Wednesday, February 04, 2009

Support Perak Government: Let Sign In - malaysiakini

Marilah Kita Memberitahu Hasrat Rakyat Perak!

Kita Sokong Segala Keputusan Yang Dibuat Oleh DYMM Sultan Perak!

Go To

http://sultan.perak.gov.my/bahasa/kandungan.html/

And Click Buku Pelawat

Or

Go To

http://books.dreambook.com/duli/duli.html

To Sign

Harap semua sebar maklumat ini...

http://gomalaysian.blogspot.com/

Tiada Tajuk

-tok iskandar

Tok nak ulas tentang keputusan baginda Sultan Perak esok,perkenan pembubaran DUN Perak atau perkenan BN bentuk kerajaan negeri Perak yang baru.

Tok nak ulas dulu tentang Najib dan permainan politik liciknya.
Ibarat citer Lone Ranger dan Tonto,begitulah gelagat gandingan Najib dan Zahid Hamidi.

Kes Altantunya,pembelian Eurocopter,Sukhoi dan kapal selam,pembelian Bank Indonesia oleh Maybank,pengakuan bersumpah diliwat oleh Saiful Bukhari,pengakuan bersumpah Bala,percubaan merampas kuasa kerajaan negeri Perak dengan membeli wakil rakyat PKR dan DAP.

Rakyat tentu tidak mahukan pemimpin sebegini menjadi PM.Begitu juga dengan Nasaruddin yang berlakon menyertai PKR,rupa-rupanya talam 2 muka dan sanggup menipu 15 ribu rakyat Perak ketika berceramah di Bota baru-baru ini.Nasa tak layak jadi MB Perak walau apa jua alasan yang digunakannya untuk kembali semula menyertai UMNO setelah 10 hari berada di dalam PKR.

Tok nak SPRM siasat aset yang dimiliki Nasa yang juga bekas Pegawai Daerah Temerloh.

Jika esok BN mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Perak,satu sejarah hitam dalam politik tanahair berlaku dan generasi akan datang kelahiran Perak akan melihatnya melalui Hari Ini Dalam Sejarah.Hari di mana demokrasi telah mati,rasuah politik makin berkembang dan meracuni minda dan hati wakil-wakil rakyat yang ketagihkan ganjaran material.

Tentu baginda Sultan Perak tidak mahu melihat negeri baginda diperintah oleh penipu,penyangak dan kaki rasuah.Imej negeri di kaca mata pelabur asing bertambah buruk dan rakyat Perak dan Malaysia akan menjadi semakin benci kepada kerajaan UMNO-BN.

Selama mana kerajaan BN mampu memerintah negeri Perak berbekalkan kelebihan beberapa ADUN.Esok-lusa mungkin ada penyeberangan ADUN BN menyertai Pakatan Rakyat dan kuasa pemerintahan kerajaan negeri Perak akan kembali kepada Pakatan Rakyat.

Sultan yang berjiwa rakyat tentulah dekat di hati rakyat dan tindakan yang bijaksana ialah menyerahkan soal pemerintahan negeri kepada rakyat Perak.Persoalan satu pembaziran jika diadakan pilihanraya bukanlah satu isu kerana selama ini UMNO sering berbelanja mewah dan membazir ketika memerintah negeri Perak dan negara Malaysia.

Jangan dilupakan bagaimana UMNO merobek kekebalan Raja-raja Melayu suatu ketika dulu di samping kebiadapan pemimpin UMNO Perlis dan Terengganu terhadap Raja dan Sultan mereka.

Tok sendiri tidak akan berputus asa kerana segala perancangan manusia,perancangan Allah akan mengatasinya.

Persoalan menggadai tanah,suatu ketika dulu juga pemimpin UMNO pernah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew dan Pak Lah pula menyerahkan pulau Batu Putih kepada Lee Hsien Long,anak kepada Lee Kuan Yew.

Jika Kerajaan Negeri Perak dirampas secara keji begini,di manakah letaknya rasa hormat pemimpin UMNO terhadap Sultan Perak.Najib dengan rasa megah tanpa menunggu keputusan baginda Sultan Perak,telah menegaskan Perak kini di bawah kekuasaan BN.

Masyarakat dunia sedang memerhatikan pergolakan politik negara kita terutamanya yang berlaku di Perak ketika ini.Baginda Tuanku Sultan Perak sendiri arif tentang situasi ini dan kebijaksanaannya sebagai Ketua hakim negara suatu ketika dulu amatlah dikagumi rakyat Malaysia.

Janganlah tuanku biarkan negeri Perak berada semula ke tangan petualang bangsa Melayu seperti najib.rakyat Perak hanya mampu berdoa agar keputusan baginda tuanku merupakan satu keputusan yang adil dan bijaksana

Kerajaan Perak Masih Samar - malaysiakini

"Kerajaan Pakatan Rakyat masih berkuasa. Tidak berlaku apa-apa. Semua seperti biasa.Kerajaan masih sah.Tuanku bertitah Allah bersama orang-orang yang sabar.Tuanku masih belum membuat keputusan,".Demikian ungkapan pertama Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sebentar tadi.


Menurutnya lagi,"ketika ini urusan kerajaan akan berjalan seperti biasa.Segala aktiviti kerajaan negeri seperti biasa. Saya akan hadiri aktiviti majlis jubli Perak Tuanku.Sebelum ini saya telah menghadap ke bawah tuanku untuk menjelaskan situasi politik semasa dan terkini kerajaan negeri.Kini terpulang kepada tuanku untuk membubarkan dewan. Pembubaran jika berlaku adalah perlu untuk memastikan satu pilihan raya seluruh negeri Perak dapat diadakan agar rakyat dapat memilih pemimpin yang benar-benar bersih".


Katanya lagi,"ketika ini keputusan adalah di tangan tuanku sultan dan baginda sedang memperhalusi isu yang berlaku dari sudut undang-undang.Rakyat diminta bertenang,tiada apa-apa huru-hara yang berlaku.Semua seperti biasa.Apa2 pun,tunggu keputusan Sultan dan keputusan tuanku adalah merupakan keputusan yang adil".


Ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak,Nizar berkata,"Najib seolah-olah cuba merampas kerajaan secara tidak beretika.Isu Dato Nasharudin masuk Umno tidak timbul. Ini disebabkan, dakwaan Najib bahawa Nasharuddin menyokong BN boleh dipertikaikan kerana wujudnya unsur paksaan.Kaum keluarga sendiri buat laporan bahawa dia telah hilang. Dia dibawa dua orang yang dakwa Raja Muda ingin berjumpa tetapi pertemuan itu tidak berlaku.Saya cuba hubungi begitu juga dengan kaum keluarganya dan semua tidak berjaya".

BUBAR KE TUKAR? TUNGGU JE LA...

MB umum bubar DUN. Lepas tu menghadap Sultan. Dah selesai pun. Dah Keluar dari istana. Kejap lagi nak buat PC kat rumah dia. Kata wartawan yang ada kat istana, Sultan belum perkenan hal bubar tu. Tuanku nak refer pada penasihat undang-undang dulu. Besok baru ada jawapan.

TUNGGU JE LA!

Kejap tadi Najib adakan PC. Dia umumkan BN dah cukup kerusi untuk bentuk kerajaan Perak. Nasarudin Bota rujuk balik masuk UMNO. Jamaludin dan Osman pun dah hantar surat keluar PKR. Hee Yit Foong pun keluar DAP.

BN ada 31 kerusi. PR tinggal 28. Maka Najib kata akan menghadap Sultan dalam masa terdekat untuk mohon perkenan bentuk kerajaan.

TUNGGU JE LA!

Kalau Sultan perkenan keputusan bubar DUN yang MB buat tu, kita akan berentap semula dalam pilihanraya negeri.

Kalau Sultan terima Najib atau siapa yang nak jadi MB baru tu masuk menghadap untuk dapat perkenan bentuk kerajaan BN, tak jadilah pilihanraya. Kita dapat kerajaan baru. Kerajaan Penyamun.

TUNGGU JE LA!

Kalau jadi pilihanraya, kita ada peluang cerah untuk bentuk kerajaan dengan jumlah kerusi yang lebih banyak dari sekarang. Sebab tu lah UMNO sanggup buat apa saja untuk mengelakkan pilihanraya.

Kalau kerajaan bertukar tanpa pilihanraya, kerajaan tu pun hanya ada kelebihan kerusi yang sikit sangat. Tak berapa kuat macam kerajaan kita yang asal juga. Macam-macam boleh jadi.

Kita tak perlu gelabah dan kelam kabut. Kita perlu terus melangkah macam biasa. Kalau pilihanraya, kita langkah cara pilihanraya. Kalau terbalik kuang macam tu je dan BN ambil alih negeri ni, kita langkah cara pembangkang macam dulu-dulu. Tapi kali ni kita dah ada banyak pengalaman baru. UMNO tak mungkin boleh relaks.

Please ... jangan gelabah teruk sangat. Filem ni just begin. Panjang lagi ceritanya. Banyak lagi adegan-adegan luar jangka yang akan kita saksikan. Buat kerja macam biasa. Ops! bukan macam biasa tapi lebih kuat daripada biasa. UMNO perlu dikuburkan terus seperti patutnya Israel ditiadakan dalam peta dunia!

-jeritan minda politik malaysia


Jadi Sekarang Macam Mana? - malaysiakini

TERKINI – Ketika kerajaan campuran di Perak kelam kabut menggunakan ‘talian hayat’ terakhir bagi memohon perkenan Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) Perak mempunyai bilangan majoriti yang cukup untuk tubuh kerajaan baru di negeri itu.

Ini kerana empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering),Hee Yet Fong (Jelapang) serta Datuk Nasarudin Hashim (Bota) sudah memaklumkan kepada Sultan Perak bahawa mereka menyokong BN tubuh kerajaan baru.

Menurut Najib, tiga ADUN berkenaan kekal sebagai wakil rakyat Bebas manakala Nasarudin akan kembali kepada UMNO selepas sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) minggu lalu.

Dalam sidang medianya itu, Najib memaklumkan beliau akan menghadap Sultan Perak esok bagi menyembah cadangan penubuhan kerajaan baru dan calon Menteri Besar yang baru di negeri itu.

Katanya, hanya Sultan Perak sahaja mempunyai kuasa muthlak membubarkan DUN.

Terdahulu di Perak, Menteri Besar Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin dilaporkan sudah membubarkan DUN sebelum menghadap dan memohon perkenan Sultan Perak.

-Agenda Daily

Mampuih... 2-2 Penipu...!!!

Oi... ni gambo sape ni???

Khak Ptuih...!!!

Media Perdana tipu, Media Alternative pun tipu...!!!

Chais...!!!

rujuk [sini].

Nizar Beredar Dari Istana - malaysiakini

Laporan dari Istana Perak...

MB Perak ( sekarang bekas MB ) baru sahaja keluar dari Istana Perak diiringi oleh beberapa pengiring dan juga kelihatan bersama mereka ialah Dato Nasa dan juga Timbalan Speaker Hee yang telah diselamatkan oleh skuad AMK tadi...

Sekarang rombongan ini sedang menuju ke bangunan SUK untuk sessi Sidang Akhbar...

Laporan seterusnya bakal menyusul...

Harap bersabar.

Misteri Nasa & Hee

Ramai yang tinggalkan komen dekat post Nasa & Hee yang aku habaq ada denga Nizar di Istana Perak...

Hangpa tengok dalam TV, ada tak muka depa ni keluar masa PC Najib atau bila-bila dalam PC tu?

Kalau tak dak, nak kira macam mana? aku bohong ka media perdana bohong???

Berita Gempar Nasa & Hee Bersama Nizar Di Perak - malaysiakini

Merujuk pada berita terkini dari berbagai media yang mengkhabarkan bahawa Nasa & Hee berada di Putrajaya.- rujuk [sini].

Aku baru dapat sms dari MSK mengatakan bahawa Nasa & Hee berada bersama mereka (Nizar) di Istana Perak setelah berjaya diselamtkan oleh skuad AMK.

Ape cerita sekarang beb???

GEMPAR NIH...!!!

Kisah Tragik Pakatan Rakyat Perak...!!! - malaysiakini

Oit... Najib dah habaq depa menang...

Nizar dah jumpa Sultan Perak, Najib baghu nak pi ngadap...

Aku no komen... berdoalah hangpa...

Rentetan peristiwa... berdebar beb... dup dup dup dup dup...

5:06pm BN
. BN mempunyai cukup jumlah Adun untuk membentuk kerajaan baru Perak selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) melompat kepadanya secara terbuka dan rasmi hari ini.

Tiga bekas wakil rakyat Pakatan termasuk Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong akan kekal wakil rakyat bebas tetapi bersama kerajaan BN, kata timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin.

Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno.

4:25pm
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu akan menyertai Umno.

Kedua-duanya kini berada di pejabat timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak memanggil semua Adun dan ahli parlimen BN sebelum mengadakan sidang akhbar khasnya jam 4 petang ini.Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - juga kelihatan di pejabat timbalan presiden Umno itu.

Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong kelihatan di Putrajaya.

3.52pm
Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat jika Sultan memberikan perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk memanggil pilihanraya negeri secara mengejut.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin kelihatan masuk Istana Kinta di Ipoh jam 3.50 petang untuk menghadap Sultan Perak.

kemaskini 3:25pm
Menteri Besar Perak, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin dalam sidang medianya tadi memaklumkan Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim "diculik".

Sabar Geng... Jom Sertai Perisik Rakyat...!!! - malaysiakini

Ha... awat aku nengok muka hangpa semua macam tak keruan je?

Dok tunggu keputusan Pembubaran DUN Pakatan Rakyat Perak ka woi?

kah kah kah kah kah kah kah...!!!

Sabar geng... kot dapat je info, aku update terus blog... sambil-sambil tu aku nak buat iklan sikit...

Iklan untuk YahooGroups Perisik Rakyat...

Ni nak jemput hangpa semua join Group Perisik Rakyat.

Kelebihannya ialah, dalam group ni ada tak kurang dari 10 Blogger-Blogger ternama (geng bloggers Network). semua maklumat dari para Blogger-Blogger ni akan masuk terus ke mailbox hangpa sekiranya hangpa menjadi ahli.

Lagi kelebihannya ialah, kalau hangpa jenis jarang dapat online, hangpa tak kan ketinggalan apa-apa informasi dari Blogger-Blogger ni sebab walaupun hangpa tak surf internet, maklumat akan disalurkan terus kedalam mailbox hangpa...

Mana-mana yang rajin nak berdebat pasai senario politik masakini, aku nak habaq mai - ini adalah tempat terbaik untuk hangpa berdebat atau bertukar-tukar pandangan... meriah beb...

Cuba la subscribe, kalau rasa tak baguih, hangpa boleh unsubscribe balik... senang...

Tak kira pegangan politik hangpa apapun, dijemput...PAS ok, PKR ok, DAP ok, UMNO ok, Rasuah tak ok... senang cerita baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat, moh kita berkumpul bertukar-tukar pendapat masing-masing...

Makin hangat ni woi...!!!

Untuk join Perisik Rakyat Yahoogroups klik dekat ikon bawah ni...


Click to join PerisikRakyat

Click to join PerisikRakyat


kemaskini: SAH DUN PERAK DIBUBARKAN - malaysiakini

Dengan ini diSAHkan bahawa Dewan Undangan Negeri Perak telah SAH dibubarkan oleh Menteri Besar Perak (sekarang bekas Menteri Besar) dan Pilihanraya Negeri Perak akan diadakan bila-bila masa dalam tempoh 60 hari dari sekarang...

Rakyat Perak harap bersedia untuk Pilihanraya Negeri. para jentera semua parti yang terlibat baik BN mahupun PR diharap dapat menyuburkan erti demokrasi didalam menjalankan tugas masing-masing...

Takbir...!!!

*oit...mintak mahap bebanyak... hangpa jangan dok seghonok sangat... Dewan Undangan Negeri Telah dibubarkan oleh Menteri Besar Perak (sekarang Bekas Menteri Besar) tapi belum diperkenankan oleh Sultan Perak lagi... adusss... Drama belum abis rupanya...

Sama-sama la kita berdoa kehadrat Illahi... insya-Allah... Amin...

Mintak Mahap woi...!!!

Kah kah kah kah kah kah kah kah...Sabau geng...!!!

Mereka-mereka Yang Kecewa - malaysiakini

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang Jamaluddin Mohd Radzi... (kecewa... yang dikejar tak dapat... yang dikendong berciciran...)

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Osman Jailu... (kecewa... yang dikejar tak dapat... yang dikendong berciciran...)

Kedua-duanya kini dalam perjalanan ke Putrajaya. (Konon nak jumpa isteri Rosmah untuk majlis perisytiharan pertukaran Kerajaan Negeri Perak... aduis Najib... mu kena Check Mate... Najib kecewa...)

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim kembali semula ke
pangkuan Umno.(kene culik... tukang culik mesti kecewa sebab tak dapat claim upah pasai misi berjaya tapi projek kantoi sekerat jalan...)

Sebelum ini, semua Adun dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah diarahkan menemui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya. (semua kecewa sebab sebelum ni dok nampak banyak projek...keh keh keh keh keh... amik kau... !!!)

Najib yang kecewa juga dijadual mengadakan sidang akhbar pada jam 4 petang ini.(sedutan PC Najib boleh baca di[sini])

PC Najib Jam 4 - malaysiakini

Sedikit sedutan PC Najib...

Najib... errr... errr... brrr... brrr... trrr... trrr...

kkkkkkkk......bbbbb...ermmm.... aaaa.....

mmm....hhhh.....ho...uis... krrr... ermmm....

(lap bibir)...psss.... sss... mmm.....

*(dalam hati - cilako Nizar pi bubar lak DUN... apa aku nak cakap ni?)...

trrr....kkkrrr...mmm...

Kerajaan Perak Lumpuh, Nasha Pula Ghaib - malaysiakini

Semua Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) dan ahli parlimen BN Perak telah diarahkan menemui Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya petang ini.

Timbalan perdana menteri pula dijadual akan mengadakan sidang akhbar khas pada jam 4 petang ini mengenai perkembangan semasa di negeri itu.
  • Dalam sidang media tergempar di pejabatnya sebentar tadi, Menteri Besar Perak menyatakan Adun Bota, Datuk Nasharuddin Hashim yang menyertai PKR bulan lalu "telah diculik".
Pihak yang didakwa berbuat demikian tidak dinyatakan.

Difahamkan anggota keluarga Nasharuddin telah memaklumkan kepada PKR tentang kehilangannya.

Sementara itu, dua lagi Adun DAP Perak dikatakan akan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Jika mereka benar-benar berbuat demikian, lima orang Adun Pakatan Rakyat - dua dari PKR dan tiga dari DAP - keluar parti dan membolehkan BN menguasai kerajaan negeri dengan lebih stabil.

Ekoran itu, kerusi Pakatan di DUN Perak akan tinggal 27, sama dengan jumlah kerusi BN (27) dan lima Adun bebas.

Sultan Perak Perkenan Pembubaran DUN Perak? - malaysiakini

Khabar tak sahih...

Sultan Perak telah memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak.

Tunggu PC dari MB Perak (lepas ni bekas MB Perak).

Sabar bah...

K'jaan Perak hampir lumpuh

Semua Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) dan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Perak, telah diarahkan menemui Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya petang ini.

Najib pula dijadual akan mengadakan sidang akhbar khas pada jam 4 petang ini mengenai perkembangan semasa di Perak

Sementara itu, dua lagi Adun dari DAP dikatakan akan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Dengan itu, lima orang Adun Pakatan telah keluar parti dan menjadi calon bebas sehingga ini.

Ekoran itu, kerusi Pakatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tinggal 27, sama dengan jumlah kerusi BN (27) dan lima Adun bebas.

Sebelum ini, dua Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) - telah keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Dan hari ini, Adun DAP dari Jelapang - Hee Yit Foong - mengesahkan turut keluar parti dan menjadi Adun bebas.

Perak Express Server Down - malaysiakini

Kereta SultanPerak sudah memasuki pekarangan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Tak pasti siapa didalamnya, tapi apabila wartawan Malaysiakini menghubungi aku, minta tolong cover, aku percaya...Sultan Perak sudah bersedia menunggu kedatangan Nizar untuk memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Pagi tadi, aku memburu cerita tentang kehilangan Timbalan Speaker DUN, YB Hee Yit Foong. Dah tau dimana dia berada, tapi kena rahsia dulu. Kesian dia...dan aku minta semua orang jangan balun dia. Semuanya ada kena mengena dengan RM50 juta yang dikatakan oleh Fauzi Muda. Dari awal aku katakan, aku tak percaya Fauzi Muda...dan tunggu la.aku akan ceritakan bagaimana Fauzi Muda terlibat dalam kes ini.

Aku masih mencuba macam mana nak pulihkan Perak Express, tapi mungkin susah sikit, kecuali gunakan server Bloggersnetworkmalaysia. Mungkin juga host server kena kowtow dengan SB.

Buat sementara, aku akan tulis kat blog Sya ini.

-MatSamanKati/PerakExpress.com (server down)

Helikopter Berterbangan Di Langit Perak - malaysiakini

Macam biasa dimana-mana tanah panas (politik) di Malaysia pasti ada Helikopter berterbangan...

Kali ni langit Perak pula dihiasi oleh helikopter...

Dah dekat dah tu...

Harap semua bersabar... suburkan amalan demokrasi di Perak

Semuanya akan baik insya-Allah...

Hampir Pasti DUN Perak dibubarkan hari ini

kemaskini 1:50pm Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat jika Sultan memberikan perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk memanggil pilihanraya negeri secara mengejut.

Difahamkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berusaha menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan terkini selepas tiga wakil rakyat kerajaan negeri itu berpaling tadah.

Bagaimanapun tiada butiran lengkap tentang status pertemuan dengan baginda.

Difahamkan Mohd Nizar sedang menunggu untuk dipanggil menghadap Sultan Perak.

Beberapa pemimpin kanan PAS dan wakil-wakil rakyat Pakatan yang dihubungi Malaysiakini enggan mengulas buat masa sekarang.

Difahamkan tiga Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Pakatan Rakyat, termasuk Timbalan Speaker Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) telah menulis surat, memaklumkan meninggalkan gabungan tersebut pagi ini.

Dua Adun PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) keluar parti beberapa hari ini lalu - menimbulkan krisis mendebarkan di negeri itu.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kini tinggal 29 daripada 59 kerusi di DUN.

Tiga bekas Adun kerajaan campuran itu kini menjadi wakil rakyat bebas dan dipercayai akan menyokong BN, membolehkan parti itu merampas tampuk kerajaan dengan majoriti tipis satu kerusi.

Di Putrajaya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan sidang akhbar khas pada jam 4 petang ini, dipercayai ada kaitan dengan pergolakan politik di Perak.

Manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak dijangka mengadakan satu sidang akhbar jam 4 petang ini.

-malaysiakini

Hee Yit Foong Isytihar Tinggalkan DAP - malaysiakini

Timbalan Speaker Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) telah menulis surat, memaklumkan meninggalkan gabungan tersebut pagi ini...

Sekian Terima Kasih...

Wa Caya Lu...!!!

Khak Ptuih...!!!

DUN Perak Bakal Dibubarkan - malaysiakini

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat jika Sultan memberikan perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk memanggil pilihanraya negeri secara mengejut.

Difahamkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berusaha menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan terkini selepas tiga wakil rakyat kerajaan negeri itu berpaling tadah.Bagaimanapun tiada butiran lengkap tentang status pertemuan dengan baginda.

Difahamkan Mohd Nizar sedang menunggu untuk dipanggil menghadap Sultan Perak.Difahamkan tiga ADUN PR, termasuk Timbalan Speaker Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) telah menulis surat, memaklumkan meninggalkan gabungan tersebut pagi ini.Dua Adun PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) keluar parti beberapa hari - menimbulkan krisis mendebarkan di negeri itu.Kerajaan PR di Perak kini tinggal 29 daripada 59 kerusi di DUN.

Tiga bekas Adun kerajaan campuran itu kini menjadi wakil rakyat bebas dan dipercayai akan menyokong BN membolehkan parti itu menguasai kerajaan dengan majoriti tipis satu kerusi.

GEGAR Perak - Serah Kuasa Pada Rakyat - malaysiakini

Tak dinafikan bahawa situasi politik di Perak semakin hangat.

Hari ni pun aku tak sempat nak update langsung blog aku macam biasa. dari lepas subuh sampai la ni telipon aku x renti-renti berbunyik... sahabat-sahabat dari PKR, PAS, DAP & tak kurang jugak BN dok call tanya situasi macam mana.

Boleh katakan semua dok mintak supaya dibubarkan saja DUN Perak dan adakan Pilihanraya Negeri.

SERAH KUASA KEPADA RAKYAT kata depa...

Yang tu aku cukup-cukup setuju...

Bubarkan DUN lepas tu serahkan kuasa memilih pada rakyat... terus terang aku cakap, kali ni kalau Pakatan Rakyat kalah di Perak, aku puas hati, sebab kalau tumbang, tumbang ditangan rakyat, bukan tumbang ditangan pencabul demokrasi.

Ala... bukan tak pernah kalah geng... dah selalu dah...

Kah kah kah kah kah kah kah kah ... !!!

Hoi...!!! kau gelak pasai apa???

Lagi Laporan Oleh GERAK Terhadap MB Selangor - malaysiakini

Satu laporan oleh GERAK kepada SPRM yang mendakwa Menteri Besar Selangor menggunakan wang awam bagi membiayai kos penyelengaraan dan pembelian aksesori serta alat ganti kereta milik peribadinya bernilai RM7,797.0.

TP - GERAK makin hebat sekarang... cepat mengesan apa-apa kepincangan dalam kerajaan Pakatan Rakyat tapi langsung tak dapat kesan kepincangan dalam kerajaan rasuah/BN...

Baru aku tau rupanya PR ni teruk... keh keh keh keh keh... teruk kene penaya dekat ejen rasuah/BN...!!!

Bodo GERAK ni... kih kih kih kih kih... mesti MB cakap, stakat 7k tu aku seluk dalam poket aku je, ape susah-susah nak songlap-songlap? ingat aku Toyo ke? beli penyapu pun bantai duit gomen?

PR Timbang Pilihanraya Mengejut Perak

Menteri Besar Perak, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin mengakui bahawa Pakatan Rakyat sedang menimbangkan kemungkinan membubarkan dewan undangan negeri bagi membolehkan satu pilihanraya mengejut diadakan.

"Kita dalam proses memikirkannya. (Anda akan tahu) bila tiba masanya," katanya ketika menjawab soalan media.

nizar jamaluddin 100 days interview 180608 11Mohd Nizar memberitahu pemberita demikian malam tadi selepas mempengerusikan satu mesyuarat di kediamannya yang dihadiri oleh sebahagian besar ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan serta pemimpin utama dari PAS, DAP dan PKR.

Kelmarin, dua Adun Pakatan - Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang) dan Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) - keluar parti, menyebabkan kerusi Pakatan kini tinggal 30 daripada 59 kerusi di dewan undangan negeri Perak.

Barisan Nasional (BN) hanya perlukan dua Adun berkenaan dan seorang lagi wakil rakyat menyertai gabungan itu bagi membolehkannya mengambil kuasa daripada Pakatan yang mentadbir Perak sejak 10 bulan lalu.

Walaupun kerajaan negeri mungkin mengadakan pilihanraya mengejut untuk mengelak wakil rakyatnya melompat parti menyertai BN, langkah Pakatan seterusnya untuk menyelesaikan situasi yang genting itu ialah mengambil tindakan undang-undang terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang tidak mengiktiraf surat peletakan jawatan Jamaluddin dan Osman.

'Hee masih bersama kita'


Exco kanan kerajaan negeri Perak, Ngeh Khoo Ham, yang turut hadir di sidang akhbar tersebut berkata, Pakatan berhasrat untuk mendesak SPR mengadakan pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi terbabit yang "dikosongkan" oleh Jamaluddin dan Osman.

Beliau yang juga pengerusi DAP Perak berkata, pihaknya akan memfailkan semakan kehakiman dan memohon perintah mahkamah untuk mendesak SPR melaksanakan tugasnya.

Mengenai kedudukan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang tidak gembira dengan kepimpinan Pakatan, terutamanya DAP, Mohd Nizar berkata perselisihan pendapat membang perkara biasa dalam pakatan tersebut.

*versi bahasa inggeris.

Pakatan Mulls Snap Polls In Perak

Perak Menteri Besar Mohd Nizar Jamaluddin has conceded that Pakatan Rakyat is considering the possibility of dissolving the state assembly to pave the way for a snap polls.

"We are in process of thinking about it. (You'll know) when the time comes," he said in response to a question.

nizar jamaluddin 100 days interview 180608 11Mohd Nizar was speaking to reporters late last night after chairing a meeting at his official residence in Ipoh attended by most of the Pakatan state reps and top state leaders from PAS, DAP and PKR.

Yesterday, two Pakatan state reps Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang) and Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) 'defected', leaving the coalition with just 30 seats in the 59 seat state assembly.

Barisan Nasional merely needs the duo and another rep to join the coalition in order to wrest back the state from Pakatan and bring an end to their 10-month reign.

Though the state government may call for a snap polls to prevent Barisan from enticing cross overs, Pakatan's next step to resolve the fragile situation is to seek legal redress against the Election Commission’s decision not to recognise the resignations of

'Hee's Still With Us'

Perak senior exco member Ngeh Khoo Ham, who was also at the press conference, said Pakatan intends to compel the EC into calling by-elections for the two seats 'vacated' by the duo.

"We will file for a judicial review and apply for leave to obtain a mandamus from the court to compel the EC to carry out its public duty," said the state DAP chair.

hee yit foongOn Jelapang state rep Hee Yit Foong's subtle hints that she was unhappy with the Pakatan leadership, in particular DAP, Mohd Nizar said disagreements were normal in an alliance.

"That is very normal in Pakatan Rakyat. We are very happy with that actually. I have disagreed with my party and its leadership (before). It is part and parcel of the process," he said.

On Hee's whereabouts, since she did not attend the meeting, Mohd Nizar jokingly replied in Cantonese: "Ngor mm chee (I don't know)".

"We have contacted her. She has some matters to attend to. She is with us (as a team)," he said, adding that Hee was busy with family matters.

Rumours are rife that Hee would quit DAP and become an independent state rep. The rumours intensified after she skipped an important state function yesterday morning.

Attempts to contact Hee and her husband today had been futile. Media representatives had even staked out at her house and the DAP Jelapang service centre to no avail.

Speaker: I've Absolute Authority

Meanwhile, Perak state assembly speaker V Sivakumar told the same press conference that he had received the letters from Jamaluddin and Osman stating that they had resigned from their seats, in two separate envelopes at his house.

He said that the anonymous messenger came to his house in a car on Feb 1 and passed him the envelopes and said: "These are very important documents for you".

It was earlier reported that the resignation letters from the two former PKR state assemblypersons - believed to have been sent from the party headquarters - were faxed to the Perak speaker.

V SivakumarSivakumar stressed that he had the absolute authority to declare the Behrang and Changkat Jering seats vacant after being satisfied with the letters.

He added that the duo would not be allowed to enter the House as elected reps when the state assembly reconvenes in April.

"They can sit at the public gallery," Mohd Nizar added.

Kerajaan Perak Tidak Iktiraf Adun Behrang Dan Changkat Jering - malaysiakini

Kerajaan negeri Perak tidak lagi mengiktiraf Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Behrang dan Changkat Jering.

Speaker DUN Perak V.Sivakumar malam ini berkata jawatan exco yang dipegang oleh kedua-dua ADUN itu juga dilucutkan dan mereka tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN negeri yang akan datang.

Katanya tugas mereka akan dipangku oleh individu yang akan diputuskan pada mesyuarat exco akan datang.

Sivakumar berkata keputusan tersebut diambil kerana beliau tidak mengiktiraf keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini yang memutuskan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering tidak kosong dan Jamaluddin dan Mohd Osman mengekalkan jawatan mereka.

Saya tetap berpegang kepada keputusan sebelum ini bahawa kedua-dua ADUN berkenaan telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada saya, katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang akhbar yang sama berkata kerajaan negeri akan mencabar keputusan SPR di mahkamah selepas tempoh 48 jam.

Ketika ditanya sama ada akan meneruskan tindakan tersebut memandangkan pengerusi DAP Karpal Singh telah menyatakan bahawa tindakan itu hanya membuang masa, Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri akan meneruskan tindakan mahkamah tersebut kerana berpandangan fakta kes kedua ADUN PKR tersebut adalah berbeza dengan kes yang dinyatakan Karpal.