Saturday, July 05, 2008

Gambar Sekitar Stadium MBPJ Menjelang Himpunan Sejuta Rakyat.

Assalamu'alaikum...

Baru balik dari Stadium MBPJ sekejap tadi...seperti yang aku janjiukan petang tadi.korang tataplah sedikit gambar-gambar sekitar Stadium MBPJ dimana persiapan untuk Perhimpunan Sejuta Rakyat sedang giat dijalankan...

Kebetulan tak sampai 5 minit lepas aku sampai Che'gu Bard pun sampai...sempat la anak bini aku bergambar dengan orang kuat PKR tu...senyum sakan bini aku...Che'gu Bard pulak siap dukung anak aku...hehehe...

Ni kira macam suntikan semangat la untuk bekal korang esok...ok...selamat menatap...korang tengok la dulu gambar-gambar ni sementara aku tambah apa-apa yang patut...

adios...

deretan gerai-gerai sedang giat membuat persediaan ( gerai buat persediaan??? )

brader ni tangah bz bungkus kacang rebus.

gerai menjual T.Shirt Protes milik Pemuda Paroi...khabarnya dalam masa tak sampai sebulan dah terjual hampir 6000 helai T.Shirt Protes.Tahniah..!

agak-agak menjelang pagi esok sempat cecah 10ribu helai kot...

Che'gu Bard pun ada...

Bertuah anak bini aku...dapat gambar dengan Che'gu Bard...selama ni depa tengok gambar je...hari ni dapat bergambar...mekasih che bard.

macam-macam ada...bak kata pakcik astro.

siap la tu...bini aku bukak citer sembang dah tu...jap gi ada la yang sambar baju tu...

tak ramai sangat yang datang...gerai-gerai ada la dalam 10 biji baru...khabarnya rakan-rakan dari terengganu pun dah selamat sampai dekat 10 biji bas...Alhamdulillah...

nah kau...makan jamu dulu...kot-kot esok kene perambat...ada la jugak tenaga tambahan!

akak ni datang nu dari Muar...semangat bro..."akak" ngko boleh datang jauh-jauh...yang jantan-jantan tu takat menyalak dalam weblog tapi tak datang tak yah bising la...

brader ni baru sampai...tak sempat tanya dari mana...










Aku & Sejuta Rakyat...

Assalamu'alaikum...

Hari ni hari paling santai tapi sibuk...aih? santai tapi sibuk? macam mana tu ya?

Macam ni lah...aku explain sikit...

Santai.

Hari ni boleh dikatakan hari paling santai dalam minggu liwat-meliwat, bom-mengebom, jelas-menjelas & kejut-mengejut...merata-rata blog rakan-rakan pro PR & pro BN (rakan???)aku jelajah & semuanya hanya komen-komen yang biasa & ulasan-ulasan yang biasa tentang hal-hal yang berlaku sepanjang minggu penuh kejutan ni...

Aku harapkan ada la jugak kejutan-kejutan terbaru sebagai penutup minggu voltan tinggi ni tapi harapan hanya tinggal harapan...tak tau la pulak kot-kot pak-pak menteri tengah cari idea untuk kejutan hari ni...tungguuu...


Sibuk.


Dalam-dalam santai tu rupanya sibuk jugak aku dengan agenda menjawab sms-sms dari rakan-rakan yang tak berenti-renti bertanya berita terbaru, terkini & penuh sensasi untuk hari ini...rupa-rupanya masing-masing pun macam aku jugak...hampa & heran dengan situasi hari ni...kenapa sunyi hari ni bro??? tanya sorang rakan aku...jawab aku pulak - ntah...depa tengah cari idea kot...jawab rakan tu pulak - geng-geng perisik tido ke hari ni??? jawab aku - dak aih...perisik tengah reka cerita kasi hangat balik...rakan tu jawab balik - hang tok sah wat kacau la...aku nak rehat ni...esok nak pi himpunan sejuta aih...simpan tenaga voltan yang ada wat pakai esok...roger & out...zZzZzZzZzZZ...

Alhamdulillah...hari ni dapat rileks...santai...tapi sms pulak banyak masuk...tak pe...sms tak kacau sgt...yang penting esok ni...

Aku ingat petang ni sambil-sambil bawak anak bini buka puasa kat luar, nak pusing sekali la dekat stadium MBPJ tu...ala dekat sangat pun dari rumah aku...tak sampai 5km pun...agak-agak dapat shoot sikit persediaan-persediaan para penganjur kat sana untuk acara esok & kongsi-kongsi dalam blog ni bagus jugak kan??? yang dok jauh-jauh tu tunggu lah malam-malam sikit aku update balik blog ni & insya-Allah aku attachkan sekali gambar-gambar suasana persiapan Perhimpunan Sejuta Rakyat...

Yang dah pasang niat nak turut serta esok...insya-Allah kita akan berjumpa disana...rajin-rajin la jengok blog aku malam ni untuk suasana persiapan Perhimpunan Sejuta Rakyat...Insya-Allah paling lewat pun jam 10 aku akan uploadkan gambar sekitar persiapan...kalau ada shoot baik, banyak la gambar...kalau persiapan tak berapa meriah...cuma laporan je kot...apapun aku cuba survey tengok...

Adios...jangan lupa lepas jam 10...saja nak bagi semangat kat korang...dari aku untuk semua...salam.

Sodom : Kementerian Sains & Sexiologi.

Assalamu'alaikum...

Tak habis-habis lagi dengan liwat-meliwat...negara apa ni? aku rasa kat UK yang ada muzium seks pun tak la hangat perbincangan seksnya macam kat negara Islam Malaysia ni...buat malu negara betul...aku rasa patutnya yang buat tuduhan tu, lepas siasatan nanti kalau terbukti sekadar tuduhan palsu. elok dihukum buang negara je...

Buat apa nak simpan orang yang kerjanya memalukan negara Malaysia dimata dunia? tapi tak tau la pulak kalau lepas ni individu tersebut dapat pulak perlindungan istimewa & hak-hak istimewa sebab berjaya memalukan Malaysia di mata dunia...

Elok jugak kalau nak bela sangat orang macam tu, kerajaan bagi je anugerah "pingat pendamai seks"(PPS) & anugerahkan jugak gelaran Dato' Seri Seks...sesuai...wujudkan jugak 1 jawatan yang kerjanya menjaga hal ehwal seks depan belakang rakyat negara Malaysia dibawah kementerian Sains & Sexiologi.

Sapa-sapa yang ada masalah seks, boleh rujuk pada kementerian Sains & Sexiologi.Dana untuk kementerian ni boleh mintak kat Pak Najib...rasanya tak de masalah, tapi pastikan kalau nak deal dengan Pak Najib jangan sesekali bawak perempuan Mongolia sebagai orang tengah...takut pulak berkurang lagi 2-3 biji bom c4 dalam simpanan UTK...

Ni cadangan aku je...sebab aku nampak KERAjaan yang ada sekarang ni terlalu berminat dengan perkara-perkara melibatkan sex...kiranya dalam banyak-banyak kerajaan didunia ni la...KERAjaan Malaysia je yang tak pernah sunyi dari berita yang berkaitan dengan sex...

Raba-raba, main dengan teman sosial, tangkap basah dengan artis, skandal dengan bini orang, bawak lari anak sultan, sex dengan budak bawah umur, simpan artis, skandal dengan GRO & macam-macam lagi...

Aku rasa dah sampai masa dah KERAjaan yang ada sekarang ni wujudkan kementerian macam aku cakap tadi - Kementerian Sains & Sexiologi & aku rasa tak de masalah untuk menteri-menteri & bekas-bekas menteri bagi kerjasama dala kementerian ni...JJ,Rahim Tamby Cik,Mat Taib,KJ,Soi Lek,Najib & ramai lagi yang berbakat & berpengalaman penuh dalam hal sexiologi ni...

Boleh jugak dijalankan kajian melibatkan liwat-meliwat dalam kementerian tu.kaji balik kesan-kesan liwat-meliwat, sebab apa ada yang tertarik dengan liwat & jugak yang penting sekali ialah rakyat nak tau kenapa mangsa liwat ( yang terbaru ) nampak sangat ceria...adakah liwat itu 1 keseronokan atau...aish...tak tau la aku...aku tak mo jadi umat Luth & 1 lagi kita nak tau jugak...adakah bibir peliwat akan menjadi merah selepas beberapa kali meliwat???yang tu aku nak tau sangat-sangat...

Tawaran Biasiswa Ke IPTA!!!

Para pelajar IPT yang gagal atau tidak layak menerima sebarang BIASISWA
diminta terus ke Pejabat Timbalan Perdana Menteri untuk membuat PERMOHONAN .
Malah yang telah dibuang universiti pun layak memohon.
(Jangan lupa untuk bergambar di foyer pejabat TPM)

SURAT SOKONGAN PAK NAJIB DISEDIAKAN SELAGI STOK MASIH ADA.

Rehat...

Assalamu'alaikum...

hampir 2 hari tak berceloteh di blog ni & sekadar mengisi blog dengan maklumat-maklumat dari luar.bukan aku give-up, bukan...sekadar merehatkan jejari & otak & sekadar berkabung sebagai menghormati Allahyarhamah anak tahan ISA yang meninggal dunia tempohari...

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah...

Semoga roh adik Aina Mardiah binti Shahrial Sirin ditempatkan dikalangan mereka-mereka yang istimewa disisi-Nya

"Sumpah dengan junjung Al Quran untuk tentu kebenaran" Nik Aziz.

diciplak dari : KLpos

Oleh Bernama, Mstar
Jumaat, 04 Julai 2008

KB: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata "mubahalah" atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.

Sambil menyokong cadangan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung perkara itu, beliau berkata melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan mana-mana pihak yang bersalah.

"Dalam Quran sudah menyebut, setelah sudah tiada ikhtiar lagi dalam menyelesaikan kemelut yang memalukan itu, siapa yang tidak bersalah Tuhan tolong," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.



Cadangan Mufti Perlis

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian sebagai mengulas cadangan Mohd Asri supaya kedua-dua individu yang dikaitkan dengan kes liwat iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan "bermubahalah" atau bersumpah.

Dalam kenyataannya semalam, Mohd Asri berkata isu liwat yang membabitkan Anwar sudah semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.

Komen Mufti Perak

Manakala Mstar Online melaporkan Mufti Perak, Datuk Seri Dr Harussani Zakaria berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengemukakan bukti di mahkamah sekiranya beliau tidak bersalah seperti yang didakwa oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dr Harussani berkata demikian ketika diminta pendapat beliau tentang cadangan mubahalah (bersumpah) yang dicadangkan oleh Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abdin semalam.

Katanya lagi, "Setiap keterangan yang diberikan perlu dibuktikan. Jika tiada keterangan untuk dijawab, barulah beliau (Anwar) perlu bersumpah.”

Sebelum ini, Dr. Asri telah menggesa Anwar yang dituduh meliwat kali kedua dan pembantu khasnya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya bermubahalah’ atau bersumpah.

Katanya lagi,"Kedua-dua pihak (Anwar dan Saiful) hendaklah bersumpah. Kalau tidak puas hati lagi, bermubahalah seperti ini... 'Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya laknat Allah kepada saya' dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi... saya tidak melakukannya."

Ketika ditanya samada beliau bersetuju atau tidak untuk meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah berhubung dakwaan liwatnya, dia berkata,"Keterangan mesti diberikan oleh orang yang didakwa (Anwar). Apabila sesuatu perkara itu dizahirkan, ia mesti ada bukti.

"Sekiranya tidak ada bukti, barulah diambil pendekatan bersumpah ini,” tambah Dr. Harussani ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Kata Dr. Harussani lagi, Anwar perlu memberi bukti di mahkamah sekiranya beliau tidak terlibat dengan dakwaan tersebut.

Namun apabila diminta pandangan lanjut, Dr. Harussani berkata, “Saya tak nak komen lagi sebab tak nak terlibat tentang hal ini.”

Pertelingkahan parti politik

Beliau menganggap isu liwat ini timbul disebabkan pertelingkahan antara dua parti politik yang berlaku sekarang.

Difahamkan terdapat perbezaan pendapat tentang hukum liwat di negara ini. Ada ulama yang mengatakan sebatan 100 kali rotan dan ada yang berkata tidak pasti. Ini adalah kerana undang-undang Islam di Malaysia hanya merangkumi kes zina sahaja dan bukan kes liwat.

Pertemuan Najib, Saiful mesti disiasat.

diciplak dari : harakahdaily

Azamin Amin
Sat | Jul 05, 08 | 9:53:45 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Hrkh) - Pengakuan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa adanya pertemuan dengan Saiful Bukhari Azlan beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful seolah-olah membenarkan wujudnya konspirasi untuk memalitkan imej dan kareer politik Dato� Seri Anwar Ibrahim.

Ini ditambah pula dengan penarikanbalik Akuan Bersumpah penyiasat persendirian yang berlaku kurang daripada 24 jam telah membangkitkan lebih banyak tanda tanya daripada jawapan mengenai kesahihan penafian Najib bahawa beliau tidak kenal Altantuya.

Malah keengganan isteri Najib pula, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengheret Raja Petra Kamaruddin ke mahkamah di atas Akuan Bersumpah yang dibuatnya yang mengaitkan keterlibatan Rosmah di dalam pembunuhan mendiang Altantuya telah mewujudkan spekulasi yang sangat serius sama ada beliau benar-benar terlibat.

Dalam hal yang demikian Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa agar Najib meletakkan jawatan kerana integriti dan kewibawaan beliau dipertikaikan kerana memberikan implikasi negatif kepada imej negara di mata dunia.

Beliau sebelum itu menyelar tindakan Najib yang berterusan mengulangi pembohongan beliau kepada rakyat mengenai hubung kait beliau dengan mendiang Altantuya Sharibuu dan juga keterlibatan beliau sebagai dalang di dalam fitnah terbaru melibatkan Dato� Seri Anwar Ibrahim.

" Saya cabar Perdana Menteri bertindak sewajarnya dengan menggantung tugas Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan agar beliau boleh disiasat dan didakwa jika terbukti beliau bersalah.

"Kita desak tindakan dibuat pada kadar segera agar imej negara tidak terus terpalit dengan pelbagai masalah kerana kepimpinan yang lemah dan bankrap moral," kata Shamsul dalam kenyataannya.-az _

Akuan berkanun tidak boleh ditarik balik

diciplak dari : malaysiakini

Jul 5, 08 8:39am
Akuan bersumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, tidak boleh ditarik balik, kata Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.


Katanya, akuan bersumpah itu dibuat mengikut prosedur betul dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

p balasubramaniam private investigator najib razak baginda altantuya murder case 3"Akuan bersumpah adalah dokumen yang mengandungi keterangan yang diberi di bawah ikrar. Pengakuan bertulis di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Dalam kes ini semua keterangan diberi secara bersumpah tidak boleh ditarik balik," katanya.

Bagaimanapun, katanya, sesuatu akuan bersumpah boleh diselitkan tambahan atau pembetulan dan seperti dalam kes di mana seorang saksi memberi keterangan palsu di mahkamah dan sesiapa yang membuat akuan bersumpah palsu boleh melakukan satu kesalahan," katanya kepada Bernama semalam.

Semalam, Balasubramaniam, yang pernah memberi keterangan sebagai saksi pertama pendakwaan dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, mengedarkan akuan bersumpah setebal 16 muka surat pada 1 Julai dengan mendakwa wanita Mongolia yang dibunuh itu mempunyai hubungan dengan Najib.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 11.30 pagi ini, Balasubramaniam , menarik balik beberapa perenggan dalam akuan bersumpahnya dengan mengatakan kandungan akuan itu mengenai Najib adalah tidak benar.

Sementara itu, peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri, tertuduh pertama kes pembunuhan Altantuya, berkata Balasubramaniam mempunyai hak untuk menggantikan akuan bersumpahnya dengan yang baru.

Komen peguam tertuduh

"Beliau tidak perlu melalui proses di mahkamah untuk akuan bersumpah yang baru, tetapi apakah status akuan yang sebelumnya?. Adakah ia satu penipuan?.

"Terserah kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan ke atasnya," kata Hazman yang dihubungi Bernama.

Peguam Hasnal Redzua Marican yang mewakili Koperal Sirul Azhar Omar, tertuduh kedua kes yang sama, berkata tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan akuan bersumpah ditarik balik.

Peguam Amer Hamzah Arsyad berkata perbuatan Balasubramaniam adalah tidak wajar dan seolah-olah mempermainkan undang-undang negara.

Tambahnya, bekas anggota polis itu sepatutnya berpendirian teguh dengan setiap dakwaan dalam kenyataannya sebelum ini.

Respon Rasmi Peguambela Balasubramaniam Berhubung Penarikan Akuan Bersumpah

diciplak dari : suara keadilan


4 July 2008, Petaling Jaya, Malaysia

Saya difahamkan bahawa En Balasubramaniam a/l Perumal telah mengeluarkan kenyataan dalam satu sidang media di Hotel Prince, 11 pagi tadi, menarik balik kenyataannya yang dibuat p[ada 1 julai 2008.

Alasan yang diberikan untk menarik balik akuan bersumpah asal yang dibuat, yang dirakamkan oleh diri saya sendiri, ialah "dipaksa membuat pengesahan melalui ugutan".

Tiada sebarang butiran berhubung paksaan dan ugutan telah diketengahkan. En Bala dilaporkan tidak menjawab soalan yang dikemukakan pagi tadi di dalam sidang medianya siapa yang mengugutnya.

Untuk rekod, Saya mengesahkan bahawa perakuan bersumpah yang dilakukanoleh En Bala pada 1 Julai 2008 yang disiarkannya semalam dibuat secara sukarela dihadapan kehadiran saya dan pesuruhjaya sumpah, Dr T. Yokheswarem.

Saya menemui En Bala untk pertama kalinya, dengan kehadiran beberapa individu lain kira-kira dua bulan lalu dimana beliau telah meminta bantuan saya untuk menyediakan satu dokumen rasmi merangkumi beberapa bukti yang telah tidak diketengehakan dalam perbicaraan Altantuya yang sedang berlangsung.

Saya meulakan proses berkenaan dua minggu selepas itu. Saya telah menemuinya beberap kali dimana apa yang dinyatakan oleh En Bala pada saya telah saya rakamkan secara bertulis.

Saya tidak mempunyai alasan untuk meragui apa yang En bala nyatakan pada saya selain daripada ia adalah yang benar dan peranan saya adalah untuk mendengar apa yang beliau katakan dan menulisnya menjadi satu perakuan bersumpah dalam format yang sistematik dan komprehensif.

Kenyataan bersumpah itu kemudian dilakukan pengesahan dihadapan pesuruhjaya sumpah yang dinyataan di atas yang bertanyakan pada En Bala samada beliau faham isi kandungannya dan samada ia adalah pengakuan bersumpah beliau sendiri..

Selepas En Bala mengesahkannya, beliau telah diminta untuk menandatangani tiga salinan dan pesurujaya kemudiannya mengesahkannya. En bala telah diminta menunjukkan kad pengenalannya kepada pesuruhjaya sumpah dan kemudiannya menadtangani buku rekod.

Sehubungan itu, saya amat terkejut dengan tindakan En Bala yang dalam masa 24 jam telah mendapatkan perkhidmata peguam lain dan membuat satu lagi perakuan bersumpah menyatakan perakuan bersumpah yang pertama adalah tidak benar dan beliau dipaksa membuatnya.

Oleh kerana saya amat mengenali sifat En Bala, selepas menghabiskan masa berjam-jam merakamkan kenyataannya, saya meragui beliau menandatangani perakuan bersumaph yang kedua dengan rela dan saya yakin beliau diugut berbuat demikian samada melalui ancaman ataupun janji kerana saya tidak dapat memikirkan alasan lain.

Pesuruhjaya sumpah yang mengesahkan perakuan bersumpah yang pertama bersedia untuk megesahkan apa yang telah saya katakan di atas berkaitan perakuan bersumpah telah dibuat oleh En Bala dengan secara sukarela.

Lagipun, En Bala mengenali pesuruhjaya sumpah berkenaan sebaik saja En Bala nampak beliau kerana mereka berasal daripada perkampungan yang sama di Slim River, yang sesuatu tidak saya ketahui.

Americk Singh Sidhu

Saiful (Bukhari Azlan) Nak Jadi Juruterbang

diciplak dari : FMO

BERI KETERANGAN... Mohd. Saiful Bukhari Azlan diiringi seorang anggota polis tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur semalam untuk memberi keterangan dalam kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.– Gambar SIN CHEW JIT POH
Saiful Bukhari Azlan yang menggemparkan media minggu lalu sebenarnya berhasrat untuk menjadi seorang juruterbang apabila memohon untuk memasuki sekolah juruterbang di Kelantan.

Menurut sumber yang aku terima, Saiful pernah memohon untuk memasuki sekolah tersebut utuk sessi yang dijadualkan Ogos ini.

Namun, menurut sumber kolej penerbangan itu, Saiful tidak memulangkan surat tawaran yang dihantar kepada beliau dan surat tawaran berdaftar yang dikirimkan melalui surat berdaftar dipulangkan kepada pihak pentadbiran kolej.

Melalui surat tawaran tersebut, Saiful dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor - syarat biasa kepada pelajar-pelajar baru ke kolej berkenaan.

Lulus Temuduga

Menurut sumber yang sama, sewaktu ditemuduga, Saiful telah memberikan prestasi cemerlang dan penuh yakin.

Resume yang dibentangkan kepada pihak pengambilan pelajar amat memberangsangkan kerana Saiful merupakan bekas pemimpin pelajar sekolah dan beberapa aktiviti ko-kurikulum yang disertai.

Namun, Saiful tidak melampirkan transkrip keputusan sewaktu di UNITEN di mana beliau mendapat keputusan yang lemah sehingga terpaksa membuat keputusan untuk berhenti.

Syarat untuk memasuki kolej yang berpusat di Pengkalan Chepa itu hanya memerlukan empat kredit di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut pihak yang menemuduga Saiful, ketika disoal tempat bekerjanya sekarang, Saiful memberitahu bahawa beliau sedang bertugas di pejabat Timbalan Perdana Menteri. Sekiranya benar apa yang dinyatakan oleh Saiful ketika ditemuduga dan keterangan pihak pentadbiran kolej berkenaan, maka Najib (Tun Razak) berbohong apabila memberitahu media bahawa beliau tidak mengenali Saiful dan Saiful datang berjumpa dengan beliau untuk memohon biasiswa dan jumpa beliau sekali lagi empat hari sebelum membuat laporan polis mengadu dirinya diliwat.

Foto Saiful bersama pembantu khas Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas di pejabat Timbalan Perdana Menteri
Apabila si penemuduga bertanyakan sama ada ada jawatan kosong di pejabat tersebut, Saiful memberitahu bahawa beliau tidak pasti kerana beliau pun masuk melalui bapa saudaranya.

Semasa sessi temuduga itu juga penemuduga bertanyakan bahawa salah satu cabaran bekerja dengan syarikat penerbangan ialah terpengaruh dengan godaan gadis-gadis pramugari, Saiful memberitahu bahawa sungguhpun beliau masih muda (23 tahun), beliau sudah pun bertunang.

Gambar di hari pertunangan Saiful
Nampaknya, cita-cita Saiful untuk menjadi seorang juruterbang hampir tercapai apabila diterima memasuki kolej penerbangan tetapi hancur berkecai selepas beliau membuat laporan polis beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kesahihan Maklumat?

Wallahu alam. Peristiwa ini berlaku kemungkinan penghujung tahun lalu atau awal tahun ini. Aku hanya perolehi maklumat daripada sumber pihak ketiga. Adakah perkara ini tidak disengajakan?

1. Beliau memohon biasiswa untuk memasuki kolej penerbangan.
2. Beliau bekerja di pejabat Timbalan Perdana Menteri melalui bapa saudaranya. Beliau sememangnya mempunyai pertalian dengan seseorang berpengaruh di Jabatan Kerajaan.
3. Beliau sudah bertunang sungguhpun pada usia 23 tahun.
4. Timbalan Perdana Menteri sememangnya mengenali Saiful kerana Saiful pernah bertugas di pejabatnya.