Thursday, December 31, 2009

Most Famous Slogan Of The Year 2009: "1Malaysia" vs "PAS For All"

While PM Najib is paying up ‘1Malaysia’ lip services as usual in uniting all Malaysians, PAS with their own ‘PAS for all’ slogan wooing non Muslims to back them. Both parties have their respective approaches in order to promote their slogan.
1Malaysia by PM Najib

1Malaysia is an on-going campaign announced by PM Najib on September 16, 2008. He calls for the cabinet, government agencies, and civil servants to more strongly emphasize ethnic harmony, national unity, and efficient governance. After more than one year on, it seems like ‘word speaks louder than action’.

The people does not know what is the true meaning of 1Malaysia whereas PM still maintaining his ‘racial formula’ in managing our nation. The dividing policy of all Malaysians into Bumiputera and non-Bumiputera verse, depressions against the minorities and corrupted administration denying his efforts to build up 1Malaysia.
'PAS for all' by PAS

While PM emphasizing on 1Malaysia concept, PAS is championing ‘PAS for all’ concept to attract the non-Muslims to support them. One of the evidence that PAS succeeded to create the confidence on non-Muslims when large number of Non Muslims voted for them in the past General Election.

Beside that, PAS strongly oppose the ‘Bumiputera’ policy that was introduced by UMNO. This emerges PAS as fair to all among the Non Muslims. The fair and equal leaderships in Kelantan, Kedah and formerly in Perak which led by PAS MBs also show that the party is really struggling for all.

Should learn from each other

1Malaysia sounds superb but sadly PM has nothing to impress the people. In fact, 1Malaysia is a wonderful ideology but disappointingly no proper implementations to endorse it. Hope PM Najib learns from PAS on how to lead all Malaysians fairly and equally regardless of race and religion.

BYE BYE 2009!

:BANGSA MALAYSIA

Minta Tok Guru Keluar Rumah Seperti Yang Dibuat Rasullullah SAW

Saya orang yang sayang dan mengagumi Tok Guru Nik Aziz. Semenjak saya mendengar ceramah Tok Guru berkenaan Memali dan naik bulu roma saya setiap kali saya mengingati ceramah beliau tersebut, saya memang terus menerus menjadi penyokong serta pendokong Tok Guru Nik Aziz.

Saya sendiri BANNYAAKKK belajar ilmu agama mahupun politik dari Tok Guru Nik Aziz. Sehingga hari ini saya masih lagi belajar segala selok belok ilmu politik yang telah diranjaui oleh Tok Guru Nik Aziz.

Namun, saya mengakui Tok Guru Nik Aziz adalah seorang manusia dan oleh kerana itu, beliau juga mempunyai kelemahan. Dalam isu pemecatan Annual Bakhri Haron, maklumat yang saya dapat, bahawa dalang utamanya adalah dari kalangan ahli keluarga Tok Guru sendiri.

Ini bukan cakap kosong. Sila rujuk tulisan Nik Abduh dalam blognya satu masa dulu bertajuk -
"Kerja Kerja Bodoh Dalam PAS".

Nik Abduh dengan jelas menamakan “pembantu-pembantu ayahanda” sebagai orang-orang yang bertanggungjawab menyebabkan ayahanda beliau menolak gagasan Kerajaan Perpaduang. Nah, sekarang barulah kita tahu siapa sebenarnya pembantu-pembantu ayahandanya yang amat dibenci oleh Nik Abduh ini. Antaranya adalah Annual Bakhri Haron yang baru sahaja terpecat dari jawatannya.

Kita jangan lupa bahawa Nik Abduh adalah penyokong tegar gagasan Kerajaang Perpaduang. Dan beliau dengan jelas menyalahkan “pembantu-pembantu Ayahandanya” kerana mengagalkan usaha kerajaang Perpaduang tajaan Fraksi UMNO dalam PAS.

Hari ini puaslah hati Nik Abduh kerana orang yang beliau gelar sebagai penghasut telah pun terpecat dari jawatannya. Dapatlah Nik Abduh naik Honda Elyson beliau dengan senang hati kerana musuh beliau telah berjaya dikalahkan. Dapatlah beliau mengawal ayahandanya lagi sekali sehingga ayahandanya tidak akan menentang usaha membawa PAS kepada UMNO.

Itu yang tidak semena-mena Mustafa Ali boleh keluar dan menyokong kenyataan Tok Guru Nik Aziz hari ni. Beliau sudah nampak fajar mula menyinsing agaknya. Satu-satunya halangan kepada “Perpaduang” telah berjaya di neutralisasikan. Keluarga Tok Guru akan menjadi pembantu utama kepada usaha membawa PAS kepada UMNO seperti yang dirancang oleh Task Force 2010 sebelum ini.

Nik Amalina juga tidak kurang handalnya. Berkokok dalam blog kononnya suami nya dizalimi dan dinista oleh salah seorang anggota exco. PAdahal bukti salah laku suami nya telah terdedah kepada umum dan tiada siapa yang berani mempertahankan tindakan suaminya lagi.

Maka pada hari ini puas hatilah kamu wahai Nik Amalina. Tapi kamu harus waspada akan amaran Nabi SAW:
  • “Takutlah kamu akan doa orang yang dizalimi”.
Sekiranya terdetik sahaja di hati orang yang dipecat itu bahawa beliau dizalimi, tunggulah kamu akan balasan dari Allah SWT. Kamu ingat PAS ini wujud supaya kamu dan suami kamu boleh hidup senang lenang dan boleh melakukan apa sahaja termasuk menzalimi peniaga-peniaga yang bakal berniaga di bazaar Tok Guru? Kamu siapa Nik Amalina? Nabi, Rasul, Malaikat?

Iye, kelemahan Tok Guru di masa ini adalah keluarga beliau. Untuk itu saya memohon kepada TOk Guru Nik Aziz supaya mengingati kembali peristiwa yang pernah menimpa Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW seperti yang saya nukil dari blog Al Bakistani di bawah.

Betapa Rasul SAW telah MENOLAK sama sekali tuntutan isteri-isteri beliau untuk menambah kadar nafkah kerana Rasul SAW tahu itu bakal mendatangkan fitnah kepada beliau dan juga kepada Islam sendiri. Tindakan Nabi SAW telah menyelamatkan bukan sahaja imej Rasulullah SAW tetapi juga menyelamatkan imej Islam.

Sehingga peristiwa itu telah menyebabkan turun ayat di bawah :
  • “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik * Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar” - (Surah Al-Ahzab : 28-29)”
Bagi saya yang kerdil ini, ujian yang menimpa Rasul SAW itu sedang menimpa Tok Guru Nik Aziz sendiri. Ujian keluarga terhadap perjuangan Islam adalah ujian yang paling getir. Dan untuk itu saya yang kerdil ini meminta Tok Guru supaya mengikuti kaedah yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW, yakni Baginda telah keluar dari rumah Baginda dan mengasingkan diri dari isteri-isteri Baginda SAW selama beberapa waktu.

Sehinggalah isteri-isteri Baginda berjaya di disiplingkan. Langkah Baginda telah menyelamatkan Islam dan menyelamatkan imej Baginda sehingga hari ini.

Sepanjang yang diketahui umum, Annual Bakhri adalah kem TOK GURU. Beliau bukan kem Husam mahupun kem Taqi mahupun kem Nik Amar. Beliau memberi nasihat untuk menjaga imej TOk Guru supaya TOk Guru sentiasa dipandang mulia dan tinggi. Dan terbukti sehingga hari ini, Tok Guru dipandang mulia di sisi semua orang tidak mengira kaum atau rasa tau agama. Itu adalah kejayaan Annual Bakhri di dalam menjalankan tugas beliau sebagai penasihat.

Hanya Nik Abduh dan Fraksi UMNO sahaja marah kepada Annual Bakhri Haron kerana Annual Bakhri sering memberi nasihat yang mendedahkan penipuan serta silap mata Fraksi UMNO. Misalnya, dulu dia panggil muzakarah, lepas orang tolak, diorang tukar nama jadi Kerajaang Perpaduang pulak. Benda sama je.

Tapi, nampaknya Mustafa Ali sudah mula berjinak2 menyokong Tok Guru Nik Aziz. Bagi saya ini petanda yang Fraksi UMNO telah mula meraikan kejayaan mereka. Matlamat mereka kian hampir. Keluarga Tok Guru akan memainkan peranan penting mengendurkan tentangan Tok Guru terhadap usaha membawa PAS kepada UMNO.

Itulah yang saya dapat kongsi bersama Tok Guru Nik Aziz demi perjuangan Islam dan demi amanah perjuangan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Saya berharap sangat tulisan saya dibuktikan salah dan Tok Guru masih terus memimpin PAS serta Kelantan sehingga jatuhnya UMNO.

Namun ini semua adalah sebahagian dari perancangan UMNO yang akan berakhir dengan Tok Guru diminta oleh ahli keluarga beliau untuk bersara dari politik sama sekali. Kalau mengikut kenyataan Abu Bakar Chik sewaktu Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat, beliau telah menamakan Ustaz Halim Abdul Rahman sebagai PJ menggantikan Tok Guru Nik Aziz.

Kawan saya beritahu, selepas Tok Guru dipujuk bersara oleh ahli keluarga beliau, Ustaz Halim bakal bertanding dalam sebuah pilihanraya kecil dalam Kawasan Pengkalan Chepa sebagai persediaan untuk menjadi MB. Itu kawan saya bagitau la. Tak tau betul ke tidak.

Bersiap sedia PAS untuk menjadi komponen Barisan Nasional dalam tahun ini. Itulah hala tuju yang kita nampak. MElainkan kita sempat buat EGM la dalam beberapa bulan ini.

Wallahualam Bissawab

Tulang Besi

p/s - kefahaman nik abduh berkenaan dengan UG ni amat berlainan dengan apa yang diterangkan oleh Nasaruddin Mat Isa. Di mana, Ustaz NAsa mengatakan Kerajaan Perpaduan diadakan supaya PAS masih dapat berbincang dan bercakap dengan UMNO. Sila dengar di sini.

SATU HARI KRISIS RUMAH TANGGA NABI

Jabir bin Abdillah ada bercerita bahawa, satu hari Abu Bakar as-Siddiq datang ke rumah nabi SAW. sesampai di rumah itu, Abu Bakar melihat ramai orang duduk di hadapan pintu rumah Nabi.

Abu bakar menjengok ke dalam rumah nabi, kelihatan di dalam rumah, bahawa Nabi SAW duduk ditengah, dan dikelilingi oleh semua isteri-isterinya. Melihat demikian, Abu Bakar meminta izin dari nabi untuk masuk, tetapi tidak diizinkan oleh Nabi SAW.

Tidak lama kemudian, Omar bin Al-Khattab pula tiba. Pada peringkat awalnya, Omar juga meminta izin untuk masuk, juga tidak diizin oleh Nabi SAW.

Sejenak kemudian, Nabi SAW memberitahu kepada Abu bakar dan Omar, bahawa Nabi SAW telah mengizinkan mereka berdua masuk ke dalam rumah.

Abu Bakar dan Omar pun masuk, dan mereka melihat ketika itu Nabi SAW masih lagi dikelilingi oleh isteri-isterinya. Di kala itu, nabi SAW diam tidak berkata apa-apa pun.
  • ”aku akan bercakap sesuatu kepada Nabi, agar baginda boleh tersenyum” bisik hati omar.
  • ”Wahai Rasulullah, jika anak perempuan zaid – merujuk kepada isterinya – meminta sesuatu nafkah luar dari kemampuanku, sudah pasti aku akan memukul tengkoknya” tiba-tiba Umar bersuara.
Nabi SAW berpaling ke arah Umar, sambil melemparkan senyuman sehingga kelihatan gigi baginda yang putih.
  • ”isteri-isteriku ini berada dikelilingku. Mereka meminta kepadaku nafkah yang aku tidak mampu” kata Nabi SAW.
Mendengar kata-kata Nabi SAW itu, menyebabkan Abu Bakar As-Siddiq bangun berjalan menuju kepada Aisyah. Kelaku Abu Bakar itu, seperti hendak memukul Aisyah.

Tidak sempat Abu Bakar melakukan sesuatu, tiba-tiba Umar juga bangun menuju kepada anaknya, Hafsah.
  • “apakah kamu meminta kepada Nabi SAW sesuatu yang nabi Saw tidak mempunyainya?” begitulah soalan Abu Bakar kepada Aisyah, dan soalan Omar kepada Hafsah.
Melihat soalan bernada marah dari kedua-dua tokoh sahabat yang bertanya kepada anak masing-masing, menyebabkan Nabi Saw menyuruh kedua-dua sahabat besar itu bersabar, dan tidak marah kepada anak mereka masing-masing.

Ketika itu juga, turun firman Allah ;
  • يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ إِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا فَتَعَالَيْنَ أُمَتِّعْكُنَّ وَأُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا * وَإِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالدَّارَ الْآَخِرَةَ فَإِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْمُحْسِنَاتِ مِنْكُنَّ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya ;
  • “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik * Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar” - (Surah Al-Ahzab : 28-29)
Dengan turunnya ayat ini, setiap isteri-isteri Nabi SAW ketika itu bersuara, “demi Allah, selepas daripada hari ini, kami tidak akan meminta sesuatu lagi kepada Nabi SAW sesuatu yang Nabi SAW tidak mampu berikan[1]”

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

Tulang Besi Difitnah Lagi…Oleh Batu Api

Satu artikel dari Batu Api yang disiarkan oleh Laman Tranung Kite bertajuk “Gaji 6x Exco masih minta sedekah”, penulis telah membuat tuduhan sebegini :
  • “2. Minta sedekah. Beri akuan bank kepada pengujung, sedangkan Tulang Besi dah ada di Malaysia. Munafik. Berani munafik ini bersumpah dia tak ada di Malaysia semasa menulis? Saya cabar munafik ini bersumpah.”
Di bawah ini adalah gambar dari laman passport saya yang menunjukkan tarikh keluar dan masuk saya ke negara yang sedang saya duduki sekarang ini. Saya bersumpah dengan nama Allah SWT, wallahi, wabillahi, watallahi bahawa laman ini adalah dari passport milik saya :

Saya tak payah sumpah sebab saya ada bukti fizikal. Saya keluar pada 19 hb Disember 2009. Dan saya kembali semula pada 20 Disember 2009. Gambar di atas boleh dijadikan bukti dalam mahkamah dan dalam Akta Keterangan ia dikira sebagai bukti fizikal.

BATU API NI PRODUK TARBIYYAH PAS TERENGGANU DI MANA FITNAH ADALAH HALAL

Kalau kita baca artikel-artikel di Laman Tranung Kite sekitar selepas konvensyen ini, semua bercerita tentang betapa blogger tidak harus memfitnah. Betapa kebenaran itu akan menjadi fitnah (rujuk tulisan Songkok Putih bertajuk Konvensyen Blogger. Fitnah yang Benar.

Rupanya semuanya cakap-cakap kosong. Semuanya menampakkan sikap kemunafikan mereka sendiri betapa mereka menyuruh orang lain jangan memfitnah. Rupanya mereka sendiri penjaja fitnah nombor wahid.

Inilah dia bukti betapa rosaknya tarbiyyah puak-puak PAS Terengganu dan puak-puak penyokong “kerajaang Perpaduang” ni. Bagi mereka benda haram dah jadi halal. Fitnah bagi bloggers hukumnya haram, tapi bagi mereka dah jadi halal.

Saudara sekelian, jangan lah tertipu dengan nasihat-nasihat baik serta cakap-cakap “agama” mereka berkenaan akhlak la, wala’ la, kena hormat menghormati dsbnya.

Semua tu adalah cakap luaran sahaja. Di dalam, mereka ini tiada beza dengan UMNO. Mereka berperangai lebih teruk dari UMNO kerana mereka menggunakan agama untuk menaikkan imej mereka.

Dengan kata lain, mereka menggunakan agama untuk membina popularity mereka supaya ahli2 dan penyokong2 PAS dapat ditipu dengan propaganda mereka. Padahal mereka sendiri bebas melanggar apa sahaja hukum yang wujud dalam Islam. Ni adalah bukti paling jelas.

BATU API TAK BERANI SUMPAH, TUDUH SAYA JADI SAIFUL BUKHARI

Batu Api ni bengap. Tak tau undang-undang. Wala’ terlebih sampai otak dia dah jadi sayur. Dalam kes Saiful Bukhari, sumpah dia sumpah bohong. Kenapa? Kerana ada bukti FIZIKAL yang menunjukkan dia tidak pernah diliwat.

Dalam kes saya, apa bukti fizikal yang menunjukkan saya menentang Hasan Ali kerana permohonan saya ditolak? Sila bawa wahai Batu Api. Berhenti menunjukkan kebodohan kamu itu. Saya cabar Batu Api dan keseluruhan Pemuda PAS Terengganu.

Maklumat saya dapat dari Dungun, si Batu Api ni adalah orang kanan Azman Shafawi. Tinggal di Kampung Pak Sabah. Dia ingat saya tak kenal orang2 kuat PAS di Kampung Pak Sabah tu. Dia tak tau saya pernah rapat dengan orang-orang PAS Kampung Pak Sabah. Sila nafikan maklumat saya ini, wahai Batu Api

Sebagai penutup, inilah bukti bahawa puak2 PAS Terengganu ni pembohong. Hari tu, saya dah bukti admin Tranung Kite juga seorang pembohong dan pengkhianat janji. Saya bawa bukti fizikal lagi. Tak payah sumpah2.

Marilah kita semua jangan jadi mangsa penipuan puak2 ni.Mereka menggunakan agama untuk kepentingan politik sempit dan kenegerian mereka.

Saya akhiri tulisan saya dengan ayat Ali Imran 3:53:
  • "..Mereka merancang dan Allah juga merancang, dan Allahlah sebaik-baik perancang"
Tulang Besi

p/s - Duit yang diderma oleh penderma2 sekelian kepada saya, saya bercadang untuk memberikannya kembali kepada bloggers2 yang ramai sedang menghadapi masaalah kewangan. Insya-Allah ianya telah berjalan.

p/s - di bawah adalah salah satu komen di bawah artikel ini yang batu api tak berani jawab pun :

Re: Gaji 6 X Exco masih minta sedekah (Score: 1)
Oleh hidayat_nurwahid on Sunday, December 20 @ 20:26:14 PST
(User Info | Send a Message)

batu api oh batu api , cabaran saya dalam artikel lepas belum jawab lagi .. sekarang dah merapu macam orang isim
  1. apa salahnya mitok sumbangan , kalau beri dapat pahala .. doh beri lepastu ungkit pulok , sape munafik sebenornya ??
  2. tulang besi sapa kemalaysia pukul 10 sabtu malam ahad , mung reka cipta kata hari jumaat ada malaysia doh .. sila tujukkan bukti tulang besi ada sini doh waktu posting artikel . jangan main berok jer
  3. pende ke masalohnya kalu dia gi ketaman melewar ?? rumoh mung kesitu sapa orang lain dok leh gi .. nok pakai baju warna pende pun , pende kena ngena dengan mung ?? kalu dia nakut dia dok gi pulok situ ..
  4. molek ah mung tunjuk gambar tulang besi , boleh lah posting gambar batu api pulok .. kita pun ada gambor boh .. kite pun tahu jugok sape batu - api ..
  5. taubatlah batu - api .. berhentilah sebor dakyah bengongmu tu .