Saturday, November 22, 2008
Nik Aziz enggan campur tangan isu ladang babi di Kedah
Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata cadangan berkenaan merupakan urusan kerajaan negeri Kedah dan berharap ia dapat diuruskan dengan sewajarnya.
"Cadangan untuk buka ladang babi tu merupakan urusan negerinya (Kedah), kita tak masuk campur, pandai-pandailah urus,' katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Perwakilan Tahunan Negara ke-83 Persatuan Bekas Tentera Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata tumpuannya kini hanya untuk menjaga Kelantan dengan tidak membenarkan babi dipelihara secara komersial, sebaliknya hanya diternak secara keci-lkecilan sebagai bekalan makanan penduduk bukan Islam.
"Di Kelantan saya sekat awal-awal lagi supaya tiada babi diternak secara komersial, sebaliknya kita hanya benarkan ia diternak sekadar di belakang rumah, bukan untuk berniaga," katanya.
Dalam perkembangan lain Nik Aziz turut bersetuju dengan cadangan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani yang mahu kerajaan turut melantik senator di Parlimen daripada kalangan bekas anggota tentera.
"Tentera berhak bersuara dalam Parlimen berhubung sesuatu isu berkaitan dan saya rasa atas faktor itulah wakil daripada kalangan mereka diperlukan dalam Parlimen," katanya.
PRS Nafi Sebarang Pakatan Dengan PKR
"Ia merupakan satu pembohongan besar," katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat majlis tertinggi PRS di sini.
Beliau berkata Majlis Tertinggi PRS telah membincangkan isu itu di dalam mesyuarat dan anggota yang hadir telah berikrar untuk taat setia dengan Barisan Nasional.
"Kita tidak berbincang dengan mereka (PKR) dan tidak bercadang (mengadakan perbincangan dengan PKR)," katanya.
Kesemua anggota majlis tertinggi parti menghadiri mesyuarat kecuali Setiausaha Agung Datuk Dublin Unting yang kini berada dalam keadaan koma dan sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di Kuching selepas diserang angin ahmar Mei lepas.
Gejala Rasuah Sukar Dibendung Walaupun Najib Jadi PM, Kata Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri itu turut mempersoalkan sama ada peralihan kuasa yang dicadangkan antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Najib mampu untuk memulihkan semula parti.
"Apakah dengan peralihan kuasa itu dapat memulihkan parti? Saya tidak boleh yakin lagi kerana saya belum lagi nampak Najib mampu menyelesaikan masalah rasuah dan politik wang.
"Kita tidak akan dapat semula Umno yang bersih untuk mewakili kita selagi ia tidak dibendung," katanya pada wacana "Dilema Melayu" anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) di sini hari ini.
Beliau berkata gejala itu agak sukar dikawal berikutan telah menjadi satu budaya dalam kalangan anggota Umno yang mahukan sesuatu jawatan terutamanya menjelang perhimpunan Agung Umno pada Mac depan.
Dr Mahathir juga berkata sekiranya Umno tidak kembali kepada perjuangan asal, parti itu akan dilihat tidak lagi relevan untuk bangsa Melayu.
Katanya kepimpinan melalui teladan adalah contoh yang terbaik di samping usaha berterusan membanteras rasuah.
"Kita mahukan pimpinan yang tegas dan mengambil sebarang tindakan terhadap sesiapa sahaja yang terlibat. Untuk ahli, kalau pemimpin itu terlibat dengan rasuah, jangan pilih dia.
"Kita tak boleh harap pembaharuan boleh dilakukan dalam Umno dan mereka harus ingat, kalau orang tidak memberi undi mereka tidak boleh menang atau sekiranya mereka menang dalam pemilihan parti, tak semestinya mereka akan menang pilihan raya," katanya.
Sementara itu, dalam sidang akhbar, Dr Mahathir ketika ditanya sama ada telah mengemukakan sebarang nama untuk dikenakan tindakan disiplin kerana terlibat dengan politik wang dan rasuah, hanya berkata beliau tidak ada berbuat demikian.
"Saya tidak ada cadangan untuk berbuat demikian (mengemukakan nama) kerana ramai yang telah hantar laporan salah laku kepada Jawatankuasa Disiplin parti," katanya.
Beliau berkata meskipun laporan telah dibuat, apa yang menjadi keutamaan adalah melihat laporan itu disusuli tindakan.
Mengulas mengenai keputusan Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz yang mahu mempertahankan jawatannya, Dr Mahathir berkata: "Itu terpulang kepada dia. Apa yang penting pilih pemimpin yang tak terlibat dengan rasuah."
Dr Mahathir turut mengingatkan anggota parti supaya mengundi seseorang pemimpin dengan berdasarkan kebolehan dan bukannya kewangan.
Baca Malaysiakini dari telefon bimbit
Ingin mengetahui perkembangan berita semasa? Muat-turun Mobilekini ke dalam telefon bimbit anda untuk mengakses Malaysiakini dengan cepat dan mudah.
Mobilekini adalah aplikasi-janaan-Java yang digunakan untuk membawa berita, surat dan pendapat di Malaysiakini dalam empat bahasa - Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil.
"Kami percaya menjadi orang pertama di Malaysia dan mungkin di rantau ini yang menawarkan aplikasi bergerak dalam empat bahasa yang membawa pengalaman internet sepenuhnya ke telefon bimbit," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran.
Mobilekini boleh berfungsi di hampir kesemua telefon bimbit dengan penjanaan-Java dan boleh dimuat-turun dengan menghantar SMS dengan perkataan "mk" kepada 32577.
Pelanggan Malaysiakini sekarang akan boleh membaca kesemua kandungannya manakala bukan pelanggan akan ditawarkan peluang mencubanya selama 30 hari secara percuma.
Selepas tamat tempoh 30 hari percubaan itu, pengguna yang belum melanggannya, hanya dihad membaca ringkasan berita-berita terpilih sahaja.
Mobilekini juga memboleh pengguna menghantar ringkasan berita Malaysiakini secara mudah kepada rakan dan sanak saudara mereka.
"Dalam masa terdekat ini, ciri-ciri yang lebih menarik lagi akan diperkenalkan oleh Mobilekini seperti menghantar komen mengenai berita-berita yang disiarkan, mengundi dalam ruangan pendapat pembaca dan banyak lagi," tambah Premesh.
Untuk pengiklan
Bagi pengiklan pula, Mobilekini dapat membantu mereka memastikan iklan mereka sampai kepada sasaran di lokasi-lokasi khusus.Mobilekini dimajukan oleh Murasu Communications Sdn Bhd, yang merupakan penerima Anugerah Cemerlang ICT Malaysia tahun 2005.
"Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Malaysiakini dalam teknologi ini. Ia adalah yang terbaik di segi pengurusan bahasa, fungsi dan kelajuannya," kata pengasas dan Arkitek Teknologinya, Muthu Nedumaran.
Manakala Premesh pula berkata, melalui kerjasama dengan Murasu Communications, Malaysiakini merancang untuk menjadi pendahulu dalam dunia perkhidmatan bergerak, sepertimana kejayaannya dalam dunia Internet.
Mobilekini telah dilancarkan tengahari ini di Go Mobile Expo di PWTC di kiosk 164
-malaysiakini
Isu ladang babi: RTM,TV3 berniat jahat terhadap Kedah
Jika sebelum ini, media cetak memainkan peranan dengan menjadi agen penyebar dakyah dan permainan licik politik BN,kini media elektronik menjadi senjata apabila RTM dan TV3 cuba memutarbelitkan fakta untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Negeri Kedah.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Helmi Mohd Khalid dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini mendedahkan bagaimana kerajaan Kedah dijadikan mangsa dengan corak pemberitaan yang memesongkan dan berniat jahat.
Menurutnya, siaran berita RTM di TV1 sekitar jam 1.00 petang 19 November 2008 dan siaran Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 19 November 2008 mendedahkan tembelang sebenar kedua-dua stesen televisyen tersebut apabila menyiarkan berita yang jauh terpesong dan berniat jahat.
"Kedua-dua siaran tv ini melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah bakal membuka sebuah ladang ternakan babi di Kedah.
"Saya ingin tegaskan bahawa kedua-dua berita tersebut adalah satu pembohongan dan telah memutarbelitkan fakta seperti yang tercatat dalam buku Jawapan Bertulis Mesyuarat Keempat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2009),"jelasnya.
Tambahnya,siaran berita tersebut hanyalah berbentuk jahat untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Negeri Kedah dan menghasut rakyat untuk bencikan Kerajaan dan berbentuk provokasi.
"Sebagai makluman pembukaan ladang itu hanya akan berlaku jika terdapat aduan kacau ganggu di ladang-ladang yang sedia ada.
"Selebihnya, keputusan tersebut telah dibuat oleh Kerajaan terdahulu melalui surat UPEN (K) 707 SK.4 ( ) bertarikh 4 Disember 2007 bertajuk: Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) Mengenai Ladangan Masa Depan Industri Ternakan Khinzir di Negeri Kedah Darul Aman,"katanya lagi.
Helmi juga mendedahkan,sekalipun telah dijelaskan dalam sesi penggulungan Sidang Bajet pada 20 November dan sidang akhbar pada hari yang sama oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, bahawa ini adalah keputusan Kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) bagaimanapun TV3 khususnya masih menggunakan perkataan 'hasrat Kerajaan PAS Kedah membuka ladang babi'.
"Bagi saya ia jelas satu pembohongan fakta yang amat jelas oleh stesen televisyen swasta berkenaan dalam siarannya pada 20 dan 21 November melalui slot Buletin Utama.
"Saya juga ingin menjelaskan bahawa dalam sidang akhbar, Menteri Besar juga telah memberitahu bahawa beliau dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menghormati keputusan Kerajaan terdahulu (BN) bertarikh 4 Disember 2007 itu dan setelah mendapat nasihat daripada pihak Vertarina negeri, pihaknya belum lagi memutuskan tempat atau bila ladang berpusat itu akan dibina,"jelasnya lagi.
Beliau juga menambah, bahawa Ustaz Azizan juga menyatakan pembinaan ladang ternakan itu adalah untuk kebaikan semua pihak untuk mengelakkan sebarang kemungkinan masalah seperti pencemaran, bau busuk dan seumpamanya.
Menurut Ustaz Azizan,kata Helmi, bukan hanya ladang babi, jika terdapat ladang ayam, lembu, kambing, kerbau sekalipun telah menimbulkan keresahan rakyat, maka ladang tersebut akan dipindahkan.
Oleh itu katanya, dari penjelasan itu, amat jelas bahawa Kerajaan Negeri memikirkan satu tempat dan kaedah terbaik untuk mengatasi permasalahan yang mungkin atau telah wujud berpunca dari ladang ternakan tersebut.
"Adalah di luar dari jangkauan pemikiran saya jika pemberita TV3 Kedah lebih suka melihat ladang babi dibina berdekatan kawasan perumahan jika dibandingkan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memindah dan memusatkan ladang dan sembelihan di satu kawasan yang jauh dari kawasan penempatan penduduk.
"Saya juga menjangkakan, jika ladang baru itu nanti terbina sekalipun jauh dari kawasan penempatan, sekali lagi akan ada pihak memainkan isu bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah membina ladang ternakan babi yang luas, jika andaian saya ini benar-benar berlaku, sahlah bahawa berita berkenaan bukannya membela hak dan kepentingan rakyat tetapi ia lebih membela hak binatang ternakan tersebut kerana telah dipinggirkan dan ditempatkan di kawasan yang terpencil,"tegasnya.
Pimpinan Pakatan Rakyat kecam media pro Umno-BN
Sementara itu, baru-baru ini pemimpin Pakatan Rakyat, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sepakat mengecam konspirasi media pro Umno-BN yang sedang bertungkus lumus untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menabur fitnah, adu-domba dan memainkan isu-isu sensitif bagi mengelirukan rakyat.
Selain untuk mencetuskan kemarahan rakyat, tindakan media pro Umno-BN itu juga bertujuan untuk menjatuhkan reputasi lima kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin.
Perkara ini didedahkan oleh ketiga-tiga mereka pada 'Majlis Makan Malam dan Bengkel Mini Pakatan Rakyat' yang diadakan di Hotel De Palma, Ampang dekat sini baru-baru ini.
Presiden PAS dalam penegasannya bimbang peranan yang dimainkan oleh media arus perdana boleh mengancam kestabilan dan kemuafakatan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sekiranya perkara ini tidak dapat dibendung dengan segera.
Kata beliau, peri pentingnya media telah dibuktikan oleh MCA dengan mengambil alih dua buah akhbar utama berbahasa Cina, Nyangyang Siang Pau dan Sin Chew Daily selepas pilihan raya kecil Lunas bagi menyekat sokongan orang-orang Cina terhadap pembangkang.
Sementara itu, Ketua Umum KeADILan menyifatkan media arus perdana bertindak 'kasar' dengan melaporkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan perbalahan kaum dan agama seperti yang berlaku ke atas exco kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Teresa Kok dan Ronnie Liu serta editor Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin.
"Media sekarang ini mainkan isu perkauman. Bangkitkan isu agama. Seolah-olah terdapat pergeseran dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan ini amat merbahaya," tegas Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Justeru itu, ketiga-tiga pemimpin mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan laporan-laporan berniat 'jahat' yang disiarkan oleh media cetak dan elektronik yang dikuasai Umno-BN.
Najib: Fuel prices can’t be reduced continuously
Lowering prices too fast and too low could also have an adverse impact on efforts to develop alternative sources of energy, Deputy Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Razak said here yesterday.
The current low price of oil "is not sustainable, it's going to go up (and) when the price goes up, there will be a need to do a review," said Najib, who is in the Peruvian capital to attend the Asia-Pacific Economic Cooperation (Apec) summit beginning today.
He was responding to questions on the impact of the low global crude oil prices on fuel prices in Malaysia, on Petronas and on the economy at a press conference with the Malaysian media at the Miraflores hotel here.
Najib spoke to media after performing Friday prayers at the Peruvian Islamic Centre. He also gave a contribution of US$5,000 (RM18,000) to the centre.
He said that most petrol pump operators found it difficult to cope with prices that are fluctuating on a daily basis or even on a weekly basis and they wanted a degree of certainty as far as the petrol price was concerned.
"A review once every two weeks is something they can accept," he said.
He added that the global oil price would not stay at US$50 per barrel indefinitely and would eventually increase.
"Furthermore, the price of goods has not declined in tandem with the fuel price reduction," he said.
The government has reduced the retail price of petrol and diesel five times over the past few months, the latest was on Monday as crude oil prices fell significantly due to the global economic crisis.
However, just last July, crude oil prices touched a record high of US$147 per barrel. The spiralling prices prompted the government to raise petrol and diesel prices in June.
Fatwa council bans yoga
KUALA LUMPUR, Nov 22 —The National Fatwa Council has declared that yoga is prohibited in Islam.
Sources said the decision was on the basis that yoga involves physical movements, chanting and worshipping.
The issue cropped up late last month when a university lecturer advised Muslims to stop practising yoga for fear that it could deviate their belief.
The council then stepped in and said it would issue a fatwa.
Mesti Naik Tapi Tak Confirm Turun - malaysiakini
Beliau berkata menurunkan harga terlalu cepat dan sangat rendah boleh menyebabkan kesan tidak baik terhadap usaha membangunkan sumber tenaga alternatif.( naik terlalu mendadak dan sangat tinggi tidak mendatangkan kesan yang tidak baik kah? Najib sudah gila semenjak Atlantuya mati... )
"Harga minyak rendah "ia tidak boleh bertahan, ia akan naik (dan) apabila harga naik, ia perlu dikaji semula," katanya kepada wartawan Malaysia di Hotel Miraflores sini Jumaat, ketika ditanya mengenai kesan harga rendah petrol terhadap Petronas dan ekonomi negara.( moron...!!! )
Najib berkata kebanyakan pengusaha pam petrol mendapati sukar dengan harga yang tidak menentu itu berdasarkan pada harga harian dan malahan mingguan, mereka mahu sedikit penentuan dalam harga petrol.
"Kajian sekali dalam dua minggu adalah sesuatu yang mereka boleh terima, katanya."
Harga minyak tidak akan berada pada paras AS$50 sampai bila-bila, ia tentu sekali akan naik, tambah beliau.
"Lagi pun, harga barangan tidak berkurangan sebanyak mana yang kita dapat kurangkan harga minyak," kata beliau.( memanglah harga barangan tak berkurang sebagaimana harga minyak, sebab masa KERAjaan penaik rege minyak mencanak-canak, KERAjaan tak pakai otak..! kalau pakai otak pun, mungkin otak yang dalam kepala lutut. KERAjaan cuma pandai buat kerosakan tapi tak pandai nak mencegah apa-apa dari rosak. hangpa berak, orang lain kena cuci... memang KERA..!)
Kerajaan telah mengurangkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak tiga kali sejak beberapa bulan lepas, yang terkini hanya beberapa hari lepas ekoran harga minyak mentah turun dengan mendadak disebabkan krisis ekonomi global, tambah beliau.
Bagaimanapaun, Julai lepas, harga minyak mentah mencacat satu rekod tinggi iaitu AS$147 setong yang memaksa kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel, kata Najib.
"Sama ada kita akan menurunkan dan sama ada dalam tempoh jangka pendek, kita hendaklah mengkaji kenaikannya, semua faktor ini perlu diberi pertimbangan," kata beliau.
Malahan, "kita tidak tahu apa akan berlaku dengan harga petrol atau minyak dalam masa beberapa bulan akan datang, perkara ini perlu dikaji lagi."
Beliau berkata "pengurangan harga minyak mestilah mengambil kira sama ada pengurangan wajar dilakukan sepenuhnya kerana saya tidak fikir harga minyak akan terus berada di paras ini."
Ketika ditanya sama ada ini bermakna kerajaan tidak akan mengurangkan harga runcit minyak, beliau berkata: "Saya tidak kata tidak ada pengurangan tetapi kita kena lihat kewajaran."
Dari segi ekonomi negara, Najib berkata kesan terhadap inflasi tentu sekali lebih positif bermakna "kita ada peluang mengurangkan harga minyak."
"Jikalau kita kurangkan harga terlalu cepat, apakah ini bererti bahawa bila harga naik, nanti, kita terpaksa menaikkan harga kepada pengguna dan jika harga petrol terlalu rendah, usaha untuk membangunkan sumber tenaga yang lain mungkin tidak ada insentif," kata beliau.
"Bagaimanapun, kerajaan sedar bahawa memang ada tanggungjawab kita untuk mengkaji semula harga minyak berdasarkan kepada harga minyak di pasaran dunia.
"Dan tentu sekali kita akan membincangkan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang akan datang," katanya.
Beliau berkata bahawa dari segi pendapatan negara dan Petronas, tentu sekali ia akan berkurangan, tetapi subsidi minyak juga berkurangan, jadi ada imbangan antara dua.
"Tahun depan, kita masih lagi boleh bertahan dari segi pendapatan dan sumber kepada kerajaan," kata Najib.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata "penjimatan subsidi akan lebih ketara" dengan harga minyak mentah telah jatuh kepada AS$50 setong, tetapi angka ini perlu dikaji.
Mengenai rebat yang dibayar kepada pemilik kereta dan motosikal untuk memperbaharui cukai jalan sejak Mac tahun ini, beliau berkata ia akan dikaji semula pada tahun depan, bagi menunggu satu pusingan tempoh pembayaran rebat yang akan berakhir pada Mac 2009.
Kempen mansuh ISA, polis tak patut halang
Selain itu, prosedur untuk menganjurkan perhimpunan telah dibuat dengan baik dan sewajarnya program yang bertujuan baik tidak wajar dihalang.
Demikian pandangan dan ketegasan yang diutarakan oleh Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh apabila diminta untuk mengulas mengenai keengganan pihak polis dalam mengeluarkan permit bagi program 'Pelancaran Kempen Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)' Ahad ini (esok).
Menurut Syed Ibrahim, pihaknya kesal kerana telah membuat permohonan dengan baik untuk mendapatkan permit bagi program tersebut.
"Kita akan teruskan (program tersebut). Permit ini untuk maklumkan sahaja. Polis tidak patut halang," katanya semasa dihubungi lewat petang semalam.
Menurut Syed Ibrahim alasan pihak polis bahawa program mereka akan menganggu ketenteraman awam dan menyebabkan kesesakan lalu lintas tidak boleh diterima.
Ini disebabkan,katanya, pihak GMI telah meminta bantuan penganjur bersama program berkenaan iaitu Pemuda PAS untuk membantu dengan menggunakan Unit Amal bagi mengawal kedua-dua situasi tersebut.
Katanya lagi, Pemuda PAS sebagai penganjur bersamanya, akan mengerahkan pasukan Unit Amal mereka bagi memastikan perhimpunan berlangsung dengan aman dan tiada kesesakan lalu lintas.
"Kita minta kerjasama polis. Ia akan jadi perhimpunan yang baik dan aman," katanya.
Majlis tersebut dijangkakan akan dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan melancarkan kempen tersebut di Dataran MPAJ, Pandan Indah pada jam 9 malam esok.
Kempen anjuran GMI bersama parti-parti pembangkang itu adalah bagi mendesak kerajaan untuk memansuhkan ISA yang merupakan antara tinggalan zaman penjajahan British lalu.
Selain Anwar, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang dijangka hadir dalam majlis berkenaan beserta pimpinan pelbagai peringkat dalam parti pembangkang dan NGO-NGO.
Anggap ibu bapa kafir
Tidak cukup dengan itu, sesiapa yang tidak menjadi pengikut mereka juga tidak layak meraikan Hari Raya dan menganggap korban haiwan ternakan sempena Hari Raya Korban sesuatu yang sia-sia.
Itu antara yang diajar oleh pentilawah (penceramah) Ajaran MLM seperti didakwa bekas pengikutnya, Remy, 20-an.
"Menurut mereka, daripada menyembelih korban baik wang itu disumbang untuk dana pembentukan kerajaan Islam yang baru,'' ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.
Menurutnya lagi, selain itu, para pengikut juga diminta mengganggap setiap pentilawah sebagai nabi dan jangan sesekali mengingkari arahannya.
"Sememangnya pentilawah memang petah berkata-kata dan bijak memanipulasi tafsiran ayat al-Quran jika ada perkara yang kami bantah.
"Sebagai umat Islam, sudah pastinya apabila disebut tentang apa juga yang terdapat dalam al-Quran, pastinya tiada apa yang boleh dipersoalkan," akui Remy.
Menurutnya, pentilawah ajaran sesat itu biasanya menyalahgunakan maksud ayat-ayat al-Quran tertentu sebagai senjata 'meracuni' fikiran ahli-ahlinya.
"Sebagai contoh, kerajaan Islam tulen yang hendak dibina oleh 'Ajaran MLM' pada 2015 juga akan dikaitkan sebab perlu adanya kerajaan itu dengan petikan ayat al-Quran begitu juga perlunya 'berhijrah' ke sana," katanya.
Sebelum ini, Kosmo! mendedahkan Ajaran MLM mewajibkan pelaburan sejumlah wang bagi membayar yuran kelas tilawah serta bayaran bagi beberapa siri perjumpaan seperti Aqabah juga diyakinkan dengan tafsiran al-Quran.
Kos pembinaan diragui
Berdasarkan maklumat Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), stadium hoki di Taman Bukit Serindit, yang dibina mengikut spesifikasi tidak jauh berbeza dengan padang MBJB - hanya menelan kos RM6.3 juta.
Sumber dari lembaga pengarah MBMB berkata stadium itu dilengkapi 2,000 tempat duduk grandstand padang utama, yang dibina berbumbung selain baki 200 kerusi di padang kedua.
“Berdasarkan kontrak kerja pembinaan pada 1998, rumput tiruan padang utama akan ditukar selepas selesai kerja-kerja pemasangan rumput sintetik padang kedua. Ketika ini, sistem perparitan padang kedua baru siap dibina dan menanti pemasangan rumput tiruan.
“Semuanya termasuk dalam kontrak RM6.3 juta dan projek ini dijangka siap sepenuhnya, Februari 2009,” katanya.Pendedahan itu ternyata bercanggah dengan nilai tambahan RM5 juta seperti dinyatakan Presiden Hoki Malaysia (PHM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika melawat Stadium Hoki MBJB, Isnin lalu - hanya untuk membina padang kedua.
Malah, kos itu jauh berbeza dengan nilai pembinaan padang sintetik dikemukakan dua badan negeri, Persatuan Hoki Negeri Melaka (PHNM) dan Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL).
Jelas Presiden PHNM, Nur Azmi Ahmad: “Mengikut nilai padang spesifikasi tinggi, saya fikir ianya sekitar RM1.5 juta. Saya tidak tahu jumlah yang diperlukan Persatuan Hoki Johor kerana kami akan mengadakan perbincangan bagi menilai kembali harga dikemukakan.”
Anggaran itu dipersetujui Setiausaha PHKL, V Rajamanikam, yang menganggap kos terbabit mencakupi keseluruhan pembinaan padang termasuk sistem perparitan dan pemasangan rumput sintetik.
“Tapi, andai mahu menukar rumput saja, nilainya sekitar RM800,000. Jumlah antara RM1.5-1.6 juta pula diperlukan untuk membangunkan padang di atas tapak kosong,” katanya.
Tiada gunanya mempertikai nilai RM17 juta yang sudah dibelanjakan - mungkin atas tiket spesifikasi kelas dunia kerana nilai RM5 juta itu masih boleh dikurangkan - atau lebih tepat, diselamatkan.
Apapun, tindakan pantas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Majlis Sukan Negara menetapkan pertemuan dengan PHM, satu langkah bijak bagi mengenalpasti ‘kos sampingan yang boleh dipotong dari senarai barangan keperluan'.
Malaysia kutuk rejim Zionis..?
Sehubungan itu, Malaysia mendesak masyarakat antarabangsa terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara kuasa besar bertindak bagi menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.
Wisma Putra dalam kenyataan akhbar di sini berkata, langkah itu perlu supaya rejim tersebut segera menghormati undang-undang antarabangsa, akur resolusi PBB dan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap usaha damai oleh pelbagai pihak.
TP - kutuk tapi dalam masa yang sama dok tolong rejim ni... baca dekat sini - Lego Theme Park In Johor ( Lego tu syarikat mana? ), Halliburton awarded $200 mln contract in Malaysia , Halliburton Opens Manufacturing Facility in Malaysia ( Halliburton tu syarikat mana? ) dan yang paling best sekali ialah gambar dekat bawah ni lokasinya dekat mana?
Ayat "best" dari lokasi gambar diatas diambil ( tak tau dari mulut sape tapi dinyatakan ) - Wisma Putra dalam kenyataan akhbar di sini berkata Malaysia melahirkan rasa sedih dan hairan apabila melihat masyarakat antarabangsa terus berdiam diri, lesu dan tidak berusaha untuk menangani situasi kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza.
''Malaysia juga mendesak Majlis Keselamatan PBB mengetepikan perbezaan politik dan ideologi di atas nama perikemanusiaan dan menyelamatkan penduduk Gaza terutama kaum wanita dan kanak-kanak daripada tindakan agresif rejim Zionis,'' tegasnya - Utusan Malaysia Online
Apa punya "turrr" daaa... kalau nak kutuk, kutuk betul-betul... jangan dekat depan kutuk, dekat belakang "shake hand"...!!!
Pelancaran 'Tentera Merah' Lembah Pantai meriah, 1,000 orang hadir
Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar, Kuala Lumpur 21 November (semalam) menjadi saksi kepada kehadiran kira-kira 1,000 orang yang hadir memenuhi ruang Dewan Utama untuk melihat dengan sendiri, pasukan 'tentera merah' yang segak bergaya, dengan baju seragam siap siaga dalam perbarisan tabik hormat.
Dua jam sebelum pelancaran tersebut kira-kira jam 8.00 malam, sejumlah 50 anggota unit amal Lembah Pantai sudah berada di luar kawasan Markaz, membuat latihan terakhir kawat sambil menantikan ketibaan tokoh yang tidak asing lagi Naib Presiden PAS Mohamad Sabu merasmikan pelancaran tersebut sekaligus menyampaikan ceramah Perdananya.
Di luar markaz, kiri kanan jalan sepanjang hampir satu sesetengah kilometer penuh dengan jualan dan perniagaan yang sentiasa menyemarakkan lagi suasana sekitar Markaz Taman Melewar tatkala ada saja aktiviti ceramah atau majlis yang dianjurkan PAS.
Walaupun tidak sehebat era sebelum pilihan raya 2008,'reformasi' 1999, namun persekitarannya masih 'hidup' dengan kehadiran orang ramai yang masih tidak putus-putus memberi sokongan kepada perjuangan PAS dan rakan seangkatannya dalam Pakatan Rakyat.
Dalam dewan kira-kira jam 10.30 malam sejurus selepas ucapan alu-aluan oleh Yang diPertua PAS kawasan Lembah Pantai Ustaz Azhar Yaakob beserta Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar Ibrahim, hadirin dipersembahkan dengan Tayangan Video Unit Amal disusuli pula perarakan masuk dan perbarisan Unit Amal dan pemakaian beret sekaligus bacaan ikrar secara berpasukan.Turut hadir sama Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohammad.
Lebih menarik dewan turut kelihatan barisan depan beberapa tetamu dan orang ramai yang terdiri daripada kaum Cina dan India yang turut berminat dengan pelancaran Unit Amal tersebut.
Paling mengagumkan, seorang lelaki tua berusia 60-an berkerusi roda datang bersendirian semata-mata untuk melihat sendiri perasmian dan memberi sokongan kepada pasukan yang mendapat jolokan 'tentera merah' sewaktu membantu mangsa banjir besar yang melanda Johor sekitar tahun 2006 dan 2007 lalu.
Mohamad Sabu dalam perasmian mahu pasukan tersebut meneruskan visi sebagai pergerakan kebajikan sukarela beruniform yang cemerlang yang menjadi pilihan generasi baru berteraskan Islam.
Beliau mahu misi unit amal iaitu berkhidmat secara sukarela untuk membangun semula budaya generasi muda Malaysia melalui pendekatan kebajikan dan kemasyarakatan berdasarkan Islam menjadi teras dan prinsip utama yang mesti diteruskan oleh pasukan Tentera Merah.
Michael Jackson peluk Islam
Ish... berapa kali mamat ni masuk Islam? 10 tahun dulu pun Micheal Jackson masuk Islam jugak... yang dulu tu betul-betul masuk Islam ke "lakonan" je?
Macam nak tumpang glamour Obama je mamat ni... erm... Obama, Presiden kulit hitam pertama Amerika dan juga beragama Islam...
Micheal Jackson pulak, orang kulit hitam pertama ber"mutasi" menjadi kulit putih...
Ish... confius sungguh... berapa kali masuk Islam ni?
Kalau betul-betul masuk Islam dengan penuh keikhlasan dan kesedaran... Alhamdulillah...