Friday, February 13, 2009

Demo anti-Karpal: Polis tahan Dr Khir - malaysiakini

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo hari ini ditahan polis ekoran cuba menyerahkan memorandum bantahan kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana mahu menyaman Sultan Perak.

Beliau bersama tiga ketua Pemuda bahagian dan pemandunya ditahan di Taman Belia di sini pukul 3.30 petang sebelum dibawa ke balai polis Jalan Patani dan dibebaskan sejurus selepas diambil keterangan.

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah ... !!!

Tol NPE dimansuhkan serta-merta hari ini - malaysiakini

Kutipan tol Petaling Jaya Selatan 2 arah Kuala Lumpur, Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) dimansuhkan berkuat kuasa serta-merta hari ini. Keputusan tersebut diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed.

2 Pilihanraya Kecil Serentak - malaysiakini

SPR telah menetapkan supaya Pilihanraya Kecil di 2 DUN yang diisytiharkan kosong berjalan serentak.

Tarikh penamaan calon pada kedua-dua DUN ialah pada 29hb, Mac, 2009 manakala hari pengundian pula telah ditetapkan pada 7hb. April, 2009.

Statement Makan Dalam - malaysiakini

  • Kesan krisis ekonomi global dalam sesebuah keluarga boleh ditangani sekiranya kaum wanita mengubah sikap berbelanja dengan mengambil langkah berjimat-cermat.
  • Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah berkata, golongan wanita yang merupakan tonggak keluarga memainkan peranan untuk menangani keadaan ekonomi yang tidak menentu.
  • "Bermula sekarang, kita perlu mengamalkan sikap berjimat-cermat dengan meluangkan lebih banyak masa di rumah bersama anak-anak dan keluarga daripada menghabiskan masa di luar,'' katanya.
TP - Hah...??? amende...??? sat... lain macam je baca statement Jeanne kali ni... erm...

Macam sindir Bikmama a.k.a Hantu Kopek a.k.a Suami Najib je kan? makan dalam ni.........

Kah kah kah kah kah ... !!!

Syed Botak Meroyan Lagi - malaysiakini

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran tidak akan teragak- agak mengambil tindakan tegas terhadap dua akhbar parti pembangkang sekiranya masih menyiarkan artikel-artikel yang boleh menggugat perpaduan rakyat.
  • TP - Kalau dah ada bukti artikel-artikel dalam 2 akhbar tu menggugat perpaduan rakyat, ambik jelah tindakan, bagi amaran kejadahnya? kau takut ke Pakatan Rakyat dok dedah kerja bangang KERAjaan UMNO/BN? - Khak Ptuih...!!!
Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, akhbar Suara Keadilan dan Harakah didapati melanggar syarat permit serta menyalahgunakan kebebasan akhbar dengan menerbitkan artikel berunsur fitnah, hasutan dan pembohongan.
  • TP - Kalau dah didapati melanggar syarat permit serta menyalahgunakan kebebasan akhbar dengan menerbitkan artikel berunsur fitnah, hasutan dan pembohongan, ambik jelah tindakan, bagi amaran kejadahnya? kau takut ke Pakatan Rakyat dok dedah kerja bangang KERAjaan UMNO/BN? - Khak Ptuih...!!!
"KDN akan bertindak tegas terhadap mana-mana media yang melanggar syarat permit yang telah ditetapkan, bukan hanya akhbar yang dikuasai pembangkang semata-mata.
  • TP - Khak Ptuih...!!!
"Kita tidak berat sebelah. Media berfungsi untuk menyatukan semua kaum dan memberi sumbangan kepada pembangunan rakyat, bukannya menjadi tempat menyebarkan fitnah, hasutan dan pembohongan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
  • TP - Khak Ptuih...!!!
Beliau diminta mengulas tindakan kementerian itu merampas akhbar Suara Keadilan dan Harakah kerana melanggar syarat permit dengan menerbitkan laporan yang tidak tepat.

Kenyataan Syed Hamid semalam menyebut, langkah itu perlu kerana laporan dua akhbar itu terutama ketika pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu bulan lalu tidak bertanggungjawab, mengelirukan dan tidak berasas.
  • TP - cakap je lah kau takut Rakyat tau kerja-kerja BANGANG KERAjaan UMNO/BN kena bongkar kepengetahuan rakyat... - Khak Ptuih...!!!
Selain itu, menurutnya, KDN juga mendapati Suara Keadilan dan Harakah melanggar syarat permit kerana diedarkan kepada bukan ahli.
  • TP - Ni je alasan yang lojik..!
Syed Hamid menambah, tindakan kementeriannya terhadap dua akhbar itu dilakukan secara telus dan adil.

Ditanya sama ada permit kedua-dua akhbar terbabit akan ditarik balik, Syed Hamid memberitahu: "Itu (tarik permit) soal lain dan sekiranya ia didapati menggugat keamanan negara, tindakan tegas akan diambil.
  • TP - keamanan negara ke keamanan UMNO/BN? - Khak Ptuih...!!!
"Mengikut syarat permit yang ditetapkan, akhbar Suara Keadilan dan Harakah tidak boleh dijual sewenang- wenangnya di merata-rata tempat kerana ia untuk diedar kepada ahli sahaja.
  • TP - kau ingat ahli parti komponen Pakatan Rakyat dok dekat satu tempat je ke? - Khak Ptuih...!!!
*dengan botak ni komen elok-elok pun tak guna... dia bukan paham pun..!

Ujian penambahbaikan sistem Harakahdaily pada sabtu & ahad - malaysiakini

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Harakahdaily akan menjalankan satu ujian penambahbaikan sistem secara berperingkat pada keesokan hari (Sabtu) 14 Februari dan berlanjutan pada Ahad (15 Februari) ini.

Penolong Pengarang Harakahdaily Azamin Amin menyatakan sebarang gangguan dan masalah dari sudut teknikal yang bakal wujud akibat ujian sistem ini adalah amat dikesali dan berharap agar semua pihak dapat bersabar seketika untuk menghadapinya.

"Pada asasnya operasi akan berjalan seperti biasa pada hari Sabtu dan Ahad malah para pengguna masih boleh terus akses laman web ini namun sebarang kemungkinan harus diambil kira,"katanya.

Sehubungan itu beliau bagi pihak Harakahdaily memohon maaf sekiranya timbul kesulitan kepada semua pembaca dan peminat setia laman web ini pada hari yang disebutkan.

"Untuk makluman semua, tujuan penambahbaikan ini adalah bagi memastikan operasi dan pengendalian laman web ini berada dalam keadaan yang lebih baik, terancang dan mantap di samping mempertingkatkan aspek keselamatan sistem Harakahdaily .

"Dalam masa yang sama pihak Harakahdaily juga dalam proses akhir menyiapkan reka bentuk baru laman web ini demi mempertingkatkan mutu persembahannya kepada para pembaca dan pelayar," katanya dan akan memaklumkan dari masa ke semasa tarikh pelancaran reka bentuk laman web baru dalam masa yang terdekat.

Dalam pada itu, Azamin berharap agar semua pembaca dan pelayar akan terus komited memberi sokongan kepada laman web Harakahdaily dengan sentiasa memberi input pandangan dan kritikan serta percambahan idea demi meningkatkan kualitinya sepanjang masa.

Kembalinya Utusan Meloya Ke Perak - malaysiakini

  • Menteri Gelap KERAjaan Halam Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, KERAjaan Halam negeri Perak akan melanggan semula akhbar Utusan Malaysia yang sebelum ini diboikot Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
  • Menurutnya, akhbar Utusan Malaysia wajar dilanggan memandangkan ia telah banyak menyokong dasar KERAjaan Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan negara.
  • Katanya, pihak Pakatan Rakyat memang tidak menyenangi peranan akhbar ini hingga melarang kakitangan kerajaan negeri melanggan dan membaca Utusan Malaysia.
Maka bertaburan kembalilah fitnah disana-sini...

Maka bergegar-gegarlah kembali dakyah-dakyah dari UMNO/BN ke merata pejabat-pejabat kerajaan...

Maka menganga-ngangalah kakitangan kerajaan dipejabat masing-masing setiap pagi dikantin-kantin dan meja-meja pejabat...

Maka kembalilah kembali iklim lama sebelum PRU-12 ke negeri Perak Darul Ridzuan...

Maka dapatkah KERAjaan Halam Perak bertahan dalam PRU-13 nanti dengan adanya akhbar fitnah putar belit terulung di Malaysia...???

Rakyat Perak dah ceghedik... buatlah apapun... insya-Allah...