Wednesday, May 13, 2009

AWAS Kemunculan Kisah "Dia" Esok..! - malaysiakini

Anda kenal wajah wanita ini?

Tunggu pendedahan tentang siapa individu ini disebalik wajah kering-kontang dan kusam ini esok.

Tunggu...!!!

Untuk makluman awal anda - wanita ini pernah didalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak mengeluarkan kata-kata penghinaan "kalau terjumpa Ular dengan Orang India, PUKUL INDIA DULU..!".

Ini kisah bulan Jun tahun lepas.

Kisah seterusnya..?

1 Hari Untuk Zambry, Banyak Hari Untuk Nizar... Malaysia Ngoook..! - malaysiakini

Menteri Besar Perak yang telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengenepikan perintah penangguhan penghakiman mahkamah tinggi yang mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Permohonan tersebut, untuk mengenepikan perintah mahkamah yang diperolehi Menteri Besar KUDETA, Datuk Zambry Abd Kadir semalam, difailkan di pejabat pendaftar mahkamah di Putrajaya pada jam 2.20 petang.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Ekoran itu, Zambry telah mengosongkan pejabatnya untuk membolehkan Nizar kembali bertugas sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun, semalam Zambry berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menangguhkan penghakiman tersebut sementara menunggu selesai rayuannya di Mahkamah Rayuan. Tiada tarikh ditetapkan untuk mendegar rayuan tersebut.

Berikutan itu beliau kembali semula ke SUK untuk menggantikan Nizar sebagai menteri besar walaupun beliau menurut Perlembagaan, secara sahnya bukanlah seorang Menteri Besar Perak.

Dan hari ini Nizar pula memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah mahkamah tersebut.

Mahkamah menetapkan untuk mendengar permohonan itu pada jam 9 pagi 18 Mei depan.


TPU - Ini satu berita yang amat menarik... menarik bukan sebab Nizar failkan balik permohonan kemahkamah, tapi menarik sebab bila Zanbry failkan semalam, semuanya dapat diselesaikan dalam masa tak sampai 4 jam dan bila sampai giliran Nizar, mahkamah terpaksa mengambil masa hampir seminggu...

Malaysia Hebat..! Macam Gampang..!

Kekanda Sultan Perak Mangkat - malaysiakini

Kekanda sulung Sultan Perak, Raja Datuk Seri Baharom Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah meninggal dunia di kediamannya di Taman Canning di sini, hari ini.

Allahyarham yang berusia 83 tahun meninggal dunia kerana sakit tua jam 10.45 pagi tadi.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah akan tiba dari luar negara malam ini manakala kerabat diraja lain berangkat menziarah jenazah Allahyarham tengah hari ini.

Suasana diluar kediaman Kekanda Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Pegawai Khas Dato' Seri Ir Nizar, saudara Amran juga hadir memberi penghormatan terakhir.

Dato' Seri Ir Nizar sewaktu meninggalkan kediaman Allahyarham selepas selesai memberikan penghormatan terakhir tengahari tadi.
Sementara itu, dua kumpulan politik yang bertelagah di Perak hadir untuk menziarahi jenazah Tengku Baharom.

Datuk Seri Nizar tiba untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham selepas waktu zohor tengahari tadi manakala rakan-rakannya juga dijangka berbuat demikian hari ini.

Jurucakap Istana Kinta berkata, jenazah Allahyarham dijadual dikebumikan jam 9 pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Sekedup, Batu Gajah bersebelahan makam bondanya Toh Puan Dewangsa Khadijah Ahmad.

Jahil - malaysiakini

Aku tak tau dekat mana kejadian ni berlaku tapi yang pasti orang yang tinggal janin ni memang Haram Jadah.

Laaaaaaaaassst skali... - malaysiakini

Bila aku pikir-pikir balik apa yang berlaku dekat Perak ni, aku teringat sembang-sembang aku dengan abang aku satu masa dulu (lebih kurang 5 tahun dulu)...

Cerita berkisar pada hal dalaman tempat kerja.

Pendekkan cerita, kata abang aku dalam apa-apa masalah, dalam apa-apa hal pun... yang pastinya laaaaaaaaassst skali...

"Orang jahat jugak yang menang..!"

Kah kah kah kah kah kah kah kah ... !!!

Ada betul jugak kata abang aku ni kan? sebab orang baik terlalu baik untuk buat apa-apa kerja dengan cara jahat, tapi orang jahat cukup-cukup jahat untuk buat apa-apa hal tak kira yang baik atau jahat.

Janji orang jahat menang...

Dunia je la...

RON97 Naik RM0.20 Mulai 1hb. September - malaysiakini

  • Minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.
  • Langkah itu berkuat kuasa 1 September ini serentak dengan pelancaran minyak baru RON95 berharga RM1.75 seliter di seluruh negara.
  • Ia bagi menggantikan RON92 (RM1.70 seliter) yang akan ditarik sepenuhnya daripada pasaran selepas tarikh berkenaan.
Pandai betul KERAjaan "Diamkan" berita macam ni dengan "Membisingkan" isu krisis perlembagaan Perak...

Baca Dan Fahamkan - malaysiakini

Peguam PAS

Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-

a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :

(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan

(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;
Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ( yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.

b. Perintah "quo warranto" dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.

d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau ( seperti Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Seri Nizar ( bukannya DS Zambry ) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.

Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Nizar ). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ( stay of execution of judgment ) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.

Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.

Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.

Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan ).

Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato' Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.

Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.

Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.

Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.

Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi . Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Zambry adalah Menteri Besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.