Monday, April 06, 2009
Ismail Saffian Buat Laporan Polis - malaysiakini
Kalau tak silap aku Ismail Danok ops Ismail Saffian pi buat laporan atas penyebaran risalah yang memaparkan gambar beliau yang dikatakan semasa bercuti di Danok.
Mengikut maklumat yang diterima, risalah yang memaparkan photo Ismail Danok ops Ismail Saffian di Danok telah tersebar sekitar Bukit Gantang sejak 2 hari lalu tetapi sehingga kini masih belum diketahui siapa yang bertanggung jawab.
Sumber dalaman UMNO/BN setakat ini mengesyaki 2 pihak iaitu musuh Ismail Danok ops Ismail Saffian dari dalam UMNO/BN dan juga Pakatan Rakyat terbabit terhadap penyebaran gambar tersebut.
Ismail Danok ops Ismail Saffian bagaimanapun menafikan bahawa itu adalah gambarnya semasa di Danok dan mengatakan bahawa gambar tersebut menggunakan teknik "Super Impose" dan diedarkan oleh musuh politiknya untuk mengaibkan namanya dalam Pilihanraya Kecil Bukit Gantang.
Srikandi PKR Dicabul Dalam Bilik Gerakan BN - malaysiakini
Kejadian tersebut berlaku ketika 6 orang Petugas Pilihanraya (Srikandi PKR) melalui sebuah Bilik Gerakan Pilihanraya UMNO/BN. mangsa menceritakan bahawa ketika mereka melalui kawasan kaki lima Bilik Gerakan UMNO/BN, beberapa petugas UMNO/BN seramai hampir 10 orang yang berada di kawasan tersebut telah bertindak mengepung salah seorang dari mereka kemudian telah mengheret mangsa kedalam bilik gerakan UMNO/BN.
Sebelum itu kumpulan pertama seramai 3 orang yang berada dihadapan mereka telah diganggu dan kumpulan tersebut telah cuba merampas risalah yang mereka bawa dan berlaku adegan tarik-menarik tetapi kumpulan tersebut berjaya meloloskan diri.
Walau bagaimanapun, dalam kekecohan tersebut, kumpulan pertama tadi tidak sedar bahawa rakan mereka yang berada dibelakang telah dikepung dan diheret masuk kedalam Bilik Gerakan tersebut dan mereka hanya menyedari kejadian setelah seorang pekedai berbangsa cina memaklumkan kepada mereka kemudian.
Setelah dimaklumkan, mereka berpatah balik tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana jumlah petugas UMNO/BN yang ramai. kebetulan ketika kejadian berlaku, bapa mangsa berada berhampiran tempat kejadian dan bapa mangsa kemudian bergegas menyelamatkan anaknya selepas berlaku sedikit kekecohan.
Mengikut mangsa, kumpulan seramai hampir 10 orang tersebut dalam lingkungan umur 40 tahun keatas ketika kejadian telah cuba menanggalkan seluar mangsa tetapi mangsa bernasib baik kerana memakai seluar jeans yang agak ketat dan memaki talipinggang.
Kumpulan tersebut juga dalam kekecohan telah mencabul mangsa beramai-ramai.
Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Simpang pada jam 5:00 petang tadi.
Srikandi Kena Londeh Seluar Dek UMNO/BN - malaysiakini
Sekarang tengah buat laporan polis.
Bukit Gantang: Ceramah Terakhir Malam Ini - malaysiakini
Penceramah Jemputan :
1) YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang
2) YB Dato Haji Husam Musa
3) YB Chang Lih Kang
Waktu : 9 malam
Tempat : No 3A 10, Kampung Larut Tin, 34000, Changkat Jering.
Penceramah Jemputan :
1) Tuan Haji Mohammad Sabu
2) YB Hj Salahuddin Ayub
3) Dato’ Kapten Zahar
4) YB Char Ming Kai
Waktu : 9 malam
Tempat : Permatang Raja Trong.
Penceramah Jemputan :
1) YB Dato’ Mahfuz Omar
2) YB Dato’ Dr Hassan Ali
3) YB Dato’ Harun Taib
4) YB Tai Sing Ng
Waktu : 9 malam
Tempat : No.3, Jalan Kuala Sepetang, Matang Road, Kuala Sepetang.
Panel Jemputan :
1) YB Dato’ Husam Musa
2) YB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi
3) YB Ngar Koh Ming
4) YB Dr Mah Han Soon
Waktu : 8.30 mlm
Tempat : Tapak Ekspo PAS Kawasan Bukit Gantang, Jalan Simpang Kuala Kangsar, 34700 Simpang, Perak.
Nizar Calon "PKR" Bukit Gantang..? - malaysiakini
Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin Calon "PKR" Parlimen Bukit Gantang??? PKR? hah..? PKR?
Bingai tak habis..! klik dekat [sini] kalau nak baca artikel penuh "goBlog" ni...
Sambung gelak...
Hah? Nizar calon PKR..?
Demi Islam, Sokonglah Pakatan Rakyat - malaysiakini
- Satu laporan polis dibuat terhadap setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana didakwa mempersendakan Islam dalam ceramah politiknya dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.
- "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat, dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya" - Surah Al-Nahl awalan ayat ke 90.
Terpulang pada korang samada nak jawab dalam hati ataupun nak jawab dekat ruangan komen dekat bawah tu. terpulang jugak macam mana korang nak jawab samada dengan maki-hamun atau dengan hujah. dalam blog ni aku amalkan keterbukaan. malas nak tapis-tapis. itu hak korang dan ini hak aku.
Pada aku sendiri, aku rasa bangga bila ada orang bukan Islam dah mula pandai membaca Al-Qur'an siap dengan terjemahannya sekali. kalau nak suruh aku, memang aku tak mampu walaupun aku beragama Islam. takat nak baca yang biasa-biasa tu tak de masalah, tapi kalau nak tafsir, aku tak berani nak cakap aku pandai. kena belajar banyak lagi.
Dekat sini aku nak ajak korang berfikir sikit. hari ni kita serius sikit, setel yang ni, kita balik pada asal... santai macam selalu.
Aku nak tanya korang dan aku mintak korang fikir, selama lebih 50 tahun UMNO/BN berkuasa di Malaysia, berapa kali korang dapat tengok situasi macam ni? satu situasi dimana pimpinan tertinggi parti baik MIC, MCA ataupun GERAKAN (tak gerak tak makan) yang ada minat pada Al-Qur'an?
Selama lebih 50 tahun UMNO/BN memerintah, dan juga bergabung dengan berbagai parti berbilang kaum dan agama, apa yang dapat UMNO/BN buat dalam memperkenalkan ajaran Islam yang suci pada sahabat-sahabat dalam parti-parti komponen yang majoritinya bukan Islam?
Selama hangpa kenal UMNO/BN, pernah tak hangpa dengar mana-mana pimpinan parti-parti komponen yang bukan Islambercakap tentang pemerintahan berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah?
Korang bandingkan pulak dengan apa yang berlaku didalam gabungan Pakatan Rakyat yang umurnya baru setahun jagung... tengoklah dan nilaikan apa yang mampu PAS bawakan dalam Pakatan Rakyat. korang tengok apa yang mampu PAS lakukan terhadap sahabat-sahabat dalam DAP yang selama ni siang malam kita dok caci kononnya depa ni anti Islam.
Apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat tak pernah berlaku dalam Barisan Nasional sebelum ni. yang ni kita terpaksa akui betapa berkesannya dakwah yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. tanpa sedar kita sedang melihat satu perubahan yang amat-amat ketara sedang berlaku kepada sahabat-sahabat kita yang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat.
Korang tak perasan ke berapa ramai bukan Islam yang tak segan silu datang ke apa-apa majlis anjuran Pakatan Rakyat tak kira majlis ilmu atau majlis ceramah? korang perasan tak bahawa pada satu-satu masa dalam majlis Pakatan Rakyat bila kita jemput mana-mana Ustaz dan Ustaz jemputan bacakan ayat-ayat suci Al-Qur'an, sahabat-sahabat kita yang bukan Islam tetap tak berganjak dari tempat depa berdiri?
Korang tak nampak ke satu perkembangan yang amat-amat baik dah berlaku dalam Pakatan Rakyat dimana nilai hormat-menghormati sesama kaum dan agama makin lama makin tinggi dalam Pakatan Rakyat?
Bagi korang, itu tak cukup baik ke untuk agama Islam kita yang suci? tak cukup baik ke perkembangan ini bila yang bukan Islam dah mula menghormati agama Islam kita? korang tak bangga ke bilamana waktu kita bertakbir "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar" menyatakan kebesaran Allah, rakan-rakan kita pun turut sama bertakbir menyatakan kebenaran Allah? (walaupun depa mungkin tak paham).
Dulu aku pun bertakbir kosong jugak... "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar" tapi aku tak jelas apa yang aku takbirkan sampai satu masa aku dok tanya dalam diri aku apa tu Allahu Akbar dan aku paham bahawa Allahu Akbar itu ialah Allah Maha Besar dan aku mula cari sebab kenapa dikatakan bahawa Allah itu Maha Besar.
Dari sebutan Allahu Akbar aku mula masuk dalam ajaran Islam dan aku mula kenal oh ini rupanya Islam dan oh ini rupanya yang dikatakan Allah Maha Besar dan sebelum tu aku cuma tau sebut je Allahu Akbar dan aku tak tau apa yang aku sebut masa tu.
Alahamdulillah sampai saat ni aku mula makin faham dan aku masih jugak cuba nak faham banyak perkara yang sebelum ni aku tak paham dan semuanya bermula dengan kalimah Allahu Akbar.
Kalau benda macam tu boleh berlaku dalam diri aku, kenapa tidak benda yang sama jugak boleh berlaku dalam diri sahabat-sahabat kita yang bukan Islam? kenapa perkara yang sama tak boleh berlaku pada mereka-mereka yang sama-sama bertakbir dengan kita selalu?
Itu jugak yang aku lihat sedang berlaku dalam pimpinan Pakatan Rakyat. yang bukan Islam dah mula belajar mengkaji dan memahami apa yang ada dalam ajaran Islam dan depa-depa ni telah mengangkat agama kita kesatu peringkat yang selama ni dinafikan oleh UMNO/BN.
Jadi apa alasan yang dapat korang bagi untuk menolak perkembangan yang baik ni? kenapa ada yang cuba nak menyekat satu perkara yang amat-amat baik yang selama ni tak pernah berlaku dalam negara Malaysia dalam hal memartabatkan Islam setinggi-tinggi haknya?
Kenapa bila perkara yang menjerumuskan kepada memartabatkan Islam ke tempat yang sepatutnya berlaku dalam negara Malaysia seperti yang sedang berlaku didalam Pakatan Rakyat, ada yang cuba nak menyekat?
Kenapa mesti tiba-tiba ada bengong-bengong yang mula menyalak ini tak boleh, itu tak boleh padahal transformasi perubahan dalam pemahaman tentang agama Islam sedang berlaku dalam negara Malaysia? inikah caranya kita nak memartabatkan Islam di Malaysia?
Pada aku orang-orang yang cuba nak menafikan transformasi pemahaman tentang Islam ini adalah mereka-mereka yang telah dibutakan matanya dan ditutup pintu hatinya oleh Allah. orang-orang ini tak senang bila ada orang-orang bukan Islam mula faham tentang Islam.
Lebih 50 tahun UMNO bergabung dengan parti-parti komponen bukan Islam, UMNO tak mampu membawa perubahan kearah memartabatkan Islam di Malaysia. Islam makin terpinggir ditangan keparat UMNO. pimpinan UMNO gagal memartabatkan Islam dan membawa pemahaman tentang Islam selama ini sebaliknya UMNO pula yang terpesong terikut-ikut dengan cara kehidupan yang bukan Islam.
Jangan cakap aku mengarut. aku ada bukti untuk hujah aku yang ini. lihat saja apa jadi dengan ahli keluarga pimpinan-pimpinan UMNO. macam mana cara kehidupan depa. kalau sebut nama mana-mana Disco atau Pub aku jamin semua dok dalam kepala depa siap dengan schedule hari apa bukak, hari apa tutup, hari apa Ladies Night dan hari apa cuti dan sapa DJ yang bertugas.
Tu belum masuk bab harga minuman dekat sana, menu minuman, jenis-jenis minuman dan jugak sapa GRO paling cun dekat sana lagi tu. yang ni aku jamin ada dalam kepala otak depa dan silap-silap depa ada pegang kad VVIP dekat mana-mana Disco. ala... paling-paling pun nama Bouncer mesti depa ingat... tak payah kencing la...
Cuba pulak hangpa tanya depa tazkirah di masjid dekat rumah depa sama Imamnya dan sapa Bilalnya hangpa tengok depa boleh jawab ke tidak?
Dekat situ kita dah paham siapa yang Islamkan siapa dan siapa yang kafirkan siapa. tak betul?
Jadi korang fikirlah... dalam Pakatan Rakyat sudah berlaku perubahan. martabat Islam kita dah nampak dengan jelas setinggi mana diangkat dalam Pakatan Rakyat dan kita jugak dah lihat serendah mana Islam diangkat dalam UMNO/BN.
Hari ni kita baca dalam surat khabar 50 ahli MIC isytihar keluar MIC dan masuk PKR, 50 ahli MCA isytihar keluar MCA dan masuk PKR, 50 ahli UMNO isytihar keluar UMNO dan masuk PAS... itu cerita hari ni...
Kalau Pakatan Rakyat memerintah, tak mustahil di satu masa nanti kita akan baca pulak dalam akhbar berita-berita macam ni...
50 ahli MCA mengucap 2 kalimah syahadah...
50 ahli MIC mengucap 2 kalimah syahadah...
50 ahli DAP mengucap 2 kalimah syahadah...
50 ahli GERAKAN mengucap 2 kalimah syahadah...
dan lebih banyak lagi...
Korang tak seronok ke kalau perkara macam tu berlaku?
Korang tak seronok ke bila Islam dimartabatkan setinggi tempat yang sepatutnya?
Korang tak bangga ke bila semua kaum di Malaysia faham apa itu Islam?
Memang amat mustahil untuk semua orang memahami Islam dan menerima Islam tapi itu leboh baik dari Islam terpinggir terus dari Malaysia.
Pakatan Rakyat walau masih setahun jagung terbukti berjaya dan insya-Allah akan berjaya kalau diberi peluang.
Terserahlah pada korang samada mahukan perubahan macam yang sedang berlaku atau nak kan keadaan yang sebelum ni dimana kita tak tahu dimana martabat Islam di Malaysia (undur 100 langkah).
- Bila aku taip artikel ni, aku tak harapkan di satu masa nanti semua sahabat-sahabat bukan Islam menerima Islam sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya depa menerima yang baik daripada ajaran Islam dan kita nikmati bersama kuasa Allah tanpa wasangka.
Mee Segera Di Kampung Chel Bukit Gantang - malaysiakini
Daripada lori ni lah semua bantuan-bantuan mee segera tu turun...betul-betul depan Markas UMNO Kampung Chel.
UMNO dulu, kini dan selamanya... Rasuah...
Hasrat Kongres Orang Asli SeMalaysia yang PERTAMA telah punah.
Saya baru terjumpa, surat yang didedahkan oleh pihak tertentu kononnya terdapat salah guna kuasa sebanyak RM30,000 oleh kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Maka saya terjumpa satu penjelasan oleh 'Jason Ling' berkenaan isu itu.
Ngeh bukan sorok-sorok tentang RM30k itu, dia sendiri sudah maklumkan kepada masyarakat orang asli pada pertemuan 31 Januari bersama orang asli.
Kongres yang akan diadakan adalah Kongres Orang Asli satu Malaysia, bukan kongres orang asli Perak sahaja.
Maksudnya ada yang datang daripada negeri lain. Sepatutnya itu peruntukan itu datang daripada kerajaan persekutuan, bukannya kerajaan negeri Perak.
Maka, saya terjemahkan sebahagian daripada penjelasan Jason Ling kerana kalau dibiarkan dalam Bahasa Inggeris, ianya tidak tersebar meluas.
---mula---
- Tang mana Menteri Besar Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin dan Dato' Ngeh Korup?
- Saya terpaksa untuk menjawap tuduhan oleh Hamzah Taha dalam salah satu ceramah di Bukit Gantang. Tuduhan yang juga diterbitkan dalam 'Merdeka Review' kelmarin.
- Hamzah Taha menuduh bahawa MB Dato' Seri Ir Nizar yang merupakan calon untuk Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang telah mengarahkan pejabat kewangan Negeri untuk menyalurkan RM30,000 kepada Ling Lik Hock, Pegawai Khas Dato' Ngeh untuk Kongres Orang Asli Nasional.
- Untuk kepentingan masyarakat, dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa pada 27 Disember 2008, Y.A.B. MB negeri sepakat bahawa kerajaan akan membiayai kongres setelah Orang Asli memohon melalui Dato' Ngeh, Senior Eksekutif komite dari Perak Pemerintah.
- Pada 7hb. Januari, 2009, pertemuan pertama di Kuala Lumpur, di mana pemimpin yang mewakili NGO dan masyarakat Orang Asli dari Kuala Lumpur, Pahang dan Bidor, Ipoh bertemu sebagai persediaan kongres yang akan diadakan pada 1hb. Mac, 2009.
- Oleh kerana anggota komite terdiri dari pelbagai kelompok masyarakat berasingan dan belum ada akaun bank sesuai dan keperluan kerajaan negeri, peruntukan harus diberikan kepada 'Kakitangan Kerajaan'. Oleh itu Dato' Ngeh memohon pada Pejabat MB pada 9hb. Januari, 2009 untuk terus dibuat kepada Pegawai Khas, Ling Lik Hock.
- Sementara itu, untuk meneruskan kerja, Ling Lik Hock secara peribadi mendahulukan wang perjalanan yang dituntut oleh pemimpin Orang Asli di Pahang pada 7hb. Januari, 2009. RM10,000 lagi kepada pengerusi, Mr Bah Tony W. Hunt diagihkan ke pelbagai kelompok untuk membiayai deposit pengangkutan (bas dan van) pada 20hb. Januari, 2009.
- Pada 6hb. Februari, 2009 Barisan Nasional telah merampas kuasa Negeri Perak secara tidak sah dari Pakatan Rakyat. Peruntukan yang telah dipersetujui telah dihentikan dengan jumlah wang yang tidak pernah dikeluarkan. Dengan itu, Hasrat pertama kali bagi Orang Asli orang dari seluruh Malaysia untuk bertemu dan bertukar pendapat sesama Orang Asli berkecai.
- Persoalan yang timbul adalah, mengapa kerajaan BN begitu kejam menentang perjumpaan bagi kaum-kaum terpinggir sejak bertahun-tahun? Kami telah menghabiskan tenaga dan masa atas persiapan yang sia-sia. Sebelum perjumpaan yang dinyatakan, terdapat juga 3 perjumpaan sebagai perbincangan. Sila lihat pada tarikh-tarikh, betapa efisyennya kerajaan PR dan para ahli jawatan kuasa bekerja.
- Yang lebih memburukkan lagi, BN yang ketandusan Idea menuduh pemimpin PR terutama YAB Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin dan Dato' Ngeh korupsi.
- Saya ingin bertanya kepada Hamzah Taha supaya menyemak tatacara kerajaan negeri membayar wang sebelum dia menuduh pemimpin yang bersih, takutkan tuhan terutama sekali YAB Dato' Seri Ir Nizar, YB Dato’ Ngeh, dan yang lain sebagai korup.
- Adakah PR terlalu bersih sehingga seseorang tidak boleh mencampuradukkan seperti air dan minyak dan perlu keluar PR untuk menyertai parti politik lain?
---tamat---
Maka hancurlah hasrat orang asli untuk berkongres seMalaysia buat pertama kalinya dalam sejarah.
Kalau di lihat pada blog Al-Husseyn sahaja, sudah cukup banyak kali orang Asli bertemu Nizar.
Harapan orang Asli pada nizar cukup tinggi. Lihat saja catatan di Al Husseyn, bagaimana mereka datang dari jauh "Nak jumpa dengan Menteri Besar".
Saya sempat bertanya kepada salah seorang daripada mereka, namanya Alang Apok, Tok Batin dari Sungai Sainju Simpang Pulai, Kampung Kepayang.
"Apa hal tujuan datang kemari?" tanya saya kepadanya.
"Nak jumpa dengan Menteri Besar," jawabnya dengan wajah yang nampak jelas ceria.
"Kenapa?" Saya bertanya lagi dengan penuh minat.
"Ada janji nak jumpa dengan dia," jawabnya sambil senyum tanda gembira.
Tentulah gembira kerana ada janji nak bertemu dengan MB Perak. Tapi ramai-ramai ni apa halnya? Persoalan tersebut masih belum mendapat jawapan dari Tok Batin ini. Lalu saya ajukan lagi pertanyaan kepadanya :
"Ada masalah apa?"
"Banyak masalah, perumahan , jalan raya , api... macam-macam..."
Seterusnya, ada perjumpaan pada bulan Mei , dan mereka sangat gembira.
Tidak hairan kalau Nizar dapat 100% undi orang asli di BUkit Gantang.
-Hasbullah Pit
Pengundi Atas Pagar - malaysiakini
Hidup Perak...!!!
Hidup Malaysia...!!!
Hidup UMNO...!!!
Hidup Barisan Nasional...!!!
Hidup PKR...!!!
Adeis... macam ni punya orang pun ada ka..?