Wednesday, July 29, 2009

Blogger Pro UMNgOk Pun Gaduh..! Lanyak Jangan Tak Lanyak..!

  • 2. ******** juga tidak dapat hadir kerana ada urusan kerja dari 1 Ogos hingga 5 Ogos hadapan. Panglima akan berada di 'luar rumah' sepanjang tempoh berkenaan. Mohon maaf kepada semua kerana tidak dapat sertai ' perarakan'... Walau pada awalnya telah memberikan kesanggupan turut sama hadir di perarakan tersebut.
Kah kah kah kah kah...!!!

- Tak de TELORRR la tu..!
  • 3. Beberapa blogger yang dulu rakan BPN telah membuang logo samada sengaja atau tidak sengaja, Wallahu A'lam. Kebanyakan mereka telah mengubah wajah blog dan mungkin di ketika itu berlaku kesilapan atau keterlekaan hingga logo BPN tidak dimasukkan...Namun demi memastikan peraturan dan syarat BPN dipraktikkan maka saya terpaksa membuang blog yang tidak lagi memakai logo BPN. Mohon maaf !
Kah kah kah kah kah...!!!

- Ramai yang dah sokong Pakatan Rakyat la tuuu...!!!
  • 5. Saya juga telah membuang semua blog pro pembangkang kerana merasa tidak untung sedikitpun meletakkan link link mereka di sini. Maka saya berharap agar kita membuang semua blog blog mereka dari 'dilihat' berada di blog kita. Masa berdamai sudah TAMAT...
Kah kah kah kah kah...!!!

- Padahal takut pelayar "terklik" link & web pro Pakatan Rakyat lepas tu "terbaca" maklumat yang berfakta lalu mula menerima & menyokong perjuangan Pakatan Rakyat...

- Bukan sahaja UMNgOk, malah blogger pro UMNgOk pun nampaknya dah makin "terpinggir"... walau bagaimanapun, website ini (http://perisik-rakyat.com/) tidak akan membuang walau 1 pun link ke blog dan web pro UMNgOk..! biar pelayar yang menilai dengan kematangan mereka..!

Kah kah kah kah kah...!!!
  • 5. Saya telah mendapat tahu ada sedikit pergeseran antara rakan kita para blogger yang hebat dan mantap ini.... Saya telah menghubungi dan meminta rakan lain menjadi pendamai kepada dua kumpulan ini. Namun nampaknya ia masih lagi berterusan.
Kah kah kah kah kah...!!!

- Bapa Borek, Anak Rintik... UMNgOk gaduh dengan UMNgOk, blogger pro UMNgOk pun gaduh sama...

Kah kah kah kah kah...!!!

*paling aku tak tahan tang ayat "blogger yang hebat dan mantap"... hebat dan mantap kejadahnya kalau dah bergaduh sesama sendiri..?

Kah kah kah kah kah...!!!

Source - Carik sendiri la..!

dUmB & dUmBeR...

Pagi ni ramai BANGANG-BANGANG menonjolkan diri mereka dan masing-masing tanpa segan silu menonjolkan keBANGANGan mereka...

Antaranya ialah -
BANGANG 1 - mengikut kenyataan BANGANG ni, dia tahu kewujudan kegiatan kongsi gelap dan dia juga tahu apa kegiatan mereka tapi apa yang BANGANG ni buat sebagai seorang wakil rakyat dan juga Ahli Parlimen..?

BANGANG 2-
BANGANG ni pulak cakap masih berada dalam keadaan terkawal dan tidak membimbangkan... sebagai seorang yang memegang jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur yang diamanahkan untuk menegakkan undang-undang, adakah tugasnya sekadar "mengawal" sahaja kegiatan ini..?

PDRM ni apa..? penasihat kongsi gelap ke..? kalau macam tu kenyataan seorang yang berjawatan Ketua Polis, adakah kegiatan kongsi gelap ini dibolehkan di 1Malaysia selagi ianya terkawal dan tidak membimbangkan..?
BANGANG ni cakap PDRM sentiasa memantau dan berjaga-jaga mengenai jenayah itu...

BANGANG ni nak tunggu jenayah ni sampai tahap mana baru nak hapuskan kegiatan jenayah ni..? nak tunggu biar jenayah ni jadi macam wabak H1N1 ke..?

PDRM ni apa..? Polis Di Raja Mafia ke..?
Kalau macam tu bolehlah samseng-samseng di 1Malaysia wujudkan lebih banyak geng-geng kongsi gelap selagi ianya tidak "dilihat mengganggu dan menimbulkan kekacauan kepada keselamatan orang awam"...

Bagus-bagus... boleh juga cuba daftar mana-mana kongsi gelap di SSM. nanti PDRM tak boleh ambik tindakan sebab dah berdaftar dengan SSM... bukan lagi pertubuhan "Haram"...
Ibrahim Ali dah memang BANGANG tapi Ketua Polis Kuala Lumpur laaagi BANGANG...!!!

Royalty: Mahkamah Antarabangsa Penyelesaian Terakhir

Kerajaan Kelantan tidak menolak kemungkinan menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah sekiranya rundingan gagal antara kedua-dua pihak.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sekiranya usaha penyelesaian cara rundingan dengan kerajaan pusat buntu, kerajaan negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan melalui undang-undang.

Malah kata beliau sekiranya mahkamah tempatan tidak juga dapat menyelesaikan tuntutan itu, ia mungkin akan dibawa ke mahkmah antarabangsa.

"Bagaimanapun sebelum tindakan akhir dibawa ke mahkamah kerajaan negeri akan menyelesaikan secara rundingan dengan kerajaan pusat bagi mendapatkan royalti.

Image"Sekarang masih ada jalan mudah iaitu rundingan, maka tiada sebab kenapa ia perlu diselesaikan di mahkamah pada peringkat ini," ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan hari ini.

Baru-baru ini Menteri Besar menghantar surat tuntutan royalti minyak kepada Perdana Menteri memandangkan terdapat pelantar carigali yang di kawasan perairan Kelantan.

Bagaimanapun surat tersebut belum dijawab perdana menteri sehingga sekarang.

Sebelum ini Petronas Carigali Sdn Bhd mengadakan usahasama dengna Shell Exploration dan Production Malaysia B.V menemui gas di Blok PM301 yang difahamkan terletak dalam kawasan perairan Kelantan.

ImageTelaga Bunga Anggerik 1 memulakan penerokaan pada 21 November 2004 dan telah menggerudi sedalam 1,527 meter dan menemui empat zon gas.

Mengenai kenyataan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang berhujah Kelantan berhak mendapat royalti berkenaan Menteri Besar berkata, beliau bersyukur di atas keprihatinan bekas Menteri Kewangan itu.

"Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas memang mengetahui perkara sebenar dan sedar akan hak Kelantan," ujarnya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap cadangan Kementerian Pelajaran yang cuba menghadkan 10 subjek sahaja bagi calon SPM bermula tahun depan.

Katanya, tindakan itu secara tidak langsung mencantas daya saing seseorang manusia di samping merugikan masyarakat.

Image"Tindakan berkenaan merugikan bukan sahaja pelajar sebaliknya masyarakat memandangkan pelajar hari ini pelapis pemimpin pada masa depan.

"Antara sedar atau sebaliknya kerajaan pusat telah mematikan hasrat di kalangan pelajar yang mempunyai semangat berlumba bagi mencapai kecemerlangan dalam pelajaran," katanya.

Menurutnya semangat ingin berlumba di kalangan pelajar perlu disemai serta dibajai dari awal lagi.

Pada sambutan itu anggota parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman diumumkan Tokoh Pendidikan Yik 2009.

Dengan anugerah itu beliau mendapat tiket mengerjakan umrah dan sijil penghargaan yang disampaikan Menteri Besar.

Sumber - HarakahDaily.Net

Majlis Fatwa Kebangsaan Kena Keluarkan Fatwa Isa

Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa mengenai ISA. Ini kerana isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama. Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa. Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan.

Penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan. Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas. Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum.

Hari ini rakyat berbagai pendapat tentang ISA, berikan pandangan para mufti pula. Masakan mungkin mereka tidak peka, sedangkan semua rakyat berbicara. Saya secara peribadi semasa menjadi mufti telah mengeluarkan pandangan dalam Bulan Ramadhan lepas di Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur dan berbagai tempat. Media tempatan telah berulang kali menyiarkannya. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula.

- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.

Sumber - Minda Mufti