Wednesday, September 30, 2009

Cawangan DAP Melayu Yang Kedua Ditubuhkan Di Selangor

Dalam diam-diam, dah dua cawangan DAP yang berahlikan 100% orang Melayu ditubuhkan di Selangor. Dari maklumat saya dapat, ianya adalah kerana orang2 melayu di situ merasa terharu dengan wakil2 rakyat mereka yang membantu mereka tidak kira bangsa dan agama sehingga mereka terus tertarik menjadi ahli DAP dan menubuhkan cawangan DAP.

Cawangan Ahli Melayu DAP Kedua Ditubuhkan di Ampang Dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Kebangsaan DAP

September 29th, 2009 by Teresa Press

27 September 2009 yang lepas adalah Majlis sambutan Hari Raya DAP kebangsaan. Kali ini, ia diadakan di kawasan Ampang dan dianjurkan oleh pasukan ahli Melayu di kawasan DUN Jenice Lee, ADUN DAP di Teratai.

Saya amat teruja terhadap pasukan pemuda Melayu ini, saya pernah bermesyuarat bersama dengan mereka pada minggu lepas, mereka amat komited untuk menjayakan majlis rumah terbuka ini sehingga mereka mengurangkan cuti Hari Raya di kampong mereka.
DSC05138 small
Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dan ADUN Teratai Jenice Lee menyambut kemasukan ahli Melayu baru di kawasan DUN Teratai. Cawangan ini dinamakan Cawangan Saga. Ia merupakan cawangan ahli Melayu yang kedua di Selangor

Menteri UMNO di Selangor, Dato Noh Omar pernah berkata bahawa orang Melayu yang masuk ke DAP tidak mengenang jasa. Ha ha, satu lagi kumpulan orang Melayu di Ampang yang tidak mengendahkan UMNO dan menyertai DAP.
DSC05091 small
Inilah gambar “Makcik” Roket di hadapan pintu kemasukan dewan orang ramai
DSC05094 small
Salah seorang penasihat SPRM, Tan Sri Robert Phang (orang yang ke-4 dari kiri) menghantar cek RM50,000 kepada Teoh Beng Hock Trust Fund kepada YB Ean Yong Hian Wah. Beliau pernah lantang mengkritik pegawai siasatan rasuah SPRM selepas Teoh Beng Hock mati dalam siasatan di Ibu Pejabat SPRM di Shah Alam.
DSC05099 small
Ramai wanita Melayu di Ampang menyertai majlis rumah terbuka DAP.
DSC05100 small
Saya amat terharu untuk melihat wanita Melayu ini meminta borang keahlian DAP sewaktu beliau masuk ke Majlis Hari Raya kami. He he, kalau Noh Omar lihat gambar ini, mungkin beliau akan sakit jantung
DSC05114 small
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor datang ke rumah terbuka Aidilfitri DAP bersama dengan isterinya Puan Sri Salbiah Tunut. Dari kanan ke kiri: YB Fong Kui Lun, YB Tunku Aziz, YAB Lim Guan Eng, Puan Sri Salbiah Tunut, Tan Sri Khalid, YB Lim Kit Siang, Dr Chen Man Hin, Saya, YB Ronnie Liu.
DSC05160 small
YB Dato’ Hasan Ali, exco PAS di Selangor (duduk di kerusi tengah di antara Kit Siang dan Lim Guan Eng) yang telah banyak “bertukar pandangan” melalui media dengan pemimpin DAP di Selangor juga datang menghadiri majlis rumah terbuka DAP. Beliau datang lewat disebabkan oleh hujan lebat dan kesesakan trafik di Ampang
DSC05128 small
Dari kiri ke kanan: Saya, Exco PAS YB Iskandar, YB Tunku Aziz, YB Hatta Ramli, YAB Lim Guan Eng, Tan Sri Khalid, Lim Kit Siang.
DSC05150 small
Lim Guang Eng dan saya beri duit raya dan ‘baby rocket’ kepada kanak-kanak di majlis Hari Raya.

N-31 Bagan Pinang: Back To Past Or Go For PAS..!

Semalam, ke 2-2 parti yang bakal bertanding dalam Pilihanraya Kecil N-31 Bagan Pinang telahpun selesai mengisytiharkan calon yang akan mewakili parti masing-masing.

PAS telah mengisytiharkan kepada umum calon yang akan mewakili PAS dibawah label Pakatan Rakyat ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, saudara Zulkefly Mohamad Bin Omar. info berkenaan calon PAS boleh dilayari diblog-blog sahabat-sahabat (sila rujuk link pada sidebar).

UMNO pula lebih dahulu telah mengisytiharkan calon yang akan mewakili UMNO dibawah label Barisan Nasional ialah tak lain dan tak bukan Bekas Menteri Besar Negeri 9 yang 1 masa dahulu telah disabitkan dengan kesalahan membahagi-bahagikan wang kepada orang-orang tertentu atas kepentingan politik (ini bukan rasuah... sila faham perbezaan antara politik wang dan rasuah... kalau tak paham, sila hubungi TDM dengan kadar segera...).

Jadi untuk permulaannya aku tak nak bising-bising lagi... malas nak cerita apa-apa pasal ke 2-2 calon... cuma elok kalau aku hilitekan 1 ayat mudah yang aku dapat dari salah sorang pembaca setia website ni...

Aku fikir elok Pakatan Rakyat gunakan sepatah ayat yang amat-amat mudah ni sebagai slogan terbaik dalam kempen N-31...

"Back To Past, Or Go For PAS..!"