Tuesday, November 10, 2009

Yang Ditegur Adalah Pemegang2 Amanah, Bukan Sahabat Sejemaah Sahaja

Ramai marah kat saya bila saya menegur Tuan Ibrahim Tuan Man yang telah memberi beberapa perkataan yang menyinggung saya sebagai seorang blogger. Tuan Ibrahim dilaporkan berkata :
Persoalannya sekarang adalah :
  1. Yang ditegur dan diperkatakan bukan setakat sahabat satu jemaah, tetapi orang-orang yang memegang jawatan dan amanah di dalam parti.
  2. Pemegang jawatan dalam parti adalah mereka yang memegang amanah dan tanggungjawab kepada ahli2 dan penyokong2 PAS.
  3. Kalau Saidina Umar bersyukur ada rakyatnya yang sanggup menegur beliau dengan pedang, mengapa Tuan Ibrahim mahu marah apabila orang menegur kepimpinan PAS dengan blog? Adakah Tuan Ibrahim mahu kami menegur kepimpinan PAS dengan Pedang?
  4. Penggunaan media baru hanyalah media. Kiranya kritikan dan teguran ini satu bentuk fitnah dan tidak benar, nescaya perkara ini tidak akan disambut oleh majoriti blogger.
  5. Pimpinan ada media tersendiri untuk menjawab fitnah atau kritikan yang tidak benar i.e. Harakahdaily, Harakah dsbnya. Apa yang hendak ditakutkan kepada para blogger.
  6. Pokoknya, kalau benar, tiada apa yang hendak ditakutkan dengan para bloggers.
  7. Sepatutnya Tuan Ibrahim menyatakan peri-penting teguran berasaskan kebenaran dan bukan fitnah. Bukannya menghalang ahli dan penyokong mengkritik dan menegur pimpinan melalui media baru.
  8. Hak menegur pemegang amanah adalah hak yang datang dari Allah kepada kami. Tiada siapa yang boleh mengambil hak itu dari kami.
  9. Sepatutnya Tuan Ibrahim memuji blogger kerana wujudnya blogger menegur kepimpinan adalah tanda betapa PAS adalah umat yang terbaik dari segala umat seperti ayat Ali-Imran:110 - ".We are the best of peoples, evolved for mankind, enjoining what is right, forbidding what is wrong, and believing in Allah. If only the People of the Book had faith, it were best for them: among them are some who have faith, but most of them are perverted transgressors."
  10. Ahli2 dan penyokong sudah cukup matang dalam membezakan teguran yang berbentuk fakta dengan teguran yang berbentuk fitnah. Saya yakin.
Persepsi buruk yang ada pada Presiden dan kepimpinan yang ada sekarang bukan angkara Blogger

Blog hanya menyampaikan. Konsep blog adalah pertuturan harian dalam bentuk tulisan yang didigitalize supaya dapat dibaca oleh orang ramai.

Persepsi buruk pada Presidan dan sekutu2nya adalah lantaran dari sikap dan tindakan Presiden sendiri serta kuncu2nya. Bukan lahir dari blog. Malahan, Presiden sendiri ada ruang dalam Harakahdaily bagi menjawab apa2 isu yang ditimbulkan. Ertinya, dunia blog adalah dua arah. Kalau kita diserang blog lain, kita bisa menjawab blog tersebut secara terus menerus.

Saya nak soal, bagaimanakah Presiden PAS hendak menjaga persepsi terhadap beliau sekiranya Presiden mengeluarkan kenyataan2 seperti berikut :
Kenyataan ini diambil dari Harakahdaily sendiri, bukan dari mana-mana blog. Presiden PAS tidak menunjukkan apa-apa perasaan simpati pada Anwar Ibrahim yang difitnah dan dikejami. Malahan, Presiden sendiri menganggap ianya adalah hal dan urusan pribadi Anwar Ibrahim.

Bagaimanakah persepsi positif hendak dibina kepada rakyat terhadap Presiden PAS dengan kenyataan-kenyataan seperti ini?

Saya masih terasa dengan pandangan Tuan Ibrahim tu jelas satu serangan hebat ke atas Tok Guru Nik Aziz yang baru sahaja menimbulkan kontroversi hebat hasil dari artikel dalam blog beliau. Dan, lebih menyedihkan, tiada nas atau dalil syarak yang diberikan oleh Tuan Ibrahim atas “larangan” beliau itu.

Seharusnya hak bersuara di kalangan ahli dan penyokong tidak boleh ditekan dan ditolak begitu sahaja. Yang penting adalah hujjah dan hujjah adalah asas kepada segala-galanya.

Wallahualam

Tulang Besi

ps - di bawah adalah contoh2 komen yang memarahi saya kerana artikel saya tempohari berkenaan Dato Tuan Ibrahim. Harap lepas ni tiada lagi yang mempersoalkan tindakan saya tempohari

Abdullah said...
Hebatnya Tulang Besi ni.. boleh membaca nawaitu seseorang.. Tuan Ibrahim Tuan Man tidak pun menyebut nama2 siapa, tapi Tulang Besi boleh sure sangat yang dimaksudkan ialah TGNA.. TGNA takde pun terasa atau melatah, tiba2 Tulang Besi pulak melatah.. macam kera dapat bunga.. macam dia pulak termakan cili..

Kalau dah tak puas hatikan dengan sesetengah kepimpinan PAS Pusat, suruhlah AJK2 yang bersetuju dengan EGM mengusulkan supaya EGM diadakan.. then, boleh pilih orang baru.. kata rapat sangat dengan AJK2 tersebut.. atau cakap kosong je.. sekarang kuasa ada di tangan AJK2 tersebut.. janganlah salahkan siapa2 lagi.. AJK2 tersebut yang tidak menjalankan tugas..
November 9, 2009 2:16 PM


Aku dah bosan.. aku dah bosan... aku dah bosan dengan politik PAS. Bercakaran sesama sendiri dan sampai pimpinan tertinggi pun guna blog untuk menyuarakan pandangan. Sudah tiadakah mesyuarah dalam PAS yang membolehkan pemimpin menyuarakan kebimbangan dan apa sahaja yang mereka rasai? Pihak UBN berjaya menggunakan isu ini untuk menggoncangkan PAS. Kita kena lihat penggunaan blog dari 2 perspektif. Pertama, ahli parti yang mengkritik terbuka melalui blog. Kaedah ini boleh diterima dan PAS tak ada masalah dalam hal ini. Pelbagai manusia mengkritik PAS melalui blog. MSO misalnya menggunakan blog menghentam PAS tentang apa yang dia fikirkan betul. Kedua, pemimpim yang duduk dalam shaf kepimpinan mengkritik PAS menggunakan blog. Ini tidak boleh diterima akal. Apatah lagi kritikan itu datangnya dari Mursyidul Am PAS. Adakah tiada ruang dalam mesyuarat untuk membincangkan isu ini? Atau ada tangan2 ajaib yang cuba mngeruhkan keadaan. Dalam hal ini saya bersetuju engan Tuan Ibrahim Tuan Man. Tolonglah sedar diri. Golongan muda menyampah dengan politik macam ni. Tu lah.. aku dah bosan.. Rasanya PAS akan bungkus dlm PRU 13. Kedudukan PAS dalam PR perlu dikaji semula. Jangan harapkan sangat pengundi Cina dan India. Tumpuan harus diberikan kepada pengundi Melayu. Jangan sebab nak dapatkan pengundi Cina dan India, pengundi Melayu semakin merosot. Contohnya PRK Bagan Pinang menunjukkan undi Melayu merosot teruk kepada PAS.
November 9, 2009 5:38 AM


Anonymous said...
aduh...batu api ni ak habis-habis. semoga allah melaknati pengadu-domba
November 9, 2009 7:11 AM


Anonymous said...
astaghfirullah TB... kawan tu takde sebut nama TGNA... sedap mulut ko aje kata dia hentam TGNA... banyak org yg guna blog termasok ko... mcm mana ko kata kawan tu tuduh TGNA.. kot kot dia tuduh ko... ish ish ko tuhan ke dpt baca isi hati dia...???

itu lah dia... kalau dah hari2 fitnah org sana sini... ko dah rasa tak bersalah buat keje macam ni dah...
November 9, 2009 8:31 AM


Anonymous said...
dah la kau raman...jenis hati busuk..buat malu pemuda PJU je....jenis jahil agama cam tu laaaa....kau memang sial sgt2....kau bukan ada masa seminar tu pun.....jgn nak buat alasan tak tentu pasal bangang....daripada pemuda
November 9, 2009 9:47 AM


Anonymous said...
ish2..masih ada cr yg lebih berakhlak dn mulia nk teguq pimpinan(islam da ajaq semua tu).Tp krn kita rs EGO dn TAKABBUR,Allah tutup pintu ht ni dr trima kebenaran.nk teguq bkn melalui blog memfitnah mcm ni..lg besaq mudharat kpd PAS bila ada virus mcm ni.ustaz2 yg da tua2 bkn reti gna bnda2 cmni.yg dok jd celaru ank muda la.tp aku x kot..hehe
November 9, 2009 9:55 AM


Adik beradik pun, Qabil dan Habil pun adik beradik kandung lagi. Bapa diorang Nabi.

Apa nak heran
November 9, 2009 11:41 AM


Anonymous said...
Sebagai seorang pengundi PAS dalam PU lalu saya berasa berdosa kerana membantu PAS menambah kerusi dan menikmati sedikit kejayaan dan secara tak langsung menyebabkan PAS berpecah. Pimpinan PAS dah jadi ego dan hilang punca. Ahli-ahli PAS dah bercakaran. Macam baru lepas perang dan sedang berebut memiliki the spoil of war. Juga seperti kera mendapat bunga. Dengan tahap pemikiran ahli dan pemimpin PAS (kecuali TGNA yang saya sangat hormati) di peringkat ini PAS tidak layak memerintah dan hanya layak terus menjadi pembangkang. Kekalahan PAS akan menjadi pengubat untuk menyatukan PAS semula. Kekalahan PAS juga akan membantu menyingkirkan kepimpinan yang ada sekarang. Pengundi seperti saya akan membantu menyatukan PAS semula dengan tidak mengundi PAS dalam PU13 nanti.
November 9, 2009 12:12 PM


Anonymous said...
isu & krisis begini mengingat aku kembali dizaman skolah dulu. waktu aku join tazkirah & usrah pas tmpt aku di perak nuuu (refresh kembali ajen subversif/mossad).
perisik/ajen ameno memang dah diprogram dan masuk kedalam jemaah pas begitu halus skali.
re-fresh kembali kisah 80-an dulu.

ada "sorang tu", perwatakan semuanya pas.. tak ade satu pun tak pas. bak kata abg mat sabu "bernapas pun kluar nama pah! pah! pah!" .....sampai boleh jadi pemimpin cwgn la.

tapi Allah nak tunjukkan jln, ..."org tu" diketahui bukan pas dari org luar rupanyer. bukan dari dlm pemimpin pas setempat. "orang tu" adalah ajen ameno..
tapi sumer dah terlambat. berkat kesungguhan "sorang tu" duduk dlm jemaah pemimpin pas setempat aku, .....sumer pemimpin telah berpecah dgn menukarkan pegawai/kakitangan kerajaan yg pro-pas ke tempat lain, hasil dari risikan 'sorang tu".

jadi kepada TB, aku tak heran kalu ade ajen ameno duduk dlm pimpinan tertinggi pas pusat skrg ni, ....sebabnya perkara ni dah pernah terjadi di pas cawangan/kawasan aku.
oh! baru aku teringat citer lama ni. sungguh pengalaman itu adalah pelajaran yaang paling berharga buat diriku yg jahil ini.

kalulah byk pengomen yg hentam ko TB, tapi aku tak heran. sumer ni kisah lama yg diulang tayang kembali menjadi "retro" hits. cuma yg tak penah tgk "retro" ni je kata, citer ni citer "semut merah jepun yg dah jadi dongeng bebudak dulu"
November 9, 2009 12:30 PM

Kata 2 Pada "Pucuk" Pimpinan Pakatan Rakyat..!

Terdahulu, DSAI dalam kenyataannya telah memberi kata 2 kepada Pimpinan Pakatan Rakyat yang berbunyi -
Dipetik dari - malaysiakini

Dekat sini juga aku nak beri kata 2 kepada "Pucuk Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat" iaitu TG Haji Hadi, Lim Kit Siang dan juga DS Anwar Ibrahim sendiri... kata 2 ni sebenarnya paling-paling nak aku tujukan pada "Pucuk Pimpinan Tertinggi" dari PKR dan juga PAS.

Sejak akhir-akhir ni berbagai masalah dalam Pakatan Rakyat boleh dikatakan kebanyakannya datang dari 2 parti utama ini iaitu PAS dan juga PKR.

PAS dengan masalah beberapa kerat pimpinan yang kebanyakan kenyataannya tidak seperti pimpinan Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi dari Selangor dan juga Terengganu sehingga memaksa PAS mengadakan beberapa mesyuarat penting bagi menyelesaikan masalah ini.

PKR pula tak habis-habis dengan masalah disiplin wakil-wakil rakyatnya yang semakin hari nampaknya semakin ramai yang hanya "berjawatan" tetapi tidak "bertanggung-jawab" atas amanah yang diberi dan diterima.

Kesemua masalah-masalah yang hadir ini bagi aku bukan disebabkan oleh angkara "pihak ke 3" iaitu UMNO/Beer eNd tetapi kerana kelemahan "Pucuk Pimpinan" dalam menangani orang bawahan sendiri.

Mungkin masing-masing sibuk dengan agenda tersendiri dan menyerahkan semua pengurusan kepada pihak yang tidak berkelayakan.

Lama dah aku dok perhati kelemahan yang ni, bila ada masalah, masing-masing pimpinan dok menyalahkan pihak yang buat hal. yang buat hal memang kerjanya buat hal, tapi apa pula tanggung jawab pimpinan dalam menangani masalah yang berbangkit..?

Cukup ke sekadar mengarahkan wakil rakyat yang buat hal letak jawatan..? lepas letak jawatan, adakan semula PRK, lantik pula wakil rakyat baru dan bila dah jadi macam ni, siapa dapat jamin "orang baru" ni akan jadi lebih bagus dari yang lama..?

Ini bukan masalah pakai kereta lama ganti dengan kereta baru... ini masalah "tanggung-jawab". aku pun boleh cakap "aku boleh jadi lebih baik dari dia atau dia..!", tapi siapa yang boleh buktikan dan bagi jaminan..?

Aku nak jamin diri aku sendiri..? kamon geng... anak anjing baru beranak pun sampai mati balik tak kan percaya dengan janji aku tu selagi aku tak buktikan dan untuk buktikan semua tu, kena korbankan banyak masa dan orang yang kita berjanji pulak terpaksa pertaruhkan masa emas mereka dan "menunggu" apa yang kita janjikan.

Jadi kenapa nak "buang masa"..?

Sebetulnya pada pandangan aku, semua masalah yang datang bukan berpunca dari orang yang buat masalah, tapi berpunca dari pihak atasan yang gagal memahami masalah orang bawahan.

Tiada "moral support"... Yang ada setakat ni cuma "arahan"... "u must do this, don't ask me how because that's your responsibility..!".

Pakatan Rakyat menentang pemerintahan "Kuku-Besi" tapi masih tanpa sedar "mempraktikkan" pemerintahan "Kuku-Besi".

...Bersambung

JK Disiplin: Lain yang Diadu, Lain Pula yang Disiasat

Heran bin ajaib saya. Saya mendapat maklumat yang SAHIH lagi TASHIH bahawa Khalid Samad juga telah dihantar surat tunjuk sebab oleh JK Disiplin PAS. Para pembaca boleh pergi mensahihkan perkara ini sendiri dengan Khalid.

Setahu saya perbincangan sewaktu Mesyuarat Khas tempohari berkisar tentang Hasan Ali dan salah laku beliau sebagai PJ. Ertinya, kalau ada yang sepatutnya disiasat, mestilah Hasan Ali dan mereka yang terlibat dalam aktiviti anti Pakatan Rakyat.

Kita semua maklum bahawa Khalid Samad BUKAN ANTI PAKATAN RAKYAT. Mengapa Khalid Samad disiasat sama?

Maklumat yang saya dapat adalah tuntutan supaya Khalid Samad dikenakan tindakan disiplin telah dikeluarkan PAS Selangor SEBELUM mesyuarat khas PAS Pusat baru-baru ini. Sepatutnya, kes Khalid ini dibicarakan dalam sessi yang berlainan ataupun oleh JK yang berlainan. Ini kerana tema penyiasatan Hasan Ali and the gang adalah aktiviti anti Pakatan Rakyat.

Khalid Samad menghadapi tuduhan yang BERLAINAN dari “Hasan Ali and the gang”. Walaupun Presiden mengatakan PAS Selangor dihadapkan ke JK Disiplin, tapi TEMA atau SEBAB penghadapan itu adalah kegiatan anti Pakatan Rakyat.

Maklumat yang saya dapat juga, tuduhan kepada Khalid juga tuduhan bodoh. Misalnya, Khalid diminta dikenakan tindakan disiplin kerana terlibat bersama dalam kumpulan “10 MP” yang menyokong tindakan Tok Guru Nik Aziz menyuruh memberhentikan idea kerajaan Pakatan Rakyat.

Tapi, yang peliknya, hanya Khalid Samad seorang yang didakwa. Yang 9 lagi tu tak pula didakwa? Inilah standard PAS Selangor sekarang ini. Nak buat tuduhan pun tak konsisten apa lagi hendak membuat pembuktian.

Juga, saya sudah rujuk perlembagaan parti, tiada peruntukan yang mengatakan perjalanan mesyuarat PAS Perhubungan Negeri itu rahsia parti. Ini kerana setiap ahli yang membayar yuran ada hak untuk mengetahui keputusan mesyuarat Perhubungan negeri mereka. Jadi, kenapa harus berahsia? Itu pun mereka hendak buat tuduhan terhadap Khalid Samad.

(NOTA : Tuduhan yang dibuat ke atas Khalid Samad ini bukan datang dari JK Disiplin tapi datang dari Perhubungan PAS Negeri Selangor. Cumanya, JK Disiplin telah pun menghantar surat tunjuk sebab pada Khalid Samad)

Apa pun, tiada siapa yang boleh membuktikan Khalid Samad telah engkar dan belot terhadap parti. Tiada siapa boleh buktikan tindakan Khalid Samad merugikan parti.

Tiada Arahan Menyuruh Hasan Ali Berhenti “Tour” di Selangor

Juga saya hairan kerana JK Disiplin PAS mengetahui kegiatan Hasan Ali menjalankan kempen membela diri kepada ahli2 dan AJK PAS seluruh Selangor. PErkara yang diperkatakan Hasan Ali dalam dialog2 ini adalah berkaitan dengan tuduhan beliau dalam kes beliau yang sedang berjalan.

Kalau dalam prosiding mahkamah biasa, apa yang dibuat oleh Hasan Ali ini boleh dikira sebagai “subjudis” yang boleh membawa kepada hukuman penjara.

Soalan saya adalah mengapa JK Disiplin tidak mengarahkan Hasan Ali supaya memberhentikan kegiatan subjudis beliau sedangkan JK Disiplin mengetahui dengan jelas akan kegiatan Hasan Ali ini?

Ini pun buat saya pening memikirkannya.

Muslihat atau Tidak Sengaja?


Saya tidak tahu samada ini muslihat atau tidak sengaja. Tapi yang kita tidak mahu adalah untuk melindungi Hasan Ali dan pada waktu yang sama mahu tampak adil, maka hukuman terakhir yang akan diberikan adalah amaran keras kepada kedua2 Khalid dan Hasan Ali.

Ini supaya nampak bahawa kedua-dua Khalid Samad dan Hasan Ali sama2 bersalah dalam isu ini. Sedangkan tiada bukti tindakan Khalid menjejaskan persepsi rakyat pada PAS padahal tindakan Hasan Ali telah maklum menjejaskan persepsi rakyat pada PAS.

Kita tidak mahu ini menjadi alat untuk melindungi mereka yang jelas bersalah.

Saya juga berharap apa yang saya tulis ini dibuktikan salah dan ianya cuma salah faham saya sahaja.

Tulang Besi