Masalah utama yang sering kita hadapi dalam kehidupan seharian kita ialah "PRODUK BERASASKAN BABI".kita sedia maklum betapa saban hari umat Islam dibelenggu oleh masalah makanan dan produk barangan yang diragui status "HALAL"nya...daripada soal pemakanan sehingga kepada pakaian,kasut,makanan mentah,produk kecantikan dan ubat-ubatan,banyak yang diragui status "HALAL"nya kerana kebanyakan item tersebut disyaki bercampur kandungannya dengan organ babi.saya percaya badan yang bertanggungjawab memantau,mengesahkan meluluskan dan memberi lesen status "HALAL" kepada pengeluar barangan-barangan terbabit juga berhadapan dengan masalah untuk mengesahkan sesuatu produk berkenaan kerana terpaksa melalui banyak proses dan langkah dalam menentukan sesuatu produk tersebut halal atau tidak.
Penyelesaian bagi masalah umat Islam.
Pada pandangan saya,menghapuskan penternakan babi akan dapat menyelesaikan masalah diatas.dengan menghapuskan penternakan babi di Malaysia,kita juga sekaligus dapat menghapuskan bekalan-bekalan organ-organ dalaman dan luaran dari babi yang sering dijadikan kandungan didalam penyediaan pelbagai produk tempatan kegunaan harian yang selama ini menjadi masalah bagi kita seluruh umat Islam di Malaysia.ini juga akan memudahkan kerja-kerja pemantauan yang perlu dilakukan oleh pihak yang terbabit didalam mengeluarkan sijil halal kepada pengusaha produk tempatan.manakala bagi pengusaha produk import pemantauan boleh dilakukan seperti biasa.
Kerajaan negeri juga perlu mengambil 1 langkah melarang mana-mana pengimport mengimport organ-organ dalaman dan luaran dari babi tanpa kelulusan kecuali daging babi untuk dijadikan bekalan makanan bukan Islam.bagi item selain dari daging babi perlu mendapat kelulusan dan pengesahan dari 1 badan yang perlu dilantik oleh kerajaan bagi mengesahkan tujuan pengimportan organ-organ terbabit seterusnya meluluskan pengimportan berkenaan sekiranya tidak memudaratkan umat Islam Malaysia.
Saya percaya seandainya langkah tersebut diambil.kita tidak akan lagi dibelenggu oleh masalah produk kegunaan harian yang diragui status "HALAL"nya.
Penyelesaian pada Pengusaha Ladang Babi.
Langkah menghapuskan ladang ternak babi pasti akan mendapat bantahan dari para pengusaha-pengusaha dan seolah menutup pintu rezeki pengusaha-pengusaha ladang ternak babi.bagi saya hal ini dapat diselesaikan dengan memberi peluang kepada para pengusaha-pengusaha ladang ternak babi beralih profession dari pengusaha ladang ternak kepada pengimport daging babi bagi menampung bekalan makanan masyarakat bukan Islam.saya fikir tidak menjadi masalah bagi pengusaha-pengusaha tersebut beralih profession.dengan berubah profession dari penternak kepada pengimport,tidak mustahil peluang mereka untuk meluaskan lagi perniagaan mereka dalam bidang lain selain mengimport babi akan terbuka lebih luas lagi.dengan kelebihan menjadi pengimport,tidak mustahil mereka-mereka ini akan menemui lebih banyak perniagaan yang dapat dijalankan hasil hubungan mereka dengan negara luar.modal juga bagi saya tidak menjadi masalah buat mereka.RM100juta yang disumbangkan bagi projek Ladang Ternak Moden boleh bertukar menjadi modal awal bagi memulakan perniagaan baru mereka.
Kesimpulan.
Kesimpulannya saya kira jika dilakukan penerangan,rundingan dan cadangan penyelesaian masalah yang bakal berbangkit,tidak mustahil persetujuan akan tercapai dimana jika kita lihat ada masalah akan dapat diselesaikan dan penyelesaiannya juga ada.terserah pada budi bicara pihak kerajaan untuk mengambil tindakan seterusnya.
Friday, April 25, 2008
Tanahairku - Krisis demi krisis.
membaca laporan dari Malaysiakini bertajuk : Bapa Altantuya: Saya datang demi kemanusiaan seterusnya diikuti laporan dari KLpos bertajuk : Kes Altantuya: Hubungan diplomatik Mongolia-Malaysia mungkin putus membuat aku terfikir sejenak...terfikir...mengapa ya?kurangkah lemah sangatkah sistem keadilan tanahair tumpah darahku?lemah sangatkah sistem yang kita amalkan selama ini sehingga "tetamu" dari luar seolah tidak mempercayai keadilan di Malaysia?lemah sangatkah sistem yang kita amalkan sehingga Kerajaan Negara "tetamu" kita terpaksa campur tangan dengan mengugut untuk memutuskan hubungan diplomatik?lemah sangatkah sistem keadilan kita sehingga "tetamu" kita berang sehingga meja dihentak dihadapan puluhan wartawan yang hadir dalam sidang media?entahlah...aku tak pernah diadili dan aku pun tak berani nak megatakan ya atau tidak,adil atau tidak,telus atau tidak...aku tak pernah dibicarakan...
Antara kenyataan yang dibuat oleh Bapa Atlantuya ialah : beliau datang ke negara ini bukan kerana wang tetapi menuntut rasa kemanusiaan seluruh warga Malaysia...ah..kenapa wang yang ditimbulkan?Tertanya-tanya pula aku dalam hati...ada sesiapa ke yang menawarkan wang untuk melupakan atau menyelesaikan kes ini diluar keadilan?Masakan terkeluar soal wang dari mulut sibapa kalau tidak ada yang menimbulkannya?ah...entahlah...aku tak pernah ditawarkan wang sebab aku tak pernah dibicarakan...
menuntut rasa kemanusiaan seluruh warga Malaysia?tiada kemanusiaankah warga Malaysia?tiada hati perutkah warga Malaysia?begitu sombongkah kita sehingga "tetamu" kita terpaksa "menuntut" rasa kemanusiaan dari kita?entahlah...tak tau nak cakap apa...
Tapi aku tau...aku tau betapa kuat dan betapa adilnya sistem keadilan yang kita gunakan...aku tau betapa kuatnya sistem keadilan kita dirusakkan oleh tangan-tangan yang "berkepentingan" didalam pemerintahan tanahairku...aku tau betapa adilnya sistem keadilan kita mengadili Hakim-Hakim kita suatu masa dahulu...aku tau betapa adilnya sistem keadilan kita mengadili para syuhada Memali suatu masa dahulu...aku tau betapa adilnya sistem keadilan kita mengadili seorang gadis bawah umur suatu masa dahulu...aku tau betapa adilnya sistem keadilan kita mengadili mantan TPM kita suatu masa dahulu...aku tau betapa adilnya sistem kita mengadili para Reformis yang menuntut keadilan suatu masa dahulu...aku tau betapa adilnya sistem kita mengadili penyokong dan pemimpin beberapa parti yang dikatakan "berhaluan kiri" suatu masa dahulu dan terus juga berlaku sehingga sekarang......aku juga telah melihat bagaimana keadilan kita mengadili para pemimpin satu bangsa minoriti yang menuntut haknya tak berapa lama dahulu.........dan hari ini pula...aku melihat sekali lagi betapa adilnya sistem keadilan kita mengadili "tetamu" kita yang menjadi mangsa manusia yang tidak berperasaan...
Inilah tanahairku...krisis demi krisis berlaku hari demi hari.krisis semakin banyak yang berlaku tetapi penyelesaiannya juga mengundang krisis...
Hari-hari seterusnya aku nak lihat...nak lihat bagaimana pemimpin-pemimpin tanahairku menyelesaikan krisis ini...peringatan telah diberi...surat dari Kerajaan Mongolia telah dihantar tahun lepas kepada pucuk pimpinan tertinggi.Tetapi malang...sehingga hari ini masih belum mendapat maklum balas dari pucuk pimpinan tertinggi kita...Kerajaan Mongolia menjelaskan ketegasannya untuk memutuskan hubungan diplomatik Malaysia-Mongolia jika kes pembunuhan Atlantuya tidak diberikan perbicaraan yang adil.sedarkah pemimpin kita akan krisis yang akan berlaku seandainya Kerajaan Mongolia memutuskan hubungan diplomatik Malaysia-Mongolia?Apa akan terjadi pada pasaran saham BSKL?Apakah pandangan para pelabur-pelabur asing seandainya perkara ini terjadi?Apakah pandangan negara-negara lain pada Malaysia pula?Apakah negara-negara lain juga akan mengikut jejak Kerajaan Mongolia seandainya perkara ini berlaku?Apakah pula krisis yang bakal berlaku seandainya negara-negara lain juga memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia?
Nampaknya kita rakyat Malaysia kena bersedialah untuk menerima satu lagi krisis di Negara Malaysia...Malaysia bakal menapak selangkah lagi...dari krisis dalam negara kepada KRISIS GLOBAL...KRISIS KEADILAN ERA BARU...
Wednesday, April 23, 2008
Mahathir lagi: Bilakah semua ini akan reda?
Selasa, 22 April 2008
SAYA benar-benar kagum akan Mahathir, khususnya terhadap kemampuan dan kedegilannya untuk menyatakan pandangannya.
Dia akan terus berkata-kata, meskipun sudah tidak ada lagi orang yang mau mendengar pandangannya itu – kecuali mungkin beberapa orang yang mau memperalatkannya sebagai sumber "pendapat" bagi maksud tertentu – untuk menyerang Abdullah Badawi, misalnya.
Dan bagi tahap umurnya, tenaga Mahathir memang luar biasa. Suaranya masih lantang, sebutannya masih jelas – meskipun daya ingatannya ternyata sudah kabur (banyak yang tidak diingatnya atau sudah tersalah ingat), daya analisisnya sudah longgar, rasa hormatnya terhadap lojika, etika, maupun kebenaran jelas sudah berkecai.
Namun, bagi saya, apa yang lebih menakjubkan ialah masih banyak antara kita yang masih sanggup mendengar racauannya itu. Oleh itu, bila Mahathir akan diwawancara untuk rancangan "Hard Talk" baru-baru ini saya menjadi kebanjiran dengan pesanan SMS maupun posting blog tentangnya.
Memanglah Mahathir merupakan seorang yang degil, yang tidak puas-puas meracau di mana sahaja. Dia akan berceramah di majlis ceramah anjuran PROWARIS atau bahagian-bahagian Umno yang tertentu, berdebat dalam forum anjuran laman blog MyKMU, ditemuramah oleh Malaysiakini.com, malah menulis kata pengantar untuk buku Dr. Collin Abraham.
Tidak ada sesuatu yang baru dalam apa yang diperkatakannya, namun orang tetap akan mendengar malah melaporkannya kembali di tempat lain, di muka akhbar maupun di laman blog. Tidak ada yang mendalam atau profound dalam analisisnya, namun masih banyak yang menganggap kata-katanya sebagai semacam mutiara ilmu.
Dan inilah yang menakjubkan saya. Apakah yang menarik tentang Mahathir ini: mutiara ilmu yang keluar dari mulutnya atau sekadar personanya? Dan apakah yang menarik tentang persona itu – auranya atau sekadar latarbelakang dirinya yang pernah menjadi ahli politik yang memberontak terhadap establishment Umno tetapi kemudiannya bertukar menjadi establishment itu sendiri yang amat menindas?
Baru-baru ini Mahathir tampaknya telah berhasil pula menjaja misteri dirinya itu ke luar negara. Dia sanggup ditemuramah di ruangan "Hard Talk" BBC yang terkenal kerana soalan-soalan mendalam lagi kasar terhadap sesiapa sahaja – khususnya para pemimpin negara dunia ketiga.
Mahathir memang tahu tentang reputasi rancangan Hard Talk itu, namun naluri dan semangatnya untuk terus berkata-kata itu ternyata tidak akan dapat diredakan. Otot di sekeliling mulutnya yang overdeveloped itu tampaknya tidak akan dapat dilemahkan.
Satu sifat dan sahsiah Mahathir yang asasi sehubungan dengan nalurinya yang mau terus berkata-kata ini ialah sifatnya yang combative – yakni dia akan menyerang bila dia mendapati dirinya terdesak oleh serangan orang lain khusus pihak yang mempersoalkan kredibiliti hujah dan kata-katanya.
Dan apabila Mahathir mulai menyerang, dia akan melakukannya secara dogged (hantam keromo, membujur lalu melintang patah). Bila Mahathir menyerang, maka jelaslah terserlah sifatnya yang samasekali tidak menghormati dan mengendahkan kebenaran, fakta, logika atau malah urutan dan tertib hujah yang siuman.
Saya telah melihat perkara ini berlaku beberapa kali sewaktu Mahathir diwawancara oleh media antarabangsa (Mahathir dalam nada prasangkanya sendiri akan mengatakannya "media barat").
Beberapa tahun lalu, sewaktu Mahathir ditemuramah oleh Zain Verge dari CNN, bila dia didesak dengan soalan-soalan yang hangat dan pedas, dia akan segera menjadi combative – menuduh sipenemuramah itu sebagai mewakili prasangka "orang putih" yang senantiasa memandang rendah terhadap orang kulit berwarna seperti dirinya.
Hakikat yang tidak diendahkan Mahathir ialah hakikat Zain Verge merupakan seorang wanita keturunan Pakistan yang dibesarkan di Afrika – hanya kulitnya sedikit cerah berbanding Mahathir.
Kali ini sewaktu menghadapi asakan soalan-soalan panas dari Stephen Sackur, hos rancangan Hard Talk ini, huraian Mahathir tentang prasangka orang Barat terhadap orang pribumi kita tampaknya diasaskan pada ikhtisar pandangan beberapa tokoh pegawai penjajah British satu dua abad lalu seperti Swettenham, Winstedt.
Pandangan berprasangka seperti itu sebenarnya sudah tidak kedengaran lagi hari ini, dan malah hujah seperti yang dikemukakan oleh Mahathir itu juga sejak lama sudah tidak digunakan lagi oleh para pembahas dan sarjana anak negeri. Namun demikianlah adanya vintage Mahathir: dia tidak teragak-agak menggunakan hujah dan mauduk dari dua abad lalu untuk memenangi perdebatan hari ini.
Mahathir agak beruntung bila berhadapan dengan para wartawan seperti Zain Verge dan Sackur itu. Mereka ini sebenarnya tidak begitu tahu tentang realiti politik di Malaysia, oleh itu tidak dapat terus bertanya (probing) bila Mahathir memberikan reaksi yang sebenarnya tidaklah seratus peratus tepat.
Huraiannya, misalnya, tentang penyingkiran para hakim, tentang pita V. K. Lingam, tentang keadilan yang diterima Anwar dari sistem kehakiman Malaysia sudah pasti akan mengundang asakan yang malah lebih kuat lagi dari seorang wartawan yang lebih tahu tentang Malaysia berbanding Zain maupun Sackur.
Namun Mahathir, bagi saya, tetap merupakan seorang watak awam yang bijak lagi licik. Dia pandai menggunakan segala macam helah dan permainan citra untuk mempertahankan dirinya dan mengelirukan para pendengarnya. Sebab itulah setiap gerak geri maupun kata-katanya akan menarik perhatian, meskipun tidak terdapat barang seurat ketulusan maupun kebijaksanaan dalam penampilan citra dan cendekianya itu.Bilakah permainan penampilan dirinya yang penuh helah ini akan reda – demi menjaga kewarasan dan kesehatan minda (mental hygiene) masyarakat kita sendiri?
Sunday, April 20, 2008
Pelan Serah Kuasa.
Sabtu,12 April,2008
Bincang pelan serah kuasa
Naib Presiden UMNO,Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,Perdana Menteri akan berbincang dengan Datuk Seri Mohd Najib mengenai pelan peralihan kuasa kepada timbalannya.
"Bagaimanapun pada pertemuan tertutup dengan UMNO Johor semalam,tempoh peralihan itu tidak disebut secara terperinci."
*Muhyiddin
Bagi aku la...kalau nak serah kuasa tu,serah je la...nak pelan apa laginye?jenis alih kuasa "berpelan" ni bagi aku tak lebih dari proses mengekalkan kuasa.kuasa tak dipegang secara rasmi tapi yang memegang kuasa tu mesti mengekalkan agenda sipolan yang menyerahkan kuasa ni.tak lebih dari "boneka"...kalau betul nak serah kuasa,serah jelah...Biarlah pengganti tu sendiri yang putuskan apa yang perlu & apa yang tak perlu dilaksanakan.
Pelan serah kuasa ni sebenarnya bagi aku cuma serah jawatan je sebenarnya,kuasa tu masih dipegang.Tun dulu masa serah kuasa pada "Mr.Clean" X de pelan-pelan pun,Tok Guru dulu serah kuasa pada Haji Hadi pun x de pelan-pelan pun...nak serah,serah jelah...
BIAR PENGGANTI YANG MENGURUSKAN DAN MENETAPKAN HALA TUJU PARTI.
Thursday, April 17, 2008
UMNO Harus Sedar Majoriti Melayu Teras Kekuatan Anwar Ibrahim
Oleh Mohd Rashidi Hassan, HARAKAH
PERISTIWA pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri sekali gus Menteri Kewangan pada 2 September 1998 dan disusuli pemecatan sebagai Timbalan Presiden Umno pada 3 September, melakar sejarah baru dalam politik Malaysia.
Anwar bukan sahaja dipecat, malah dihadapkan dengan dakwaan 10 pertuduhan yang membabitkan penderhakaan terhadap negara, rasuah dan salah laku seks yang menyebabkan beliau terpaksa meringkuk enam tahun dalam penjara.
Tindakan keras Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad itu, mendorong penyatuan gabungan semua parti pembangkang yang terdiri daripada PAS, Parti Keadilan Nasional yang baru ditubuhkan, DAP dan PRM.
Presiden PAS ketika itu, Dato' Fadzil Mohd Noor merupakan pemimpin pembangkang yang pertama tampil ke hadapan mengkritik Dr Mahathir di atas kezalimannya menganiaya Anwar.
Diikuti dengan Lim Kit Siang dan Dr Syed Husin Ali, turut menziarahi Anwar di rumahnya bagi menyatakan sokongan pembangkang terhadap Anwar.
Gabungan erat empat parti pembangkang ketika itu, membentuk sebuah gagasan politik yang dinamakan Barisan Alternatif dengan mengemukakan manifestonya bertajuk 'Ke Arah Malaysia Yang Adil' bagi menghadapi Pilihan Raya Umum tahun 1999.
Bermula era reformasi
Sebelum daripada penggabungan pembangkang, era reformasi bermula sebaik pemecatan Anwar. Rakyat di seluruh negara bangkit menentang kezaliman Dr Mahathir terhadap orang yang dilatih selama 16 tahun untuk menjadi pengganti beliau.
Masjid Negara menjadi lokasi pertama perhimpunan 100 ribu umat, menyaksikan kebanjiran penyokong keadilan memenuhi setiap pelusuk kota dari Masjid Negara hingga ke Dataran Merdeka.
Pada malam itu juga kediaman Anwar di Bukit Damansara diserbu anggota UTK yang lengkap dengan senjata automatik, menangkap dan mengheret Anwar ke Bukit Aman.
Serentak dengan itu berpuluh-puluh pengikut Anwar ditahan di bawah ISA. Tindakan keras pihak berkuasa itu, tidak menghalang laungan reformasi untuk terus bergema, demonstrasi berterusan setiap minggu di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Laungan reformasi terus bergema di penghujung tahun 1998, walaupun Dato' Seri Anwar Ibrahim sedang terbelengu di sebalik pasung jeriji besi di Penjara Sungai Buloh.
Pasca PRU 1999 dan 2004
Keputusan PRU 1999 membuktikan majoriti orang-orang Melayu menolak Barisan Nasional. Sehingga ada statistik kajian melaporkan suatu ketika, 7 daripada 10 orang Melayu menyokong Anwar.
Secara puratanya, rekod PRU 1999 membuktikan 60 peratus Melayu menyokong Anwar dan gabungan pembangkang, manakala hanya 40 peratus Melayu kekal menyokong BN.
Walaupun wujud gabungan padu Barisan Alternatif, yang wujud di dalamnya keanggotaan dari kaum Cina, India dan lain-lain, namun ketika itu tidak ramai daripada kaum bukan Melayu yang menyokong Anwar.
Hanya ada segelintir pimpinan utama PRM dan Keadilan ketika itu yang 'all-out' membela nasib Anwar sehingga terpaksa meringkuk dalam lokap polis, dipukul dan ditendang sehingga mengalami kecederaan.
Hakikat yang ditunjukkan pada PRU 1999, peristiwa lebam mata Anwar dipukul Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor tidak menyelami lubuk hati kaum bukan Melayu.
Keadaan ini kekal sehingga PRU tahun 2004. Pindaan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang begitu 'bias' (berpihak) kepada BN pada tahun 2002 menjadikan kawasan-kawasan Parlimen dan Dun dirobek-robek dan dicampur adukkan dengan lokaliti pengundi bukan Melayu.
Ketika itu Umno/BN mengetahui bahawa Melayu tidak boleh diharapkan untuk menyokong mereka. Maka kaum bukan Melayu dipergunakan untuk terus menyokong BN.
Fakta PRU 2004 menunjukkan majoriti Melayu masih menolak Umno/BN dan menyokong PAS serta KeADILan dan lain-lain pembangkang. Ketika itu DAP tidak bersama dalam Barisan Alternatif.
Sehingga Pilihan Raya Kecil Dun Ijok pada April 2007, kaum bukan Melayu masih belum menunjukkan sokongan padu kepada pembangkang sehingga menyebabkan Tan Sri Khalid Ibrahim tewas dengan K Parthiban.
'Swing vote' atau tsunami pada PRU 2008 dari kalangan kaum bukan Melayu, sememangnya di luar jangkaan pemimpin Pakatan Rakyat, juga di luar jangkaan BN.
Melayu teras kekuatan Anwar
Semua peristiwa ini membuktikan hakikat bahawa, teras kekuatan sokongan Melayu yang majoriti beragama Islam ialah kepada Anwar dan pembangkang, terutamanya PAS.
Fakta yang harus diingat ialah, sejak kerjasama erat yang dihulurkan Almarhum Ustaz Fadzil, orang-orang PAS yang majoritinya Melayu memberikan kerjasama dan dokongan erat kepada pembangkang, khususnya Anwar dan KeADILan.
PAS mempunyai sejuta ahli dan hampir dua juta pengundi setia sejak beberapa kali PRU. Kekuatannya meluas di seluruh negara. PAS kawasan dan cawangan berada di mana-mana.
Sehingga banyak kali PRU, calon-calon pembangkang (yang bukan PAS), boleh bergantung sepenuhnya dengan jentera pilihan raya PAS kerana orang-orang PAS komited dalam soal kerja dan tugas menentang BN.
Komitmen ahli dan penyokong PAS dalam menjayakan gabungan pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat begitu besar dan ianya terus terbukti dalam PRU ke-12 8 Mac lepas.
Justeru tuduhan bahawa Anwar akan mengetepikan Melayu, Melayu diambang perpecahan, masa depan Melayu terjejas dengan Pakatan Rakyat sememangnya tidak betul sama sekali.
Fakta yang harus difahami ialah sejak tahun 1999 sehingga 2008, kekuatan Umno/BN hanya didokong oleh minoriti Melayu, sekitar 40 peratus dan ditambah dengan sokongan majoriti bukan Melayu.
Masalah yang berlaku hari ini ialah sokongan minoriti Melayu dalam Umno, terhadap Umno semakin berpecah. Jika Umno berpecah, Melayu dalam Umno bergaduh, kuasa politik Melayu terhakis, bukan salah Anwar, bukan salah PAS, ianya adalah kesalahan pemimpin-pemimpin Umno!
Hakikatnya, teras kekuatan Anwar adalah dengan dokongan majoriti Melayu daripada PAS, tanpa dokongan PAS belum tentu Anwar akan terus berada dalam kedudukan sekarang.
Oleh sebab itu, dakwaan bahawa, jika Anwar berkuasa menjadi Perdana Menteri, kuasa Melayu akan terhakis adalah propaganda jahat Umno/BN semata-mata.
Majoriti Melayu yang berada dalam PAS, juga dalam KeADILan adalah pendokong sebenar kekuatan Anwar Ibrahim.
Maka, jika kuasa berpindah daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat, orang-orang Melayu tetap terjamin haknya dari sudut politik, pendidikan, ekonomi dan sosial, malah mungkin lebih baik lagi!
Mereka boleh kerana mereka UMNO, polis kawal walaupun tiada permit !!
Perhimpunan yang diadakan di Dataran Shah Alam, turut disertai 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk persatuan belia dan silat.
17.04.2008
PAS tolak cadangan tubuh kerajaan campuran bersama UMNO.
Oleh: SA'ODAH ELIAS - mSTAR Online
PUTRAJAYA: Umno pernah mengajak PAS bagi menubuhkan kerajaan campuran dibeberapa negeri termasuk di mana kedua-dua parti itu boleh menubuhkan kerajaan tetapi ditolak oleh pemimpin tertinggi parti itu.
Menurut sumber, tiga pemimpin tertinggi PAS, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, setiausaha agung Datuk Kamaruddin Jaafar dan bendahari Dr Hatta Ramli menolak pelawaan Umno itu setelah beberapa sesi rundingan dijalankan.
Beliau yang turut mewakili Umno dalam rundingan itu mendedahkan bahawa cadangan itu bagaimanapun mendapat reaksi positif daripada Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Matlamat utama cadangan berkenaan, tegasnya, adalah untuk mengukuhkan perpaduan Melayu serta memastikan kestabiliti politik yang berkekalan di negara ini.
"Kita telah mengadakan beberapa rundingan dengan PAS. Beberapa pemimpin telahpun berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan cadangan Umno itu, tetapi akhirnya mereka menolak."
"Malah Pengerusi PAS Perak Ahmad Awang ketika menolak cadangan Umno itu berkata parti itu lebih rela bekerjasama dengan parti orang kafir daripada bekerjasama dengan Umno yang dituduhnya parti zalim."
"Kerana itu, saya menganggap pemimpin-pemimpin PAS adalah hipokrit kerana di hadapan umum bercakap mengenai perpaduan Melayu serta kemungkinan bekerjasama dengan Umno, tetapi di belakang sanggup bekerjasama dengan DAP daripada dengan kita," katanya kepada mStar online Khamis."
baca selanjutnya di [ sini ]
Jika pemerintah bertaubat dengan taubat nasuha.
14-04-2008 01:39:42 PM
Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin
KITA semua wajar bersikap adil. Pilihanraya telah pun berlalu. Kita mengundi untuk kebaikan negara. Kita inginkan perubahan ke arah yang lebih positif, adil dan telus. Mesej rakyat kepada parti-parti politik dalam perkara tersebut sudah pun difahami oleh mereka.
Hari ini usaha-usaha ke arah hasrat tersebut kelihatannya sedang giat dilaksanakan. Kerajaan pusat juga telah merangka berbagai cadangan dan gagasan agar ketelusan dan keadilan dapat dilaksanakan. Demikian juga sesetengah kerajaan negeri yang baru dan yang lama. Sokonglah usaha-usaha yang baik serta berikanlah kritikan yang membina.
Politik bukan untuk membalas dendam atau ruang mencurahkan emosi yang tidak sudah-sudah. Sebaliknya, berpolitiklah untuk keadilan dan kebahagiaan kehidupan manusia di dunia dan akhirat.
Malanglah kita orang Islam apabila berbalah, melampaui batas. Sedangkan Nabi s.a.w bersabda:
“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dukacitalah kita ini, jika dalam percaturan politik kita umat Islam, ‘orang lain’ yang mendapat banyak manfaat dan berjaya memperolehi berbagai tuntutan, sedangkan kita hanya menang ‘tuduh menuduh, bertengkar, bermasam muka, gelar menggelar dan segala macam racun yang lain. Ketika orang lain yang semalamnya bagaikan musuh yang sengit, hari ini sedang berpelukan meraikan kejayaan memperolehi segala macam tuntutan, kita masih lagi bagaikan‘sedang mengasah parang’ untuk meneruskan kematian.
Tuhan sentiasa membuka pintu taubat untuk insan yang bersalah berubah kepada yang lebih baik. Bila-bila masa sahaja taubat itu terbuka apabila timbulnya keinsafan dan kesedaran. Mungkin kesedaran dan keinsafan itu timbul hasil dari nasihat, atau kejadian dan peristiwa tertentu. Kadang-kala insan yang begitu jahat, berubah menjadi insaf disebabkan ketakutan atau penderitaan tertentu, atau peristiwa trajis yang meleburkan keegoannya.
Tidaklah penting apa pun sebab keinsafan itu lahir. Apa yang penting bagaimanakah keinsafan itu dihayati. Maka insan yang insaf disuruh bertaubat dengan taubat yang sebenar atau disebut sebagai taubah nasuha.
Allah menyebut dalam Surah al-Tahrim ayat 8 : (maksudnya):
"Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” taubat nasuha”, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.."
Terlaksananya taubat yang sebenar itu dengan seseorang insan menyesali kesalahannya, memohon keampunan daripada Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Jika kesalahan itu membabitkan insan yang lain, maka dia hendaklah membetulkannya dengan mengembalikan hak yang diambil, atau menafikan tuduhan yang dilemparkan.
Jika itu berlaku, maka mereka akan insan tersebut janji Allah dalam firmanNya: (maksudnya)
“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal soleh, maka mereka itu Allah akan gantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah al-Furqan: 70).
Saya ingin katakan bahawa peristiwa pilihanraya yang lepas, perkara yang pertama yang mesti dilakukan oleh pihak pemerintah bagi mengeluarkan diri semua dari krisis dan kegawatan politik yang saban hari mengganggu kita semua adalah dengan cara bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha. Segala kesalahan, ketidakadilan, ketidaktelusan, kecuaian atas tanggunjawab yang Allah amanahkan selama ini hendaklah benar-benar insaf dan memohon ampun daripada Allah.
Kedua; hendaklah berazam untuk tidak mengulanginya lagi pada masa hadapan.
Ketiga: jika ada hak rakyat yang dizalimi, kembalikan hak mereka. Jika ini dilakukan, percayalah kepada rahmat Allah yang akan melimpahi negara dan kepimpinan akan terus dapat keberkatan dalam pemerintahan yang akan diteruskan.
Dengarlah kata-kata Nabi Hud a.s kepada kaumnya seperti dalam Surah Hud ayat 52: (maksudnya)
“Dan wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa”.
Inilah penawar bala yang telah dibuka rahsianya oleh Nabi Hud a.s., dan inilah juga yang pernah disebut oleh Nabi Nuh a.s. sebelum itu kepada kaumnya.
Kata Nabi Nuh seperti dalam Surah Nuh ayat 10-12: (maksudnya)
“Sehingga Aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)”.
Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa memohon ampun daripada Allah membolehkan rahmat dan keberkatan diturunkan. Allah menambahkan dengan taubat rezeki yang mencurah-curah, kekuatan, harta dan anak-pinak. Maka bertaubatlah wahai para pemerintah, agar kedamaian, ketenteraman dan kemakmuran akan dikecapi di bawah pemerintahan anda.
Pasca politik kini adalah ujian untuk kepimpinan negara. Bukan masa untuk menunjukkan ego, atau mencari-cari di mana silap orang lain, tapi melupai dosa-dosa politik yang pernah dilakukan. Masa ini sepatutnya kepimpinan negara di setiap peringkat menunjukkan tadarru’ iatu benar-benar merendah diri kepada Allah dan memohon keampunan daripadanya.
Kita ingin mendengar kepimpinan memohon kemaafan kepada rakyat di atas segala kesilapan yang pernah berlaku sepanjang pentadbiran yang lalu. Inilah yang akan mendatangkan keberkatan dan menimbulkan rasa hormat rakyat.
Ingatlah amaran Allah apabila sesuatu bala atau ujian ditimpakan kepada sesuatu kaum dalam firmanNya: (maksudnya)
“Dan Demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami seksakan mereka dengan kesusahan dan penyakit, supaya mereka merendah diri (insaf dan bertaubat).
Maka Alangkah eloknya kalau mereka merendah diri (insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan. Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala perkara (kemewahan dan kesenangan), sehingga apabila mereka bergembira dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)”.
Ya Allah! Peliharalah kami dari balaMu! Lihatlah Keamanan kita juga dirasakan makin terhakis saban hari. Kejadian-kejadian yang meragut ketenteraman mula bertali arus. Setiap kita mula bimbang dan risau atas keselamatan diri dan keluarga sekalipun berada dalam rumah sendiri. Polis pun tidak dapat menyelesaikan ketakutan seperti itu. Wahai pemerintah! Hanya Allah yang dapat mengeluarkan kita dari semua itu. Kembalilah kepadaNya!
Perubahan yang berteraskan taubat kepada Allah perlu dilakukan. Kepimpinan utama mestilah tegas dan ikhlas. Insan-insan yang telah terlibat dengan penyelewengan harta rakyat hendaklah dipupuskan. Mereka perlu disiasat secara telus. Bagaimana mungkin kepentingan negara yang diamanahkan untuk dijalankan, lalu dijadikan sumber kekayaan diri yang luar biasa.
Janganlah dihitung sebesar mana pun kedudukannya, atau serapat manapun persahabatan dengannya. Hak rakyat mestilah dipelihara. Tergamakkah seorang insan yang mengaku beriman memenuhi diri dengan kemewahan harta rakyat, sedangkan berapa ramai rakyat yang masih miskin dan susah, hidup dibanjiri airmata.
Bertaubatlah, kembalikan hak-hak rakyat, belalah mereka yang teraniaya. Jika orang kaya yang dizalimi, ada peguam yang dapat membawa kesnya ke mahkamah. Si miskin yang susah apabila ditindas, tiada peguam yang mampu dibayar, maka tidak ada mahkamah yang sudi mendengar. Namun esakan dan tangisan itu tetap didengari oleh Allah Yang Maha Mendengar. Rintihan itu sampai ke langit tinggi dan Allah akan membalasnya.
Wahai pemimpin! Jika engkau tidak adil, engkau akan didakwa di mahkamah Allah di pandang mahsyar kelak. Juga, jika dosa orang kena zalim itu mustajab di dunia, engkau akan dibalas di dunia dan akhirat. Wahai pemimpin! Bertaubatlah.
Para pemimpin adalah contoh untuk sekelian rakyat di bawah mereka. Mereka diperhatikan. Kemewahan mereka –jika tidak betul cara- menjadi tanda tanya. Sikap dan perwatakan mereka dipersoalkan. Demikian jugalah anak isteri mereka. Gaya yang berlebih-lebihan membuat rakyat merasa jelak. Ada yang sehingga ketika artis hindustan datang ke Malaysia yang terlebih boollywood dari boollywood. Sedangkan dia isteri orang besar.
Sebabnya, ramai seketika dulu merasakan mereka manusia kebal yang tidak mungkin ditumbangkan. Mereka lupa bahawa rakyat sedang merasa mual. Jika pemimpin itu bercakap Islam, buktikanlah menerusi percakapan, pendekatan, sikap dan juga pakaian anak isteri. Jangan berlebih-lebihan, tetapi bersederhanalah dan ikut peraturan. Rakyat tidak bertanya, berapa harga ‘make-up’ datin? Tetapi rakyat akan selalu mengingati kehalusan akhlak dan budi.
Allah pula suka kepada yang merendah diri dan menyayangi sesama muslim. Manusia ini bagaimana pun wataknya, hati nuraninya akan terasa hormat kepada orang yang mengingati Allah dalam ertikata yang sebenar. Diterjemahkan ingatan itu dalam bentuk tawaduk dan ketertiban sikap. Wahai pemimpin! Lakukanlah perubahan kerana Allah dalam hal ini. Nanti rakyat akan menyayangi anda.
Hala tuju negara hendaklah digaris dengan jelas. Saya kadang-kala melihat seakan generasi muda melayu Islam di negara ini dicandukan agar tidak lagi mampu berfikir dengan seimbang. Hiburan-hiburan yang melebihi dari tahap keperluan dan tidak memiliki matlamat yang jelas seakan sengaja dilambakkan untuk hidangan mereka. Inilah yang kelihatan dalam media-media kita sedangkan ketika yang sama gendang ‘Islam Hadhari’ dipalukan. Sebagai tanda restu atau sebaliknya, saya tidak pasti. Lalu anak muda kita dalam khayal dan mabuk, dadah, keruntuhan akhlak dan berbagai.
Maka tidak hairanlah jika mereka tidak mempunyai pandangan yang jelas dan terurus tentang masa depan negara. Lalu kita bising hilangnya nilai-nilai patriotik dalam jiwa jenerasi baru, padahal kita sendiri yang seakan memandulkan minda dan fitrah mereka. Barangkali kita suka, kerana dengan demikian, mereka tidak banyak mempersoalkan kita. Mendidik rakyat adalah tanggungjawab pemimpin yang Allah amanahkan. Bertaubatlah kepada Allah, betulkan perjalanan masa depan negara ini.
Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang ‘seribu kekeliruan itu’. Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, insya Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan. Bertaubat!. Kembalilah kepada Islam yang murni lagi asal seperti zaman Nabi s.a.w. Islam yang terbukti membangunkan kehidupan masyarakat yang aman lagi harmoni dunia dan akhirat. Tokok tambah agama hanya menghilangkan keaslian dan keberkatan dari Allah.
Wahai pemimpin! Pena saya tidak menzalimi anda. Sudah setahun, saban minggu ayat-ayatnya berbaris di sini. Bukan untuk menjatuhkan, tetapi mengajak melihat bersama laluan di hadapan. Allah yang memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mencabutnya dari sesiapa yang Dia kehendaki.
Sesungguhnya taubat adalah penghalang bala bencana. Firman Allah:
“Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun)”.
(Surah al-Anfal: 33).
Maka, jadikanlah kerajaan yang sedang merubah dirinya itu sebagai kerajaan yang bertaubat dari segala bentuk ketidakadilan dan ketidaktelusan. Seperti mana insan yang bertaubat, kelihatan bersih bercahaya dan merendah diri kepada Allah, demikian hendaknya kerajaan yang bertaubat.
Terjemahkanlah taubat itu dalam kepimpinan, pengurusan, media dan hati budi pemimpin. Pohonlah kemaafan kepada rakyat, dan kembalikan hak mereka jika ada yang ‘tidak kena’. Demikianlah juga hendaknya sekelian rakyat memohon keampunan dan kembali kepada jalan yang lurus. Inilah jalan keluar yang hakiki dari kemelutkan yang ada.
Jika itu berlaku maka, Allah berfirman: (maksudnya)
“Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka segala keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”.
(Surah al-‘Araf: 96).