Sunday, June 28, 2009

Manek Urai: Bertukar..!

Akhirnya, calon UMNgOk/Barisan Nasiyonal diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin di Markas UMNgOk Sungai Chor petang tadi.

Tidak mengejutkan bilamana calon yang diumumkan tidak menepati maklumat awal yang diperolehi dimana nama Tuan Aziz Tuan Mat diisytiharkan sebagai calon UMNgOk dan bukannya Che Jalal Muda yang sebelum ini telah memperolehi 95% undian dalam 1 pemilihan yang diadakan oleh UMNgOk Kelantan.

Perkara sebegini biasa berlaku didalam UMNgOk.

Tidak dapat dipastikan apa yang sebenarnya berlaku disaat-saat akhir tetapi seperti yang telah dimaklumkan didalam post sebelum ini -
Yang pastinya, ada "individu tertentu" yang terpaksa berputih mata akibat pertukaran nama calon tersebut.

Siapa "individu tertentu" yang dimaksudkan..? kita tunggu maklumat seterusnya. yang pastinya ialah, terdapat 3 nama yaang dicalonkan oleh tiga kumpulan dalam UMNgOk, ada yang dicalonkan dan ada juga yang menawarkan diri.

Ada juga yang telah "bersuara"... siapa yang telah "bersuara"..? klik disini kalau nak tahu.

Manek Urai: Taukeh Ikan Lawan Taukeh Getah - malaysiakini

Petang ni di Manek Urai jam 4 petang, UMNgOk akan mengumumkan calon mereka. Mahyuddin Yasin selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan mengumumkannya calon tersebut. jika tiada aral melintang, akan bertembung 2 orang taukeh besar di Manek Urai...

PAS mempertaruhkan taukeh ikan dan UMNgOk pula mempertaruhkan taukeh getah. secara peribadi aku nampak kelebihan ada pada calon PAS yang merupakan seorang peniaga ikan di Pasar Besar Kuala Krai.

Calon UMNgOk pula nampaknya terpaksa bekerja keras untuk menambat hati bakal pengundi.

Kenapa aku cakap macam tu..? sebabnya pada pandangan kasar aku, taukeh ikan yang ditonjolkan oleh PAS lebih dikenali kerana majoriti penduduk Kuala Krai khasnya Manek Urai sudah kenal akan calon PAS. majoriti penduduk Kuala Krai pasti pernah berurusan dengan Fauzi Abdullah di pasar Kuala Krai dalam urusan jual beli ikan. kah kah kah kah kah ... !!!

Tapi rasa-rasa koran la... adakah majoriti penduduk Kuala Krai pernah berurusan dengan taukeh getah..? erm...

Secara lojik la... setiap rumah wajib ada dapur dan mustahil ada isi rumah yang tak makan ikan dan secara lojik juga, bukan setiap tuan rumah ada kebun getah... jadi...

Korang pikir la sendiri..! kah kah kah kah kah ... !!! pimpinan PAS memang bijak dalam memilih calon. tahniah.

Dekat bawah ni ialah gambar-gambar sekitar majlis pengisytiharan calon PAS di Manek Urai Lama yang tak sempat aku uploadkan haritu. agak-agak korang la... dapat ke UMNgOk kumpulkan jumlah penonton sebagaimana yang PAS dapat kumpulkan..?

Punggah pakai bas tak aci woi..!

Laluan masuk ke Manek Urai Lama sesak sepanjang 5km seawal jam 8:00 malam.

TGHH menyambut ketibaan TGNA.

Saifuddin Nasution membangkitkan isu royalti minyak kepada negeri Kelantan yang selama ini tidak dibayar dan disembunyikan dari pengetahuan umum melalui penyelewengan fakta.

TGNA - Ikon Rakyat Kelantan dan hampir seluruh rakyat Malaysia. Baik dari Pakatan Rakyat, mahupun UMNgOk, jarang yang tidak kenal TGNA. Husam pun apa kurangnya..? cukup digeruni oleh UMNgOk... kalau Husam naik, UMNgOk terkubur terus... kata orang UMNgOk... ooo... dekat Husam gerun, dekat Tuhan tak gerun a..? NGOOOk...!!!

PAS dan DAP di atas 1 pentas bukan 1 perkara baru lagi. konsep 1Malaysia sudah sebati lebih dari 10 tahun dalam Pakatan Rakyat sedangkan UMNgOk masih terkapai-kapai cuba menjelaskan apa itu 1Malaysia kepada ahli UMNgOk yang memang NGOOOK...!!!

Sebelah kanan pentas utama... melimpah dengan lautan manusia.

Sebelah kiri pentas utama juga penuh dengan lautan manusia...

Zoom out... Hampir 10.000 pengunjung... media perdana sembunyikan fakta sebenar.

Dato' Kamaruddin Jaafar.

Calon PAS, Fauzi Abdullah seorang peniaga ikan di Pasar Besar Kuala Krai. berumur 50 tahun, lahir di Guchil, mempunyai seorang isteri, bapa kepada 5 cahayamata (4 lelaki dan 1 perempuan), meneruskan perniagaan keluarga sejak tahun 1980.

Beliau adalah seorang yang amat mudah didekati oleh sesiapa sahaja. amat dikenali penduduk tempatan Kuala Krai kerana kebiasaannya yang mudah menghulurkan bantuan baik dari segi kewangan atau apa sahaja kepada sesiapa sahaja yang mengadu masalah kepada beliau. ini antara kelebihan yang ada pada Fauzi Abdullah.

Dari segi politik pula, beliau adalah seorang Ahli Majlis Daerah Kuala Krai dan juga sebagai Bendahari PAS Kuala Krai. dikatakan juga pernah memegang jawatan sebagai penyelia DUN.

Dari segi keperibadian pula, beliau adalah seorang yang taat menjalankan suruhan agama, mudah didekati baik kawan mahupun lawan, mudah mesra dengan sesiapa sahaja dan amat bertanggungjawab didalam menjalankan amanah.

TGNA membacakan doa memohon keberkatan dari Allah kepada calon yang ditonjolkan olh PAS dalam pilihanraya DUN Manek Urai.

Lain semua ok... semua ngam... yang paling ngam dan sempoi ialah selipar jepun Dato' Husam... hahaha... sempoi... Hisham Rais Tukar Tiub mesti cakap "Husam Cool...!"... hahaha...!!!

Manek Urai: Che Jalal Muda Wakili BN - malaysiakini

Jam 4 petang ini bertempat di markas UMNgOk/Barisan Nasiyonal yang masih belum disahkan (dalam DUN Manek Urai), Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Mahyuddin Yasin akan mengumumkan nama calon yang akan mewakili UMNgOk/Barisan Nasiyonal menentang pencabarnya Fauzi Abdullah dari PAS.

Mengikut maklumat dari team risikan Perisik Rakyat, Naib Ketua UMNgOk Bahagian Kuala Krai, Che Jalal Muda telah terpilih untuk mewakili UMNgOk/Barisan Nasiyonal dalam satu pemilihan yang telah diadakan awal minggu ini oleh UMNgOk Kelantan setelah berjaya mendapat sebanyak 95% undi dari ketua-ketua bahagian yang memilih.

Tidak banyak maklumat yang diterima mengenai calon tersebut (Che Jalal Muda) setakat ini tetapi apa yang menariknya ialah, Pilihanraya Kecil Manek Urai bakal mencatat sejarah yang unik bilamana calon-calon yang mewakili parti masing-masing mempunyai latar belakang yang hampir sama.
  • PAS menampilkan Fauzi Abdullah, seorang peniaga ikan atau "taukeh ikan" yang terkenal di Kuala Krai manakala UMNgOk pula menampilkan Che Jalil Muda, seorang peraih getah atau "taukeh getah" yang juga dikenali di Kuala Krai.
Setakat ini, jika dilihat secara kasar, ke 2-2 calon yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Manek Urai mempunyai pengaruh masing.

Pihak kami juga telah mengadakan 1 survey di ke 2-2 kem iaitu PAS dan UMNgOk dan hasil survey kami didalam kem PAS berkeputusan bahawa penyokong-penyokong PAS tidak peduli siapa yang dicalonkan, asal sahaja menggunakan lambang Bulan Purnama, maka itulah pilihan mereka.

Di kem UMNgOk pula, kebanyakan survey tidak yakin UMNgOk boleh menang di Manek Urai dan ada juga yang mengatakan bahawa agak sukar untuk UMNgOk menang tetapi peluang untuk menang tetap ada.

Dalam satu perkembangan yang lain, pimpinan UMNgOk Kelantan masih tidak yakin bahawa calon yang dinamakan (Che Jalal Muda) akan mendapat sokongan menyeluruh dari para penyokong dan jentera UMNgOk sehingga calon UMNgOk diisytiharkan secara rasmi petang ini.
  • "ketika ini semua jentera kelihatan amat komited dengan kerja-kerja kempen pilihanraya, semua jadual yang diatur setakat ini, dapat diselesaikan dengan bantuan para petugas tetapi ini adalah situasi sebelum calon diisytiharkan. kita risau sekiranya selepas calon diisytiharkan dan ianya (calon tersebut) bukan pilihan akar umbi, maka jentera-jentera yang biasa bertugas akan menarik diri sebagai protes."
Hal ini ada benarnya juga kerana kami mendapat maklumat, berlaku kegiatan melobi calon oleh ketua-ketua bahagian yang memilih dan jika maklumat ini benar, maka jelas bahawa calon yang mendapat 95% undi ketua bahagian yang memilih bukan pilihan akar umbi sebaliknya pilihan mereka-mereka yang berkepentingan.

Apapun kita tunggu sehingga jam 4 petang ini dan perkembangan selanjutnya adakah calon UMNgOk diterima atau tidak oleh akar umbi akan diketahui sekurang-kurangnya petang esok.

Angin sepoi-sepoi bahasa dah mula bertiup membawa suara tidak puas hati dalam kem UMNgOk...

Salam dari Manek Urai.

Lagi perkembangan terkini dari Manek Urai di blog :-

Mahkamah tolak 11 Hakim Nizar -Malaysiakini

PUTRAJAYA [8.29 pm] - Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Menteri Besar Perak, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin (foto) yang memohon supaya rayuan beliau didengar di hadapan sidang 11 hakim.

Mahkamah Persekutuan bagaimanapun tidak memberi alasan mengapa sidang 11 hakim tidak dapat diadakan, kata peguam Leong Cheok Keng.

"Tiada sebab atau penjelasan diberikan mengapa permohonan kami ditolak," kata Leong. Mahkamah Persekutuan menetapkan kes rayuan Nizar akan didengarkan di hadapan sidang lima hakim.

"Ini adalah tempat terakhir untuk rayuan klien kami. Jika permohonan Nizar nanti juga ditolak oleh sidang lima hakim, maka tamatlah litigasi klien kami," kata Leong. Nizar memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan samada beliau atau Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah.

Permohonan ini dibuat selepas Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah. Mahkamah Rayuan juga tidak mengemukakan alasan bertulis mengapa Zambry disytihar Menteri Besar.

Leong menjelaskan sidang 11 hakim adalah penting bagi menyakinkan rakyat bahawa sistem kehakiman negara tidak mengamalkan amalan berat sebelah, selain memastikan prosiding mahkamah yang bebas.

"Penolakan ini amat mendukacitakan kepada semua rakyat Malaysia yang percaya kepada konsep kehakiman yang adil dan saksama," kata leong.

"Selagi ada unsur-unsur yang menampakkan amalan berat-sebelah, rakyat tidak akan menerima keputusan mahkamah tertinggi di negara ini sebagai keputusan muktamad," kata leong.