Saturday, June 14, 2008

POLIS & FRU pun setuju... DEMO MINYAK!!!!

Sebelum saya bersembahyang jumaat di masjid kg baru, saya sempat berpusing2 sekitar kuala lumpur & terdapat sekurang2nya 20 truck FRU & 3 truck water cannon sedang bersedia disekitar klcc & jalan raja abdullah menunggu arahan supaya mematahkan serangan daripada pada demonstrator pada hari tersebut... Saya agak, mungkin kali ini para demonstrator akan menghadapi kesukaran yg amat sangat & mungkin tidak boleh melepasi kubu FRU yg bersiap sedia disimpang masjid kg baru.

Selepas sahaja imam yg mengetuai solat jumaat selesai membaca doa, satu laungan 'TAKBIR' terdengar dari dlm masjid & saya rasa semangat untuk demonstrator untuk berDEMO pada hari yg panas terik telah dihidupkan...

Perjalanan terhenti seketika takala demonstrator keluar dari perkarangan masjid & ingin menuju ke KLCC apabila kubu FRU dipersimpangan jln raja abdullah agak mustahil untuk ditembusi. Maka plan asal ditukar & kami semua terus melalui jalan raja alang & seterusnya ke jalan tunku abdul rahman sehingga ke persimpangan jln sultan ismail (medan tunku) sekali lg plan asal bertukar & kami meneruskan perjalanan ke hadapan menuju ke jalan dang wangi dengan harapan dapat melepasi sekatan polis seterusnya ke KLCC dimana disana dikhabarkan beribu2 demonstrator menunggu untuk sama2 menyertai kami disini.

Tetapi sekali lagi kami terpaksa mengubah plan asal disaat akhir dan setelah diputuskan, maka kami berhenti dan duduk diatas jalan dipersimpangan komplek SOGO dan ucapan dimulai oleh yg salahuddin ayub, dr syed azman, mohd sabu & AMK PKR. Setelah selesai ucapan, maka perarakan telah diputuskan akan diteruskan dan bersurai di pejabat PAS dijln hj taib.

Agak pelik kerana kami dapat membuat perarakan dengan aman kerana pihak polis mengawal lalulintas disepanjang perarakan dengan baik sekali & bekerjasama dgn UNIT AMAL PAS bagaikan satu pasukan. SYABAS INSPEKTOR SAAB!!!

Kali ini FRU tengok jer para demonstran berDemo pasal kenaikan harga minyak yg melampau... mereka juga rakyat malaysia yg tertekan kerana kenaikan minyak menyebabkan harga barangan naik mendadak... saya sempat berbual dengan beberapa anggota polis & FRU mengenai kenaikan harga minyak ini, jawapan yg paling terkejut daripada mereka adalah "TUKAR KERAJAAN & TURUNKAN PAK LAH, kita org banyak lg kerja lain nak buat"....

Kenapa mereka berkata demikian.. ini kerana sebagai manusia yg waras mereka boleh berfikir bahawa mereka juga tergolong didalam golongan manusia atau rakyat malaysia yg terinaya oleh pemimpin RAKUS & SENGAL seperti pak lah...

Kesimpulannya disini pihak pemerintah dan pak lah sendiri harus sedar bahawa polis yg diharapkan akan menjadi balaci pemimpin UMNO buat masa akan datang, sebenarnya sudah muak dengan gaya pemerintahan GILA IMAM HADHARI ini...! Semenjak pemerintahan pak lah, banyak kerja2 gila daripada kerja waras yg beliau lakukan. Yg menjadi mangsanya adalah pihak POLIS, seringkali kita menyalahkan pihak polis, tapi tahukan kita bahawa mereka sentiasa tersepit diantara kerja & tanggungjawab terhadap masyarakat malaysia amnya.

Pendapat ini tentunya berbeza dengan POLIS SERAGAM PUTIH yg seronok dengan gaya kepimpinan pak lah kerana mereka masih lagi bekerja sambil 'JALAN-JALAN CARI MAKAN'....

TERIMA KASIH PIHAK POLIS KERANA TIADA KAYU COTA HINGGAP KEANGGOTA TUBUH KAMI & TERIMA KASIH JUGA KERANA TIDAK MEMANDIKAN KAMI DENGAN 'AIR KIMIA SYAITAN KUNING' YG SELALU DISEMBUR KEPADA KAMI SEBAGAI ALU-ALUAN KETIKA MENYAMBUT KEDATANGAN KAMI DIJALAN-JALAN DISEKITAR LEMBAH KLANG...

BUAT ANGGOTA POLIS SEKALIAN, FIKIR-FIKIRKAN LAH... APA TANGGUNGJAWAB KAMU YG SEBENARNYA SAMADA UNTUK ALLAH ATAU PAK LAH LAKNATULLAH!!!!!!