Thursday, October 08, 2009

N-31 Bagan Pinang: Isa Samad "Ikon Rasuah" Penggadai Tanah Melayu..!

PAS hari ini membuktikan dakwaan mereka berkaitan penyelewengan yang dilakukan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad adalah benar.

Pengarah Pilihanraya PAS Bagan Pinang, dalam sidang media hariannya tadi membawa bukti satu grant tanah tanah yang dipercayai dimiliki kenalan rapat calon BN itu melalui sumber-sumber yang diperolehinya.
  • "Di tangan saya ini, adalah satu geran tanah pantai, yang membuktikan bahawa kronisme dalam kalangan kenalan rapat Isa Samad sah menerima rasuah," jelasnya.
Menurutnya, Akta Tanah sebenarnya tidak membenarkan mana-mana individu memiliki tanah takrif persisiran pantai yang menjadi milik kerajaan negeri.

Namun apa yang berlaku sebaliknya. Setelah diselidiki ternyata tanah-tanah disepanjang pantai Port Dickson dimiliki dan apa yang lebih mengejutkan pemiliknya adalah kroni-kroni terdekat Isa Samad.
  • "Apakah dengan adanya geran ini, diluluskan pada zaman Isa Samad menjadi Menteri Besar menandakan bahawa berlaku penyelewengan kuasa dalam skala yang begitu besar di peringkat negeri?" soal Salahuddin
Dari geran tersebut, empat tanah dengan pemiliknya berjaya didedahkan, ianya adalah ;

i. Lott tanah laut di Bt 3, Jalan Pantai, Telok Kemang antara Astana Hotel dan Corus Hotel milik syarikat yang dikuasai oleh YB Ismail Taib (Adun Linggi sekarang) Exco Kerajaan Negeri dan Ibrahim Embi – rujukkan foto yang ada.

ii. Lot tanah laut antara Corus Hotel dan Mayang Sari Hotel milik syarikat yang dikuasai oleh Hashim Ismail (anak buah kepada Tan Sri Isa Samad) dan Zul Ghafar.

iii. Legend Hotel Sea Front dan tanah laut yang dimiliki oleh Hajjah Rohani (Ketua Wanita Bahagian) serta beberapa ajk wanita bahagian.

iv. Lot tanah Costa Rica Hotel dan laut milik syarikat yang dikuasai oleh Sabri Aini (AJK Bahagian) dan Paiman.

Daripada pendedahan tersebut, Isa Samad layak menerima anugerah "IKON RASUAH" seperti mana yang diwar-warkan oleh PAS semalam.

Dalam pada itu, Salahuddin mencabar Isa samad menafikan segala dakwaan tersebut bersama bukti sekiranya beliau masih bermaruah dan mempunyai integriti.

"Saya pulangkan kepada Tuan-Puan untuk memberikan perhitungan," tambah Salahuddin sambil mengajak pengundi Bagan Pinang menolak calon BN itu pada pilihan raya nanti.

N-31 Bagan Pinang: UMNO/Beer eNd Rompak Peneroka Felda..!

Parti KeADILan Rakyat bersama jenteranya di Bagan Pinang lewat petang semalam berjaya mendedahkan wajah sebenar perasuah yang terpalit pada peribadi Isa Samad dan kepimpinan UMNO negeri Negeri Sembilan.
Testimonial Pertama daripada Encik Saparudin Mohd. Yasin (70), Peneroka Felda Sendayan Generasi Pertama menjelaskan, lebih 80 keluarga sebenarnya tidak bersetuju dengan rundingan tertutup antara broker tanah dan JKKK yang juga pemimpin UMNO tempatan.

Namun, tanah rakyat tetap dirampas secara profesional.
  • “Saya kata mereka rampas tanah kami di Felda. Kalau kami tak beri (jual), mereka tetap ambil (membeli secara paksaan) dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah, itu rompak namanya… perompak itu UMNO.”
  • “UMNO (kerajaan) sanggup rampas tanah kami, guna Akta Pengambilan Tanah… dua ekar tanah kita dijual dengan harga RM3 sekaki, tapi kerajaan paksa kita beli semula tanah itu dengan harga RM4 sekaki.”
  • “Bila Mohamad Hassan jadi Menteri Besar, dia tawar pakej yang lebih baik… (seperti) tanah dibeli dalam lot-lot tertentu. Apabila kita pergi lihat sendiri tanah-tanah lot itu, ada yang di paya, ada di hutan dan ada di atas jalan. Tanah asalnya sudah tidak ada, sebab Mohamad Hassan dan Isa Samad telah rompak.”
Beliau mengatakan bahawa 2 ekar tanahnya sudah dbeli semula dengan harga RM34, 000, tetapi beliau dihalang mengutip hasil pertanian di tanah Felda mllik keluarganya sendiri.
Testimonial kedua daripada Encik Thinshem (54), seorang peneroka Felda Sendayan berbangsa India mendakwa Isa Samad sendiri turun memaksa penduduk di Feldanya menjual tanah, pada tahun 1996.
  • “Berpuluh tahun tanah jadi milik rakyat, satu sen pun tarif harga tanah tidak naik. Tetapi, apabila PKNS mengambil tanah itu, tiba-tiba sahaja ianya menjadi begitu mahal.”
  • “Selama 10 tahun tersebut juga, rakyat tidak mendapat apa-apa hasil. Semuanya dikaut oleh pemaju.”
Beliau juga mencabar untuk berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak – Adakah Felda itu untuk manfaat rakyat atau kroni-kroni UMNO?

Tegasnya lagi, lebih 40 tahun rakyat Felda amat untuk sukar mendapatkan semula tanah Felda, tetapi warga asing dan penduduk luar dengan mudah sahaja dapat memiliki tanah tersebut kerana ada wang dan boleh melakukan rasuah.
Testimonial ketiga daripada Hj. Mokhtar Maidin (82) dari Felda LBJ pula menyifatkan Isa Samad dan Mohamad Hassan sebagai pengkhianat rakyat.

Beliau yang juga bekas pemimpin UMNO tempatan berasa kecewa dengan sikap rasuah dan pentingkan diri beberapa kroni-kroni Isa Samad.

Beliau juga menasihatkan rakyat di Bagan Pinang agar menolak Isa Samad kerana Isa Samad ialah seorang perasuah serta banyak menjual tanah-tanah milikan rakyat kepada kroni-kroni UMNO.

Beliau yang baru sahaja menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyeru orang-orang Melayu meninggalkan UMNO kerana parti itu mengutamakan kroni dari kepentingan rakyat.

Berdasarkan beberapa testimonial rakyat malang di Felda Sendayan dan LBJ, sudah tentu menggamit perhatian pengundi Bagan Pinang untuk tidak lagi mengundi Isa.

Jika Isa sewaktu di gigi kekuasaan Menteri Besar dahulu pun, sanggup mengkhianati harapan dan tanah rakyat, tidak mustahil selepas terpilih menjadi Adun Bagan Pinang atau mungkin Menteri Besar kelak; menjadikan Isa kembali rakus mengamalkan kronisme dan rasuah sebagaimana sebelum ini.

Ditanya sama ada beliau mendapat duit raya Felda baru-baru ini, Mokhtar menjelaskan bahawa duit raya Idulfitri yang diumumkan Perdana Menteri tersebut suatu pembohongan belaka.

Suara rakyat kedua-dua Felda sudah kedengaran mengkritik peribadi Isa Samad yang dipalitkan rasuah. pengundi N31 diseru menolak Isa Samad kerana rasuah demi memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat kian berubah bersama Pakatan Rakyat.

Melalui pendedahan PKR dan peneroka-peneroka yang jelas nyata dianiaya ini, PAS menyerahkan kepada rakyat di Bagan Pinang ini menilai siapakah pemimpin yang mereka mahukan, sama ada pemimpin yang membela rakyat atau mencekik duit rakyat.

N-31 Bagan Pinang: Tukar - Be eNd Kepada Beer eNd..!

Aku baru dapat 1 komen... aku rasa best sangat dengan nama pengkomen tu... sebab aku rasa nama tu best, aku nak bagi anugerah dekat geng kita ni... really brilliant...

Mulai hari ini, kita tukar nama Be eNd kepada Beer eNd..! cool huh..?

N-31 Bagan Pinang: "Sweeping UMNO/BN" From Malaysia..!

Aku dah berada di Bagan Pinang bermula dari malam jumaat yang lepas dan sebelumnya aku jugak berada di semua lokasi Pilihanraya Kecil sebelum ini kecuali Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dan juga Pilihanraya Kecil Batang Ai.

Di semua lokasi yang sempat aku bersama, aku perhatikan 1 perkara yang cukup-cukup sinonim dengan UMNO/BN tak kira dimanapun dan perkara itu ialah RM dan Keganasan. dalam semua kempen pilihanraya kecil yang diadakan sebelum ini, pasti ada laporan tentang berlakunya amalan rasuah dan juga keganasan yang dilakukan oleh pihak UMNO/BN kecuali dalam Pilihanraya Penanti, itupun sebab UMNO/BN tidak bertanding.

Kalau disebut amalan RM, aku masih ingat lagi kejadian di Permatang Pauh yang mana para pemuda UMNO/BN sendiri telah mengadakan kekacauan dan bertindak memecahkan cermin bangunan UMNO/BN pada malam keputusan diumumkan (ketika penyokong Pakatan Rakyat sedang sujud syukur atas kemenangan) di 1 lokasi sekitar Penanti kerana tidak mendapat upah yang dijanjikan.

Dalam kejadian tersebut, sebanyak 6 buah trak FRU terpaksa dikejarkan ke Bangunan UMNO tersebut untuk mengawal kejadian dan mujur juga Bangunan UMNO tersebut tidak terbakar setelah dilontar dengan molotov cocktail oleh petugas UMNO/BN yang berang setelah gagal mendapat upah yang dijanjikan padahal kerja-kerja mereka telah selesai.

Dalam beberapa siri Pilihanraya Kecil yang seterusnya, kejadian yang sama masih juga berlaku. apa yang menariknya dan ia adalah fakta dalam setiap Pilihanraya Kecil, di hari penamaan calon, media perdana PASTI akan memaparkan berita yang 'kununnya' keganasan yang dilakukan oleh penyokong Pakatan Rakyat tetapi dalam setiap berita tersebut, tidak pernah dipaparkan video rakaman semasa kejadian, yang ada hanyalah gambar "mangsa" yang "kununnya" cedera (tanpa kesan kecederaan).

Paling menarik sekali ialah apa yang berlaku di Bagan Pinang semasa hari penamaan calon. diberitakan bahawa seorang Pemimpin Pemuda UMNO telah dibelasah oleh beberapa penyokong PAS dan seterusnya dipaparkan gambar kesan kecederaan mangsa (sampai hari ni aku dok tilik tapi masih tak nampak kesan kecederaan tu...) dan pada keesokan harinya, mangsa dimasukkan ke Wad dan lehernya telah dipakaikan dengan alat penyokong leher.

Ada NGO telah menawarkan sejumlah wang bernilai RM1000 untuk gambar atau video semasa kejadian tetapi masih tiada hasil dan pagi kelmarin, NGO tersebut telah menaikkan jumlah wang tersebut kepada RM6500 tetapi sampai ke saat ini, masih gagal mendapat apa-apa respon dari mana-mana pihak.

Mungkin semasa kejadian, para malaikat telah "menghacke" semua still camera, video camera dan juga HP orang ramai yang berada disitu atas sebab-sebab tertentu. ;D

Dalam kejadian-kejadian keganasan yang seterusnya yang didalangi oleh pihak UMNO/BN, media perdana tidak pernah walau sekalipun melaporkannya didalam mana-mana sumber media milik mereka baik saluran interaksi Radio/TV mahupun online.

Ini menampakan dan menjelaskan kepada kita betapa apa-apa sahaja kejadian keganasan yang didalangi oleh UMNO/BN "will keep in save under their carpet" manakala seboleh mungkin, media-media perdana yang didalangi oleh UMNO/BN akan cuba juga untuk memaparkan berita keganasan yang "kununnya" didalangi oleh Pakatan Rakyat walaupun dari awal sehingga keakhirnya kita tahu bahawa mereka tidak akan dapat memaparkan bukti-bukti berhubung apa yang dipaparkan, cukup sekadar gambar "mangsa" yang pada hakikatnya sihat.

Paling nyata ialah, dalam tempoh kempen, "mangsa" keganasan Pakatan Rakyat akan terlantar di hospital dan sebaik sahaja selesai urusan pengundian pada petangnya, "mangsa" keganasan Pakatan Rakyat akan hilang dari katil hospital dan tiada lagi berita tentangnya... aneh betul...

Hari ini, kejadian yang sama berlaku lagi di Bagan Pinang, dengan cara yang sama tetapi kali ini lebih hebat lagi dimana hantu-hantu yang datang untuk mengganas kali ini bukan sahaja datang dengan tangan yang kosong malahan kali ini mereka tampil dengan tangan yang bersenjata.

Aku cabar mana-mana individu perseorangan, bloggers atau media perdana paparkan berapa ramai Anak Bangsa Malaysia yang cedera, cacat atau mati angkara keganasan Pakatan Rakyat..!

Tapi kalau anda mahu kami paparkan mangsa-mangsa keganasan UMNO/BN mampu untuk memaparkan lebih dari anda jangka..!

Melihat pada keadaan ini, aku tak fikir negara tercinta kita Malaysia akan menjadi bertambah baik dibawah UMNO/BN... benar UMNO/BN "kununnya" mempunyai kekuatan anak muda yang ramai, gagah, perkasa dan berani. tetapi mereka-mereka ini lemah minda, lemah tubuh badan (berani bila ramai je... 1 by 1..? huh...)

Apa yang UMNO/BN berjaya tanam dalam jiwa anak-anak muda yang bakal menerajui negara Malaysia ialah kesamsengan. mereka dididik dan saban hari diracun secara berulang-ulang dengan patah-patah kata 13 mei, rusuhan kaum, cina nak ambil alih Malaysia dan beberapa lagi ungkapan-ungkapan yang selayaknya dibacakan kepada beruk-beruk dihutan.

Pimpinan sedia ada sudah semakin tua, berumur dan akan digantikan dengan anak-anak muda, tetapi adakah kita ingin mempertaruhkan masa depan negara kita ditangan anak-anak muda yang telah direkrut oleh UMNO/BN dengan zikir keganasan..?

Negara apa yang mahu kita jadikan Malaysia ini..? negara pengganas atau sebuah negara maju yang berlandaskan Islam berpandukan kepada Al-Qur'an dan Hadis dan menjadi contoh yang disegani kepada negara-negara jiran..?

Kalau anda redha supaya negara ini menjadi sebuah negara yang para pemimpin masa depannya terdiri daripada mereka-mereka yang ganas, brutal dan gila, UMNO mempunyai ramai anak-anak muda yang telah di rekrut sedemikian rupa dan anda boleh menemui mereka-mereka ini dalam mana-mana kempen pilihanraya.

1 perkara juga perlu aku ingatkan, anak-anak muda yang telah direkrut oleh UMNO/BN ini memerlukan 1 kuasa untuk berkhidmat dan kuasa itu ialah RM. jika anda tidak menyalurkan kepada mereka 'kuasa" ini, maka anda tidak akan mendapat apa-apa khidmat dari mereka.

Pakatan Rakyat juga selalu dikaitkan dengan keganasan dalam mana-mana kempen pilihanraya tetapi apa yang menghairankan ialah, penyokong Pakatan Rakyat yang dikatakan ganas itu selalunya dipaparkan gambarnya dalam keadaan kecederaan dan banyak juga yang cedera berdarah tetapi yang dikatakan sebagai mangsa keganasan Pakatan Rakyat..? gambarnya gagal dirakam... mungkin tubuhnya telah menjadi cebisan-cebisan yang halus akibat teruk "siganaskan".

Mainan silap mata jenis apa ni..?

Jadi... kita sebagai rakyat Malaysia, pada siapa kita nak pertaruhkan masa depan anak-cucu kita..? pada tangan mereka yang direkrut oleh UMNO/BN dengan zikir keganasan atau pada mereka yang terdidik dibawah Pakatan Rakyat dengan simbol keharmonian..?

Ada bezanya antara "dididik" dengan "terdidik"... "dididik" ialah pelakuan apabila kita diajar sesuatu oleh orang lain manakala "terdidik" pula ialah pelakuan apabila seseorang itu melihat, , bertanya, belajar dan berfikir dan menerimanya mengikut apa yang mereka faham dengan akal yang dianugerahkan oleh Allah.

UMNO/BN "mendidik" anak muda sehingga menjadi seperti apa yang mereka mahu manakala anak muda yang bersama Pakatan Rakyat pula berada didalam acuan mereka yang tersendiri, mereka tidak dipengaruhi tetapi mereka berada kerana kesedaran mereka dan bukannya hasil dari "pengaruh" mana-mana individu.

Semuanya terserah pada akal fikiran korang, korang tau mana yang baik dan mana yang buruk.

Untuk Negara Malaysia, mulai hari ini, aku lancarkan kempen :

"SWEEPING UMNO FROM MALAYSIA..!"

UMNO... You are too much..!

N-31 Bagan Pinang: UMNO/BN Parti Samseng..!

Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan lebih 20 lelaki bermotosikal dan juga kereta dipercayai penyokong UMNO/BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menyerang petugas yang berada di situ.

Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS dipukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong UMNO/BN terbabit tidak berpuas hati kerana mendakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan bendera dan poster UMNO/BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi-tubi. Bayangkan mereka menyerang dari luar markas sehingga ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.
Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain dan semua bukti beserta maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong UMNO/BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

Ekoran kejadian tersebut, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen dan juga meningkatkan tahap keselamatann di sini.

Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong UMNO/BN tersebut sebagai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.
Berikutan itu DPP akan mengadakan satu sidang media tergempar dai Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, jam 11 pagi ini.

N-31 Bagan Pinang: Markas PAS Diserang Samseng UMNO..!

Awal pagi tadi lebih kurang jam 3:30 pagi Markaz Pemuda PAS Pusat dan juga Markas Induk PAS di Bagan Pinang telah dikepung dan diserang oleh ramai samseng UMNO yang datang dengan lebih daripada 20 biji motor dan disyaki berada dalam keadaan mabuk.

Ramai Petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Saya memohon kepada rakan-rakan dan para pentokong Pakatan Rakyat untuk turun membantu dan meningkatkan kawalan keselamatan. Yang terbukti samseng adalah UMNO. Dengan nama ALLAH... kami perlu pertolongan.

N-31 Bagan Pinang: UMNO/BN Cuba "Beli" ATM Dengan RM300..!

Sebelum ni aku postkan 1 artikel pendek bertajuk N-31 Bagan Pinang: An Envelope Containing Cash -+RM300..?. itu adalah komen yang aku dapat dari seorang pembaca blog ini... (thanks for your early information).

Baca lagi dekat bawah ni yang aku petik dari blog (`•.¸ ♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´) -

Selepas gagal menafikan dakwaan awam melibatkan tentera dalam kancah politik, Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi kini dituduh mengheret tentera bergelumang dalam politik wang pula.

Pendedahan eksklusif tersebut dibuat oleh Brigadier Jeneral (B) Arshad melalui tulisan terbaru dalam blognya yang mengesahkan tentera kini bukan sahaja dilibatkan dengan agenda politik.

Arshad, 66, mula merasa curiga tentang kad jemputan Perayaan Ulangtahun Regimen Amor Ke 2 yang diadakan di Kem Sunggala, Port Dickson, dekat sini pada 5 Oktober lalu.

Beliau mempersoalkan mengapa satu sambutan peringkat regimen perlu dihadiri oleh ‘orang-orang berpangkat dan kenamaan’ termasuk Menteri-menteri UMNO dari Kuala Lumpur?

”Adakah orang-orang yang berpangkat tinggi dengan ‘paku-paku’ di bahu kini mengikut rentak irama tarian Menteri-menteri UMNO?,”soal beliau

Kesangsiannya tentang keterlibatan tentera dalam politik bukan sahaja terjawab namun satu panggilan telefon yang diterimanya hari ini ’melondehkan’ bukan sahaja seluruh kem tentera, bahkan Menteri Pertahanan sendiri.

Arshad (gambar knan) menyatakan, panggilan yang diterima dari Port Dickson mengesahkan mereka-mereka yang hadir dalam Majlis Prisytiharan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak telah menerima sekeping sampul surat setiap seorang.

Sambil menyindir beliau berkata, dalam setiap sampul terdapat wang tunai RM300 dan amat bertuah mereka yang hadir menerima sumbangan ikhlas dari Najib.

Katanya, sekiranya beliau tahu, beliau juga sanggup beratur untuk menerima habuan RM300 itu.

Pendedahan demi pendedahan terus berlaku menunjukkan bagaimana UMNO dan Barisan Nasional kini sanggup mengambil risiko melemahkan keselamatan negara dengan ’memperkudakan’ angkatan tentera.

Sebelum ini pendedahan turut di buat oleh Lt. Kolonel (B) Malakan dari Rejimen Askar Melayu berkaitan manipulasi undi pos dalam angkatan tentera.

Cerita sepenuhnya di http://mindnoevil.blogspot.com/2009/10/bagan-pinang-and-promotion-in-army.html.