Monday, October 19, 2009

Kisah Putar-Belit Ekonomi UMNO/Beer eNd

United Kingdom
Household Wealth 'Falls By £31k'
UK households saw their wealth drop by an average of almost £31,000 each last year, because of the credit crunch and the recession, research shows.
Ref - BBC NEWS

Japan
Fall In Japan's Unemployment Rate
Japan's jobless rate unexpectedly fell to 5.5% in August from July's record high of 5.7%, official figures showed.
Ref - BBC NEWS

Eropah
Eurozone Jobless Continues Rising
The unemployment rate across the 16 countries that use the euro has risen again as the effects of the recession continue to be felt.
Ref - BBC NEWS

Eropah
Eurozone Economy Shrinks By 0.2%
Economic activity in the eurozone shrank by 0.2% between April and June - worse than originally thought - according to official figures.
Ref - BBC NEWS

'Too Early' To Declare Recovery

It is "still premature" to talk about the beginnings of a recovery despite growing optimism, according to the influential Ernst & Young Item Club.

It predicted some growth in the second half of 2009 but said the economy would struggle to achieve 1% growth in 2010.

The forecasting group blamed the weak growth on consumers repaying debt and tax rises after the election.

There was optimism from BT Business research, which found small businesses were optimistic about the coming year.

Ref - BBC NEWS

Malaysia
Ekonomi Negara Dijangka Pulih Tahun Depan - Dr Awang Adek

KUALA TERENGGANU, 18 Okt (Bernama) - Keadaan ekonomi negara dijangka kembali pulih tahun depan dengan mencatatkan pertumbuhan yang positif sekaligus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata, keyakinan dan andaian itu berdasarkan pergerakan "ekonomi dunia" sekarang yang menunjukkan ke arah pemulihan.

Sumber - BERNAMA

Banana - Dunia.? Dunia mana ni.? Ekonomi Barat rugi, Timur rugi..Dunia mana dia refer ni.?

Mana Pencacai..? Salak lah..!

Utusan Meloya : Perak beri 800 hektar tanah bantu pelajar miskin India 15/10/2009 7:00pm

KUALA LUMPUR 15 Okt — Kerajaan negeri Perak mengumumkan peruntukan tanah seluas 800 hektar untuk manfaat Tabung Pendidikan dan Pengupayaan Pendidikan Kaum India di negeri itu.

AntiBeerN - Apa lagi pencacai BeerN sekelian... melalak la plak pasal isu ni. Ari tu Nizar bg tanah kat cina tak boleh... korang melalak mcm anjing... sekarang melalak lah gak lagi... mcm ARNAB plak ke...

TPU - AntiBeerN... ur cool..!

Layan Rumah Terbuka... Gambar-Gambar...

Kelmarin aku dapat 11 undangan rumah terbuka termasuk undangan ke Sua Rasa di Stadium Melawati Shah Alam, tapi sebab tak nak meletihkan badan, aku cuma pergi 2 majlis je... tengahari aku ke Rumah terbuka Ahli Parlimen Teluk Kemang, Dato' Kamarul di Kelana Jaya.

Masa aku sampai DSAI baru balik, jadi x sempat nak snap gambar DSAI. sempat jugak aku jumpa 3-4 orang team kami dari Barisan Rakyat Blogger - Duke, Rudy & Boom dan jugak sahabat kami dari Kuala Kubu baru, Mary... pun x de snap gambar dorang... masing-masing rush nak ke majlis lain pulak.

Jadi aku masuk dalam terus, layan sate...
Dekat dalam, dah ada geng menunggu sambil membelasah makanan percuma yang disediakan. Zorro-Unmasked, Hawkeye, Shanghai & yang lain-lain... sambil-sambil sembang dengan Dato' Kamarul hal-hal politik Malaysia. Dato' Kamarul memang cool.

Ops... masa aku tengah makan, ADUN Gombak Azmin Ali pun sampai... diorang ni pun 1 hal... time aku tengah mencekik baru nak datang... jadik gambarnya korang bayangkan je la dalam kepala korang... Azmin pakai baju biru, baju yang sama dia pakai masa dia pergi ruah Azwan Ali.

Mekasih...

Lokasi seterusnya ialah Markas Tarbiyah PAS di Taman Melewar... dari Kelana Jaya, Arthur hantar aku ke Komuter Seri Setia dan dari Seri Setia aku terus ke Putra kemudian ambik teksi ke Taman Melewar... nasib rezeki murah hari tu, Drebar teksi tu pun penyokong Pakatan Rakyat, pergi makan sekali & aku pulak dapat diskaun tambang... mekasih...
Memula aku sampai, Salahuddin Ayob pun sampai jugak... ni Ahli Parlimen kampung aku ni... Kubang Kerian...
Orang ramai, memang ramai... bersesak-sesak... nak masuk tersumbat, terpaksa berhimpit-himpit, jadi aku beli je air dekat gerai depan ni ha... perut kenyang lagi melantak dekat rumah Dato' Kamarul tadi...

Yang lain-lain... korang tengok gambar je la... ingat aku ape..? pembaca berita..?
Ustaz Nasaruddin Mat Isa... kenyang dah tu...
Ustaz Ahmad Awang... cool...
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat...
Aku suke gambar ni..!
Ini dia Iron Lady dari Dewan Muslimah PAS Pusat & Wilayah Persekutuan... Ustazah Nuridah Salleh & Dr Halimah...
Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man...
Ustaz Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dan juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu...
Kalau tak kenal yang ni... memang hampeh la korang ni...
Dikir Barat pun ada woi..!
Wanjo..!

Pemuda UMNO Menjadi Rakan Komunis?

Dalam sibuk-sibuk UMNO menyerang Dato Seri Anwar Ibrahim kerana bersetuju membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia dalam zaman tuanya, tiba2 kita dikejutkan oleh berita bahawa Pemuda UMNO telah mengadakan hubungan dua hala dengan Liga Pemuda Komunis China. (Communist Youth League of China – CYLC)

Razali Ibrahim dilaporkan berkata:
Razali Ibrahim sebenarnya yang wajib menjelaskan kepada rakyat Malaysia mengapa Pemuda UMNO sanggup menggadai prinsip mereka menjalin hubungan dengan organisasi berideologi komunis sedangkan Malaysia telah berperang dengan pengganas komunis selama lebih 40 tahun.

Adakah Pemuda UMNO mahu mengkhianati para perajurit yang telah terkorban di dalam memerangai kebangkitan bersenjata komunis selama lebih 40 tahun itu?

CYLC ini amat berpengaruh dalam Parti Komunis China. Presiden China sekarang ini, Hu Jintao, adalah produk dari CYLC ini serta ramai lagi ahli-ahli CYLC menduduki kepimpinan Parti Komunis China.

Sekurang-kurang nya membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia adalah langkah sebagai mengenang jasa beliau memerangi Jepun dan penjajah British dahulu. Sekurang-kurangnya Chin Peng ada jasa beliau kepada Tanah Melayu, Malaya dan Malaysia. Apa jasa Liga Pemuda Komunis China kepada Malaysia?

Tindakan Pemuda UMNO Melanggar Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Malaysia menjelaskan bahawa Islam adalah agama persekutuan. Sedangkan ideologi komunis membenci ketuhanan dan membenci agama. Menjalin hubungan dengan sebuah pertubuhan komunis bererti menghina Perlembagaan Persekutuan.

Benar kata-kata Ustaz Idris Ahmad bahawa Pemuda UMNO telah melakukan pengkhianatan kepada negara kerana menjalin hubungan dua hala dengan sebuah pertubuhan yang mempunyai ideologi yang berlawanan dengan Peruntukan Perlembagaan Negara.

Hubungan diplomatik antara negara bukan hubungan ideologi. Ianya adalah hubungan bersifat praktikal dan bertujuan untuk menjaga kebajikan dan keamanan di antara dua negara walaupun kedua2 negara mempunyai ideology yang berbeza.

Namun, Pemuda UMNO telah mengambil langkah pro aktif dan menjalin hubungan dua hala dengan sebuah pertubuhan yang mempunyai ideology yang berlawanan dengan Perlembagaan Negara dan juga Islam.
  • Jelas Pemuda UMNO tidak hormat pada Islam dan tidak hormat pada Perlembagaan Negara.
Apa jasa Liga Pemuda Komunis China kepada Malaysia?

Apa jasa CYLC kepada Malaysia? Itu soalan saya kepada Khairy Jamaluddin dan Razali Ibrahim. Apakah jasa CYLC ini cukup besar sehingga Pemuda UMNO sanggup menggadai prinsip dan menjalin hubungan dengan sebuah pertubuhan yang masih kuat berpegang kepada ideology komunis?

Lupakah Pemuda UMNO bagaimana ideology komunis telah menghancurkan kemanusiaan dan menjadikan separuh dari benua Eropah merempat dalam kemiskinan dan kelaparan? Lupakah Pemuda UMNO bahawa ideologi komunis adalah satu ideology yang keji dan mungkar serta menolak bukan sahaja agama tetapi ketuhanan itu sendiri?

Seburuk-buruk Chin Peng, beliau dan rakan-rakan beliau dalam Parti Komunis Malaya mempunyai jasa kepada tanah kita ini. MEreka telah berjuang memerangi pendudukan Jepun di Malaya dan mereka telah melancarkan perang ke atas penjajahan British dengan mengorbankan ribuan nyawa ahli mereka demi untuk memerdekakan bumi Malaya dari penjajahan British.

Untuk itu, Malaysia mempunyai tanggungjawab membalas jasa mereka dan membenarkan mereka kembali ke Malaysia bagi menjalani sisa-sisa hidup mereka. Apa salahnya, mereka dibenarkan pulang tetapi diletakkan di dalam sebuah kem yang tertutup dan mereka hanya dibenarkan berinteraksi dengan kawalan yang ketat dengan populasi umum.

Bahaya Chin Peng Adalah Amat Kecil Berbanding CYLC

Chin Peng orang tua yang sudah tidak berdaya. CYLC mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk menyebarkan ideology membenci tuhan dan agama. Sekurang-kurangnya CYLC mampu menyebarkan semangat membenci agama dan ketuhanan kepada negara lain, kalaupun mereka tidak mampu mempengaruhi dunia dengan ideoloji komunis mereka.

UMNO memang pertubuhan yang “mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”. Talam dua muka bernama UMNO ini, dihadapan rakyat Malaysia yang Islam mengaku berjuang Islam tapi dibelakang mereka berselingkuh dengan orang-orang yang membenci Islam dan membenci ketuhanan.

Inilah dia perangai sebenar UMNO, yakni PENIPU SAMPAI KIAMAT

Tulang Besi

Daerah Beruk, Daerah Manusia...

Salam...

Semalam,
Aku ke daerah beruk...
Ku fikir segalanya keberukan...
Namun masih ada "kemanusiaan" di sana...

Hari ini,
Ku kembali ke daerah manusia...
Malang......
Ku lihat keberukan juga ada di sini...
Di daerah "manusia"...

Aku keliru
Antara manusia dan beruk... argh...

-OraNg KaMpoNg

Siaran Langsung Sidang Parlimen

Sila layar WEBTV PAS untuk menonton siaran langsung dari Parlimen...

Klik sini.