Wednesday, June 25, 2008

Mengubah Wadah, Memperkemas Fikrah, Berjuang Terus… Insyaallah.

Diciplak dari : zukriaksah.com

Hari ini lebih kurang jam 2 petang baru saya berkesempatan masuk ke pejabat saya. Sebelah pagi selepas selesai meneman isteri membereskan urusannya, saya berhenti minum sebentar di kedai dan selepas itu terus memandu ke Jalan Beserah, ke Akademi Arrasyidin, tempat di mana saya berjanji untuk bertemu dengan Ustaz Haji Nasruddin Haji Hassan At Tantawi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan Ustaz Suhaimi Md Saat, Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang.


Janjinya jam 11 pagi, saya sampai agak awal, kurang lebih 10.35 pagi, memikirkan tiada apa lagi yang nak dibuat, saya terus naik ke pejabat akademi, memberitahu staff di situ tentang perjumpaan tersebut dan mengambil peluang berehat serta menunggu di ruang tamu.

Hampir tepat jam 11 pagi, Ustaz Nasruddin muncul, sementara menunggu kehadiran Ustaz Suhaimi, Ustaz Nasruddin pun memula bicara. Secara ringkas Ustaz Nasruddin menerangkan situasi semasa dalam PAS, tidak sukar untuk saya hadhamkan cerita beliau kerana selama sembilan tahun di dalam PKR dulu saya memang sangat rapat dengan PAS, terutama dengan kepimpinan bahagian Indera Mahkota. Tiada masalah untuk saya memahami struktur demokrafik dalaman PAS.

Dalam rancak berbicara itu, Ustaz Suhaimi pun sampai, jadi makin rancaklah sesi kami. Sedikit sebanyak perbualan juga menyentuh soal semasa terutama berkait dengan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, juga cerita-cerita Ezam dan sudah tentulah Anwar Ibrahim. Sesuai dengan nama perjumpaan tertutup, maka sudah pastilah bukan semua perlu dibuka si sini bukan!:-)

Turut diperjelaskan oleh Ustaz Nasruddin adalah tentang asas dalam PAS iaitu fikrah, akidah dan siyasah. Yang kelakarnya kerana saya berbicara dengan dua orang ustaz, mereka ber”ana” dan “anta” sedangkan saya (oleh kerana lama menetap di Pahang) lebih selesa untuk ber”kawan” dan “awak” (tetapi dalam kes ini saya membahasakan mereka dengan panggilan “ustaz” bukan “awak”).

Sesetengah orang mungkin merasa kekok untuk berada dalam situasi sebegini, apalagi bila sesekali saya dipanggil Akhi Zukri. Tetapi saya selalu yakin bahawa bukan semua yang berada dalam kepimpinan Hamas, kepimpinan Revolusi Islam Iran dan organisasi yang seumpamanya adalah Ustaz atau Mu’alim, jadi saya juga mahu menjadi “yang bukan Ustaz, yang bukan Mu’alim” yang kelak boleh berdiri di deretan kepimpinan PAS, insyaallah! Yang penting bagi saya, jangan saya ketinggalan dalam melanggan saham perjuangan ini.

Awal lagi saya sudah memberitahu Ustaz Nasruddin yang saya sudah makan sebelum ke pejabat beliau (makan pagi nasi lemak berlauk ikan “aya” bersama isteri), tetapi sunnah meraikan tetamu tetap beliau laksanakan, tanpa saya sedar beliau telah memesan roti canai dan teh ais dari restoran di tingkat bawah. Maka makanlah saya sekali lagi sambil meneruskan perbualan.

Ustaz Suhaimi membawa sekali borang keahlian PAS, saya telah mengisi dan membayar yurannya sekali, cuma tarikhnya belum diisi. Rupanya Ustaz Nasruddin telah terlebih dahulu berbincang dengan Jawatankuasa Harian, Dewan Pemuda PAS Pahang berkait dengan soal ini. Satu majlis penyerahan borang berserta ceramah umum akan dibuat. Tarikh yang dicadang ialah di sekitar akhir Julai ini, iaitu sekembalinya Ustaz Nasruddin dari mengerjakan umrah. Salah seorang pemimpin PAS Pusat akan dijemput untuk turut hadir berceramah dan menerima borang tersebut bagi pihak parti. Saya sangat berbesar hati dan terharu dengan perancangan mereka ini untuk diri saya, siapalah saya, seorang manusia kecil yang belum cukup pengalaman menempuh mehnah perjuangan, moga Allah memberkati mereka dan membesarkan jiwa saya.

Sedar tak sedar, asyik sungguh berbalas idea dan melontar bicara, jam sudahpun melewati satu tengahari, saya terpaksa meminta permisi daripada mereka.

Dalam kereta memandu ke pejabat saya di tengah bandar Kuantan, saya tersenyum sendiri. Akhir Julai ini rasmilah saya menjadi ahli PAS, Allah telah menunjukkan jalan saya di sini selepas hampir setahun saya berada di luar parti politik, setelah banyak berbincang dan meminta pendapat daripada sahabat-sahabat sama ada yang masih berada di dalam PKR, aktivis-aktivis GERAK, sahabat-sahabat di dalam Umno, juga sudah tentu sahabat-sahabat saya di dalam PAS. Menunggu ke tarikh tersebut, saya mohon sungguh-sungguh agar diri saya diperteguhkan. Kepada sahabat-sahabat di dalam PAS, terimalah saya sebagai rakan, saudara dan keluarga anda.

Berjuang terus!!!

PAS Akan Saman SPR Jika adakan pilihan raya semula Dun Sanglang.

ARAU, 20 Jun: PAS mempertimbangkan untuk menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan tuntutan gantirugi jika badan pengendali pilihan raya itu mengisytiharkan diadakan pilihan raya semula untuk Dun Sanglang.

Ini kerana, dalam perbicaraan kes itu jelas, pihak SPR dan peguam calon BN telah mengaku berlaku kesilapan pengumuman keputusan pemenang pilihan raya itu.

Ini bermakna, mahkamah telah mengesahkan rakyat telah membuat keputusan memenangkan calon PAS dalam pilihan raya itu.

Demikian kata peguam Ustaz Hashim Jasin, calon PAS Dun Sanglang, Mohamed Hanipa Maidin selepas Mahkamah memutuskan keputusan pilihan raya itu tidak sah dan batal.

Sepatutnya, kata Hanipa, mahkamah mengisytiharkan Hashim Jasin menang dalam pilihan raya itu setelah kedua-dua pihak defendan (SPR dan calon BN) mengaku berlaku kesilapan pengumuman.

"Yang menjadi masalah adalah pada tahun 2003, berikutan kes Wee Choo Keong, satu pindaan kepada undang-undang pilihan raya telah dibuat yang menetapkan mahkamah tidak boleh mengisytiharkan mana-mana pihak memenangi pilihan raya itu.

"Mahkamah hanya berhak mengisytiharkan pilihan raya itu sah atau tidak sah sahaja dan terserah kepada SPR untuk mengumumkan samada perlu diadakan pilihan raya kecil atau mengisytiharkan pemenangnya," jelas Hanipa yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS.

Menurut Hanipa, kini PAS mempunyai tiga pilihan berikutan kes ini.

"Pertama, rayu ke Mahkamah Persekutuan. Kedua memfailkan agar dibuat penilaian perundangan agar menggantikan nama calon BN yang telah digezetkan dengan nama calon PAS yang sebenarnya menang dan ketiga menyaman SPR jika pengendali pilihan raya itu mengisytiharkan pilihan raya semula untuk Dun Sanglang."

Menurut Hanipa, pada 28 Mei, ketika perbicaraan itu berjalan, peguam yang mewakili SPR telah mengaku berlaku kesilapan pengumuman dalam pilihan raya itu oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Yang sepatut diumumkan menang adalah Hashim Jasin tetapi pegawai pengurus itu mengisytiharkan calon BN yang menang.

Pada 4 Jun pula, peguam yang mewakili Umno mengaku berlaku kesilapan itu.

"Bagi saya, Parlimen perlu membuat pindaan terhadap peruntukan tidak boleh mengisytiharkan pemenang ini walaupun didapati menang dalam perbicaraan di mahkamah.

"Jika dibiarkan, akan berlaku salah guna kuasa dimana undang-undang ini boleh disalahgunakan oleh pihak yang berkepentingan.

"Misalnya, calon BN kalah. Tetapi pegawai SPR umumkan dia menang. Bila dibawa ke mahkamah, terbukti calon BN kalah, lalu dibatalkan keputusan itu dan diadakan pilihan raya semula sebagaimana yang berlaku dalam kes ini. Padahal yang sebenarnya calon BN memang kalah. Ini bermakna, ia terdedah kepada salah guna," jelas Hanipa.

Ketika ditanya kes Pasir Puteh dimana Mahkamah mengisytiharkan calon BN yang menang sedangkan ketika keputusan pilihan raya calon PAS yang diisytiharkan menang, Hanipa menjelaskan;

"Dalam kes itu, kedua-dua pihak secara baik berunding dan bersetuju untuk mengaku calon Umno yang sepatutnya menang tetapi calon PAS tersalah diisytihar. Mahkamah hanya mengumumkan keputusan itu tanpa perbicaraan," katanya.

Tetapi dalam kes Sanglang ini, calon BN menafikan SPR tersalah umum pada peringkat awalnya bahkan memfailkan permohonan untuk membatalkan petition PAS itu.

"Setelah bicara baru calon Umno dan SPR mengaku tersalah umum," jelas Hanipa.

Fact That 87% Of The Students Passed The Exam.

The objective of STPM is to pass people?

How do you explain the fact that 87% of the students passed the examinations of the Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) recently?

When during your grandfather's time only 10% would have passed?

Are students getting smarter? Or are STPM questions getting easier?

Let me put things in their proper perspective.

During your grandfather's time, they would ask exam questions like:

In what year did Parameswara founded the kingdom of Melaka?

The correct answer was "1402", and they found that only 10% of the students managed to answer the question correctly. This didn't go down too well with the authorities, because the objective of the exams was to pass people.

I mean, what's the point of having exams if people fail?

So later, they found another way to ask the same question:

Parameswara founded the kingdom of Melaka in the year:
(a) 2001
(b) 2004
(c) 1986
(d) 1975
(e) 1402

Tick the correct answer.

The results were better in that 20% of the students passed. But it was still not good enough, so the authorities tried a different tact a few years later.

Parameswara founded the kingdom of Melaka in the year1402. True or false?

Well, half of the students guessed "True" and the other half guessed "False". Fully 50% passed. The results were getting pretty acceptable by now.

Most other countries would be satisfied with a 50% passing rate, but not us. We are a better country, because we are a boleh country. The authorities then cracked their heads and then came out with this one:

Read the following sentence carefully.

"Parameswara, the cousin of Proton-Iswara, founded the kingdom of Melaka in the year 1402."

Underline the name of the person who founded Melaka.

60% underlined "Parameswara", 30% underlined "Proton-Iswara" and 10% underlined "1402". Hooiyoh......60% managed to pass! So krever!

But for some reason, the authorities were still not contented. So last year, they came out with this gem:

One day in the year 1402, Parameswara founded the kingdom of Melaka. Then he went home to have dinner. What did he eat?

13% handed in blank answers, 57% wrote "Maggi Mee", and 10% wrote "Kentucky

Fried Chicken", and 20% wrote "Tree bark".

The official answer was "Food" of course!

After the marking was over, it was found that 87% of the students had passed.

87%............now that's pretty impressive!

So it's true. The students are indeed getting smarter.

Jawapan Balas Dari Apollo.

Assalamu'alaikum...

Merujuk kepada dakwaan yang dibuat oleh beberapa pihak didalam beberapa berita & email didalam laman cyber berkenaan isu makanan keluaran Apollo yang dikatakan tidak halal.berikut adalah penjelasan daripada pihak Apollo tentang status halal mereka & beberapa dokumen sokongan disertkan sebagai bukti.

Kepada semua pengguna-pengguna Muslim,


Kami di Apollo telah mendapat banyak pertanyaan daripada pengguna mengenai
penggunaan emulsifier E471 di dalam ramuan kek kami yang di dakwa tidak
halal. Di sini kami ingin menjelaskan bahawa emulsifier yang digunakan
sememangnya mempunyai kod E471 dan berasaskan tumbuhan dan disahkan halal
oleh JAKIM. Bersama-sama ini disertakan Sijil Halal Bagi emulsifier
tersebut dan aduan-aduan berkaitan perkara ini yang telah dijawab oleh
pihak JAKIM. Sila rujuk hyperlink di bawah.

Diharap semua pengguna Muslim lebih bijak menilai setiap khabar angin yang
diterima melalui internet samada ianya benar atau tidak sebelum anda
menyebarkanya kepada semua.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, sila hubungi kami di nombor
berikut : 07-2365096/97 - Mr. Terence / Mdm Gan ( Sales & Marketing Dept).
Sekian terima kasih.


Daripada,
Zanawati Binti Amin,
Halal Officer.
Apollo Food Industries Sdn Bhd.

SEMUA "REFORMIS" pro Yahya TOLONG BACA!!!

Assalamu'alaikum...

Kenapa perlu berbogel? kalau ya pun tak setuju dengan keputusan pimpinan atasan, tak kan dah tak ade cara lain nak tunjukkan tak puas hati? tak malu ke kemudian hari nanti? orang lain pun berjuang jugak & berjasa jugak & lebih ramai lagi yang dipinggirkan, tapi tak de pulak yang ambik tindakan membogelkan diri sendiri...

Ini "protes" cara baru ke?kalau "badan" tu cantik tak pe la jugak...ini tidak...penuh dengan kurap,panau,kayap,daki-daki,nanah,kudis-kudis & macam-macam lagi. apa lah bodoh sangat sampai kena dedahkan semua tu? kerbau kat kampung aku lagi banyak jasanya kat orang kampung tapi tak pernah mengamuk pun bila nak kene sembelih. tau jugak kerbau tu erti "pengorbanan".

(TOLONG BACA SAMPAI HABIS)

Artikel aku ni aku tujukan pada ibnukhuzaimah & rakan-rakan "reformis" pro Yahya.

Aku rasa engkorang tak baca artikel aku sebelum ni [ klik ] pasal isu yang sama.entah engkorang tak baca atau engkorang baca tapi sebab "keras kepala" engkorang tak terima teguran aku tu.

Bukan aku je yang buat teguran...engkau tengok kat ruangan komen kat bawah artikel tu pun engkorang boleh baca macam-macam teguran tambahan pembaca bagi.semuanya bagi nasihat yang baik,kecuali engkau sorang je kat situ yang buat pendedahan...untuk apa?engkau ingat aku peduli dengan pendedahan engkau tu?mungkin engkau & rakan-rakan "reformis"(kununnya) engkau ni memang jenis "degil & tak boleh ditegur".elok engkau ajak kawan-kawan reformis(kununnya)engkau ikut jejak "kuda trojan" engkorang tu.sesuai sangat dengan lagak engkorang.

(TOLONG BACA SAMPAI HABIS)



FIKIR SECARA LOJIK GUNA OTAK DALAM KEPALA...jangan fikir pakai NAFSU..!

Dalam ni aku tak nak sentuh pasal dakwaan-dakwaan engkau pada pimpinan engkau tu & aku tak minat nak ambik tau.aku cuma nak jelaskan pada engkau & TOLONG SAMPAIKAN sekali penjelasan aku pada rakan-rakan reformis engkau tu apa yang aku nak jelaskan.kalau engkau & rakan-rakan engkau betul-betul macam yang engkau panggil "REFORMIS",mesti engkau boleh terima teguran aku & rakan-rakan kat sini.
*rakan-rakan yang lain boleh tambah pada ruangan komen - tolong bantu rakan kita ni.

1 : Tindakan MB Khalid yang jadi isu - pesanan sms memaklumkan supaya Yahya tidak terkejut akan tindakan yang akan dikenakan keatasnya keesokan hari.

Apa masalahnya dengan pesanan sms tu?bagi aku,tindakan Khalid mengirim sms adalah satu tindakan yang bijak.kalau engkau jadi Khalid,apa agaknya cara terbaik bagi engkau?call & bagitau terus?larat ke engkau nak bersoal jawab dalam hp?ini bukan isu kecik untuk engkau bincangkan dalam hp.ini isu yang melibatkan KERAJAAN NEGERI.bagi aku memadailah dengan maklumkan melalui sms kemudian seterusnya boleh bincang dipejabat keesokan hari.susah sangat ke?kalau pegi pejabat tiba-tiba dapat tau kena gantung macam mana?tak ke lagi haru?

2 : Gantung tugasan.

Apa masalahnya kena gantung tugasan?GANTUNG TUGASAN SAHAJA bukannya BUANG atau DILUCUTKAN JAWATAN.kenapa nak melatah mengalahkan orang kene buang kerja?setakat kena gantung kerja bagi aku perkara biasa dalam mana-mana institusi bila terlibat dengan siasatan BPR.bagi aku ni perkara normal(kecuali orang UMNO).

Kenapa mesti gantung?

Ini semua kena jelas...untuk memudahkan siasatan BPR,sebaik-baiknya individu terbabit WAJIB digantung tugasan buat sementara waktu.tujuannya - supaya siasatan tidak terganggu.engkau bayangkan kalau engkau jadi anggota BPR.engkau buat siasatan di pejabat sipolan-sipolan,tiba-tiba ada dokumen hilang.siapa akan jadi suspek utama?BPR tak kan cari orang lain...mesti dia cari "tertuduh" sebab kemungkinan "tertuduh" akan melarikan apa-apa dokumen berkaitan untuk menutup@menghilangkan bukti.

TAPI - kalau tertuduh TIDAK BEKERJA semasa siasatan dijalankan,"tertuduh" tidak akan menjadi suspek utama kalau apa-apa dokumen hilang.itu yang nak dielakkan oleh MB Khalid.engkorang dah lama jadi "reformis" mungkin dah nak masuk 10 tahun patutnya engkorang tau benda-benda macam ni & sepatutnya tak payah sape-sape jelaskan untuk engkorang.bro......berani kerana benar,takut kerana salah.

Kalau benar,kenapa nak melatah?

(TOLONG BACA SAMPAI HABIS)

3 : Jasa,pengorbanan & penghargaan.

Ini yang aku nak tekankan pada engkorang & aku nak tanya beberapa soalan pada ibnukhuzaimah & rakan-rakan reformis...
soalan 1 - apakah ukuran "jasa" seseorang pada perjuangan reformasi?
A.bersama membangkitkan "reformasi" di Malaysia(1998)
B.bersama mengembangkan perjuangan "reformasi"(1998-2008)
C.bersama mempertahankan perjuangan "reformasi"(hidup)

soalan 2 - apakah ukuran "pengorbanan" seseorang pada perjuangan reformasi?
A.bersama-sama berdemonstrasi
B.bersama-sama mengahadapi bom asap & air kimia dalam demonstrasi
C.bersama-sama dibelasah semasa demonstrasi
D.bersama-sama tertangkap semasa demonstrasi
E.bersama-sama di ISA kan kerana berdemonstrasi

soalan 3 - apakah jenis penghargaan yang para reformis nikmati?
A.jawatan dalam parti
B.pangkat dalam parti
C.kedudukan dalam kerajaan negeri

soalan akhir & main point aku - hampir semua para "reformis" berjasa,berkorban tetapi berapa kerat yang mendapat "penghargaan" & pernahkah mereka-mereka yang tidak mendapat apa-apa anugerah & penghargaan mengadu domba pada mana-mana pihak kununnya jasa & pengorbanan mereka tidak dihargai?pernahkah mereka-mereka yang kita tidak kenal ini menuntut apa-apa penghargaan dari pihak pimpinan?pernahkah mereka-mereka ini menuntut agar jasa-jasa mereka ini dibalas setimpal dengan jasa & pengorbanan mereka?

(TOLONG BACA SAMPAI HABIS)

Terus-terang aku katakan jasa & pengorbanan engkorang kat atas tu tak dapat disamakan dengan jasa & pengorbanan mereka-mereka yang dibawah ni...engkorang kat atas tu masa demo,polis tak berani pukul sebab engkorang kira macam leader la,korang femes jadi polis x brani nak buat sembarangan...macam mana polis nak pukul?rakyat kat bawah ni awal-awal dah tolong cover engkorang...kepong engkorang supaya engkorang selamat.

Berapa ramai "reformis" yang balik berdemo dengan kepala berdarah & badan lebam-lebam kena cota,kena rotan,kena bom asap,kena tendang terajang,kena air asid & macam-macam lagi.engkorang datang demo naik apa & balik demo naik apa?engkorang tau tak berapa ramai yang balik rumah macam balik perang.anak bini menangis-nangis dekat rumah.ada jugak anak bini yang melopong je tunggu suami tak balik-balik berhari-hari,tau-tau ada dalam lokap.

Engkorang bila kena tangkap cukup femes...masuk muka depan,macam filem star tapi reformis yang lain-lain dapat apa?engkorang tau tak berapa ramai anak bini menangis kat rumah masa tu tunggu bapa & suami diorang tak balik-balik.sape yang bapak-bapak diorang tu pertahankan?engkorang kan?bagi aku engkorang cukup bertuah,semua reformis yang engkau tak pernah kenal secara sukarela pertahankan engkorang masa tu tapi pernah ke diorang mintak balasan,penghargaan & pangkat???

Bagi aku engkorang yang cepat melatah ni TAK LAYAK LANGSUNG digelar sebagai "reformis" sebab perjuangan engkorang tak ikhlas.ikhlas apa kalau bila sampai masa engkorang asyik mengungkit jasa & pengorbanan engkorang yang bagi aku tak seberapa tu!!!???

(TOLONG BACA SAMPAI HABIS)

Nasihat aku pada ibnukhuzaimah & rakan-rakan "reformis".


Bertindaklah menggunakan akal.jangan cepat melatah.apa-apa masalah dalaman parti janganlah didedahkan sewenang-wenangnya.kita berjuang demi kebenaran,kita laungkan perubahan tapi semua tu tak de gunanya kalau kita sendiri tak amalkan.semua parti ada prosedur masing-masing.ikutlah prosedur yang ada.cara yang engkorang ambik ni sebenarnya mengeruhkan keadaan padahal keadaan tenang je.Yahya belum dihukum...dia cuma digantung sahaja.MB Khalid kan dah jelaskan habis siasatan,kalau tak bersalah yahya akan mula bekerja semula seperti biasa.itu prosedur yang MB Khalid gunapakai.

Bagi aku,masih belum terlewat lagi untuk engkorang renung balik baik buruk apa yang berlaku.tindakan engkorang tu terlalu awal bagi aku.terlalu terburu-buru.masalah tak kan selesai...sebenarnya bagi aku tak de masalah pun yang timbul dari awal...engkorang yang timbulkan masalah tu.bawak-bawak berkumpul,bincang cara adik-beradik,bincang sesama rakan seperjuangan...jalan penyelesaian pasti ada.

Kita dalam Pakatan Rakyat kan dah sepakat,pimpinan pun dah buat kenyataan jadikan TGNA sebagai contoh.jangan mendahului pemimpin.apa-apa bawak berbincang.engkorang kena ingat,seluruh rakyat Malaysia sedang memerhatikan Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi PKR.engkorang sebagai leader dalam Pakatan Rakyat sepatutnya tunjuk contoh yang baik pada rakan-rakan sekutu Pakatan Rakyat.

Ahli PKR sendiri mesti tau 1 perkara & kenyataan ni - hampir 50% rakyat Malaysia sedang bandingkan PKR dengan UMNO & ada yang mengatakan PKR tak lebih dari parti serpihan UMNO.itu kenyataan!!!jangan sampai tuduhan tu jadi kenyataan.nanti sia-sia je jasa & pengorbanan engkorang selama ni.engkorang tak rasa malu ke bila engkorang disamakan dengan UMNO?aku sebut UMNO pun dah rasa nak muntah dah.

(TOLONG BACA SAMPAI HABIS)

Fikir & renunglah balik apa yang aku taip ni.aku pun harap sangat bukan engkorang je yang fikir benda ni,kalau boleh semua kita dalam Pakatan Rakyat muhasabah diri.jangan terlalu asyik mencari kesalahan orang(harap aku sendiri pun sama jugak muhasabah diri).kadang-kadang kita ghairah sangat mencari kesalahan orang sampai kita lupa kelemahan kita & tak mustahil kita sendiri yang dedahkan kelemahan kita pada lawan kita.

Come on friend...ini baru ujian awal...banyak lagi yang akan datang & tak mungkin dapat kita jangkakan.kembali balik pada asas perjuangan kita,lupakan dulu soal kuasa(kalau boleh tak yah fikir).perjuangan kita belum selesai.kembali semula dalam permuafakatan ni & sama-sama kita langkah kaki kanan kearah tujuan kita.

Aku yakin kalau engkorang muhasabah diri,rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat baik PAS,DAP & PKR akan jadi lebih kuat lagi...jangan layan musuh dalam selimut.

Ingat kawan...bersatu kita teguh,bercerai kita roboh(pinjam ayat parti raba-raba).rakan-rakan yang lain pun aku harap sama-sama kita tegur kesilapan sesama kita.kalau aku buat silap,jangan malu-malu nak tegur kesilapan aku.aku pun macam tu jugak,mana yang aku rasa buat silap & perlu ditegur,aku akan tegur.mungkin cara teguran aku tak sama tapi matlamat "menegur" tu 1 je...untuk kebaikan kita.aku ulang - untuk kebaikan kita,bukan kebaikan aku sorang atau sape-sape individu perseorangan...

Oi...panjang betul taipan aku kali ni...aku harap taipan aku ni tak sia-sia & aku berdoa kepada Allah semoga kita semua diberi kekuatan oleh-Nya dalam perjuangan kita ni.


*gambar tengkorak main gitar tu tak de kene mengena dengan artikel ni...saje je aku letak situ...

Berjuang,berjuang,berjuang & terus berjuang!!!

Hanya Firaun dan Namrud larang salahkan kerajaan

Selasa 24 Jun 2008 | 19 Jamadil Akhir 1429 Hijrah
Subky Abdul Latif

Saya adalah penonton regular program Forum Perdana Ehwal Islam setiap malam Jumaat di TV1. Yang terbaru ketika berforum di Kangar, saya tidak setuju dengan Prof. Yusuf Hussein, bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang tidak mahu orang menyalahkan kerajaan.

Saya beriman dengan ajaran bahawa kerajaan yang diistilahkan sebagai ulil amri hendaklah dipatuhi.

Tetapi kepatuhan kepada ulil amri itu tidak mutlak. Kepatuhan yang mutlak ialah kepada Allah dan Rasul-Nya. Kepatuhan kepada ulil amri sepanjang ia patuh kepada Allah dan Rasul-Nya.

Saya bukan menganjurkan kerajaan yang tidak patuh kepada Allah dan Rasul hendaklah diperangi. Tetapi saya hendak mengatakan kerajaan boleh ditegur dan boleh disalahkan jika diyakini dasar dan tindakannya tidak betul.

Saidina Abu Bakar Siddiq ketika menerima perlantikan sebagai khalifah menuntut kepatuhan umat selagi dirinya berada pada jalan Allah dan Rasul. Tetapi jika beliau tidak mengikut jalan itu, maka beliau minta dibetulkan.

Khalifah Umar al-Khatab membuat permintaan yang dari umat ketika menerima perlantikannya. Lalu bangun seorang pemuda menghunus pedang sambil mengingatkan Amirul Mukminin, pedangnya akan singgah ke lehernya jika beliau menyeleweng. Saidina Umar bersyukur kerana ada umat Islam yang sedia menegurnya.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, setiap orang adalah penggembala atau pemimpin. Dia akan ditanya tentang penggembalaannya atau pimpinannya.

Allah akan bertanya pemimpin apa yang dibuatnya tentang pimpinannya. Bukan Allah saja yang akan bertanya kepadanya, tetapi setiap orang yang terasa dirinya dizalimi dan tidak mendapat layanan adil dari pemimpinnya berhak bertanya.

Rasulullah s.a.w. adalah pemimpin contoh. Tiada yang bersalahan dalam pimpinannya, tetapi bermacam-macam karenah Badawi ditujukan kepadanya. Semua yang dihadapinya itu dilayan mengikut kesesuaian.

Sepanjang sejarah manusia, para nabi minta umatnya taat kepada Allah dan setia arahannya. Tetapi tidak pula nabi-nabi itu melarang umatnya bertanya dan memberikan pandangan. Apabila ada yang tidak patut dan pandangan kaum musyrikin yang tidak betul, maka nabi-nabi itu pergi kepada mereka membuat penjelasan.

Yang tidak mahu ditegur dan melarang rakyat membuat komen tentang perjalanan raja dan pemerintahan ialah Namrud, Firaun dan orang-orang yang zalim sepertinya.

Forum Perdana RTM di Perlis itu adalah tentang angkara lidah dan bahaya fitnah. Mungkin forum tajaan kerajaan Shahidan Kassim itu gerangan adanya gara-gara lidah tak bertulang Dato Radzi Sheikh Ahmad, Setiausaha Agung Umno mahu Menteri Besar Perlis ditukar.

Profesor dan bekas Mufti Wilayah itu telah membuat huraian tentang tidak baiknya fitnah dan betapa wajarnya menjaga lidah. Tetapi kesimpulannya, dia tidak suka sangat orang menyalahkan kerajaan yang ada hari ini. Baginya semua orang mesti menanyalah diri sendiri tentang apa yang berlaku. Maksudnya tentang kepincangan dan kelamahan yang dihadapi oleh masyarakat dan negara.

Secara umum dia menolak peranan pembangkang dan peranan kritikan dalam media massa, menolak kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan. Semua ini dijamin dalam Islam dan demokrasi.

Dalam dunia memang ada yang membangkang melulu, menentang kerajaan melulu, mengecam orang itu dan orang ini dengan melulu. Tetapi semua kelemahan itu tidak menjadi hujah untuk menafikan keperluan bangkangan, kritisme, kebebasan menyatakan pandangan, membantah dan menegur.

Tidak ada yang manusia dapat harapkan raja bermata di hati dan pemerintah yang zalim dan diktator. Tetapi orang bergelar profesor dan bertaraf mufti bukan dari jenis seperti itu.

Profesor yang menyokong kerajaan boleh membela kerajaan dan programnya yang dikatakan baik dengan hujah akademik yang kuat. Memang dari dulu ada kerajaan yang baik dan adil. Maka kerja profesorlah untuk membetulkan apa yang dirasakan salah oleh setengah orang.

Tetapi profesor kerana bersetuju akan ada pula profesor yang lain menghujah yang dikataannya betul itu. Macam mana pun profesor yang setuju dengan kerajaan itu tidaklah wajar melarang teguran kepada kerajaan. Bukan begitu cara profesor.

Profesor mesti mengelak menjadi seorang ahli propaganda. Bukanlah sifat profesor menjadi propagandis.

Demikian juga mufti. Mufti mesti berkata betul. Islam tidak melarang menegur dan menyatakan zalim kepada yang zalim. Dalam Islam dalam keadaan sudah seratus peratus betul, masih diperlukan teguran. Imam-imam muktabar tidak menggalakkan ulama bekerja dengan kerajaan.

Justeru itu ada ulama sedia dipenjara dari menerima tawaran bekerja dengan raja atau khalifah. Akan sukar bagi ulama untuk menyatakan yang benar itu benar.

Yang menaikkan harga minyak ialah kerajaan. Yang menaikkan harga barang ialah peniaga dan disetujui oleh kerajaan. Yang mengadakan tol dan menaikkan tol adalah kerajaan. Yang memberi lesen kepada tv boleh menyiarkan itu dan ini adalah kerajaan.

Bagaimana rakyat boleh menyalahkan dirinya atas kepincangan itu? Maka apakah kejadian itu dibiarkan saja? Apakah tidak boleh kerajaan disalahkan dalam perkara seperti itu sebagai contoh?

Luncai yang dikatakan lucu itu pun tetap mengatakan kepala raja yang botak itu botak. Masakan profesor dan mufti tidak setuju botak kepala raja itu botak.

Esoknya tv Aljazeera menyiarkan perbicangan isu Suharto. Dr Emil Salim, bekas menteri Suharto mempertahankan kebaikan pentadbiran Suharta tetapi tidak menyatakan kelemahannya. Emil Salim menyalah orang-orang yang tahu menyalahkan Suharto saja.

Seorang panel bangga dengan yang baik dari Suharto tetapi baginya yang buruk itu banyak. Dia bertanya Pak Emil apakah tidak patut Suharto diadili atas keburukannya. Emil tidak berani mengatakan Suharto tidak boleh diadili.

Adililah bagi menentukan yang baik itu baik dan yang buruk itu buruk, walaupun Emil tidak mahu menyebut keburukan Suharto.- tajdid _