Thursday, June 12, 2008

Tenaga Nasional Berhad.

Sebuah artikel dari seorang kenalan.

TNB berura-ura dan tidak mustahil nak ambil kesempatan sempena menyambut kenaikan harga minyak.mereka pun mencari akal nak naikkan takrif letrik berdasarkan harga minyak...memang agak malang kita sebagai pengguna@rakyat dibebankan dengan bermacam2
benda.

Minyak dan segala barangan boleh diumpamakan sepucuk JALA...jika pucuk jala (minyak) ditarik keatas@atau dinaikkan...maka segala lobang-lobang benang yg banyak...termasuk batu-batunya sekali akan ikut pucuknya naik...

Sekarang kita nak tengok telatah TNB pula...dan Setiap kali minyak naik maka keluarlah musang-musang kat kaca TV berbunyi TNB tak mampu menanggung beban kenaikan harga minyak untuk menjalankan operasi JANALETRIK sebab kos tinggi.

Tahukah anda apa yang TNB tipu kita..?



Dulu...LEMBAGA LETRIK NEGARA diswastakan menjadi...Tenaga Nasional Berhad selepas semua EMPANGAN AIR siap dibina dengan duit rakyat kemudian diswastakan.

Empangan yang besar :

1 - Empangan Pedu - Kedah
2 - Empangan Temenggor - Perak
3 - Empangan Kenyir - Terengganu

Empangan kecil ada lagi tetapi tak perlu masuk senarai kita bongkar yang besar-besar ini dulu...terutama Empangan Temenggor dan Empangan Kenyir...

Empangan Pedu

Setiap empangan ini ada sekurang-kurangnya 3 buah(unit) TURBIN untuk menjana letrik menggunakan air tanpa menggunakan setitik pun minyak,diesel@seketul pun arang batu.Tujuan asal pembinaan Empangan2 ini adalah untuk menakung air minuman dan yang lebih mustahaknya untuk menjana elektrik...berapa peruntukan telah terbenam disana?

Persoalannya ialah...

Kenapa pemimpin ular sawa ini menghalang dari menguatkuasakan penjanaan turbin2 itu...hanya dibenarkan 1 buah turbin di Kenyir dan mungkin satu lagi di Temenggor.Kenapa turbin yang lain di tidurkan sekian lama?

Sebab....

Orang politik nak bisnes nak cari duit senang...jika semua turbin di dua empangan tersebut dijalankan kerajaan tiada alasan untuk menaikkan takrif eletrik kerana penjanaan didua empangan tersebut mampu supply eletrik seluruh semenanjung,singapura dan sebahagian Thailand dengan harga yang amat murah.

Empangan Temenggor

Oleh kerana orang politik nak bisnes...mereka STOP sebahagian besar operasi turbin (yang memang murah harganya untuk rakyat) dan mencari akal serta menwujudkan jana letrik swasta yang banyak dibina ditepi laut seperti yang anda sedia maklum stesen janakuasa tersebut semuanya menggunakan minyak diesel dan arang batu.Yang sedih nya kerajaan dipaksa sign kontrak mesti membeli letrik dari stesen-stesen politik ini dan kongkong operasi turbin empangan.Operasi stesen-stesen itu sahaja yang selalu diwar-warkan..dan diperbesar-besarkan dalam TV/media mengatakan kos operasi letrik tinggi dan bermacam-macam lagi akibat kenaikan harga minyak dan arang batu. APA SUDAH JADI NI???Kenapa tak pernah tunjukkan kos operasi Turbin empangan yang menggunakan air itu..?Kesian rakyat Malaysia di perbodoh-bodohkan oleh pemimpin-pemimpin ular sawa .

NGO dan pembangkang hendaklah segera buat kajian terperinci tentang kemampuan janakuasa empangan2 tersebut dan bangkitkan diPARLIMEN kenapa yang murah,di tahan...yang mahal dipaksa rakyat bayar? Perkara ini sudah lama berlaku.Kini masanya di bongkar.Mengapa Janakuasa swasta ini wujud dengan banyak siapa disebalik stesen2 tersebut dan kenapa
mereka memaksa kerajaan sign kontrak membeli letrik dari stesen swasta tersebut.

(Jika disoal mereka dah siap jawapan...untuk support jika janaletrik empangan rosak)sebenarnya mereka nak bisnes

Jika nak bisnes.......ok tiada masalah generate power jual sendiri lawan harga letrik empangan. Macam telefon memasing ujudkan Digi, Maxis, celcom dan lain-lain memasing melawan menawarkan line mereka murah rakyat puas hati memilih dan menikmati benda yang diswastakan.....macam itu baru betul....kerajaan kenapa tidak suruh TNB dan Stesen tepi laut
tersebut lakukan macam line telefon itu???

Empangan Kenyir

Ada sumber letrik (empangan) harga yang murah untuk dinikmati rakyat tapi kenapa diarah Slow-Down operasinya.....dan MENGAPA? mengujudkan janaletrik swasta dan paksa rakyat membayar dengan harga setiap tahun semakin tinggi??? Why..why..why...

Jika orang politik ular sawa nak bisnes carilah benda lain...jangan lah nak dapat duit dengan memulas perut rakyat??

Dari...keladi gatai...bukan sumer rakyat boleh ditipu!!!

Wakil PAS dikritik 'gagal' debat minyak

dipetik dari : malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Jun 11, 08 3:24pm kemaskini 8:55pm Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub hari ini menjadi sasaran kritikan penyokongnya sendiri apabila didakwa "gagal" dalam perdebatannya dengan Datuk Shahrir Samad berhubung isu kenaikan harga minyak.

Perdebatan ahli parlimen Kubang Kerian dengan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna disiarkan secara langsung selama sejam di RTM1 jam 9.30 malam tadi.

Beberapa pembaca mengkritik kelemahan Salahuddin di laman web Tranungkite.net, milik Pemuda PAS Dungun, Terengganu hari ini dan semalam.

salahuddin ayub pas and kl polis memo 220207 explain"Apa yang saya harapkan dari perdebatan ... tidak langsung mencapai tujuan, ruang dan peluang yang sepatutnya digunakan terus gagal dimanafaatkan Salehuddin, sungguh mengecewakan," kata seorang pembaca web itu, 'Reformis Muda'.

"Saya mencadang selepas ini (ahli parlimen PKR) Saifuddin Nasution (Ismail) ataupun (naib presiden PAS) Husam Musa dihantar mewakili Pakatan Rakyat, kerana Saifuddin lebih bersedia dalam soal fakta dan gaya penyampaian yang sinis. Manakala Husam dilihat lebih berani menyanggah," katanya.

Sementara seorang lagi penulis yang menyumbang kritikan menyatakan hujah-hujah Salahuddin "banyak terdapat di dalam blog-blog internet" dan menyarankan ahli parlimen itu menjalankan kajian awal sebelum menghadiri program tesebut.

"Saya tidak salahkan penonton-penonton apabila kecewa dengan hujah-hujah daripada Salahuddin... Kebanyakan hujah yang dikemukakan oleh Salahuddin pernah terbaca oleh saya (di internet).

"Pada saya, Salahuddin sepatutnya menggunakan hujah beliau sendiri dan boleh menggunakan fakta internet itu sebagai sokongan sahaja," kata 'Ciklee'.

Penulis itu juga menyifatkan Salahuddin gagal "memberikan pukulan KO (kalah terus) kepada Shahrir" yang menyebabkan penonton tidak berpuas hati.

'Pemuda Sabah' menyifatkan ahli parlimen itu suka membuat kesilapan fakta.

"Kadangkala Salahuddin cuba untuk menguatkan hujah beliau berpandukan sejarah dan insiden yang pernah berlaku tetapi cukup memalukan apabila fakta sejarah diubah, malahan Shahrir nampak senyum kambing sambil memperbetulkan beberapa fakta yang didakwa oleh Salahuddin," tulisnya di laman web itu, yang diasaskan sejak 1999.

"Salahuddin sendiri terperangkap dalam data statistik yang disebut oleh beliau apabila kurang memberi perhatian terhadap perbezaan antara 'keuntungan' dengan 'pendapatan'," tambahnya.

shahrir samad interview 250907 pessimistic Bagaimanapun, katanya lagi, penghujahan wakil PAS itu "agak tercapai" apabila Shahrir kelihatan "tidak mampu memberi satu jawapan konkrit" berhubung isu tersebut.

"Beliau lebih banyak bermain kata-kata dan bercakap tentang teori semata-mata," tulis 'Pemuda Sabah'.

Selepas menganggap Salahuddin gagal menggunakan istilah-istilah umum yang difahami semua, 'Tinta Islam' pula kecewa kerana wakil PAS itu tidak berjaya menimbulkan isu-isu kesusahan orang ramai.

"Namun bagi pihak rakyat, ana (saya) merasa sedikit kecewa kerana Salahuddin tidak dapat membangkitkan hujah-hujah bagi menyuarakan kesusahan dan keperitan hidup rakyat akibat daripada kenaikan harga minyak yang melampau," tulisnya.

'Reformis Muda' bersetuju dengan pandangan ini dan mencadangkan "kita perlu menyampaikan dengan bahasa yang mudah dan senang diterjemah dan dirasai rakyat."

"Gaya bahasa dan rentak beliau bercakap seperti seorang profesor yang didatangkan dari Universiti Tokyo untuk menyampaikan kuliah sains," katanya.

'Reformis Muda' menambah, tidak sesuai Salahuddin membincangkan isu carigali Petronas tetapi seharusnya mengupas "tentang kesannya kepada rakyat."

'Topeng Perak' turut membangkitkan persoalan yang sama.

"Saya kira golongan (berpendapatan rendah) ini amat-amat kecewa dengan Salahuddin kerana beliau juga seolah lupa pada golongan ini. Pada saya kesilapan Salahuddin ialah, terlalu cepat dan gopoh dalam memenangi isu ini," katanya.

Beliau mencadangkan ahli parlimen itu berbincang dengan semua golongan sebelum bertindak sebagai "duta besar" di program TV itu.

Seorang penulis yang dikenali 'Matlan75' menganggap ulasan Salahuddin "terlalu berhati-hati" sehingga "mood penonton hilang apabila mendengar hujahnya."

"Penonton mahu hujah yang kuat dan boleh membuatkan Shahrir jadi bisu dan terus masuk PAS. Itu yang rakyat mahu," katanya.

Pengganti Pak Lah.

Assalamu'alaikum...

PRU12 sudah 3 bulan berakhir tetapi situasi politik(UMNO/BN sahaja)masih bergolak.disana-sini bergemuruh sang gagak elit & si kakaktua berkicau-kicauan(gagak & kakaktua berkicau?)meminta PM Pak Lah meletak jawatan.ayam jantan pula tumpang sekaki berkokok-kokok meminta disabungkan digelanggang.riuh,memang riuh.

Situasinya macam sarkis diserang Rajawali.huru-hara disana-sini.ketua geng gagak akhirnya mengisytiharkan dirinya keluar dari sarkis & disusuli oleh pengikut setianya yang tak berapa ramai sedang anak sang gagak sendiri masih mahu menghiburkan penonton sarkis yang sedang huru-hara mengikut "caranya sendiri".

Geng kakaktua pula masih seperti biasa...kami menyokong penuh kepimpinan sarkis & akan menyokong penuh Pok Lah sebagai PM sarkis.entah depa paham atau tak kata-kata depa kita pun tak tau...maklumlah bahasa pun bahasa sarkis dah tu pulak kakaktua yang bercakap.entah...

Datang pulak penghuni baru sarkis si ayam jantan(ada jugak yang mengatakan ianya "kuda trojan")mengepak-ngepak sayapnya dengan pegangan "prinsip" nya "lawan tetap lawan" berkokok nyaring minta diturunkan kegelanggang sarkis untuk menegakkan "balungnya" yang lembik hampir menutup mata.dengar ceritanya taji ayam jantan ni pernah patah sebelum bertarung satu masa dulu.dah tumbuh balik ke belum kita tak tau sebab kita tak ambil tau tentang ayam "pencen"...expired...

Begitulah serba sedikit situasi politik dalam parti hampir karam UMNO akhir-akhir ini.isu paling lantang yang kedengaran dalam kabin kapal UMNO sekarang ialah meminta kapten mereka Pak Lah supaya melepaskan jawatan.Undur Pak Lah Undur!Undur Pak Lah Undur!Undur Pak Lah Undur!macam era Reformasi pulak!

Tapi ada satu persoalan...kalaulah Pak Lah berundur,siapa agaknya yang akan ambil alih kerusi Pak Lah?Najib?ikut rancangannya Najib lah...tapi berapa lama Najib dapat bertahan?mungkin Najib akan dicabar dalam pemilihan agung nanti...kacau tu...beduk dah berbunyi dah...Muhyiddin pun dengar ceritanya nak bertanding kerusi presiden...kacau lagi...Ku Li awal-awal dah pukul gendang di Gua Musang...aih...lagi la kacau...

Tapi...bagi ahli UMNO pulak setuju ke kalau Najib jadi presiden?cukup ke pencalonannya nanti?Muhyiddin pun sama jugak...cukup ke pancalonannya nanti?Ku Li?...ai...orang lama ni...tapi "orang lama" tak menjanjikan pencalonan yang cukup jugak...terpakse la bersabung 3 penjuru nampaknya...hang taji aku,dia pakuk belakang sambil-sambil tu aku pangkah tengkuk dia...meriah tu.boleh jadi temasya sarkis paling meriah abad ini.

Dalam-dalam depa dok bersabung Rajawali pandang je dari jauh tunggu masa nak sambar...bukan sambar nak buat makan,sambar nak selamatkan penghuni sarkis yang dah hilang kepercayaan.hilang kepercayaan sebab tujuan sarkis ditubuhkan dah lari,menyimpang...dulu sarkis ditubuhkan untuk menghiburkan hati penonton.penonton datang nak hilangkan stress...tau-tau sekarang dah jadi gelanggang rebut kuasa.

Rasa-rasanya tak de siapa dah yang layak menjadi PM Malaysia selepas Pak Lah.bagi saya seorang sahaja yang layak.DSAI...yang lain bukan tak layak...TGHH ada dan layak tetapi untuk mendapatkan sokongan penuh dari berbagai bangsa & agama buat masa ni saya fikir tiada yang lebih layak selain DSAI.satu-satunya individu yang dipercayai dapat meraih sokongan dari rakyat berbilang kaum.

Siapa lagi ye?

Air percuma, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tunai janji

dipetik dari : harakahdaily


Nyza Ayob
Wed | Jun 11, 08 | 8:24:37 pm MYT

SHAH ALAM, 11 Jun (Hrkh) - Rakyat Selangor akhirnya akan mendapat bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Rakyat.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan perkara tersebut selepas kerajaan negeri menyelesaikan rundingan dengan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini.

Abdul Khalid dalam sidang media yang turut disertai Presiden KDEB, Dato' Abdul Karim Munisar dan Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Dato' Ruslan Hassan berkata penyelesaian telah dicapai bahawa pemberian air percuma dengan potongan RM11.40 kepada pengguna domestik bermeter individu itu akan bermula pada 1 Jun 2008.

Abdul Khalid berkata pengguna domestik bermeter individu akan mendapat bil baru dengan rebet air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan bermula 16 Jun 2008.

Jelasnya, pengguna yang telah menerima bil sebelum tarikh 16 Jun 2008 akan menerima rebet bayaran untuk penggunaan 15 hari pertama di bulan Jun 2008 di dalam bil bulan berikutnya (bulan hadapan).

Katanya, kos pembiayaan bagi pemberian air percuma itu yang akan dinikmati kira-kira satu juta penduduk Selangor itu akan dibiayai oleh KDEB, iaitu anak syarikat milik kerajaan Selangor.

"Apabila kita mengambil keputusan untuk memberi air percuma bermula 1 Jun, isu yang akan timbul ialah mengenai bil. Setiap hari Syabas akan mengeluarkan bil berdasarkan meter yang diperiksa. Jadi apabila bil keluar, pada 2 Jun pemeriksa meter akan melihat untuk satu hari itu berapa jumlah meter padu yang digunakannya.

"Oleh sebab itu kita bersetuju bil baru akan dikeluarkan bermula 16 Jun yang tertera bayaran yang akan dikenakan. Jadi, 15 hari penggunaan air itu akan direkodkan dan dibayar pihak kami,"katanya.

Tambah Abdul Khalid, ini merupakan kali pertama kerajaan negeri memberi air percuma kepada rakyat Selangor selepas ia diswastakan. Beliau turut menyakini pemberian tersebut akan disambut baik oleh seluruh rakyat negeri ini.

Selain itu katanya, melalui rundingan tersebut beberapa peringkat mengenai pemberian air percuma itu perlu dilaksanakan. Peringkat pertama ialah mengenai pengebilan bagi air percuma dan seterusnya pensturukturan semula air di Selangor

Sebelum ini, Syabas menolak permintaan kerajaan negeri untuk berbuat demikian, termasuk selepas berunding dengan KDEB dengan alasan Syabas tidak bersetuju dengan kandungan surat akujanji bersyarat KDEB yang ditandatangani pada 6 Jun lalu dan dihantar kepada syarikat itu pada Isnin lalu.

Syabas juga menyatakan cadangan KDEB secara langsung menjejaskan aliran tunai Syabas dan boleh menjejaskan operasi syarikat itu.

Ruslan sewaktu ditanya mengenai persetujuan tersebut menyatakan persetujuan telah dicapai setelah ketiga-tiga pihak melakukan rundingan. - mks. _

Boleh Percaya Ke Pak Lah Ngok Ngek Ni..?

diciplak dari : Utusan Online


Kabinet putuskan harga minyak tidak naik lagi tahun ini

11/06/2008 6:45pm

PUTRAJAYA 11 Jun - Jemaah Menteri hari ini memutuskan tidak ada lagi kenaikan harga minyak pada tahun ini.
Keputusan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di sini. - Utusan


Ni statement yang aku rembat dari utusan online...aku tak tau la pak lah nak tipu rakyat macam mana pulak lepas ni.

Kalau minggu lepas cakap ogos dan kemudian minyak naik june...teori domino aku rasanya pak lah nak bagi signal kat rakyat kot yang minyak akan naik october...ngam2 ngan tarikh hari raya puasa.

Mana nak tau paklah nak kasi hadiah duit raya kat rakyat ka...