Tuesday, August 18, 2009

N11: Alahai... Calon UMNO/BN...

Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata:
..di mana yang melakukan perbuatan itu bukanlah saudara Rohaizat tetapi bekas rakan kongsinya (mStar Online 16/8/09 "Dakwaan firma guaman salah guna wang tak libatkan calon BN")
Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan pula berkata:
"The offence was for personal liability and does not involve any other persons, as Rohaizat was named by the complainant, and not his partner," Bar Council president explained.

"Rohaizat was disbarred on March 7 last year and he appealed against the Bar Council decision to the High Court, which also dismissed his appeal on Aug 12 this year" (Malaysian Insider 18/8/09 "Umno represented by disbarred lawyer ")
Dalam posting blog ini yang bertajuk "Ada pekung di dada calon BN Permatang Pasir?" Tharieq Dhiyauddin berpesan:
Apabila datang satu berita maka selildikilah dahulu...
Pesanan beliau sesuai dengan ayat keenam Surah al-Hujurat:
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
Oleh kerana Zahid pernah menjadi menteri yang bertanggungjawab hal ehwal agama tentulah beliau tidak fasik. Dan, takkan pula beliau nak berbohong.

Baca seterusnya disini...

Mampuih UMNO/BN... Mampuih...

Mampuih UMNO/BN... mampuih... isu Peguam kaki kencing (calon BN N11), PKFZ, gadai tanah melayu, pengkhianat bangsa, pengkhianat agama, pengkhianat pengundi, perompak harta rakyat, pembela tokey judi, sahabat Yahudi, rasuah, bla... bla... bla... bla... bla... bla...

Nasib baik ada talian hayat... PDRM, SPRM, RM, RM, RM... mampuih...

Saya Ada Cukup Bukti - Tulang Besi

Penulis blog Malaysia Waves - yang mendedahkan konspirasi menyingkirkan beberapa wakil rakyat pro-Pakatan Rakyat di Selangor - berkata beliau mempunyai cukup bukti untuk berdepan dengan ugutan saman terhadapnya.

Oleh itu, beliau menjelaskan bahawa tindakannya menarik balik artikel berjudul 'Konspirasi Membuang YB Saari Sungip dan Yang Menentang Idea Persepakatan PAS-Umno di Selangor "bukan takut, tetapi untuk melindungi pemberi maklumat saya."

Artikel tersebut ditarik balik kurang 24 jam selepas ia disiarkan dalam blog tersebut.

Tulisan tersebut, antaranya mendakwa bekas calon PAS Suwardi Yaacob merupakan dalang utama yang merancang penyingkiran beberapa ADUN dan ahli parlimen PAS.

Mereka yang didakwa mahu disingkirkan antaranya Saari Sungib (Hulu Kelang dan bekas ketua penerangan PAS negeri), Dr Halimah Ali (Selat Kelang dan exco kerajaan Selangor), Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Mengulas kandungan artikel itu, penulis blog tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai 'Tulang Besi' mempertahankan kewujudan mesyuarat konspirasi itu yang dihadiri beberapa tokoh penting PAS Selangor pada 31 Julai lalu.

"Dulu saya antara orang terawal mendedahkan rundingan sulit PAS-Umno, sebelum (bekas perdana menteri) Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) umumkan lagi. Semua orang kata saya tipu. Tetapi akhirnya terbukti betul. Perkara ini lebih kurang macam itu juga.

"Pada pagi pilihanraya umum tahun lalu, saya yang buat panggilan kepada pesuruhjaya PAS Selangor (Datuk Dr Hasan Ali), beritahu kita akan menang Selangor, bersedialah untuk angkat sumpah," jelasnya, sambil mencabar ahli PAS bertanyakan perkara itu kepada Dr Hasan.

Sehari selepas memuatkan artikel itu di Malaysia Waves, Tulang Besi menarik kembali tulisan yang didakwanya diterima daripada sumber dalaman PAS Selangor atas permintaan "tuan punya surat".

Menurutnya, kerana merasakan isu ini terlalu panas, maka pemberi maklumatnya takut akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Artikel yang sama dimuatkan dalam Perisik Rakyat (http://perisik-rakyat.com/), menyebabkan blog milik Topeng Perak itu turut menerima surat tuntutan guaman daripada Suwardi supaya memohon maaf terbuka yang mesti turut diiklankan dalam sebuah akhbar tempatan.

Tulang Besi juga berkata beliau tidak menerima surat tuntutan guaman daripada Suwardi buat masa ini, termasuk melalui emel.

"Saya tidak pasti, mungkin masuk dalam spam," tambahnya.

Sementara itu, firma guaman - Tetuan Zulpadli & Edham yang menghantar surat bagi pihak Suwardi - berkata pihaknya belum menerima arahan dari anak guamnya untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Manakala Suwardi, ketika dihubungi Malaysiakini, enggan mengulas perkara itu.

"Tanya dialah (blogger)," katanya.

Sumber - Malaysiakini

UMNO BONGOK, Media BONGOK, Mufti Pun Nak Ikut BONGOK..?

Utusan Malaysia lapor -
TG Nik Abdul Aziz jawab balik dalam HarakahDaily -

TG Nik Abdul Aziz cakap lagi -
Kadang-kadang Tok Peti pun tolong komen bagi pihak UMNO... macam biasa, komen Tok Peti berdasarkan laporan Surat Khabar penipu...

Tok Peti yang sepatutnya jadi orang cerdik, berfikir sebelum bercakap, langsung ikut dibodohkan oleh media perdana sebab Tok Peti bercakap berkiblatkan apa yang dia baca dan apa yang dilaporkan oleh media perdana...

Senang cerita, Tok Peti ni BONGOK..! sape nak marah, marahlah... aku peduli apa..? dah memang Tok Peti BONGOK, nak buat macam mana? kalau Tok Peti tak BONGOK, mesti Tok Peti dapatkan sendiri maklumat yang benar dari sumber yang boleh dipercayai kan..?

TG Nik Abdul Aziz ada pesanan untuk Tok Peti -
Kalau Tok Peti tak nak terus-terusan jadi BONGOK dan diBONGOKkan oleh UMNO/BN dan jugak media perdana yang suka menipu, baik jugak kalau Tok Peti dengar nasihat TG Nik Abdul Aziz ni...

Tapi kalau Tok Peti nak terus jadi BONGOK dan Tok Peti suka diBONGOKkan oleh orang-orang yang sedia BONGOK...

Abaikan... wa tak kesah...

N11: Jangan Ambil Mudah...

Mengekalkan kemenangan atau mempertahankan mana-mana kerusi dalam PRU atau PRK sebenarnya bukan satu perkara yang mudah. walaupun pada dasarnya majoriti yang telah diperolehi dalam Pilihanraya yang lepas amat selesa, tapi itu bukan ukuran untuk kita duduk berselesa-selesa sahaja.

Banyak yang perlu diambil kira. kadang-kadang ini yang kita lalai dan ini jugalah yang kita terima di Manek Urai tempohari. daripada lebih dari 1000 majoriti, menjunam kepada kurang dari 100 majoriti.

Jumlah penyokong yang datang juga tidak boleh diambil kira. yang datang hanyalah penyokong manakala yang bakal mengundi pula mungkin kurang dari 1% sahaja dari mereka. ini bukan sesuatu yang boleh dibangga-banggakan.

Jentera Pakatan Rakyat tidak punya masa yang cukup untuk berkempen secara "all out"... hanya ada 2 hari sahaja lagi dan semuanya mesti dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk menarik seramai yang boleh pengundi untuk memangkah Pakatan Rakyat.

Kita hanya ada jentera yang bergerak menemui orang ramai... terlalu kekurangan bagi aku manakala pihak BN pula mempunyai semua kekuatan yang diperlukan. dari sudut media sahaja dah lebih dari cukup bagi mereka. propaganda sentiasa akan dimainkan 24 jam sehingga hari mengundi.

Mereka tidak perlu risau akan masa yang singkat untuk beribadah. manakala bagi Pakatan Rakyat khususnya PAS, ini adalah satu-satunya masa yang paling berharga untuk beribadah. kempen terpaksa dikurangkan. rakyat dan para pengundi akan tercari-cari info dari parti yang bertanding.

BN tidak akan mempunyai masalah menyalurkan maklumat baik yang benar mahupun propaganda kerana media yang mereka kuasai tidak perlu beribadah. surat khabar, TV dan Radio cukup efektif. mainkan sahaja dan laporkan sahaja. rakyat akan membaca, rakyat akan mendengar dan rakyat akan menonton samada sengaja atau tak sengaja.

Pakatan Rakyat perlu mencari 1 lagi alternatif untuk berkempen... muslimah PAS walaupun akan bergerak secara all out masih bagi aku tak mampu sebab yang akan didekati oleh muslimah hanyalah golongan wanita manakala golongan pemuda dan lelaki, pasti akan sibuk dimasjid-masjid dan surau-surau.

Berkempen dimasjid-masjid dan surau-surau juga agak tidak baik di Malaysia sebab polisi UMNO/BN - Agama dan Politik tidak boleh disatukan... menggunakan masjid dan surau untuk politik adalah 1 kesalahan di Malaysia.

Jadi jangan kita ambil mudah... kena kerja lebih kuat...

Calon BN N11 Makan Duit Orang: Siapa Yang Pilih Dia?

Bar Council membuktikan bahawa calon BN, Rohaizat Othman sebagai seorang yang tidak amanah dan telah melenyapkan duit pelanggan beliau sebanyak RM140k

Mengikut kenyataan Presiden Bar Council, Ragunath Kesavan, kepada The Edge:
Ianya bermaksud segala dakwaan yang dibuat oleh Muhyiddin Yaasin atau Zahid Hamidi, kenyataan ini membuktikan bahawa calon BN, Rohaizat Othman benar2 bersalah di dalam kes penipuan kepada Koperasi Pekebun Getah. Malahan wang sejumlah Rm140k yang diserahkan kepada Rohaizat tidak dapat dipastikan kemana perginya. Mengikut Presiden Bar Council, tindakan Rohaizat ini adalah sampai ke tahap tindakan jenayah di bawah Seksyen 103D.

Zahid Hamidi cuba berdalih kononnya yang menipu itu adalah rakan firma guaman Rohaizat tetapi Presiden BAR Council juga menyatakan bahawa aduan yang dibuat oleh Koperasi Pekebun Getah adalah ke atas Rohaizat dan bukannya rakan firma beliau.

Kalau UMNO Tidak Tarik Calon Ini, Bererti UMNO Bersetuju Dengan Jenayah Penipuan Rohaizat

Kita lihat dalam masa beberapa hari ini. Adakah UMNO akan menarik calon mereka ini. Kalau tidak, ia bererti Muhyiddin, Zahid, Shafiee Afdal dan seluruh kepimpinan UMNO menyokong dan bersetuju dengan tindakan penipuan wang yang telah dilakukan oleh Rohaizat Othman.

Seharusnya UMNO menarik balik keahlian Rohaizat dan bukannya menjadikannya calon PRU.

Sila baca di sini dan sini dan sini untuk mendapat maklumat lebih lanjut berkenaan kes Rohaizat ini.

Tulang Besi

Women in Netherlands Prove Feminism Wrong

My mother took a KLM flight recently. During the flight, she had a chance to chat with one of the Dutch stewardesses. And, among the things she learned is that almost all of the stewardesses on board are part-timers. They all work for KLM but on part time basis. Meaning the KLM stewardesses were allowed to work less than 35 hours a week for KLM.

My mom also learned that most of these stewardesses opted for part time employment because they have more time to spend with their families and children. Given the reputation that Dutch women have, they are very family oriented and they place very heavy emphasis on taking care of their families.

It reminded me of an article in the Economist I once read that state Netherlands has the highest rate of women employment, but majority of women in Netherland’s workforce are part-time.

A few reports that i read maybe useful to bring light to this issue:

a. Dutch women settle for part-time work - Radio Netherlands

b. Part-time working in the Netherlands - Social and Cultural Planning Office of the Netherlands

Surprisingly, part-time employment for women are practiced not only in fringe industries orareas of the economy, but also in mainstream industries such as the KLM example I quoted above.
Why Feminism is Proved Wrong in Netherlands?

The Dutch adopt full gender equality policy when it comes to employment and salary. They do not discriminate against gender or even sexual preference. They even recognize gay marriage.

The Dutch also do not consider fornication or adultery as a form of felony. They are just like any other liberal country that adopts feminism as their ideology. In Netherlands the husband cannot stop his wife from having sex with another man. It is against the law for the husband to do that. They are that liberal.

However, in spite of all these liberties, Dutch women out of their own willingness chose to work Part-Time for the sake of caring for their children and families.

This destroys every single notion laid out by the feminists that women’s happiness is found outside of the home. This also destroys the myth that women have been traditionally oppressed and repressed because they are forced to be homemakers and not allowed to have any sort of careers.

The Dutch example proves that it is women’s nature to tend and care for the family. It means that all this while, women had CHOSEN out of their own willingness to be homemakers and not forced upon.

Next after Netherlands, it's Australia.

Malaysian Perspective


Ever noticed why our own feminist organization does not take the time to make real and beneficial like this? When was the last time you heard Sisters in Islam organized a seminar or conference on Part-Time employment for women?

Instead, they chose to organized seminar by inviting various “Islamic” scholars but completely bypassing scholars from Al Azhar.

I think mothers in Malaysia only have Muslimat PAS to really fight for their cause. Feminists in Malaysia do not really care about mothers. They only care about their liberal agenda.

In the case of Sisters in Islam, they only care about undermining Islam by advocating their “anti patriarchy” agenda.

Women in Malaysia must rise up and demand the right to work part time. It will increase women's participation in the workforce, plus it will help to reduce crime and deliquency since the family institutions will be better taken care of.

Also, with the advent of technology i.e. cellphones, faxes, broadband internet, blackbarries etc, part time employment for women can be done in the most efficient and effective way.

I mean if KLM stewardesses can work part-time, why can't Malaysian women/mothers?

Tulang Besi

Bukan Muhyiddin Pernah Jual Tanah ke Singapore ke?

Galak sangat-sangat Muhyiddin Yaasin menuduh Anwar Ibrahim pengkhianat. Namun, Malaysiawaves pernah membuat laporan bahawa UMNO Johor (di kala itu dibawah pimpinan Muhyiddin) pernah menjual tanah kepada Singapura. Ibrahim Ali pernah mendedahkan kepada kita betapa tanah di Johor telah dijual kepada Singapura.

Teringat saya sewaktu selepas PRU 1990. Di waktu itu berlaku PRK bagi kerusi Kenali. Maka, datanglah Muhyiddin berkempen dengan haibahnya. Beliau dengan hebat berkata bahawa UMNO mahu memperjuangkan Islam dan mempertabatkan Islam. Lantas bangun seorang tua berkata bagaimana UMNO Johor hendak berjuang Islam, sedangkan di Johor cuti hari Jumaat pun mereka tak boleh nak pertahankan.
Di Perak, UMNO main isu Nizar jual tanah pada Cina. Rata kampung diorang ulang fitnah ni. Rupanya bangsa UMNO ni bangsa hipokrit. Bak kata orang tua2, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Berita ini diambil dari blog Penarik Beca@Bakaq. TQ pada Pak Bakaq atas "research" yang beliau telah buat. Syabas.

UMNO gadai tanah Johor kepada Singapura

KUALA NERUS, 15 Mei 2006 (Hrkh) - Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa telah menggadai sejumlah tanah di negeri Johor kepada kerajaan Singapura pada awal tahun 1980-an lagi.

Pemimpin Umno pada waktu itu telah menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta, kata Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Datuk Paduka Ibrahim Ali.

Beliau mendakwa Menteri Petanian dan Asas Tani yang juga bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura.

Saya terkejut, rupa-rupanya pada tahun 1980 sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun tahu didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura, jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Menentang Penghinaan Terhadap Islam di perkarangan Maahad Tahfiz Wa-Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring, baru-baru ini.

Katanya, kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi yang merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar.

Menurutnya, kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.

Beliau mendapat maklumat tersebut ketika menghadiri suatu Majlis Dailog Kepentingan Bangsa Peringkat Negeri Johor pada 7 Mei lalu bersama Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurutnya, taklimat tertutup itu dikendalikan oleh bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Encik Hamzah Othman yang juga bekas pengerusi guru-guru besar bersara.

Sebelum itu, ada satu taklimat tertutup yang diberi oleh Encik Hamzah Othman, bekas pengerusi guru-guru besar bersara yang pernah jadi Setiausaha Kerja Umno Johor dahulu sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar. Dia bagi taklimat dengan tayangan slide, cukup dari segi maklumat, dengan petanya, pelan toponya, jelasnya di hadapan lebih 10,000 orang hadirin.

Sehubungan itu, beliau turut melahirkan rasa kesal dan dukacita setelah enam tahun menganggotai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan 13 tahun menjadi Ketua Bahagian Umno tidak mengetahui isu tersebut.

Katanya, empangan tersebut dibuat setinggi 193 meter dan jika pecah atau dipecahkan seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara boleh tenggelam.

Gambar Sekitar Penamaan Calon N11: Pakatan Rakyat

Tadi aku dah bawak korang masuk sebelah UMNO/BN... ni aku bawak korang masuk belah Pakatan Rakyat pulak... macam sial da... aku nak lintas dari belah UMNO/BN ke belah Pakatan Rakyat tak lepas... pak Polisi tak bagi walaupun aku ada pas media... pak Polisi cakap kene ada pas SPRM baru boleh lintas...

Cis... nak yang ade RM RM aje... cilako... jadi terpaksa la aku merentas semak... siap lintas...
Pagar kebun orang... mentiti tepi pagar celah-celah anak sungai... bahye-bahye... kalau Khairi WartaWANG Kosmo ada, mesti dia buat artikel "Perjalanan Menempah Maut"... muakhakhakha...!!!

Lepas redah hutan belukar... sampai je dekat port penyokong Pakatan Rakyat berkumpul... aku jumpa mamat ni...
Nik Nazmi... sempoi...
Penyokong Pakatan Rakyat... antara yang hadir dari seluruh negara...
Yang ni aku nak pesan dekat UMNO/BN... korang bawak la isu apa pun... arak ke, hudud ke, babi ke, bangsa ke... Pakatan Rakyat akan tetap kukuh..! kami tak main la layan propaganda anak-anak kecil bermain guli ni...

Perbetul UMNO/BN tu dulu baru boleh sebok-sebok hal Pakatan Rakyat... tanya Najib tu bila nak suruh Semah tutup aurat..? Cakap pasal Islam degar-degar... bini dok sebelah rambut kaler-kaler tak leh nak tegur... Khak Ptuih..!
Hapuskan Kezaliman, Mansuhkan ISA..!
Post menarik dari salah seorang penyokong Pakatan Rakyat... syyy...
Muslimah PAS... semangat..!
Sempat lagi berkelah-kelahan ye..?
Waaa...!!! sini pun ada songkok tinggi aaa...!!!
Yang ni aku tujukan khas untuk Cenangau dengan ucapan - sorry la geng... ni je la 1-1nya "objek" yang aku dapat hari ni... yang lain semua tak datang... diorang takut bencana B1Ni... ops... H1N1...
Gambar "komponen" UMNO/BN berlatar-belakangkan bendera UMNO/BN... pahamkan..? hehehe...
Kau snap gambar aku, aku snap gambar kau balik...!!! hahaha...!!! 1 - 1