Tuesday, June 10, 2008

Warkah Menjunjung DYMM Seri Paduka Baginda YDPA.

Assalamu'alaikum...

Banyak cadangan dan pendapat saya terima datang dari berbagai golongan rakyat Malaysia yang merasa amat tertekan dengan kenaikan harga "Emas Hitam" seperti yang diumumkan oleh menteri perdana gabungan Barang Naik yang pendek akal.

Dalam banyak-banyak cadangan & pendapat yang saya terima,saya amat tertarik dengan satu cadangan yang datang dari saudara Azrul Alwi dan cadangannya begini -

Salam,

Berani atau tidak .. setiap seorang daripada kita menulis surat untuk
Tuanku DYMM Agong dan mengadu kesusahan kerana kenaikkan minyak.

Kalau tak salah saya para artis menerima berkilo-kilo dan berbeg-beg
kad raya, sampai pening dan tak tahu nak jawab. Kalau setiap seorang
daripada kita untuk Tuanku, dia pun nanti pening dengan Pak Lah. Tapi
at least dia tau, rakyat tak suka.

Buleh ka?


Saya kira cadangan ini amat praktikal untuk kita mulakan sebelum diadakan perhimpunan membantah kenaikan harga "Emas Hitam" pada 13hb.Julai,2008 nanti.jika kita semua sepakat mengambil tindakan yang sama mengutus warkah kepada DYMM Seri Paduka Baginda & menyatakan perkara yang sama,mustahil suara kita tidak didengar.

Bagi saya ianya dapat dilakukan dengan lebih meluas lagi.caranya yang paling praktikal sekali ialah semua cawangan parti politik atau NGO atau apa sahaja pertubuhan berdaftar bersatu tenaga mengeluarkan surat yang sudah dicetak tanpa tandatangan,edarkan kepada orang ramai dikawasan masing-masing untuk diisi dengan nama,no ic & tandatangan.

Tetapkan beberapa pusat untuk menerima kembali surat yang telah diisi oleh para rakyat & seterusnya surat-surat tersebut dikumpul disatu tempatdi kawasan masing-masing untuk dipanjangkan terus kepada Istana Negara.bagi saya cara inilah yang amat praktikal bagi kita menyuarakan kesusahan kita kepada DYMM Seri Paduka Baginda YDPA.

Perlu kita ingat supaya surat-surat tersebut MESTILAH MELALUI CAWANGAN-CAWANGAN YANG DISEBUTKAN TADI kerana dikhuatiri berlaku sabotaj dari pihak yang berkaitan untuk menggagalkan rancangan ini.

Boleh juga dibuka kaunter-kaunter dimana-mana kawasan strategik dibandar-bandar,pasar malam atau mana-mana sahaja kawasan tumpuan.yang perlu ditekankan ialah : SETIAP SEKEPING SURAT MESTI MEWAKILI SEORANG INDIVIDU.mungkin akan sedikit menyusahkan tetapi ianya amat berbaloi seandainya semua kita sepakat.

Kita tidak mahu sekeping surat sahaja yang mewakili seluruh penduduk kerana bagi saya ianya tidak membawa apa-apa makna macam kita dirumah...kalau sebungkus sampah sahaja mungkin kita hanya memandang begitu sahaja dengan hujung mata tetapi apa akan jadi pada kita jika berbungkus-bungkus sampah ada didepan kita?pasti ada tindakan yang akan kita ambil...pasti ada yang tak kena kan?

Untuk menjayakan lagi rancangan ini,saya juga mencadangkan supaya setiap surat disertai dengan sumbangan sebanyak rm0.10(kos percetakan)tak banyak kan...

Alamat Istana Negara :

(DYMM) Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Istana Negara
Jalan Istana, Off Jalan Syed Putra,
50500, Kuala Lumpur.

Ataupun :

(DYMM) Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Istana Nur Nadhirah,
Jalan Sultan Mahmud,

20400, Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman


Apa kata anda?

Akhirnya Pak Lah "Buat-buat" MengaLah.

Assalamu'alaikum...

Setelah habis sepenggal sessi suai kenal Pak Lah dengan rakyat Malaysia & sessi "signal-menyignal" dalam PRU12 tempohari akhirnya Pak Lah mengalah. semalam Pak Lah mengisytiharkan & menggariskan beberapa langkah penjimatan yang melibatkan sejumlah RM2billion setahun hasil pemotongan elaun para menteri-menteri tak berakal dari parti Barang Naik... tapi yang nyatanya mereka masih "selesa"walaupun 10% dari elaun mereka dipotong.

Elaun keraian perdana menteri, timbalannya, menteri dan timbalan menteri akan dipotong 10 peratus mulai 1 Julai, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Mengumumkan langkah penjimatan sehingga RM2 bilion setahun, perdana menteri berkata kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah lain bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan susulan kenaikan harga minyak.


Ketika ini, elaun keraian sebulan perdana menteri adalah RM18,865, timbalannya (RM15,015), menteri persekutuan (RM12,320) dan timbalan menteri (RM6,000).


Ini bermakna elaun keraian PM akan ditolak sebanyak RM22.638 setahun, timbalannya sebanyak RM18.018 setahun, menteri persekutuan RM14.784 & timbalan menteri pula sebanyak RM7.200 setahun...itu yang ditolak...masih lagi ada baki sebanyak RM203.742 setahun untuk perdana menteri, RM162.162 untuk timbalannya, RM133.056 untuk menteri persekutuan & RM64.800 untuk timbalan menteri...ish...banyak lagi tu!

Tapi tak kan la elaun je yang dipotong?aku rasa lebih praktikal lagi kalau elaun menteri dikekalkan, tapi segala "claim" & subsidi menteri dimansuhkan terus...ala...bukan kita tak tau yang depa ni boleh claim sebanyak manapun tanpa resit.tak gitu?yang aku tau melalui pendedahan-pendedahan sebelum ni,jumlah claim menteri lagi banyak dari jumlah elaunnya tu.berganda-ganda bezanya...x di rekodkan lak tu(tak yah resit)...

Kekalkan elaun menteri tetapi hapuskan claim...bermakna segala perbelanjaan makan,minum,minyak kereta atau apa2 sahaja bergantung pada elaun semata-mata.amacam?tiada lagi subsidi bil telefon,elektrik,air,minyak kereta & yang sewaktu dengannya...kira macam kita jugak la...cuma kita bagi kelonggaran kat depa,kita bagi elaun...berani ka Pak Lah?

Kesimpulannya Pak Lah menipu kita lagi...yang dipotong cuma yang kita nampak tapi disebalik yang kita nampak ni jumlahnya lebih besar lagi.apa la maknanya tu?

Kalau tengok pada pelan penjimatannya ni tak lebih tak kurang memang ikut pelan perbelanjaan kerajaan PAS Kelantan.ini memang dah diamalkan oleh Kerajaan PAS Kelantan sejak 18 tahun dulu.last-last menteri Barang Naik ciplak idea Tok Guru la jugak...tapi sikit habuk pun aku tak yakin ketelusannya tu...atas kertas penyata gaji & elaun bulanan mungkin nampak "telus"...tapi aku percayan akaun 3-5 bawah meja tu lain perkiraannya...ala...anjing kalau dah biase hidu taik tu kan,camane pun memang dia akan cari taik nye...aku dah masak dah ngan semua ni...

Ni nak pesan kat Pak Lah...dulu(dulu)...ha...dulu(dulu)...saje ulang banyak kali...dulu boleh la hang nak putaq kami ngan filem hang...skarang kami dah masak dah Pak Lah aih...kalau berani...Pak Lah hapuskan teruslah claim para menteri Barang Naik...ada berani ka?

Hang tak berani la Pak Lah...aku tau...Hang memang "pengecut"..."saya pantang dicabar!!!kalau saya dicabar...saya akan tidurrr!!!"

Kami tau dh trik putaq hang Pak Lah aih...Dah Lama Dah...!!!

TUKAQ KERAJAAN!!!
TUKAQ KERAJAAN!!!
TUKAQ KERAJAAN!!!

Pembatalan Jambatan Bengkok


diciplak dari : che'det


Saya diminta membongkar apa yang saya tahu berkenaan salah guna wang rakyat.

Untuk permulaan saya senaraikan empat tindakan dimana Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah salahgunakan wang rakyat.

Apa yang saya tulis di sini tidak berasas kepada spekulasi, kemungkinan atau kebarangkalian. Perkara ini diketahui umum dan boleh disahkan.

Saya perlu beri penjelasan terperinci. Jadi saya akan bincangkan satu persatu.

Bagaimanapun saya senaraikan empat perkara spesifik;
1. Pembatalan pembinaan jambatan menggantikan tambak Johor di sebelah Malaysia
2. Penangguhan landasan berkembar dan rel elektrik daripada Johor Baru ke Padang Besar
3. Penjualan M.V. Agusta untuk satu Euro
4. Wang Ehsan yang dibelanjakan untuk Terengganu yang mana Menteri Besar yang baru mendakwa adalah bukan Wang Ehsan tetapi daripada dana Kerajaan Persekutuan.

Pembatalan pembinaan jambatan ke Singapura

Kerajaan Singapura tidak membantah pembinaan jambatan untuk menggantikan tambak di sebelah Malaysia.

Jambatan ini akan dibina 25 meter daripada paras permukaan air untuk benar kapal-kapal kecil lalu setelah separuh tambak di sebelah Malaysia di pecah. Link Kedua juga berada di paras 25 meters daripada paras permukaan air. Jadi kapal-kapal boleh melalui Selat Tebrau tanpa terhalang oleh tambak.

Jambatan ini penting kerana jumlah trafik di Johor Baru telah meningkat dan kesesakan lalulintas merupakan perkara harian disebabkan laluan Utara-Selatan yang datang dan pergi melalui tambak dan trafik Timur-Barat di antara bahagian-bahagian Timur dan Barat Johor Baru.

Jalan bertingkat perlu dibina menyeberangi trafik Timur-Barat untuk laluan dari dan ke tambak. Jalan ini akan menyebabkan penghujung tambak di sebelah Johor tidak boleh digunakan kerana jalan bertingkat hanya boleh mendarat pada satu jarak tertentu jauh daripada tempat tambak bertemu dengan tanah besar.

Jika jambatan penuh ke Singapura dibangunkan cerun boleh dilandaikan untuk memudahkan lori mendaki dan bot-bot kecil melalui di bawahnya setelah tambak dipecahkan.

Kerana Singapura tidak mahu sama-sama membina jambatan penuh untuk gantikan tambak, jambatan setinggi 25 meter untuk benarkan bot-bot lalu dibawahnya mesti mempunyai kepanjangan yang mencukupi untuk benarkan lori mendaki secara beransur.

Penyelesaiannya ialah untuk memanjangkan jambatan dengan rekabentuk melengkung (kemudiannya dipanggil jambatan bengkok). Bagi landasan keretapi pula, jambatan ayun yang boleh dibuka dan tutup untuk benarkan kapal atau keretapi lalu.

Untuk memendekkan cerita, kerja pembinaan jambatan bengkok dihentikan untuk membolehkan Kerajaan Dato Seri Abdullah menjual 1 billion meter padu pasir dan hak laluan terbang pesawat tentera Singapura melintasi Johor Baru jika Singaura bersetuju membina jambatan lurus.

Ada orang yang akan mengaut untung banyak menjual 50 juta meter padu pasir setahun selama 20 tahun untuk Singapura menambak tanah. Ini satu tawaran menarik kerana tanah yang ditambak boleh dijual antara 3,000-5,000 Dolar Singapura (kira-kira RM6,000-RM10,000) sekaki persegi. Kerajaan Singapura boleh buat banyak duit menjual tanah ini. Lalu merekapun menyetujui cadangan jambatan lurus ini.

Bahawa mengorek pasir dari dasar laut boleh sebabkan hakisan pantai, kemusnahan tempat pembiakan ikan dan kehilangan mata pencarian bagi nelayan negeri Johor tidak pun diambil prihatin oleh Kerajaan Dato Seri Abdullah.

Mujurlah rakyat Johor membantah penjualan pasir dan hak laluan pesawat terbang.

Abdullah yang kecewa kerana perancangannya terhalang menghukum rakyat Johor dengan membatal sama sekali projek jambatan. Tidak ada jambatan lurus mahupun bengkok.

Hasilnya lebih daripada RM1 billion telah dibazirkan yang dibelanjakan untuk membina kemudahan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, kerja-kerja membina stesen keretapi baru dan kerja-kerja awal untuk bina jalan menghubung kompleks KIK dan jambatan serta bayaran pampasan kepada kontraktor disebabkan pembatalan projek-projek berkenaan.

Kompleks KIK kini menjadi gajah putih, terbiar tetapi terpaksa di selenggarakan dengan memakan belanja beratus ribu Ringgit sebulan.

Jelas sekali Dato Seri Abdullah telah bazirkan duit rakyat hanya kerana beliau marah dengan rakyat Johor yang halang penjualan satu bilion meter padu pasir kepada Singapura dan keuntungan yang bakal diraih oleh pihak tertentu.