Saturday, February 06, 2010

Mintak Tolong..! Jangan malukan MB KUDETA..!

Mintak tolong... SILA HADIR BERAMAI-RAMAI KE MAJLIS DIBAWAH INI...!!!

Solat Hajat Rakyat di Kediaman Rasmi "YAB Menteri BESAR"...
Ni aku mintak tolong sungguh-sungguh nih... tolong la jangan malukan muka "YAB MENTERI BESAR"...

Mustahil "YAB MENTERI BESAR" tak dapat kumpul macam dekat bawah ni... (rujuk sini...)
Kalau tak dapat... maluuuuuu wooo...!!!

BERNAMA BERBOHONG: TOK GURU KATA LAIN!!!

Artikel di bawah adalah diambil dari blog ZainulFaqar. Saya difahamkan Zainulfaqar ada sewaktu Tok Guru memberikan ucapan perasmian kepada program Forum Kalimah ‘Allah’ di Kota Bharu baru-baru ini.

BERNAMA pula melaporkan kononnya Tok Guru menyokong agenda Muzakarah. Apabila rahsia mereka pecah, BERNAMA menukar cerita mereka. Artikel asal mereka boleh baca di bawah sekali. Artikel baru mereka boleh baca di sini.

Rupanya Tok Guru mahu UMNO mempunyai minda yang terbuka supaya boleh berdialog SECARA TERBUKA dalam isu-isu yang berkaitan dengan Islam.

Ini jauh dari bentuk MUZAKARAH/Perjumpaan dalam Gelap yang diadakan dengan Pak Lah dan UMNO oleh beberapa pimpinan PAS yang telah menipu ahli2 mereka.
Selamat membaca.

Tulang Besi
    Nik Aziz ajak berdialog, supaya Umno kembali pada Islam!

    Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menyuarakan niat supaya PAS dan UMNO boleh berdialog atas kepentingan Islam, sebagaimana yang telah pun dilakukan dalam Forum Kalimah ‘Allah’ yang melibatkan tokoh-tokoh dari agama Islam, Kristian dan Buddha.

    “Kalau boleh, majlis sebegini (dialog) dibuat antara PAS dan UMNO,” jelas beliau selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Pemikiran Islam Semasa, anjuran Tabung Amanah Tok Kenali dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan.

    Beliau yang juga Mursyidul Am PAS mempersoal kewajaran tindakan UMNO menentang perjuangan Islam yang dibawa PAS sejak 50 tahun yang lalu.

    “5o tahun, UMNO bertengkar dengan PAS, apa hasil? UMNO menggunakan masa yang begitu banyak (dan) kepakaran (yang) begitu banyak (serta) kewangan yang begitu banyak (untuk) melawan gerakan Islam yang dibawa oleh PAS,” jelas beliau di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Kota Bharu.

    Ujarnya lagi, sejak PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, UMNO acapkali mempersenda keupayaan PAS dalam membangunkan Negeri Kelantan.

    Pun begitu, sejak Pakatan Rakyat menguasai Kelantan, Kedah, Selangor, Perak (kemudiannya Umno ‘kudeta) dan Pulau Pinang, menurut beliau, UMNO tidak berupaya meneruskan pertengkaran dengan PAS menggunakan isu-isu ‘pembangunan’ seperti dua dekad sebelum ini.

    “Masalah pembangunan, PAS buat juga. Sekarang ini pula, (pembangunan di) Pulau Pinang orang lain pula (iaitu Pakatan Rakyat dan DAP) pula (yang) buat, pembangunan negara tidak (dilakukan) UMNO (semata-mata),” jelasnya.

    “Jadi, tak ada sebab langsung PAS bertengkar dengan UMNO (kerana) disebabkan (isu) pembangunan tidak semestinya UMNO boleh buat (sebaliknya) sesiapa saja yang memegang (tampuk pemerintahan) negeri (maka) mereka buatlah (pembangunan).”

    “Sekiranya (parti) komunis yang pegang Kelantan, maka Kominislah yang buat pembangunan,”

    Beliau turut melahirkan harapan supaya para cendekiawan Islam di dalam UMNO berfikir tentang tujuan dasar Islam yang diperjuangkan PAS.

    “Jadi, tolong fikirlah (selama) 50 tahun UMNO bertengkar dengan PAS (sedangkan) PAS ini dibuat (ditubuhkan) oleh alim ulamak UMNO,” jelasnya.

    “Ulama’ Umno (yang) tubuh Partubuhan Islam Se-Tanah Melayu (yang) kemudiannya (ditukar) Parti Islam Se-Malaysia (PAS), jadi apa pentingnya UMNO nak bertengkar dengan PAS sedangkan PAS bawa (dasar perjuangan) Islam.”

    Katanya lagi, orang Melayu tidak mengira kaum guru, peladang dan sebagainya pada tahun 1946 semuanya menyertai UMNO, tetapi sebahagian daripada mereka kemudiannya meninggalkan UMNO pada tahun 1952 kerana UMNO tidak komited memperjuangkan Islam di tanah air.

    “Jadi, tokoh-tokoh agama (dalam) UMNO tolong fikir apa yang saya cakap ini,” jelasnya.

    Turut menyertai kenyataan media bersama-sama Nik Aziz, Ketua Pengarah akhbar mingguan The Herald yang juga panelis forum, Tuan Lawrence Andrew dan Cendekiawan Islam PKR selaku salah seorang pembentang kertas kerja, Dr. Mohd Nur Manuty.

    Dalam perkembangan berkaitan, Forum Kalimah ‘Allah’ menampilkan Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution selaku mpderator forum, Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Dr. Johari Mat yang juga panelis mewakili agama Islam; serta Naib Presiden Malaysia Consultative Council Buddist, Christian, Sikh, Hindu and Tao (MCCBCSHT) Cawangan Kelantan Loo Choo Siang yang juga panelis mewakili agama Buddha. -END
    -------------------------------

    Nota: Penulis sertakan rakaman penuh MP3 kenyataan Nik Aziz untuk dimuat turun supaya mana-mana pihak yang berniat memanipulasi niat ikhlas Nik Aziz demi kepentingan tertentu, boleh disangkal bersama. KEFAHAMAN ASAS PERUBAHAN!
(Laporan asal BERNAMA)

KOTA BHARU 4 Feb. – Selepas menolak perbincangan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu UMNO dan Pas duduk semeja untuk membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemimpin UMNO perlu memikirkan mengenai pentingnya kedua-dua parti itu membincangkan isu-isu yang menyentuh agama kerana tiada faedahnya sekiranya kedua-dua parti mengamalkan pendekatan permusuhan politik.

Nik Abdul Aziz juga berkata, tidak ada sebab langsung untuk kedua-dua parti itu bertengkar mengenai isu pembangunan.

"Saya mahu majlis perbincangan mengenai agama Islam (seperti ini) antara UMNO dan Pas sudah lama.

“Lima puluh tahun UMNO bertengkar dengan Pas apa hasilnya, banyak masa habis. Parti itu banyak menggunakan masa, kepakaran dan kewangan untuk melawan gerakan Islam seperti Pas, apa hasilnya melainkan bertengkar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar kalimah Allah di sini, hari ini. – Bernama