Friday, November 06, 2009

Cerita Sebenar Mengapa Khalid Samad dan Saari Sungip Dipecat (Back by Popular Demand)

Oleh kerana isu pemecatan Khalid Samad telah dinaikkan semula oleh PJ Selangor dalam "review" beliau seluruh Malaya (mcm Kassim Selamat) maka saya pun bawa pendedahan saya berkaitan pemecatan Khalid Samad sekali lagi. Artikel ni saya telah publish pada 10 Disember 2008.

Orang akan kata, saya mana ada bukti buat dakwaan sebegini. Macamlah si Khairuddin Osman dgn PJ Selangor ada bawak bukti masa buat tuduhan2 jahat terhadap Khalid Samad dan Saari Sungip (untuk melihat tuduhan2 tersebut, sila baca di
sini).

Sudahlah terkantoi, semua tuduhan tersebut berdasarkan insiden2 yang berlaku TAHUN INI, sedangkan Khalid Samad dan Saari Sungip dipecat dari Dewan Harian TAHUN LEPAS, bulan November. Jadi, macam mana Khalid boleh dipecat atas insiden-insiden yang berlaku SELEPAS beliau dipecat. Saya rasa orang2 kat Perhubungan Negeri ni sedang kena bala dari Allah SWT hasil dari doa Tok Guru Nik Aziz. Sebab tu diorang dah mula bercakap macam orang mereng.


KHAIRUDDIN OSMAN. Kau memang bangsa jual maruah. Kau tahu benda kau cakap ni bohong tapi kau cakap jugak. Kau akan dapat penghukuman kau dalam masa terdekat nanti, inshaalah.

(BERMULA) Kalau tuan/puan sedar, semua artikel saya sebelum ini tidak memberi apa-apa komen berkenaan dengan pemecatan Khalid Samad. Saya cuma mempersoalkan perlantikan seorang Ketua Penerangan yang mempunyai track record menjalankan aktiviti2 subversif dalam PAS, yakni perlantikan Roslan SMS.

Ini kerana pada waktu itu saya tidak berkemampuan untuk memgesahkan beb erapa maklumat yang saya dapat. Namun, pada hari ini, beberapa ketidakpastian itu telah terjawab. Saya tidak akan menamakan nama dalam pendedahan saya ini, tapi saudara/ri mampu untuk memahami siapakah karater-karakter yang saya sebut ini.

Masalah sebenar timbul sewaktu “retreat” PAS Pusat di Langkawi. PAda masa itu, Wakil PAS Selangor (WPS) telah membentangkan laporan di bawah tajuk hubunan Pakatan Rakyat di Selangor. WPS itu telah membentangkan satu laporan yang 100% negatif. Dengan kata lain laporan WPS itu telah member gambaran bahawa hubungan PAS dengan rakan2 Pakatan Rakyat yang lain adalah tersangat keruh dan seperti retak menanti belah.

Walaubagaimanapun, laporan WPS itu telah mendapat kritikan yang tersangat hebat di dalam retreat tesebut. WPS telah dibantai kiri dan kanan. Seumpama Ustaz Solihin Mukhyi dibidas semasa Muktamar PAS di Ipoh tempohari kerana mengatakan bahawa PAS dianaktirikan di Selangor. WPS telah mendapat kemaluan yang tersangat besar kerana hampir keseluruhan peserta retreat Langkawi tersebut tidak dapat menerima laporan WPS itu.

Selang 2 minggu selepas retreat, Dewan Harian PAS Selangor telah dipanggil oleh PAS Pusat kerana PAS Pusat gusar terhadap laporan WPS dan mahu perbincangan yang lebih mendalam. Di dalam pertemuan itu, sekali lagi WPS membentangkan laporan yang sama. Namun, kali ini laporan WPS telah disanggah oleh Tn Haji Khalid Samad sendiri justeru menampakkan lagi kelemahan laporan WPS itu.

Malahan WPS gagal meyakinkan Presiden PAS Pusat kerana Tuan Guru Presiden menyatakan bahwa tidak mungkin Pakatan Rakyat di Selangor ini terlalu buruk. Tuan Guru meminta PAS Selangor mencari jalan menyelesaikan apa-apa masaalah kerana kedudukan PAS di Selangor jauh lebih baik berbanding Selangor di bawah BN dulu.

Ertinya perancangan WPS telah gagal. Percubaan beliau untuk memberikan gambaran buruk kepada pimpinan PAS berkaitan dengan Pakatan Rakyat telah memakan tuan. Imej WPS jatuh merudum dan imej Pakatan Rakyat berjaya dipertahankan di kalangan pimpinan PAS.

Khalid Samad Mesti Dibuang


Selepas itu telah berlaku mesyuarat PASKAD yang telah membincangkan banyak isu2 semasa. CUmanya, isu pembentangan WPS yang 100% negative itu telah dibincangkan. Oleh kerana Khalid Samad adalah Pengerusi PASKAD, maka Khalid telah dipersalahkan secara 100%.

Padahal pada masa itu telah diperbincangkan berbelas isu-isu lain dan isu WPS itu hanya sebahagian sahaja. Dan bukannya Khalid Samad yang menaikkan isu tersebut.

Kita dapat baca dalam laman Fraksi UMNO, Tranung Kite, sebuah surat dimana Khalid Samad dituduh cuba memburukan WPS itu di dalam mesyuarat PASKAD. Sebenarnya cerita ini fitnah tetapi memandangkan Tranung Kite adalah laman Fraksi UMNO yang pro kepada laman AntiHusam, maka surat fitnah ini telah disiarkan tanpa tapis.

Memang pun Tranung Kite amat berdendam dengan Khalid Samad sebab Khalid telah mengagalkan usaha mereka mempengaruhi perwakilan PAS menyokong usaha membawa PAS masuk UMNO.

HAsilnya, Khalid Samad dan Saaari Sungib telah ditendang keluar dari Harian Negeri Selangor atas alasan memburukkan WPS di dalam mesyuarat PASKAD.

Hakikat sebenarnya, Khalid dipecat kerana pengaruh dan fungsi beliau mengagalkan usaha WPS dan Fraksi UMNO untuk memburuk dan memfitnah Pakatan Rakyat di Selangor.

Yang hairannya, dalam mesyuarat Dewan Harian Negeri sebelum pemecatan, tidak dibincangkan langsung akan pemecatan Khalid Samad ini.

Keputusan memecat Khalid Samad ini dibuat secara “impromptu” tanpa merujuk kepada Dewan Harian Negeri. Ahli-ahli Perhubungan Negeri seperti terkejut dan tiada siapa yang bersuara kerana mereka berada dalam keadaan yang sangat terkejut.

Beliau juga melantik Roslan SMS kerana Roslan SMS adalah tokoh fraksi UMNO yang mahu membersih PAS dari segala anasir pro Pakatan Rakyat. Ertinya WPS adalah sebahagian dari Fraksi UMNO yang mahu “mengumnokan” PAS.

Segala Cerita Buruk Pakatan Rakyat Mesti Datang Dari Selangor

Kalau saudara/ri nak tahu, segala cerita negatif dan fitnah berkenaan Pakatan Rakyat di kalangan PAS adalah datangnya dari Selangor. Misalnya :
  1. DAP cuba untuk menghapuskan amalan Islam di Selangor.
  2. Cerita Teresa Kok menghalang azan mula2 didengari dikalangan PAS Selangor lama sebelum Khir Toyo mengutip fitnah tersebut.
  3. Kononnya Ahli-Ahli Majlis di Selangor hanya mempunyai 30% melayu sahaja mula-mula ditimbulkan oleh wakil Selangor di Mesyuarat Exco Pemuda PAS Pusat oleh Wakil Selangor.
  4. DAP mengkhianati PAS telah diungkapkan oleh suara Fraksi UMNO, Songkok Putih kepada saya sendiri.
Gerakan Anti Pakatan Rakyat Semakin Galak

Setelah memecat Khalid Samad, WPS itu sudah semakin galak. Baru-baru ini beliau membuat kenyataan yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia kononnya ada masaalah dalam Pakatan Rakyat negeri (walaupun dinafikan tapi kalau betul pun saya tak terkejut). Sehingga kenyataan tersebut disanggah oleh MB Kedah sendiri, Ustaz Azizan Abdul Razak.

Beliau juga cuba menjadi champion mengharam arak di Selangor, sedangkan arak sudah sememangnya haram kepada orang Islam di Selangor. Apa yang perlu adalah penguatkuasaan dan “spot check”. Seharusnya diwujudkan pasukan-pasukan “spot-check” kepada 7-11 dan sebagainya untuk memastikan mereka tidak menjual arak kepada orang islam.

Semua ini bertujuan untuk mencipta suasana tidak senang dan tidak harmoni dalam Pakatan Rakyat Selangor. Itu sahaja.

PAS Selangor Sudah Semakin Menjadi Assabiyyah Persis UMNO?

Saya nampak PAS Selangor sudah semakin lama semakin UMNO. Tidak hairanlah kepimpinannya sekarang ini terdiri dari bekas Special Branch, penceramah Biro Tatanegara, Roslan SMS (yang bangga dengan backround UMNO beliau) dsbnya.

Mungkin mereka ini baru dalam PAS kerana tarbiyyah PAS yang saya ikuti semenjak 1980an lagi mengajar saya bahawa PAS bukan parti kebangsaan Melayu dan Kebangsaan Melayu itu diharamkan oleh Islam.

Islam tidak mengajar ketuanan Melayu dan islam tidak menyokong penindasan sesuatu kaum atas alasan ras dan kabilah serta warna kulit. Itu semua adalah amalan jahiliyyah arab pada masa dahulu.

Saya nampak seolah-olah kepimpinan PAS Selangor mahu membawa PAS Selangor kembali semula kepada amalan Jahiliyyah Arab, yakni Assabiyyah.

Ingatlah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Dawud :
  • “Bukan dari golongan aku orang yang memperjuangkan kebangsaan, bukan dari golongan aku orang yang berperang kerana kebangsaan dan bukan dari golongan aku orang yang mati kerana kebangsaan”
Adakah PAS Selangor hendak membawa ahli-ahli mereka ke arah melawan hadeeth Nabi SAW ini? Tapi iyelah, bawah kerajaan Pakatan Rakyat ni mana boleh buat duit. Bawah UMNO kan senang buat duit?

Kalau tak Suka Pakatan Rakyat, Berenti Kerja

Kalau dah tak suka kepada Pakatan Rakyat, dinasihatkan supaya letak semua jawatan dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Janganlah jadi macam Roslan SMS, buat konspirasi anti Pakatan Rakyat, tapi masih muka tak malu terus pegang jawatan dalam kerajaan tempatan Pakatan Rakyat.

Jadilah insan yang berprinsip dan berhemah serta bermaruah. Sikap tidak bermaruah ini hanya sikap UMNO.

Tulang Besi

Kalau Ada Plihanraya Mengejut, MB PAS yang Tinggal Hanya MB Kelate.

Itu adalah analisa yang diberi kepada saya oleh salah seorang pemerhati politik Malaysia dari luar negara yang terkenal juga. Tapi saya tidak mahu menyebut nama beliau dan beliau bukan Dr Aziz Bari kerana Dr Aziz Bari tidak kenal pun saya. Tapi cukup saya katakana nama beliau terkenal dan beliau ada kredibiliti untuk memberi komen ke atas situasi politik di Malaysia.

Hasil dari angkara Fraksi UMNO, imej dan persepsi terhadap PAS semakin menjunam di kalangan pengundi CIna dan India. Kenyataan2 “orang itu” semakin menghakis sokongan kepada PAS di kalangan orang Cina dan India.

KEDAH

Di Kedah, analisa yang saya buat di atas keputusan Pilihanraya 2008, menunjukkan bahawa undi orang Melayu terbahagi kepada dua di antara PAS dan UMNO. Ertinya, pada 2008 sekalipun dari 10 pengundi Melayu, 5 orang telah mengundi PAS/Pakatan.

Ertinya kemenangan PAS di Kedah adalah disebabkan oleh pengundi Bukan Melayu dan Bukan Islam yang telah pergi kepada Pakatan Rakyat dengan banyak sekali. DIanggarkan 70% pengundi India dan 65% pengundi Cina di Kedah telah mengundi PAS dan PR pada 2008.

Kebelakangan ini diberitahu bahawa popularity MB Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, semakin menaik di kalangan orang Melayu dan Islam di Kedah. Namun, sejauh mana tinggi popularity Ustaz Azizan, jumlah pengundi Melayu yang akan beralih kepada PAS tidak akan melebihi 60%.

Dengan 60% Melayu tidak berkemungkinan kepada PAS untuk mendapat kerusi yang cukup untuk memerintah Kedah.

PAS masih perlu mendapat sekurang-kurangnya 50% undi Cina dan India di samping kenaikan undi Melayu dari 50% ke 55% untuk menawan kembali Kedah. Namun, imej PAS yang begitu buruk sekarang ini hasil angkara “kumpulan itu” serta “orang itu”, tidak memungkinkan PAS mendapat lebih dari 40% undi India dan Cina di Kedah.

PERAK

Sejak dari asal pun kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat adalah tipis berbanding dengan Barisan Najis. Yang memungkinkan PR memerintah Perak pun adalah disebabkan “banjir” pengundi India dan Cina kepada PAkatan Rakyat begitu luar biasa sekali.

Ditambah dengan “bank” pengundi Melayu Barisan Alternatif yang berada pada tahap minima 40%, maka jatuhlah kerajaan Barisan Nasional di Perak buat pertama kalinya dalam PRU 2008.

Namun, dengan perkembangan negatif yang berlaku sekarang ini angkara “orang itu” maka Pakatan Rakyat tidak mungkin dapat mengekalkan tahap sokongan pengundi India dan Cina, terutama sekali pengundi India yang sedang menghadapi dilemma akibat beberapa pemimpin Hindraf telah berjaya dibeli BN.

Faktor ini juga mungkin telah memprovokasi YB Nizar untuk memarahi “orang itu” dalam mesyuarat Khas baru-baru ini. “Orang itu” membalas, “bukan dia sahaja yang mintak tapi Dr. ***** *** pun mintak sama”. YB Nizar sedar bahawa peluang PR untuk memerintah Perak AMAT terjejas dengan tingkahlaku sumbang “orang itu”.

Dari sudut positifnya pula, imej PAS di Perak adalah lebih baik dari negeri lain kerana faktor Nizar. Cumanya, angkara fraksi UMNO, Nizar telah dihalang untuk menjadi PJ Negeri Perak. Saya tidak kata PJ sekarang ni jahat atau fraksi UMNO atau jahat, tapi rakyat Perak tidak mengenali PJ sekarang ini berbanding Nizar. Jadi, kiranya PAS melantik Nizar sebagai PJ maka pengiktirafan PAS Pusat terhadap Nizar akan menambah lagi saham PAS di kalangan pengundi bukan Melayu dan juga Melayu/Islam.

(Minta maaf pada PJ Perak yang ada sekarang. Saya tidak sekali-kali mengatakan tuan tidak layak ataupun tidak baik. Cumanya dari segi persepsi umum, Nizar lebih layak kerana beliau lebih dikenali dan lebih popular).

Saya nak bagitau, saya tau siapa yang calonkan PJ sekarang semata-mata mahu menghalang Nizar dari jadi PJ. Perlantikan PJ2 baru2 ni pun pasal nak menguatkan pegangan kuasa Fraksi UMNO ke atas perwakilan2 PAS. Itu sahaja.

KELANTAN

Inshaalah tenang. Namun, faktor Wang Ehsan ni WAJIBBBBB PAS Kelantan ambil serious. Ia jangan mudah ditolak ke tepi ataupun dipandang remeh.

PAS Terengganu dahulu pandang remeh terhadap Wang Ehsan dan akhirnya PAS Terengganu tersungkur menyembah bumi pada 2004. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali.

Imej Tok Guru “intact” tapi perlu digerakkan jentera parti dan PAS Kelantan dengan kadar segera

Perlu yang amat sangat supaya ditendang keluar anasir2 UMNO yang ada dalam PAS Kelantan sekarang dengan kadar segera. Terutamanya mereka yang telah terlibat dalam perjumpaan sulit dengan wakil Najib sebelum Najib bertemu Tok Guru pada bulan Ogos lepas.

Mereka cuba memasang perangkap ke atas Tok Guru namun perangkap mereka tidak menjadi. Mereka2 yang telah terlibat ini HARUS DIKORBANKAN.

TERENGGANU

Baik toksah kempen kat Terengganu. Pi Kedah lagi baik. PJ dia sendiri pun kena booo dengan penyokong sendiri. Macamana nak dapat sokongan orang atas pagar? Letih je kempen nanti.

Rugi je duit korang derma kat sana. Kalau nak tolong pun tengok Kawasan. Kalau mcm Dungun tu OK sebab Ustaz Wang Hassang tu orang baik dan terpuji sampai orang UMNO pun sayang kat dia.

Padahal UMNO Terengganu tu berpecah dua dan amat lemah. Senang je kalau nak makan, tapi masing-masing keras kepala. Bila orang buat survey, disalahkan orang buat survey, bukan nak analisa keputusan survey.

Sebab apa? Sebab survey tu kata “Kain2 Buruk” tu semua kena buang dan ganti dengan “Kain Baru” kalau nak menang. Melenting sekor-sekor bila saya bagitau benda ni kat diorang ( saya tak gunalah perkataan Kain Buruk dan Kain Baru).

Saya bagitau diorang sebab saya nak tengok PAS menang kat Terengganu. Diorang pegi tuduh saya agen pada orang X. Diorang tuduh orang X ni membayar kompeni survey tu untuk membawa analisa2 yang palsu untuk menaikkan nama orang X. Mereka tuduh kompeni survey tu sebenarnya memberi maklumat palsu supaya “orang X” dapat naik jadi MB. Begitu busuknya orang2 yang dikatakan cukup tarbiyyah dan cukup “tsiqah” ni. Mulut diorang lebih jahat dari Firaun.

Lepas tu diorang buat survey sendiri kata “Kain2 Buruk” tu semua masih laku dan hebat untuk menyanggah survey yang saya laporkan itu. Sampai tahap tu sekali dajal diorang ni. Tak pikir parti langsung. Asyik pikir perut sendiri (dan bawah perut). PAS tu “second priority”. Kesian kat ahli2 PAS yang bawah2 tu yang 100% ikhlas berlawan dengan polis dan SB untuk halang pengundi hantu. Tabik kat ahli2 PAS Terengganu ni semua. Berani dan komited pada perjuangan islam. Tapi nak buat macamana, wala’ punya pasal, negeri tergadai.

Last2 pada 2008 semuanya tersunggkur menyembah bumi, lagi sekali. Buat fitnah kat saya, Allah SWT bayar balik “cash”. Saya tak maaf sampai akhirat. Tolak maklumat saya bagi, last2 kalah menonggeng. Tapi, lepas kalah terus bawak fitnah lagi kat saya tu. Dah kalah pun tak nak insaf.

Sekarang ni, lantak kau la. Kau nak menang ke nak kalah ke saya tak ambik pusing. Masa depan Kaabah dulu pun, tak terkeluar dari mulut saya mintak Allah menangkan diorang ni kat Terengganu. Kalau menang pun jadi fitnah, nak buat apa?

Lebih baik ahli2 PAS Terengganu yang ikhlas2 tu daftar kat Perak bagi Nizar menang. Ramai2 daftar kat Perak dan bagi PAS Perak menang.

Baru ni diorang buat ijtimak. Cukup hebat. Dekat 3000 orang datang Ijtimak. Saya pun baca la laporan Ijtimak tu. Laaaaaa, benda yang dipersetujui dan dipakati, benda tu saya dah baca 10 tahun lepas. Idea lama dikitar semula.

Saya tanya la, korang nak menang, takkan takda langsung usul untuk merapatkan diri dengan pengundi, memahami pengundi, memberi apa yang pengundi mahu selagi tidak berlawanan dengan syariat? Jawapnya takda. Cumanya kita nak dakwah, nak tarbiyyah.

Saya balas balik, kalau korang tak paham pengundi nak dakwah macamana? Pengundi tu lah “target dakwah”. Kalau tak faham macam mana “target dakwah” berfikir, macam mana nak sampaikan dakwah dengan efektif. Korang nak sampai dakwah pada sapa? Pada monyet dekat Empangan Kenyir? Monyet bukan manusia, macamana nak dakwah kat diorang.

Esok nanti aktivti2 yang akan dianjurkan adalah aktiviti2 syok sendiri. Balik2 penyokong dengan ahli sendiri yang hadir. Yang atas pagar dengan lemah UMNO tak nak datang. Waktu PAS memerintah pun banyak aktiviti2 syok sendiri. Tu yang kalah.

Persoalan cita rasa pengundi ni sengaja tak bincang dalam Ijtimak sebab isu ni sensitif. Kalau dibuat kajian sekali lagi, keputusannya tetap sama, yakni, kena buang kain buruk ganti kain baru. Tu yang langsung tak nak bincang dalam ijtimak pasal pengundi dan kitar balik idea lama.

Sebagai penutup, kalau tak buang pekung2 ni dari PAS, alamat baliklah kita zaman 2004. Mereka ni dah kalah, mereka “hijack” PAS Pusat untuk mengekspot kekalahan mereka ke seluruh Malaysia. Alamat nanti tinggalkan kita dengan Kelantan sahaja.

Tulang Besi

ps Kita mungkin dapat Perlis la kot sebab sekarang ni pun, persepsi rakyat Perlis adalah wakil2 PAS adalah backbencher dan Ketua Pembangkang adalah Shahidan Kassim. Ada ka Shahidan pegi bantai Mat Isa Sabu, wakil PAS pegi pertahan Mat Isa? Sedangkan orang kata Mat Isa ni kem Radzi, dan Radzi ni terlibat dalam trajedi Memali. Ini semua persepsi la, yang saya laporkan ni pasal Perlis.

Di Singapore baru ni, Cikgu Pa kata dia memang pro Pakatan, tapi takda benda baik pun dia sebut pasal PKR.

Apakah Azalina Wanita Terkaya Di 1Malaysia..?

Saya tidak mahu memberi sebarang komen kerana gambar dibawah ini boleh mencerita seribu bahasa, gambar-gambar ini di ambil di ruang letak kereta di rumah Azalina , bukan saya yang ambil , saya menerima e-mail dari seseorang dan meminta saya menyiarkan gambar ini.

Saya tahu gambar kereta ini adalah koleksi Azalina. Porche, Mercedes, Smart Car, Land Rover, Alphard dan banyak lagi yang entah disimpan tak tahu di mana. Di Pengerang juga ada lagi dalam simpanan. Mana datang wang untuk membeli kereta ini..?

Untuk anda membuat penilaian dan memikirkannya.

Bayangkan betapa susah atelit kita mahu berlatih kerana tidak cukup kewangan, betapa susahnya kita membayar cukai dan yang paling hinanya ialah wang yang digunakan untuk semua kemewahan ini pasti adalah wang rakyat.

Bukan kami menipu, Anda pernah tengok nombor pendaftaran WLV 3 ketika Azalina menjadi menteri di KBS dan Pelancongan. Ini nombor kereta rasminya.

Ini sebahagian dari duit yang digunakan untuk beli kereta, untuk joli , hadiah kekasih dll.Fikirkanlah tidak sampai dua penggal menjadi menteri , habis duit MSN , Habis duit kem pelancongan. Nasib baik tidak disenaraikan lagi.

Nanti kita dedahkan pembaziran duit rakyat lagi. Dahsyat kan...??? habis duit rakyat, Kira sajalah berapa kos kesemuanya. Belum lagi yang dia joli untuk kereta yang dia beli untuk janda pensyarah Uitm itu dll.

Wahai penduduk Pengerang , inilah wakil Parlimen kamu, kamu bersyukur kerana dapat ahli Parlimen terkaya. Mungkin kereta ini tidak menggunakan nama Azalina, tapi sendiri fahamlah. Lepas ini kita siarkan gambar senarai rumah Azalina. Apakah dia wanita terkaya di Malaysia..?

DIA KATA -
  • "I TIDAK ROMPAK DUIT RAKYAT...!!!, I TIDAK TIPU MELAYU...!!!".
MANA DATANG DUIT INI, INI DUIT SEBAHAGIAN MELAYU..! INI DUIT RAKYAT..! KENAPA GUNA UNTUK KEMEWAHAN DIRI..?

KAMI BUKAN BODOH LAH AZALINA, KAMI BUKAN PAK ANGGUK...!!!

Dakwah Di Selangor Lebih Hebat Bawah DAP Atau UMNO?

Itulah hujjah Abg Mat dalam ceramah-ceramah beliau sekarang ini. Punyalah teruk serangan pada DAP di Selangor ni, sampai dah terlupa semua betapa nyamannya sausana dakwah di bawah DAP berbanding UMNO satu masa dahulu.

Masa Khir dan UMNO mentadbir Selangor :
  1. Mufti dipecat dan diaibkan.
  2. Masjid di huru harakan dengan melakukan rampasan kuasa bersama bantuan gangster.
  3. Penceramah-penceramah tersohor digam dan ditangkap.
  4. Polis digunakan untuk menghalang ceramah dari pimpinan2 PAS seperti Tok Guru Nik Aziz.
  5. Duit zakat diberikan untuk pertandingan golf.
  6. Tazkirah Ramadhan di “ban” sama sekali.
  7. Masjid-masjid dipaksa untuk melakukan 20 rakaat terawih bagi menghalang tazkirah.
  8. Suasana ramadhan jauh lebih meriah di bawah pemerintahan DAP berbanding bawah UMNO. Malahan sebusuk2 Pairin, beliau tak pernah campur tangan pentadbiran MAI Sabah.
  9. Program dakwah jauh lebih semarak di bawah DAP sampai forum perdana sudah boleh diadakan kembali di Stadium. Masa bawah UMNO mana boleh terutamanya lepas 1999.
  10. Bawah UMNO ada pemimpin UMNO yang ditangkap khalwat, tapi kes dipendam.
  11. Orang kat Selayang tahu kes ini. Kertas pertuduhan tu pernah tersebar satu masa dahulu.
  12. Ceramah2 dalam rumah persendirian ni bermula zaman UMNO memerintah kerana masjid2 dan surau2 ditutup dari menjalankan program dakwah.
Itulah faktanya. Puak2 yang kuat mengata Pakatan Rakyat kat Selangor ni BUKALAH MATA KAMU. Bukan jauh benar pun, bandinglah bulan posa 2007 dengan bulan posa 2009. Jauh lebih meriah tahun ini.

Ustaz2 Terengganu Memenuhi Selangor dan Lembah Kelang.

Di bawah dinukilkan luahan hati dan perasaan salah seorang pembaca Malaysiawaves. Nada marah beliau sangat terserlah, namun kemarahan beliau ini tidak akan berlaku sekiranya puak2 Fraksi UMNO ini tidak belot dan cuba untuk mensabotaj Pakatan Rakyat Selangor. Saya dapat maklumat juga antara Fraksi UMNO ni terpaksa pindah dari Selangor ke negeri lain kerana mereka sudah mula di boikot oleh jiran-jiran mereka. Mereka dapat lihat betapa jiran-jiran mereka sudah mulai melayan mereka dengan layanan yang dingin

Anonymous said...
Penuh Ust-ust PAS terengganu datang ke Selangor untuk berceramah dan cari makan selepas Pakatan rakyat memerintah. Semua masjid, semua surau bunyi loghat terengganu. Kat gombak tu, dah macam Kuala Terengganu, semua masjid bunyi terengganu belaka. Semuanya Hj Hadi ceramah. Member tanya, berapa Hj Hadi ni boleh berada dalam banyak tempat dalam satu masa ke? Semua ceramah macam hj hadi belaka?

Meluat, nak termuntah. Ceramah kat Selangor, guna bahasa Selangor la, bahasa Standard, jangan guna bahasa Terengganu. Then, kalau tak ada identiti sendiri, baik tak payah ceramah. Tak payah nak tiru-tiru Hj Hadi. Muka tak malu, meniru stail orang lain. Kalau aku nak dengar Hj Hadi ceramah, aku pergi ke Rusila sendiri. Tak payah dengar klon dia.

Saya anak jati Selangor, keturunan Selangor sejak Raja Lumu memerintah Selangor. Saya rasa malu dan tercabar bila mana, geng Terengganu buat kurang ajar kat Selangor nih. Macam negeri Selangor ni dia punya. Ceramah guna bahasa terengganu, lepas tu hasut orang selangor supaya Pakatan Rakyat berpecah belah. Tinggal ajelah kami kat sini, kami tahu mentadbir negeri kami.

Bagus la sejak zaman Pakatan rakyat, ust-ust PAS terengganu datang ke Selangor untuk cari makan. Tetapi jangan kacau kami, Pakatan Rakyat kat Selangor ni. Korang nak buat apa kat terengganu, nak berpeluk dengan Dato Mat Said ke, lantak korang, tetapi jangan export mentaliti korang dan jangan kacau kami rakyat Selangor dan Pakatan Rakyat Selangor.

Nih, Hasan ALi and the geng, kalau nak sangat berwala kan terengganu, pergi berambus ke terengganu sekarang ni, jangan menyibuk duduk kat Selangor. Pru13 jangan bertanding kat Selangor, pergi bertanding kat Alot Limbat. tengok, boleh menang ke tidak.

Sial betul!!!!!
November 6, 2009 10:34 AM


Komen saya : Saya faham perasaan saudara. Saya rasa ada banyak petunjuk yang baik dari nukilan ini. Misalnya :
  1. Minta Ustaz2 Terengganu supaya mengubah dialek bila berdakwah di Selangor. Mungkin mereka baru lagi dan memakan masa untuk menguasai bahasa Malaysia standard dalam pertuturan. Tapi, apa salahnya kalau ubah kerana bahasa Terengganu ni kalau orang tak biasa memang tak faham.
  2. Saya pernah naik teksi dengan isteri saya di Kuala Terengganu dan berborak dengan driver teksi. Isteri saya orang Melaka, satu habuk pun dia tak faham apa yang driver teksi tu cakap.
  3. Pelik pula kenapa takda orang komplen pasal Ustaz2 Kelantan padahal Ustaz Kelantan lebih ramai dari Terengganu di Lembah Kelang ni.
  4. Angkara nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Saya yakin ramai ustaz2 Terengganu ni dah nampak kelebihan kerajaan Pakatan Rakyat dan mereka ramai dah tukar pendapat mereka. Saya yakin ramai ustaz2 ni TIDAK menyokong fraksi UMNO dan menyokong Pakatan Rakyat.
  5. Yang menyokong Fraksi UMNO ni bukan orang Terengganu je. Ustaz Mat Zain tu orang Kedah. Duduk Selangor berpuluh tahun, telo Kedah tak boleh hilang.
  6. Bukti jelas, kerajaan Pakatan Rakyat lebih lunak dengan Islam berbanding UMNO/BN
Bagi saya komen ini adalah luahan marah seorang penduduk Selangor kepada Fraksi UMNO yang cuba mensabotaj Pakatan Rakyat di Selangor. Ahli2 PAS haruslah membersihkan PAS dari Fraksi UMNO.

Fraksi UMNO ni umpama bisul yang telah membusuk ke atas PAS yang wajib PAS potong dan buang.

Tulang Besi

Sayang Pemimpin atau Sayang PAS?

Itulah persoalan yang ramai ahli PAS tidak faham. Apabila diajukan persoalan ini, jawapan biasa yang diberikan adalah “kita kena wala’ (taat) ”. Jawapan lain tak da. Apa sahaja persoalan kita naikkan, jawapannya sama, yakni “kita kena wala’.

Baik, bukankah wala’ ini hanya diberikan kepada seseorang pemimpin bersama2 “Tsiqah” dari pengikutnya?

Rujuk penerangan Al Bakistani :
Bagaimana seseorang pemimpin boleh mendapat Tsiqah setelah pemimpin tersebut telah berbohong kepada ahli dan pengikutnya? Apabila telah hilang tsiqah (respek) maka hilanglah juga wala’ pengikut kepada pemimpin.

Tapi dalam PAS sekarang ini, yang diulang-ulang adalah “wala’”. Tetapi persoalan Tsiqah tidak pernah dibincang. Ini kerana bila buka sahaja topik ini, maka payahlah mereka hendak menghadapi soalan2 dari ahli. Jalan mudah, korang semua kena taat pada pemimpin. Soal respect ke tidak, tak jadi persoalan. Yang penting wajib taat.

BUKANKAH INI MACAM KOMUNIS namanya? Cuma bila digunakan perkataan Arab maka nampak macam Islam. Tapi sebenarnya fahaman ini adalah fahaman komunis.

Misalnya, perkataan “Muktamar” di Malaysia digunakan hanya oleh parti Islam. Tapi di Mesir, semua parti menggunakan perkataan “Muktamar”. Yang saya nampak sendiri dengan mata kepala saya sewaktu di “wustul balad” adalah kain rentang yang bertulis “Muktamar Hizbul Ghad” yang bermaksud “Perhimpunan Parti Hari Esok”. Sedangkan parti Ghad ini adalah parti sekular dan liberal.

Sayangkan Jemaah atau Sayangkan Pemimpin?

Saya kerap dimarahi kerana mengulangi kejadian PJ Terengganu di “boo” penyokong sendiri (baca : penyokong Pakatan Rakyat). Sebab apa? Adakah saya tidak wala”? Tidak sama sekali.

Sebabnya adalah rakyat Terengganu sudah mempunyai persepsi NEGATIF yang paling tinggi dengan beberapa orang “geng Terengganu” yang mengelilingi Tuan Guru Presiden PAS. Termasuk lah juga PJ Terengganu ini.

Kalau Dato’ PJ boleh di ‘boo’ penyokong sendiri, apatah lagi nak mengharapkan sokongan dari pengundi-pengundi atas pagar dalam pilihanraya umum kelak.

Ertinya demi untuk melihat PAS gemilang di Terengganu, kepimpinan negeri wajib ditukar. Namun,apa yang berlaku orang-orang lama masih memegang tampuk pemerintahan PAS Terengganu itu. Ini mengesahkan lagi persepsi negatif rakyat Terengganu terhadap kepimpinan PAS Terengganu.

Soalnya sekarang, adakah kita mahu melihat PAS terus kalah di Terengganu semata-mata mahu mengekalkan kepimpinan yang sedia ada? Siapa yang untung? Pemimpin atau parti?

Inilah persoalan yang sering tidak mahu dibincangkan secara serius dalam PAS. Adakah kalau kita buang Hasan Ali, kita ini dianggap sebagai merugikan PAS?

Benarlah kata Aziz Bari, bahawa PERLU sebahagian kepimpinan PAS dikorbankan. Kalau benar mereka2 ni ikhlas mahu melihat PAS maju, maka mereka kena sanggup letak jawatan secara terhormat.

Dalam PAS bukan pegang jawatan sahaja yang penting. Banyak lagi kerja yang boleh dibuat untuk PAS tanpa memegang jawatan.

Itu sebenarnya ujian keikhlasan dalam jemaah. Bukan jadi macam burung kakak tua. Asyik2 “Wala’, wala’, wala’”. Kalau kat Terengganu dia jadi “Balak, Balak, Balak”.

Tengok sendiri 2004. Akibat wala’ berlebihan, habis semua kalah. PAS kalah teruk dan hilang negeri Terengganu. Semua angkara wala’ la tu.

Budaya tidak sehat PAS sekarang ini adalah mereka melatih ahli2 PAS untuk memberi wala’ tanpa melatih ahli2 PAS memikirkan apa yang baik untuk jemaah atau tidak? Budaya berfikir tidak dikembangkan. Ertinya PAS sudah menjadi macam UMNO.

Tengoklah cara Pemuda2 PAS berfikir. BEgitu jumud, sempit, tidak kreatif dan akhirnya tiada orang baru yang mahu menghampiri PAS. Anak muda pun lari dari PAS dan rapat dengan UMNO. Bila kalah pilihanraya barulah terpingga-pingga.

Marilah kita kembali kepada konsep “Wala’” yang ditunjukkan oleh para Sahabat RA yang telah meruntuhkan empayar Rom dan Parsi dalam masa kurang dari 40 tahun. Bukan yang diajar oleh ustaz2 mana ntah dan ada yang sanggup berdoa supaya Tok Guru mati cepat.

Tulang Besi

Kesihatan TG Nik Abdul Aziz

TGNA hanya demam biasa sahaja....

Kebetulan beliau berada di Kuala Lumpur, lantas singgah di IJN untuk mendapatkan rawatan.

Walau bagaimanapun sama-sama kita berdoa supaya TGNA diberikan kesihatan tubuh wal 'afiat

Sakaratul Maut®