Sunday, August 16, 2009

Nuri bawa TPM mendarat cemas...!!

Setiap kali keluar berita tentang helikopter Nuri pasti tak ada cerita lain. Sama ada terhempas, hilang dari radar ataupun terpaksa mendarat cemas. Cuma hari ini agak istimewa kerana cerita helikopter Nuri membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pastinya tak dapat melupakan apabila helikopter Nuri yang dinaiki untuk merasmikan satu mesyuarat UMNO bahagian di Sabah terpaksa mendarat cemas di Tuaran.

Bagi Muhyiddin mungkin ini pengalaman pertama beliau merasai saat cemas menaiki helikopter Nuri. Tetapi bagi anggota tentera negara khususnya kapten pesawat mungkin detik-detik cemas seperti itu sudah acap kali mereka lalui. Mujur tidak ada sesuatu yang buruk berlaku. Jika tidak mungkin satu lagi sejarah hitam terpalit membabitkan helikopter Nuri yang telah digunakan sejak tahun 1970-an lagi.

Tak dapat nak dibayangkan bagaimana helikopter yang telah berpuluh tahun digunakan masih lagi menjadi aset 'berharga' kerajaan. Jika nak dijual ke negara mundur sekalipun mereka akan fikir beratus kali sebelum membuat keputusan membeli helikopter Nuri ini.

Saya yakin jika tidak kerana kontroversi cadangan pembelian Eurocopter tempohari, Muhyiddin tidak perlu melalui mimpi ngeri merasai pengalaman menaiki pesawat yang pernah digelar 'keranda terbang' ini.

Jika kerajaan masih lagi bercadang meneruskan penggunaan helikopter ini saya cadangkan ia hanya digunakan oleh Perdana Menteri dan Timbalannya serta menteri-menteri yang ada. Biarlah mereka gunakan untuk merasmikan mesyuarat UMNO di sini sana. Bagi operasi ketenteraan, logistik atau operasi mencari dan menyelamat gunakanlah pesawat lain.

Agak malang anggota tentera perajurit negara terkorban sia-sia kerana disebabkan pesawat yang telah layak disimpan di Muzium Negara. Jika tidak pun boleh dihadiahkan kepada kerajaan Melaka untuk menambah koleksi Muzium yang ada.Ajal maut memang ketentuan Allah SWT tetapi pepatah Melayu ada berkata 'maut jangan dicari'. Sudah tiba masanya kerajaan menukar helikopter antik ini sebelum satu lagi musibah melanda negara.

Dari : Angkasanuri

Nasib baik...Nasib baik...Nasib baik la lu Mat Sembab!!

Surat Kepada Presiden Pas, Naib Presiden Dan Bla... Bla... Lagi.

Datuk Seri,

Apabila angin ribut kuat di tengah laut, Datuk Seri tak terasa sejukkah ketika Datuk Seri sedang memancing jerung. Ketika badai melanda, Datuk Seri tak kecewakah apabila kail hanya lekat anak gelama tengkerong?

Arus politik di daratan barangkali lebih dari angin ribut di lautan. Datuk Seri baliklah cepat dan lihat di sebuah negeri ehsan mengehsan, yang kaya dengan pucuk batubata.

Memurut khabar, seperti yang saya pernah tulis berkali-kali, anak buah Datuk Seri ini gila dan ketagih sangat nak bercakap atau membuat kenyataan akhbar. Kononnya ‘press confren’. Hasilnya selalu jadi bola tanggung. Orang ‘kelepup’ kepala kita balik.

Apa yang terjadi di negeri ehsan mengehsan itu? Dalam sidang akhbar dan TV (kedua-duanya media tak sebulu dengan PAS) kononnya seorang yang bertaraf Pesuruhjaya tidak akan tunduk kepada ugutan rakan sepemerintahnya yang menggesa pucuk pemimpin kerajaan mengambil tindakan disiplin ke atas dirinya berhubung isu arak.

Tuan Guru Datuk Seri,

Betulkah status atau pangkat PESURUHJAYA setiap negeri itu adalah status atau pangkat MENTERI BESAR kalau Pas memerintah? Maaf Datuk Seri, terlupa pula saya. Datuk Seri juga Pesuruhjaya kemudian jadi MB dulu. Di Kedah, Datuk Seri Azizan, Pesuruhjaya, kini MB juga.

Begitulah bla... bla... bla...

Maka terah sekian lama hengar bingar, kecuh hebuh tentang Ronnie Liu dari DAP dengan seorang pesuruhjaya di negeri ehsan mengehsan ini belum reda lagi. Semua orang tahu. Isunya bukan pasal arak sangat. Isunya isu yang ada main acilut di belakang tabir.

Tapi yang jelas kita nampak sekarang, ianya seperti satu perjuangan MAHA SUCI, MAHA JUJUR dan maha-maha demi prinsip, dasar dan kewajipan konon. Saya tak berapa faham tentang ini Datuk Seri tapi saya fikir sia-sia jika kita nak minta berdamai atas nama pakatan, perkongsian dan lain-lain, kerana ada sebahagian mereka bukan ini perjuangan mereka, walaupun dikatakan sebagai ahli Pas yang tidak gila pangkat dan darjat.

Apa yang dihebuh sebenarnya bukan isu itu. Datuk Seri pasti faham. Inilah satu penyakit yang saya sangat-sangat takut Datuk Seri, apabila melanda ke atas pemimpin dan perjuangan Pas. Siang malam menjeri mengatakan kerana Allah, jihad, demi Islam tetapi sebenarnya tingkah laku, gerak dan feel, malah kelip mata pun orang tahu, yang dikejar bukan itu. Kata ulama, inilah ‘hubbun dunya.’

Betulkah?

Datuk Seri, maafkan saya.

Bagaimana kalau kita buat bacaan begini dalam situasi sekarang :
PKR sekarang ada 15 kerusi
DAP sekarang ada 13 kerusi
Umno sekarang ada 20 kerusi
PAS sekarang ada 8 kerusi

Yang peliknya, 8 kerusi ini, parti yang Datuk Seri terajui, hingar bising, kelupur melenting lebih dari 15 kerusi atau lebih dari 20 kerusi. Mereka menaruh impian yang sangat tinggi, melaram yang tak menasabah. Bercita-cita tak kesampaian. Bagi mereka walaupun 8 kerusi, mereka boleh perintah.

Kalau yang 20 kerusi melenting dan kacau, tidak menghairankan. Kan itu pembangkang. Tapi yang 8 ini, apa jadahnya?

Kalau hanya 8 kerusi berimpian boleh memerintah, formulanya apa?

Saya nak peringatkan Datuk Seri, Nasaruddin, Salehuddin Ayub, Datuk Mahfuz dan Setiausaha dan lain-lain diperingkat pusat ini, hubaya-hubayalah dengan melenting dan menggelupur mereka yang bertaraf pesuruhjaya ini kerana pesuruhjaya memungkinkan terus melompat menjadi Menteri Besar.

Formulanya sangat senang:

Bersusik-suksik, berbisik, mengenyit mata dan keremot hidung dengan hidung mancung berkilat merlit, maka akan terjadi 8 kerusi menduduki bersama dengan 20 kerusi. Akan jadi 28 kerusi.

28 kerusi akan sama dengan PKR dan DAP: 15+ 13= 28.

Apabila seimbang begini, berlakulah beli membeli untuk melebihi hanya satu jari kelingking, maka pihak itulah yang akan jadi kerajaan. Atas muslihat busuk dan khianat yang dirancang sekian lama, maka apakah tidak mustahil seorang dari yang 8 ini menjadi MB dan ia tentulah dipilih dari kalangan Pesuruhjaya kerana itulah tarafnya pun.

Bukan mustahil Datuk Seri. Ketika itu Datuk Seri akan melihat terpelantingnya prinsip Islam, perjuangan Islam, Lillahita`ala, jihad demi hanya gilakan sedikit kuasa. Katika itu Datuk Seri akan menangis kerana begitu jadinya setelah berpuluh tahun tarbiah dan usrah Tuan Guru tidak menjadi.

Jadi Datuk Seri, maafkan saya kerana saya tak percaya apa yang bergolak sekarang hanya kononnya nak mempertahankan prinsip, demi Islam dan demi maruah. Yang sebenarnya formula seperti di ataslah yang menjadi kegilaan. Kemungkinan akan berlaku. Jangan tidak percaya dan jangan terkejut kalau ada ‘press confren’: kami 8 orang mengisytiharkan keluar dari pakatan dan menyertai Umno.

Bukankah politik itu seribu kemungkinan Datuk Seri.
Wallahu'aklam.
Maaf.

Sumber - Azizi Abdullah

Fatwa Baru UMNO: Tidak Salah Muslim Kerja Tempat Jual Arak..!

  • Timbalan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi membidas tindakan JAIS menahan seorang penyanyi kelab malam, Azlina Abas, beserta 24 orang Islam yang lain di Restoran The Ship, Damansara Utama, tengah malam 10 Jun 2000 dan mendakwa tidak menjadi kesalahan bagi setiap Muslim untuk bekerja di tempat menjual arak.
  • Isu serbuan JAWI di Kelab Zouk pada 13 Januari 2005 dan menahan penyanyi Jeslina Hashim, 27, dan beberapa pengunjung Islam atas dakwaan meminum arak, Ketua Pemuda UMNO, Khiary Jamaluddin mengkritik tindakan JAWI malah menegur Exco Pemuda UMNO, Shamsul Najmi Shamsuddin yang menyokong tindakan JAWI. Khairy mengatakan tindakan Shamsul hanya pandangan peribadi dan bukannya pendirian Pemuda UMNO.
  • Ekoran bantahan pemimpin UMNO, pada 15 Februari 2005, JAWI mengeluarkan surat pembatalan saman terhadap Jeslina dan rakan-rakan muslimnya yang turut ditahan di kelab tersebut.
TPU - UMNO memang hebat..!

Lepas ni makin ramai anak muda beragama Islam akan melayan kaki tonggang sebab UMNO dah keluarkan "Fatwa" - "tidak menjadi kesalahan bagi setiap Muslim untuk bekerja di tempat menjual arak".

Apa kata penyokong UMNO..?