Aku dalam Express Wau menuju ke Kelantan. Bukit Gantang makin malam makin
panas.
Walaupun aku jauh, tapi aku tau jugak...
Aku dalam gerabak, Dato' Seri atas pentas...
Aku dikeliling hutan rimba, perlahan-lahan menuju kampung halaman.
Dato' Seri Nizar diatas pentas... perlahan-lahan dikepung tentera merah.
Tentera merah dengan perisai merah dengan topi merah dengan cota ditangan.
Calon PRK P-059 bakal diumumkan bila-bila masa... bersaksikan FRU...
Bersaksikan rakyat Bukit Gantang... mata-mata gelap.
Semua bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad
Rasulullah itu pesuruh Allah.
Semua bersaksi... tapi ada yang bersaksikan hitam.
Dunia binatang apa ni wahai pemerintah..? kau hamba Allah tapi kau
Memperhambakan diri kau pada setan.
*
Ptuih..!*