Monday, April 20, 2009

Kesudahannya... - malaysiakini

Suara KeADILan lapor -KUALA LUMPUR, 18 April (SK) : DUA ahli Umno, Kadar Shah Sulaiman dan Mazlan Harun akan mencabar keputusan pemilihan Umno yang diadakan bulan lalu dengan tindakan untuk mengambil perintah mahkamah memaksa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)
untuk mengambil tindakan minggu depan.

“Saya dan Mazlan akan mengambil perintah mahkamah minggu depan untuk memaksa ROS untuk bertindak ke atas laporan saya terdahulu,” kata Kadar.

“Kita akan tengok bagaimana nanti kesudahannya,” kata beliau lagi.

Kah kah kah kah kah... kesudahannya, Mazlan akan dikenakan tindakan... apa kesalahannya? tunggu sat... Majlis tertinggi tengah bincang... 

Ini skrip gua sudah baca tahun 2004 lagi la...!!!

Pemuda UMNO Edar Pil Ecstacy Di Betong, Thailand - malaysiakini

Berita yang tak akan disiarkan dalam mana-mana media perdana sampai bila-bila...

Jumaat lepas (10hb. April, 2009)… 4 orang Ahli UMNO dari komponen Pemuda Umno Bahagian Grik telah ditangkap oleh polis Thailand di Betong kerana mengedar pil Ecstacy. Dua daripada mereka merupakan AJK Pemuda Umno Grik manakala dua lagi merupakan ahli biasa.

Mereka ditangkap di pekan Betong, Thailand dan ditahan disebuah lokap polis dipekan tersebut.

Pada hari Ahad minggu lepas iaitu pada12hb. April, 2009 , Ketua Umno Bahagian Grik, DS Tajol Rosli bersama dengan Ketua Penerangan Umno Bahagian telah pergi ke Balai Polis Betong untuk menjamin pemuda-pemuda tersebut.

Sejumlah wang diperlukan untuk membebaaskan pemuda-pemuda tersebut dan Tajol Rosli telah membayar sejumlah RM60,000.00 bagi mendapatkan pembebasan mereka.

Menurut sumber-sumber dari mereka yang bertugas di IPD Gerik, kegiatan pemuda-pemuda Umno menyeludup pil Ecstacy dengan menggunakan van Umno bahagian telah lama dipantau, tetapi disebabkan kekebalan Umno dalam melanggar undang-undang menyebabkan tiada siapa yang berani mengambil tindakan.

Maka dengan itu polis Gerik telah bertindak untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada rakan mereka di Thailand.

sumber berita dari Perisik Grik.

TPU - ni kalau kene tang maana-mana ahli komponen Pakatan Rakyat, memang media perdana  canang gila-gila sampai PRU-13... tapi sebab kena tang batang hidung UMNO, maka berita ni didiamkan... pakai senyap terus la... Long Live Democrazy..!

Hi-Tea Berwarna Bersama Wanita Pakatan Rakyat - malaysiakini

Jam 2:00 petang semalam team BloggersNetwork@Perak ke Kediaman Rasmi MB Selangor memenuhi jemputan ke Majlis Hi-Tea Wanita Pakatan Rakyat. ini majlis paling colourfull yang pernah aku sertai. gila colour beb... meriah amat.

Buku untuk majlis pun dah cukup kaler-kaler...

Aku kenal sorang je... YB Hannah Yeoh pasal dia ni ADUN tempat aku, mesra rakyat, mesra penduduk... penduduk dalam DUN seliaan Hannah kalau tak pernah jumpa dia bukan sebab Hannah tak jumpa korang, tapi sebab korang tak pernah keluar rumah... hahaha..!

Ahli Parlimen Ampang YB Zuraida a.k.a Kak Zu, rasa aku la kan... Kak Zu ni antara YB paling rajin turun padang... 

Irene Fernandez & Dr.Syed Hussein je yang aku kenal, yang lain-lain tu mintak mahap la... aku tak ingat nama... jangan amik ati la... Pi Em Malaysia pun aku tak ingat tah sape tah...

Kontinjen kakak-kakak gua dari Kuala Kangsar dan kawasan-kawasan sekitar Perak...

Pandangan dari tepi dinding tingkat atas...

Kengkadang tengah syok amik gambo orang lain, gambo kita sendiri pulak kena amik tanpa sedar... biasa la kan..?

Orang lama dan orang baru...

Lain macam je jelingnya tu tuan...

Makanan dan minuman kene serbu, tak sempat nak lari dah..!

Kejap lagi i tumpang tapau laksa dalam beg u boleh tak? beg i dah sendat dengan karipap ngan kuih lapis la...

Vi Ai Pi...

Tak pandang kiri kanan dah...

Gambar yang ni aku mintak tolong cicak amik dari atas syiling...

Teh tarik satu Zambry..!

Srikandi... makan kueh je... diet ka?

Meja kami ni...

Dah kenyang ada forum lak...

Tu... tengok tangan tu... apa yang best aku tak tau... hahaha...

Erm... boifren tak datang ke?

Buku Politik Pertama BloggersNetwork@Perak Dipasaran - malaysiakini

Buku Politik pertama yang berjaya dihasilkan oleh kumpulan blogger dari BloggersNetwork@Perak dengan kerjasama Urusetia Penerangan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak selamat dilancarkan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar malam tadi. Buku yang mengupas secara terperinci episod rampasan kuasa di Perak ini wajar dimiliki oleh setiap pelayar yang mendokong keadilan. Lebih 500 unit telah terjual malam ini sahaja. Edisi Jualan online terhad kepada 200 unit.

Jualan buku seumpama pisang goreng panas di tapak ceramah malam tadi !

Serbuan peminat buku ke gerai Urusetia sebaik sahaja DS Nizar melancarkan dengan rasmi buku 'berhantu' itu. Edisi Terhad beb...

Buku yang bertajuk Rampasan Kuasa Negeri Perak yang mengandungi 156 muka surat ini mesti dimiliki.

Buku yang dijual pada kadar harga RM15 ringgit seunit (tidak termasuk belanja pos), mula dijual di kawasan tapak ceramah malam tadi dimana sambutan hebat telah diberikan oleh pembeli khususnya peminta politik Malaysia. Edisi cetakan sulung ini hanya terhad kepada 1000 unit sahaja.

Kepada mereka yang berminat sila buat tempahan anda melalui email-email berkenaan -
Harga jualan secara on-line akan diputuskan (termasuk belanja penghantaran didalam Malaysia sahaja ) paling lewat esok. Dapatkan segera, buku ini tidak dijual di pasaran terbuka. Tempahan dibuka sekarang !