Friday, March 27, 2009

Pesta Politik Sudah Bermula..! - malaysiakini

Pesta sudah bermula..!

Terak FRU dah sampai...

Unit CSI Bukit Aman dah sampai...

Unit JSJ jenayah dah sampai...

Unit Forensik dah sampai...

Dan yang baru sampai ialah...

Helikopter..!

Tingok atas semuaaa...!!!

Selamat Datang..! Depa Dah Sampai..! - malaysiakini

Aku baru dapat call dari geng BloggersNetwork yang tengah meronda. laporan dari simpang nak masuk ke Changkat Jering.

Konvoi Terak unit PDRM termasuk 3 buah Terak Perisai Ef Ar Yu dan juga 2 buah Terak Woter Kenen telah selamat tiba di kawasan sekitar Changkat Jering sebentar tadi dan sekarang dalam perjalanan menuju ke post-post MARTEK a.k.a Makmal X-File yang telah didirikan sejak 2-3 hari lalu.

Jumlah keseluruhan anggota yang dah sampai aku tak tau.

Walau macam manapun... selamat datang diucapkan kepada semua petugas PDRM.

Penyokong UMNO/BN Lawan Dinding la Pulak..!

3 km nak sampai Simpang Taiping, wak terima call dari seorang hamba Allah yang memang regular ke blog wak. Tolong datang ke masjid jamek Matang, ada haiwan dah conteng dinding bangunan di perkarangan masjid. Datang segera ! Aduhh.. macamana ni dong ! wak ni dalam perjalanan ke majlis khas Dato' Seri Nizar pagi ini, jam kat tangan dah letak tepat angka 10.18 am. Wak mesti kena sampai ke majlis Nizar tu jam 10.30 am. Nizar ni jenis punctual punya worang beb ! Nak kena ambik Sya-Reformis lagi di StesyenMaya 1. Pepagi lagi wak dah sawan ! hahahaa...! Wak sawan beb.. sawan !

Ap nak jadi.. jadilah.. wak belasah dulu ke masjid tu lepas ambik Sya, bawa keter standard rally.. tapi Alhamdulillah.. syukur kpd Allah swt. Berkat doa kalian semua.. wak selamat. Dan dibawah adalah antara contengan DURJANA yang dapat dilihat di bangunan masjid tersebut.

Inilah masjid yang menjadi mangsa contengan tangan-tangan haiwan DURJANA yang langsung tidak menghormati masjid sebagai tempat ibadat. Wak tak tahu apa jenis manusia yang sanggup mencemar dinding masjid dengan kata-kata kesat dan bangsat. Masjid yang berusia lebih 200 tahun jadi sasaran golongan haiwan dunia.

Diantara perkataan yang ditulis di dinding bahagian belakang masjid. Murni sungguh bahasa yang digunakan yang wak rasa tentu spesisnya dari bangsa melayu... Melayu haram jadah !

Bila dibaca dengan otak, agak2 hangpa.. sapa punya tulisan ? Hahaha..pasal apa pulak nak kena tulis Mail Pian ? Ini sudah lain macam beb ? Ini bukan kerja Zahid Hamidi ? Bukan...!! So.. siapa yang tersangat durjana tu ? Bab maki PR tu kerja siapa ? kerja Osman Jailu kaa.. atau kerja Hamdan Taha ? wak no komen... lu tengok beb !

Papan kenyataan pun jadi mangsa. Kesian sungguh puak tu.. terdesak tahap cipan kot ?

Ni dinding belakang masjid. Nampaknya puak-puak bangang ni hanya berani conteng dinding belakang saja.. oi... kat depan tu bila nak belasah pulak..? Kerana dah terdesak dan tertekan dengan penolakan rakyat Bukit Gantang, tangan-tangan jahat ini sanggup mengadaikan maruah diri, hangpa jawab depan Allah swt. kelak..! Lu jawab beb !

Wak nak peringat sikit.. hangpa tengok ka gambaq ni ? Hangpa jawab la sendiri ! Masa hidup conteng dinding masjid, dah mati tau la hangpa sapa pulak nak conteng-conteng muka hangpa ? Masa tu yang ada, ulat, semut, kala jengking... ular, dan segala haiwan barzakh yang hangpa sendiri tak tergambar rupa dan samsengnya depa. Baru bertemu buku dan ruas... haiwan dunia bertemu haiwan barzakh... haiwan akhirat la tu ngok ! FRU pun tak boleh nak tolong hangpa !

Wak nak habaq mai... kepada mereka dan tangan2 mereka yang menjadi haiwan tu, kembali kepada agama, dan bertaubatlah..mohon ampun kepada Allah serta merta, ingat mati kamu tidak diberitahu bila dan bila... entah esok entah petang ni.. kalau kojol tanpa sempat bertaubat,lu fikir la sendiri. Lu dah hina rumah Dia, itu rumah Allah laa.. ngok ! Bangang punya worang !

Jika benar ada rasa bersalah, pihak masjid tidak menjadi masalah untuk memaafkan kamu, dan beritahulah kepada khadam kamu bahawa kamu telah insaf dan bertaubat. Ingat.. tolak mereka yang zalim dan menganiaya. Tolak BN dan Umno !

Wak sampai ke tempat Nizar lewat 15 minit. Kantoi lagi beb !

-al-banjari online 2009

ApA itU SeMbAh DeRhAkA... - malaysiakini

Cilok dari blog ...SemBanG - SemBanG BersaMa UsTaz

Salam sahabat blog...

Seminggu dua ni tak habis-habis lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan cerita derhaka... Yalah sebenarnya derhaka ni bukanlah kisah barupun... kalau kita lihat sejarah dan kisah-kisah lampau banyak cerita-cerita penderhakaan di kalangan masyarakat Melayu dulu kala... Pelbagai kisah penderhakaan... ada yang derhaka pada ibu bapa, ala cam kisah Si Tanggang tu... nak best lagi tonton Sinetron Indon Maling Kundang hehe... kisah penderhakaan pada ibu bapa bukanlah satu kepelikanpun. Sejak dari zaman nabi pun telah berlaku... renungi kisah Al-Qamah. Bukankah kisah penderhakaan???

Cuma sejak apa yang berlaku di Perak akhir-akhir ini kisah penderhakaan berulang lagi... lagi dan lagi. Kalau dulu mungkin sebiji nangka menjadi alasan pada sebuah penderhakaan tapi kini... huhu. Apa ya??? Entah... Namun apakah sebenar penderhakaan... setakat manakah yang dikatakan penderhakaan pada pemerintan raja atau sultan itu sendiri??? Ustazmuda cuba juga belek-belek di laman-laman web mencari dan memahami apakah yang dikatakan penderhakaan tersebut...

Alhamdualillah... ustazmuda temua satu temubual seorang wartawan dengan Dr Haron Din... seorang ulamak tersohor yang ustazmuda rasakan cukup hebat ilmunya. Ingin sekali untuk ustazmuda kongsikan dengan sahabat... apakah sebenarnya derhaka tersebut. Apakah pula yang dikatakan sembah derhaka...

Jom sama-sama kita hayati...

(Bahagian pertama)ImageBeliau adalah antara ulama terkemuka yang masih berhubung rapat dengan Istana dan Raja-Raja Melayu, tetapi tetap dekat di hati rakyat. Justeru, Dato' Dr Haron Din dirasakan tokoh paling sesuai yang boleh mengupas situasi gawat di Perak terutama berkaitan hal yang digembar-gemburkan media, iaitu isu taat setia kepada kepimpinan dan masalah derhaka kepada Raja-Raja Melayu, dari perspektif agama.

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah AHMAD LUTFI OTHMAN dan Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN beserta jurugambar WAN ZAHARI WAN SALLEH sempat mewawancara Timbalan Mursyidul Am PAS itu, di kediamannya di Bandar Baru Bangi, pagi 16 Februari lalu.

ImageIstilah 'sembah derhaka' yang dilafazkan Dato' Ser Nizar ketika menghadap Sultan telah menimbulkan tanggapan negatif, terutama oleh pihak media, walaupun sudah dijelaskan oleh pakar perundangan juga pakar bahasa. Malah Dato' sendiri turut mengulasnya, tetapi Menteri Besar Perak itu tetap dilabel penderhaka hanya kerana istilah istana itu. Mohon Dato' jelaskan lebih lanjut maksud sebenar istilah 'sembah derhaka' itu.

Istilah 'sembah derhaka' bukan bermaksud perbuatan menderhaka tetapi sengaja pihak-pihak tertentu dan media arus perdana 'menangguk di air yang keruh'. Mereka telah mengungkit dan membesar-besarkan bahawa apabila Nizar 'sembah derhaka', seolah-olah ianya 'confrim' derhaka kepada raja.

'Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat, sama ada kecil atau yang besar. Justeru, seseorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Ia bukan bermaksud perbuatan menderhaka, melawan atau menyakiti raja.

Contoh terdekat, minggu lepas saya dititah untuk mengadap seorang Raja di Kuala Lumpur. Tetapi saya tidak dapat hadir kerana ada urusan lain, lalu saya terpaksa memaklumkan bahawasaya terpaksa 'sembah derhaka' dan meminta tarikh lain untuk bertemu.Maknanya, kehendak raja saya tidak boleh tunai. Adakah itu maksudnya saya derhaka?

Begitu juga apabila saya mahu dilantik untuk menjadi Mufti di sebuah negeri, dan waktu saya nak menolak saya sebut 'patik terpaksa sembah derhaka'. Dan bukan sekali saya, dalam konteks berurusan dengan Tuanku Raja-Rama Melayu, yang mana saya terpaksa 'sembah derhaka'. Ia suatu istilah bahasa istana.Dan tidak timbul soal kemurkaan raja kerana itu istilah yang lazim diguna pakai.

Tidak sepatutnya pihak-pihak tertentu memperalatkan istilah yang dipakai Nizar, 'sembah derhaka' sebagai perbuatan derhaka yang sebenarnya. Dari sudut bahasa, ia dilafazkan apabila apa yang diminta raja itu tidak boleh ditunaikan. Apabila diberikan sebab-sebab yang munasabah kepada raja maka ia bukanlah derhaka.Kalau itu dianggap derhaka, sebenarnya banyaklah perbuatan derhaka kepada raja, tetapi ia tidak pernah ditonjolkan.

Saya tidak mahu sebut kronologi yang jelas tentang perbuatan menderhaka dan menyakiti raja ini kerana tidak mahu terdedah kepada umum wujudnya pihak-pihak tertentu yang memang benarderhaka kepada raja sehingga menggambarkan wujud masalah antara istana dan pihak-pihak tertentu itu.

Ada menteri besar yang sepatutnya tiap minggu pada hari tertentu menghadap raja untuk memberi taklimat tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang raja yang minta wang rakyat digunakan untuk projek demi kepentingan rakyat, tetapi menteri besar membazir untuk projek mega yang memperkayakan kroni.

Ada raja yang suruh menteri besar hentikan projek tertentu kerana membazir, tetapi tidak diendahkan. Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan menyalurkannya melalui projek tertentu, tetapi tetap diagihkan kepada kroni mereka

Malah ada seorang raja yang memberitahu saya, ada pemimpin di negerinya yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati dengan baginda. Bukankah itu satu tindakan yang jauh lebih menderhaka lagi.

Semoga sahabat memahami apa yang dikatakan dengan penderhakaan. Apa pula yang dikatakan dengan sembah derhaka... rasanya tak perlu ustazmuda untuk menghuraikan dengan lebih lanjut. Mungkin istilah "sembah derhaka" ini perlu diperkenalkan di dalam sukatan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah dalam bab Bahasa Istana... agar ia tidak menjadi asing kepada pelajar dan rakyat seluruhnya satu masa nanti.

Untuk akhirnya... bolehlah disimpulkan sembah derhaka sebagai... satu penolakan secara terhormat lagi berhemat kepada mana-mana permintaan dari raja atau sultan kepada kita rakyat biasa. Begitu boleh???

Bahana PAU: Markas UMNO/BN Lengang... - malaysiakini

Petang semalam masa aku dok ronda-ronda sekitar kawasan Bukit Gantang, aku terperasan 1 perkara. boleh dikatakan semua markas dan bilik gerakan UMNO/BN sunyi sepi dan lengang tanpa kehadiran paraa petugas-petugas dan sukarelawan-sukarelawan UMNO/BN.

Perkara sebegini agak pelik bagi aku. ada yang cakap depa sibuk dengan PAU, tapi bagi aku tak mungkin... tak kan la sampai 90% ahli dan penyokong-penyokong UMNO/BN pergi ke PAU tahun ni sampai tak dak tinggal kesan langsung?

Mana pergi anak-anak muda yang selalunya memenuhi markas UMNO/BN macam selalu? tak kan la sorang pun tak dak kot?

Macam mana kalau kita andaikan anak-anak muda yang memenuhi markas UMNO/BN selama ni ialah mereka-mereka yang hanya bekerja untuk RM? mungkin jugak buat masa ni bos-bos depa semua dah naik ke Kolumpo untuk PAU dan tak dak sapa nak supply RM?

Bila tak dak sapa nak supply RM, maka lenganglah markas UMNO/BN... agak-agak hangpa macam tu kot?

Tak pun entah-entah depa dah mula boikot Pilihanraya kecik ni sebagai tanda protes atas beberapa keputusan yang amat mengejutkan sejak malam semalam?

Entah... yang tu aku tak tau... apa-apaapun kita tunggu sampai malam hari penamaan calon... harap-harap keadaan akan kembali meriah macam selalu.

Kalau keadaan tak berubah jugak, alamatnya pilihanraya kecik kali ni akan jadik pilihanraya kecik yang paling membosankan dalam sejarah Malaysia tapi 1 rahmat buat petugas-petugas PDRM sebab boleh rilex banyak-banyak.

Bilik Gerakan Daerah Mengundi Kampung Tebok Trong jam 6:40 petang.

Bilik Gerakan Kampung Temerloh Trong jam 6:43 petang.

Bilik Gerakan 2 Kampung Temerloh Trong jam 6:43 petang.

Bilik Gerakan UMNO Cawangan Kampung Nibong jam 6:47 petang.

Jam 6:51 petang (lokasi aku tak ingat...)

Jam 6:52 (yang ni pun aku tak ingat dekat mana)

Tapi yang paling aku perasan sekali ialah keadaan sekarang amat-amat aman damai. tak ada gangguan-gangguan dan jugak provokasi. tenang setenang tenangnya. aku suka keadaan macam ni.

Bukan aku je suka, semua orang pun suka... bila datang keadaan macam ni, maka dengan sendirinya terbuktilah bahawa UMNO/BN ni lah pembawa kecoh. tak dak UMNO/BN, Perak aman damai. tak percaya tanya orang Perak sendiri keadaan masa orang UMNO/BN tengah ramai dengan keadaan sekarang... yang mana best?

Aku sukaa keadaan sekarang.

Lawatan Mengejut DS Ir Nizar Ke Pasar Malam Sg. Kerang - malaysiakini

Gambar-gambar sekitar lawatan mengejut Dato' Seri Ir Nizar ke tapak pasar malam Sungai Kerang pada petang 26hb. Mac, 2009.

Laporan Polis Terhadap Blog Perak Bangkit - malaysiakini

Dari blog CINA ISLAM (林川興)

BUKIT GANTANG : Satu laporan polis mengenai Blog yang menyiarkan satu tulisan dan belakang wanita yang ditulis dengan tatto "kill nizar" di Balai Polis Changkat Jering dan di IPD Taiping. Laporan itu telah dibuat oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

Berikut ini adalah laporan penuh tersebut :

LAPORAN POLIS

Tarikh laporan : 26 Mac 2009
Nama Pelapor : YB. Drs. Khalil Idham Lim Abdullah
Jawatan :ADUN Titi Serong Perak.
No. Kad pengenalan : 641102-03-5125
Alamat : No.15 Jalan Wawasan 8, Taman Wawasan Jaya, Parit Buntar.
No. Talipon :019 4759697

Inilah Laporan Polis saya :-

Semasa saya melayari internet pada pagi ini 26 Mac 2006 kira-kira jam 9.00 pagi di Markaz PAS Ayer Kuning, saya sangat terkejut dengan satu laman web http://perakbangkit.blogspot.com/ (seperti yang dilampirkan) telah menulis dan menyiarkan gambar dan tulisan yang melampau dan dengan tujuan yang tidak baik.

Saya mendapati tulisan bertajuk “Kill Nizar” dan tulisan “kill nizar” pada badan wanita seperti yang disiarkan oleh penulis blog tersebut adalah sangat tidak bertanggung jawab, menghasut dan satu penghinaan.

Dipercayai ianya diterbitkan kerana berkaitan dengan pengumuman Dato’Seri Ir. Muhamaad Nizar Jamaluddin sebagai calon PAS bagi PRK Bukit Gantang seperti yang diumumkan oleh Presiden PAS pada 23 Mac 2009 di Padang Taman Kota Jaya Simpang.

Oleh itu saya memohon dari pihak Polis untuk mengadakan siasatan terperinci kepada penulis blog tersebut kerana ianya mengandungi unsur-unsur menghasut yang melampau diluar batas undang-undang Negara.

Laporan ini juga adalah satu laporan untuk melindungi Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dari sebarang ancaman keselamatan yang menyalahi undang-undang Negara , serta saya mendakwa sekiranya apa-apa yang berlaku kepada beliau selepas laporan ini dibuat adalah kesan dari laman blog yang menghasut ini, dan tindakan sewajarnya hendaklah diambil kepada pemilik blog ini.

Sekian laporan saya yang sebenarnya,

(YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM)

Tambahan - Artikel yang menjadi punca laporan polis dibuat boleh dilayari di[sini].

Sebelah petang sambil-sambil aku dok ronda-ronda sekitar Bukit Gantang aku dapat MMS dari nombor yang tak dikenali... MMS berkenaan ialah beberapa info berkenaanPerak Bangkit. dibawah ni aku siarkan gambar-gambar yang dikirim dalam MMS tu.

Kereta kebanggaan Perak Bangkit, Toyota Ipsum BHA 4998

Office Perak Bangkit (AFFIN Investment Bank, Jalan Meru, Klang) tempat Perak Bangkit cari makan dan godek blog.

Mohd.Nazmi bin Rosli a.k.a Perak Bangkit.

TPU - Terima kasih kepada pemberi info.

Lawatan Mengejut Ke Bilik Gerakan Tanah Merah - malaysiakini

Jam 6:30 petang semalam kami sempat melawat Bilik gerakan jentera PAS Tanah Merah di Bukit Gantang.

Masa tu ada la dekat 10 orang petugas sukarelawan pilihanraya tengah sibuk buat persiapandekat bilik gerakan.

Sempat jugak aku sembang. aku ingat ada la jugak orang tempatan dekat situ, rupa-rupanya semua orang kampung aku. tuan rumah yang tumpangkan depa keluar.

Tak banyak cerita. cuma depa bagitau depa dah dok berkampung dekat sini hampir seminggu. jadi buat masa ni geng-geng Kelantan yang dah sedia berkampung di Bukit Gantang ialah geng-geng dari Pasir Putih, Tanah Merah dan jugak Kuala Krai.

Semangat sungguh depa nih.


Brader ni tengah sibuk persiapkan replika wau dari bendera PAS. cukup kreatif. elok kalau buat sekali pertandingan markaz/bilik gerakan paling kreatif.

Hadiah utama bagi la tambang balik Kelantan tak pun package percutian ke Perak sebagai saguhati atas keprihatinan dan semangat depa ni dalam kempen pilihanraya kecil macam ni.

Bukan senang nak tinggal anak bini dalam satu tempoh yang agak lama untuk kerja-kerja amal.

Dekat bawah ni kalau tak silap aku breader yang incharge dekat markaz/bilik gerakan ni.

Kira baguih jugaak la dia ni... markaz/bilik gerakan nampak tersusun walaupun kerja-kerja sedang dijalankan.

Kebersihan mesti diutamakan tak kira dekat mana. yang tu penting sangat.


Gerbang pembakar semangat sedang disiapkan dan tak sampai setengah jam dah terpacak hasil kerjasama semua petugas yang ada. semua rajin tolong menolong. tak dak nampak yang berat tulang. bagus. aku respek orang kampung aku dan aku bangga jadi anak Kelantan. biar orang UMNO/BN dok kutuk kononnya kampung kami mundur tapi kami lebih tahu perihal kampung kami. orang UMNO/BN tak payah nak sembang lebih-lebih.

Dari Stesen Maya 1

3-4 hari ni ramai yang dok sms aku tanya macam mana keadaan stesen maya kami, ok ka tak ok. aku nak habaq tak reti sebab pada kami, asalkan boleh buat kerja, ada tempat tidur, tak kena hujan, panas sikit-sikit tu biasa kira ok sangat.

Jadi hari ni aku saja nak tunjuk keadaan dalam stesen maya 1.

Yang ni stesen aku, dekat sini la aku buat kerja, dekat sebelah tu jugaklah tempat aku tidur. bekalan paling penting dekat semua stesen maya 1, 2 dan 3 ialah yang asas iaitu rokok, minuman Redbull ataupun Ali Cafe dan yang paling penting ialah perkhidmatan jakur lebar (internet).

Putus mana 1 bekalan tu... jem..!

Yang ni pulak stesen Dugong Darat. benda paling penting dekat sini ialah earphone dan jugak wayar banyak-banyak untuk kerja-kerja mengedit dan pembikinan video.

Ini stesen Cyber Boron...benda paling penting dekat sini ialah tikar mengkuang dan jugak roti. jam tak payah. internet kadang-kadang wajib kadang-kadang tak dak pun tak dak hal... dekat sini semua kerja-kerja penyediaan maklumat dibuat.

Semua risalah-risalah penerangan datang dari otak genius Cyber Boron. kalau nak tau apa-apa pasal perlembagaan tubuh negeri Perak, hangpa tanya Cyber Boron... rasanya kurang 10 kali je Cyber Boron khatam dari Dr Aziz Bahri.

Yang paling simple sekali ni ialah stesen maya milik Prima Maya BloggersNetwork@Perak tuan Mat Saman Kati. paling penting mesti ada scanner dan jugak printer. dekat sini jugak la kami dok kumpul sampai pagi bincang startegi dan jugak gerak kerja untuk keesokan harinya.

Untuk pengetahuan korang jugak, kebanyakan barangan yang korang tengok dalam gambar tu adalah sumbangan orang ramai selama kami berada disini. semua tu bukan hak kami. tu semua hak rakyat Malaysia. kami tumpang sikit je.

Terima kasih semua yang membantu.