Sunday, August 17, 2008

Sentuh isu peribadi, Nik Aziz sedia bertumbuk

IPOH: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kesediaannya untuk bertumbuk jika isu peribadinya disentuh oleh pihak-pihak tertentu.



"Kalau masa saya muda kemudian jadi begini, saya akan bertumbuk," katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan beberapa penyokong Barisan Nasional (BN) yang menggunakan gambar-gambar yang tidak senonoh bagi tujuan menjatuhkan maruah calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Menurut beliau, Islam tidak mengesyor menjatuhkan maruah pihak lawan untuk memenangi sesuatu perkara.



Nik Aziz juga mempersoalkan tindakan BN yang menggunakan isu sumpah bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan sehari sebelum hari penamaan calon bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh.



"Tak ada cerita lain? Tak ada hujah dan dalil-dalil lain untuk ditunjukkan kepada masyarakat bagi membantu parti berkempen?" katanya.



Tambah beliau, menggunakan serangan peribadi adalah cara bagi orang telah kehabisan modal.



"Mengapa nak serang peribadi? Peribadi pun belum tentu betul lagi," katanya.



Selain itu katanya pertandingan antara parti-parti politik adalah atas dasar sesebuah parti itu dan bukannya dalam bentuk fizikal.



-mSTAR Online

Putar Belit Itu Kerja Aku...!!!

Salam semua....

Sekali lagi isu di mainkan media apabila memutar belitkan kenyataan Tok Guru Nik Aziz mengenai si seyey fool yang bersumpah...klau kita lihat media cetak seperti SINAR,STAR & NSTP menyatakan Tok Guru secara jelas mengatakan sumpah yang di buat oleh seyey fool salah & dia tak setuju langsung....

Media Mingguan Malaysia serta Berita Minggu (utusan meloya & berita hairan) melaporkan pula versi seolah2 tok guru setuju & menyalahkan Anwar dalam isu sumpah...sehinggakan Tok Guru menafikan laporan akhbar tersebut di dalam harakah di Ipoh ketika Muktamar PAS ke-54 berlangsung....

Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.



Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.Tegasnya, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi



Menteri Besar Kelantan itu juga menempelak Umno yang mempercayai bersumpah dengan cara menggunakan al-Quran.



Katanya, sumpah juga tidak perlu dibuat dalam masjid kerana ianya sama seperti ajaran Kristian yang bersumpah di gereja.



Katanya, orang Islam tidak perlu bersumpah di masjid, sebaliknya boleh bersumpah di mana-mana sahaja asalkan ianya sumpah yang menepati Islam.



Beliau juga hairan mengapa Umno menerima sumpah Saiful dan terikut-ikut dengan amalan agama yang bercanggah dengan Islam.



Ustaz Nik Aziz juga mempertikaikan motif sebenar Saiful bersumpah menjelang hari penamaan calon Permatang Pauh, yang katanya mempunyai maksud yang tersirat.



Beliau amat berharap pengundi-pengundi Melayu yang beragama Islam tidak terpengaruh dengan propaganda media yang memanipulasi sumpah Saiful.



"Saya berdoa dan berharap Dato' Seri Anwar diberikan kemenangan," ujarnya



Kenyataan Tuan Guru Haji Hadi



16 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan,Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan.



Menurutnya, lebih malang lagi ia melibatkan mereka yang terdiri daripada kalangan cerdik pandai agama. "Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam," katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 hari ini



Kenyataan Datuk Harun Din



16 Ogos (Hrkh) -Isu liwat yang membabitkan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan merupakan suatu keganjilan.



"Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan,bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh,tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh," katanya.



"Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat,mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan?"



"Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas permintaan kita sedangkan mereka (keluarga) tidak melakukan kesalahan," ujarnya. Beliau turut mempertikaikan dalang di sebalik majlis angkat sumpah semalam oleh Saiful.



.....Kenapa la media nih tak habis2 nk putar belit fakta....hampa tak takut ka dengan azab ALLAH S.W.T?hampa fitnah berapa juta orang yang tengok....?hampa ingat apa yang hampa buat nih buleh terlepas macam tuh saja....



-malaysiabiz-aloha

Hotline PRK P44 P.Pauh

HOTLINE ADUAN DAFTAR PEMILIH PRK P.PAUH 2008 -

017-4532539


Sila hubungi nombor talian seperti yang tertera di atas jika anda, sebagai pengundi kawasan Parlimen P44, Permatang Pauh menghadapi masalah seperti berikut:-
  • bermasalah atau tiada kenderaan untuk datang mengundi.
  • tidak dibenar oleh majikan keluar untuk mengundi.
  • ada pihak yang ambil kad pengenalan atau mengugut anda.
  • ada maklumat tawaran wang.
  • ingin menyemak dan mengetahui pusat mengundi.

Kami sedia membantu sila Hubungi ATAU Sms talian hotline dengan nyatakan nama dan no. kad pengenalan anda.

Ada maklumat yang diterima, pada 26hb Ogos hari Selasa ini iaitu hari mengundi:-

  • Hampir 1000 pengundi melaporkan hilang dari senarai pemilih setelah beberapa kali.
    mengundi di Permatang Pauh.
  • Ada majikan dilaporkan tidak membenarkan pekerja keluar mengundi.
  • Ada pengundi yang ditukar pusat mengundi tanpa dimaklumkan.
  • Ada pihak yang mengutip kad pengenalan pengundi.
  • Ada tawaran wang jika mengundi Be-EnD.
  • Ada ugutan kepada pengundi.

Mursyidul Am PAS: Nafi laporan akhbar, anggap sumpah Saiful karut

IPOH: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan laporan akhbar hari ini yang menyiarkan kenyataannya bahawa sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah mengikut kaedah Islam.



"Semalam saya kata macam ni. Sumpah dalam Islam ialah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bukan dengan memegang al-Quran," jelasnya.



Nik Aziz berkata, sumpah dengan memegang al-Quran umpama meniru budaya penganut agama Kristian yang menyentuh Bible untuk bersumpah.



"Semua kita tiru barat. Seperti Nabi Muhammad (SAW) tidak tinggalkan kita ajaran untuk kita contohi.



"Ini semua karut. Inilah kerja Melayu Umno yang suka tiru barat," katanya dalam sidang media selepas menghadiri sesi perbahasan usul di Muktamar Tahunan PAS ke-54 di sini hari ini.



Beliau sekali lagi menegaskan sumpah menggunakan al-Quran bukan mengikut amalan Islam yang sebenar.



"Sumpah dalam Islam tu memang ada. Tapi tak semestinya pergi ke masjid, di rumah pun boleh...atas batas jalan tengah jalan pun boleh. Tak ada apa-apa masalah," katanya.



Tambah beliau, bersumpah di masjid juga sama seperti tindakan orang Kristian yang pergi ke gereja untuk bersumpah.



Ditanya adakah sumpah perlu dilakukan dihadapan seorang imam, beliau berkata: "tak perlu ada imam, ada malaikat dah cukup."



-mSTAR Online