Thursday, March 12, 2009

"Hamba Mohon Sembah Derhaka Tuanku" - malaysiakini

Maka kiranya aku agak hari ni atau semalam, Dato' Seri Ir Nizar mungkin dah hantar watikah mohon mengadap DYTM Sultan Perak secara beradab lagi bersebab untuk maklumkan mohon sembah supaya Tuanku Sultan perkenankan permohonan untuk pembubaran DUN perak.

Dah hantar ke belum aku tak pasti, tapi rasanya dah kot. lantaklah...

Ni yang nak cerita dekat sini bukan pasai dah hantar ke belum watikah mohon sembah DYTM Sultan Perak, tapi nak cerita yang selepas hantar watikah tu.

Elok kalau kita persoal awal-awal apa-apa yang bakal berlaku supaya mudah nak ambik tindakan sewajarnya lepas ni.

Apa jadi kalau Tuanku tak perkenankan pembubaran DUN? aku tak harap sangat satu keputusan yang memihak dekat Pakatan Rakyat sebab selalu sangat dah benda-benda yang tak menyebelahi Pakatan Rakyat berlaku. dah mangli orang cakap. kalau jadik yang menyebelahi Pakatan Rakyat, kira macam "ajaib" la. macam keputusan PRU-12 di 5 negeri hari tu.

Yang pastinya kalau Sultan tak perkenan, orang-orang UMNO/BN dah tentu berjoget-joget bersamba... mau sampai PRU-13 depa dok main isu ni...

Tapi... kalau DYTM Sultan Perak perkenan pembubaran DUN macam mana pulak?

Orang-orang UMNO/BN boleh terima ke? ataupun UMNO/BN pulak yang akan "Mohon Sembah Derhaka"???

Haiyaaa...

9 comments:

  1. sebab tu paklah join lunch ngan anwar,,,kedamaian katakan....paklah buat deal ngan anwar,,,,anwar suh paklah guna pengaruh istana agar bubar dun perak....pastu balasannya anwar dan ahli pakatan rakyat akan sokong dia jadi pm hingga pru13

    ReplyDelete
  2. kira oklah tu..... depa 2 org pun jiran sebelah saja di Permatang Pauh.....Utk kebaikan negara dan rakyat

    ReplyDelete
  3. kalau di perkenan dun bubar...umno pesta
    rm lagi...nak mohon sembah derhaka bukan
    dia...

    kalau tak perkenan...macam biasa la,pro
    pr kena tahan telinga.

    tapi sepertimana yang di ketahui sebelum
    ni...sidang haram bawah pokok akan
    menghasilkan usul yang haram juga
    jadi...jangan la harap sangat pada
    perkenan sultan tu.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan HARAM pun akan
    menghasilkan keputusan yang haram juga jadi...jangan la harap sangat pada masa akan datang dia orang berangan nak memerintah lagi..

    Aper nak jadi CINA ngan INDIA dah tolak UMNO... kalau BN tengok result PRU 12 tumpo...

    Nak kate melayu sokong UMNO tapi UMNO parti mamak..

    ReplyDelete
  5. manusia merancang, Allah Taala yang menentukan..malah perancangan Allah itu maha sempurna..Takbir!!

    ReplyDelete
  6. Salam bro...

    Gua dah lame tertinggal isu nih...
    Nak tanye ni, apsal gambar tim k. menteri pp pun dah terbalik tu?

    huhu...

    ReplyDelete
  7. ada kes la tu..
    gambar tu x akan dibetulkan
    selagi tkm pp tu tk betulkan dirinya...

    ReplyDelete
  8. sultan dah terjerat...dia tak akan bubarkan DUN...alasannya nanti dia tak nak lagi ikut campur sebab dah jadi kes mahkamah...kita wait and see je apa nak jadi...

    ReplyDelete
  9. Kesian kat sultan.. Dah la puak2 UMNO mempergunakan dia.. Kuasa sultan dah di mansuhkan oleh Kerajaan UMNO..

    Pakatan rakyat nak tolong Tuanku pun sendiri terjerat.. Rakyat nak jumpa Agong pun kena sembur.. inikan pula Tuanku.. mampuih lagi ramai rakyat kena sumbat rumah pasung...

    Adakah tuanku dalam dilema?...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?