Monday, March 01, 2010

Le Tour De Langkawi: Kisah Disebalik Kisah

Malaysiakini lapor begini:
Seorang anggota EXCO Kerajaan Kelantan melahirkan rasa kecewanya dengan Penganjur perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi kerana membelakangkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada upacara melepaskan peserta hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata apa yang berlaku di majlis pelepasan itu di hadapan Istana Balai Besar pagi tadi adalah sesuatu memalukan.

"Ia tidak menghormati tok guru selaku menteri besar dan tuan rumah yang sepatutnya melakukan pelepasan itu," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Majlis pelepasan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Kisah sebelumnya yang tak ramai orang tahu:
Pada 28hb. Februari, 2010 (Ahad) ada Majlis Pelancaran TMPoint TM Authorized Dealer (TAD) Kubang Kerian. Dealer bagi cawangan TAD Kubang Kerian ini adalah Azmi Ali, adik kepada Ibrahim Ali.

Azmi Ali sendiri telah menjemput YB Senator Datuk Dr. Awang Adek untuk merasmikan majlis ini. Azmi Ali ni memang rapat dengan Awang Adek, siap boleh call hp Awang Adek bila-bila masa dia nak (jangan terperanjat kalau lepas ni Ibrahim Ali isytihar masuk UMNO).

CEO TM, Dato' Zamzairani tidak dapat hadir ke majlis perasmian TAD tersebut dan telah menghantar surat memohon maaf kepada Awang Adek kerana tidak dapat hadir. Ini perkara biasa, kerana sebagai Timbalan Menteri Kewangan, secara logiknya, Awang Adek adalah orang yang bertanggungjawab menandatangi penyambungan kontrak perkhidmatan CEO TM ini dan juga pemberian peruntukan kepada TM dan sebagainya.
Jadi tidak hairanlah kalau Tuan Guru MB Dato' Nik Abdul Aziz diketepikan sewenang-wenangnya untuk memberi penghormatan kepada Awang Adek.

Ini tidak lain tidak bukan hanya untuk memastikan kedudukan CEO TM, Dato' Zamzairani dan TM sendiri terjamin di bawah YB Senator ini, sebab itulah mungkin segala permintaan Awang Adek dipenuhi, ataupun selagi ada peluang nak bodek YB Senator ini, peluang itu akan digunakan sepenuhnya hatta membelakangkan Tuan Guru MB Kelantan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Royalti Minyak Kelantan: Antara "Kepentingan Rakyat" & "Kepentingan Politik"

Siang tadi dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan 1 usul telah dibentangkan agar EXCO Kerajaan Negeri Kelantan memikirkan tindakan sesuai, termasuk tindakan mahkamah bagi memastikan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipatuhi.

Usul tersebut juga telah diperkenan untuk perbahasan oleh Speaker DUN Kelantan Nasaruddin Daud dan diluluskan setelah mendapat sokongan sebulat suara termasuk dari ADUN-ADUN Pembangkang (UMNO/BN Kelantan - mesti puak-puak UMNO/BN rasa "terhina" bila aku sebut "Pembangkang"... kah kah kah kah kah... terima la kenyataan wei...).

Itu cerita awal dan aku pun tak "stim" sangat nak publish "cerita pelik tapi benar" bila ADUN-ADUN Pembangkang (UMNO/BN Kelantan) pun ikut sama menyokong usul tersebut sebab aku tau antara "keajaiban" yang mampu dilakukan oleh geng-geng Pembangkang (UMNO/BN Kelantan) ialah silap mata ala-ala ssekut Chipsmore.

Memang benar macam yang dijelaskan oleh ADUN Nenggiri bahawa pada awalnya Pembangkang (UMNO/BN Kelantan) menyokong usul tersebut iaitu membawa Isu Royalty ke Mahkamah tetapi menarik balik selepas dilakukan penambahan dalam pindaan iaitu "Memaksa Petronas membayar Royalti yang dituntut oleh Kerajaan Negeri secepat mungkin".

Sejak dari awal lagi pihak Pembangkang (UMNO/BN Kelantan) memang komited dalam menekan Kerajaan Negeri Kelantan supaya membawa isu ini ke Mahkamah dan tujuannya memang kita sedia maklum tak lain tak bukan sebab UMNO/BN Pusat mempunyai "cable besar" dalam mana-mana Mahkamah di Malaysia tak kira Mahkamah Sivil, Syariah ataupun Mahkamah Rimba.

Kebanyakan Penguasa Undang-Undang di Mahkamah berada dalam "tawanan" UMNO/BN sejak dari zaman TDM dan telah diperturunkan "warisannya" kepada Pemerintah-Pemerintah selepasnya termasuk Pemerintah sekarang.

Lihat saja apa yang berlaku dalam kes MB Perak DS Ir Nizar Jamaluddin vs DS Zambry. hari ni menang, esok kalah, lusa menang, tulat kalah, lepas tu kalah, kalah, kalah, kalah, menang, kalah... keputusan Hakim tak pernah konsisten.

Ada jugak kes, Hakim kena tukar. itu sistem Mahkamah Malaysia. paling menghairankan, detail sebab-sebab Hakim buat keputusan pun nak kena tunggu hampir setahun. tak tau la Hakim tu buat teks atau Novel.

Dalam kes kejap sokong, kejap tak sokong oleh ADUN Pembangkang (UMNO/BN Kelantan) ni pulak, sama. sokong usul bawak Isu ni ke Mahkamah supaya dapat "main-main" dengan Undang-Undang dalam Mahkamah nanti.

Ini semua agenda Kepentingan Politik dan bukannya agenda Kepentingan Rakyat. sebelum tu perlu kita ingat balik apa yang dah berlaku di Negeri Terengganu selepas Parti PAS berjaya menawan Negeri Terengganu dalam Pilihanraya tahun 1999.

Sepantas kilat, pembayaran Royalti sebanyak 5% dari hasil carigali di Perairan Terengganu kepada Kerajaan Negeri Terengganu (PAS pada masa tu) telah dinafikan atau ditarik balik padahal sebelum itu, Kerjaan Negeri Terengganu telah menerima pembayaran tersebut sejak dari awal hasil Negeri Terengganu dikaut oleh Petronas mengikut Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1974/1975 (Akta PDA dan Akta Petroleum).

Kerajaan Negeri Terengganu telah membawa isu tersebut (pembayaran Royalti Minyak dan Gas) ke Mahkamah mengikut perundangan yang sedia ada dan sampai ke hari ini, kes tersebut masih belum selesai. Tuan Hakim yang mengendali kes entah kemana, Kertas Pendakwaan entah kemana, Lawyer sendiri pun tak tau perkembangan kes.

Dan kes ini pulak (Royalti Minyak dan Gas Negeri Terengganu) telah diambil alih oleh MB Terengganu sekarang Dato' Mat Said yang mewakili Kerajaan Negeri Terengganu masih juga komited menuntut pembayaran Royalti Minyak dan Gas seperti yang termaktub dalam Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1974/1975.

Sampai hari ni yang kita dengar cuma "janji-janji manis" dari Kerajaan Pusat "kununnya" Kerajaan Pusat akan cuba menyelesaikan Tuntutan tersebut sebaik mungkin. kalau ikut kenyataan dari Kerajaan Pusat, boleh jugak diklasifikasikan sebagai "mendahului keputusan Mahkamah".

Memang itu yang berlaku dan yang paling kita nampak, disebabkan usaha Mat Said itu "sealiran"dengan usaha Pembangkang (PAS Terengganu), maka sampai ke hari ini, Mat Said walaupun sebagai MB Terengganu yang perlantikannya mendapat restu dari Istana, menerima tekanan yang amat hebat.

Hampir setiap bulan kedengaran berita-berita angin (selalunya dinafikan oleh UMNO/BN Pusat) desakan supaya Mat Said meletak Jawatannya sebagai MB Terengganu. itu yang akan diterima oleh mana-mana Ahli UMNO/BN yang tidak sealiran dengan Parti "Keramat" itu.

Terbaru pulak kita dapat lihat tekanan demi tekanan yang diterima oleh YM Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang juga Ahli UMNO. Ku Li sendiri menerima tekanan supaya diambil tindakan oleh UMNO Pusat supaya dilucutkan keahlian UMNOnya semata-mata kerana pandangan Ku Li tidak sealiran dengan UMNO.

Semua yang kita lihat selama ini membuktikan bahawa siapa yang lebih mementingkan Negeri atau tanggungjawab terhadap Negeri masing-masing walaupun ianya mengikut Undang-Undang dan Perlembagaan Negeri atau Negara, akan menerima "habuan" masing-masing berbentuk tekanan.

Dipihak UMNO/BN sekian hari sibuk menonjolkan diri "kununnya" UMNO/BN lah "Juara Rakyat". siap buat program "Juara Rakyat" (bila sebut Juara, terus aku teringat dekat Orang Utan... tak tau la pesal...) tapi dalam masa yang sama, menatang UMNO/BN ni lah yang duduk bertimpuh dalam diam menafikan Hak Rakyat.

Terang-terang pentafsirannya ialah UMNO/BN hanya pandai bercakap berdegar-degar "akulah yang paling hebat untuk membela rakyat" tapi praktikalnya ialah - UMNO/BN cuma sekadar Parti Politik yang mementingkan "Survival Politik" melebihi kepentingan orang ramai atau Rakyat.

Kalau betul Pembangkang (UMNO/BN Kelantan) mementingkan Hak Rakyat dan Negeri Kelantan, tak perlu main "ciku cak" dalam isu Royalti Minyak Kelantan. sama-sama perjuangkan Hak Rakyat Kelantan yang sepatutnya dan bukannya menafikan hal tersebut.

Tuntut supaya Kerajaan Pusat dan Petronas menyelesaikan bayaran Royalti seperti yang termaktub dalam perjanjian secepat mungkin. kesemua individu-individu yang terlibat dalam merangka Perjanjian tersebut sudah tampil memberi penerangan masing-masing didalam pelbagai program penerangan dan tidak ada seorang pun antara mereka (yang terlibat dalam Perjanjian) yang menafikan hak mana-mana Negeri terhadap hasil bumi yang diserakah oleh Petronas.

Yang menafikan perkara tersebut cuma UMNO/BN dan juga seorang Pengkhianat Negeri Kelantan bernama Ibrahim Ali. selain dari Ibrahim Ali, Mustapa Mohamed dan juga Awang Adek pun turut sama menafikan perkara tersebut.

Siapa mereka-mereka ini yang menafikan perkara tersebut..? apa Jawatan masing-masing dan kedudukan masing-masing dalam masa Perjanjian tersebut dirangka sehingga ditandatangani..? yang aku tau, semua mereka-mereka ni bukan siapa-siapa pun masa tu. ada antara mereka-mereka ni masih memakai kasut sebelah lain sebelah lain masa Perjanjian tu dibuat (jangan marah Tok Pa..!).

Jadi atas kapasiti apa mereka-mereka ni bercakap, berhujah dan berdiri..? tak lain dan tak bukan - Kepentingan Politik. jadi "Pengkhianat" pun tak mengapa asal "survival politik" terjamin.

Ni nak ingatkan para Pembangkang (UMNO/BN Kelantan)... hari ni kamu masih berdiri atas kapasiti masing-masing yang kamu dapat selepas menang dalam Pilihanraya Umum ke-12, Pilihanraya akan datang belum tentu lagi kamu akan mendapat "mandat" dari pengundi kawasan masing-masing.

Kena ingat 1 perkara... yang mengundi kamu dulu bukan 100% ahli UMNO/BN. lebih ramai pengundi atas pagar dari Ahli Parti yang memenangkan kamu dan kita kena tahu bahawa pengundi atas pagar TIDAK MEMPUNYAI APA-APA KEPENTINGAN DALAM POLITIK seperti kamu.

Korang naik pun puak-puak ni tak rugi, kamu turun pun puak-puak ni tak rugi. jadi beringatlah. nak "Dahulukan Rakyat" macam slogan UMNO/BN "Rakyat Didahulukan" atau nak teruskan "Kepentingan Politik'..?

Tepuk dada tanya "nafsu".

Kalau aku jadi Ahli PAS dan aku dilistkan sebagai pengundi DUN yang ditandingi oleh Ku Li atau Mat Said, SUMPAH aku tak segan dan aku jugak tak rasa bersalah untuk mengundi Ku Li atau Mat Said walaupun berlainan parti.

Sebabnya... Ku Li dan Mat Said lebih "Praktikal dan Komited" dalam memperjuangkan "Hak Rakyat" dan bukannya "Hak Parti". itu tanggungjawab Wakil Rakyat yang mendapat undi dari "Rakyat".

Aku yakin pembaca-pembaca lain pun sependapat dengan aku.

"BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH...!!!"

Royalti Minyak Kelantan: Khazanah Petroleum Kelantan (bhg i)

Joint Development Area (JDA) terletak dalam kawsan seluas lebih kurang 7,250 kilometer persegi dan ianya terbahagi kepada 3 blok dan ke 3-3 blok berkenaan berada didalam kawasan perairan bertindih yang melibatkan tuntutan diantara Malaysia - Thailand.

Jarak kawasan (JDA) dari daratan ialah 260 kilometer dari Songkhla, 280 kilometer dari Pattani, 310 kilometer dari Kerteh dan hanya 150 kilometer sahaja dari Kota Bharu. jauh lebih hampir dari Songkhla, Pattani atau Kerteh.

Pengeluaran semasa gas di kawasan ini dianggarkan berjumlah 790 juta kaki padu sehari atau 248 trillion kaki padu setahun dengan nilai lebih dari RM4 billion setahun manakala pengeluaran minyak pula ialah sebanyak 23,000 tong sehari.

Tuntutan Royalti Gas dan Petroleum melibatkan eksplorasi yang berada didalam perairan Negeri Kelantan.

2 daripada kawasan ini sudah pun memulakan pengeluaran Petroleum dan Gas asli bermula dari tahun 2003 dan tahun 2005 tetapi berada didalam kawasan pertindihan. 1 kawasan lagi berada di tepi pantai Kelantan tetapi dijangka hanya akan memulakan pengeluaran pada tahun 2011 dan tahun 2012.

Selain daripada itu, terdapat juga lokasi yang berada dalam kawasan persempadanan perairan Negeri Kelantan dan Terengganu, telah memulakan pengeluaran dan Royalti dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Kawasan-Kawsan Yang Dimaksudkan:

(i) - Kawasan Joint Development Area (JDA) Malaysia - Thailand:
(a) - Blok A18 (9 zon) iaitu Pelantar Cakrawala, Bulan, Suriya, Bumi, Bumi East, Senja, Samudera, Wira dan Samudera North.

(b) - Blok A17 (9 zon) iaitu Pelantar Muda, Tapi, Jengka, Amarit, Mali, Jengka South, Jengka West, Jengka East dan Muda South.

(c) - B17-01 (3 zon) iaitu Pelantar Tanjung, Jinda dan Andalas.
(ii) - Blok PM3 Atau Commercial Arrengement Area.
Kerja-kerja pengeluaran telah bermula pada tahun 1997 bagi Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan telah mencapai kemuncaknya pada tahun 2004. ini melibatkan kerja-kerja di Pelantar Bunga Kekwa West, Bunga Kekwa - Cai Nuoc East, Bunga Raya East, Bunga Raya West, Bunga Raya North West dan Bunga Seroja.

Kapasiti pengeluaran ialah sebanyak 60,000 tong minyak sehari dan 270 mm cfpd gas. gas yang diperolehi oleh Petronas dari kawasan ini dihantar melalui paip (pipeline) 24 inci sejauh 170 kilometer ke Pelantar Resak yang terletak di perairan Terengganu.

Petronas dan Kerajaan Pusat telah cuba untuk menafikan hak Kerajaan Negeri Kelantan dengan menimbulkan isu bahawa kawsan PM3 berada dilokasi bertindih antara Malaysia dan Vietnam dan juga PM3 berada di Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (Malaysian Exclusive Economy Zone).

Sebagaimana dengan isu di zon JDA, aspek Perundangan dan Perlembagaan Persekutuan adalah jelas dan menyebelahi Tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan. jarak kawasan pengeluaran atau carigali tidak menjadi penentu atau syarat pembayaran Royalti kerana sebelum ini, Kerajaan Negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak juga terus menikmati pembayaran Royalti dari Petronas meskipun jarak pengeluaran atau carigali Minyak dan Gas 3 negeri tersebut lebih jauh dari kawasan tuntutan Kerajaan Kelantan.
NOTA: Pembayaran Royalti sebanyak 5% hasil pengeluaran dan carigali di perairan Terengganu kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah dihentikan serta-merta sebaik sahaja Parti PAS mengambil-alih Kerajaan Negeri Terengganu pada Pilihanraya Umum tahun 1999 dan telah digantikan dengan pembayaran "Wang Ehsan" dan terus menjadi isu sehingga sekarang.

(iii) - Blok PM301 dan PM302.
Blok PM301 adalah bersempadanan dengan pantai Kelantan dan Blok PM302 pula bersempadanan dengan Blok PM301. menurut Petronas, pengeluaran gas di kawasan-kawasan PM301 dan PM302 akan bermula pada tahun 2011 atau 2012.

Operasi di ke 2-2 Blok ini (PM301 dan PM302) telah diserahkan kepada CS Mutiara Petroleum Sdn.Bhd. ini adalah sebuah Syarikat Usahasama (50-50) antara Petronas Carigali dengan Shell Exploration and Production Malaysia BV.

Setakat ini, terdapat sejumlah 8 kawasan yang telah disahkan mempunyai stok gas asli.

Pada 3hb. April, 2006, CS Mutiara telah mengumumkan bahawa kerja-kerja penggerudian (explorasi) lautan sedalam 67 meter telahpun bermula pada 18hb. Februari, 2006 dan sejumlah telaga telah ditemui.

Penemuan gas di Blok PM301 adalah di zon Bunga Kamelia, Bunga Zetung, Bunga Anggerik, Bunga Kesumba, Bumi South dan Bunga Melati sementara penemuan gas di Blok PM302 pula ialah di zon Bunga Dahlia dan Bunga teratai.
(iv) - Kawasan Ular, Gajah dan Bergading di PM302 serta Lawit dan Jerneh dalam Blok PM303.

Kawasan Ular dan Gajah Bergading terletak bersempadan diantara JDA Blok A18 dengan Blok PM301.

Sumber Petronas memanggil kawasan ini sebagai Blok PM30
2. bagaimanapun, masih tidak jelas samada ianya diusahakan oleh operator dari kawasan JDA atau oleh CS Mutiara kerana didalam data, tercatat bahawa Ular, Gajah Bergading tercatat Malaysia - Thailand Joint Authority.

Tetapi jika dilihat pada peta Seismis, ianya menunjukkan bahawa kawasan Gajah Bergading dan Ular terletak dalam perairan JDA dan ianya juga tidak berada dalam perairan tuntutan bertindih (perairan Kelantan).

Sementara itu, kawasan Jerneh dan Lawit yang dipercayai berada dalam perairan Negeri Kelantan juga cuba dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan dengan menimbulkan isu bahawa PM303 berada didalam kawasan bertindih antara Malaysia - Vietnam (Contagious Zone sehingga 44 kilometer dari daratan) sementara PM302 pula berada dalam Zon Ekonomi Ekslusif Malaysia (sehingga 370 kilometer dari daratan).

Bersambung bahagian ii

Aduan Abdullah Karim dan Suwardi Yaakob

Selepas penolakan aduan Abdullah Karim, maka nama Suwardi Yaakob ni timbul kembali. Dari maklumat yang saya dapati, laporan Abdullah Karim itu adalah terhadap Suwardi Yaakob. Abdullah Karim telah menyatakan satu-satunya saksi beliau adalah bekas Pengerusi GERAK, Nazlee.

Malangnya, aduan Abdullah Karim ditolak kerana Nazlee bukan ahli PAS dan menjadikan kes beliau dipandang sebagai tiada “Prima Facie”.

Artikel ini tidak mahu membicarakan aduan Abdullah Karim secara terperinci. Cuma mahu memberi sedikit maklumat berkenaan Suwardi Yaakob. Pembaca nanti akan dapat gambaran kenapa Suwardi Yaakob boleh mendapat “sokongan” dari mereka-mereka yang mempunyai kuasa dalam PAS.

SUWARDI ORANG RAPAT DENGAN TIMBALAN PRESIDEN DAN PJ SELANGOR

Ustaz Nasaruddin telah mendedahkan hubungan rapat beliau dengan Suwardi Yaakob dengan kenyataan seperti di bawah:
Hari Khamis kita ada parlimen, hari rabu saya buat operation. Suwardi was there jadi nurse kat hospital. Then, Hari Khamis kita bincang nak pegi manek Urai sebab timbul macam2 cerita, tak turun la. Sebab sebelum daripada tu dah dengar dah cerita tak dibenarkan turun. Sebelum tu lagi dah dapat maklumat tak dibenarkan turun. Ni sebelum operation lagi… tak dibenarkan turun. Sehinggalah kita dihubungi oleh pimpinan PAS Kelantan, call kita beritahu, keputusan mesyuarat Perhubungan PAS Kelantan tidak membenarkan kita turun ke Manek urai. Takpalah kalau tak turun kita takda masaalah. Duduk kat rumah lah. Dan keputusan tu disampaikan oleh satu rombongan yang datang ke rumah.

Saya tak pergi tu kerana memang memang ada keputusan Perhubungan PAS Kelantan tidak mengizinkan saya turun. Kenapa pulak saya turun selepas beberapa hari, kerana teruk sangat main dalam media…

Dan dalam keadaan baru Operation dengan Suwardi dan selesai di Manek Urai…."
Ertinya Suwardi mempunyai hubungan yang cukup intim dan rapat dengan Timbalan Presiden PAS. Pada waktu yang sama Suwardi Yaakob pula sering memperkenalkan diri beliau sebagai Pegawai Khas Dato Hasan Ali.

Hubungan Suwardi dengan kepimpinan PAS Pusat juga terdedah dengan dokumen di bawah:
Hubungan beliau yang terlampau intim dengan pimpinan-pimpinan PAS Pusat menjadikan beliau layak untuk mendapat bilik bersama-sama kepimpinan tertinggi PAS Pusat. Dokumen teratas membuktikannya.

Malahan, bilik beliau adalah dari kelas “PREMIER” dan bukannya bilik yang cikaip-cikai.

Saya mendapat maklumat, kerja beliau adalah merapati sebanyak mana pemimpin-pemimpin PAS yang beliau mampu.

Maklumat terbaru adalah Suwardi sehingga mampu merapati Ustaz Nasruddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat. Mungkin Ustaz Tantawi tidak mengenali siapa Suwardi lagi. Izinkan saya memberitahu.

SUWARDI ADA SEORANG “CON-MAN”

Hakikatnya, Suwardi Yaakob yang amat rapat dengan kepimpinan PAS Pusat ini adalah seorang “con-man”. Antara yang menjadi mangsa penipuan Suwardi adalah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Sila rujuk dokumen di bawah:
Tindakan “con” beliau ini telah menyebabkan beliau ditendang dari “Bar Council” bersama-sama atau agak-agak satu masa dengan Rohaizat, calon UMNO di Pengkalan Pasir dulu.

Kalau nak lihat pengisytiharan “Bar Council” berkaitan Suwardi Yaakob, sila klik di sini.

Maklumat lain yang saya dapat adalah beliau ini amat rapat dengan pimpinan-pimpinan UMNO di Selangor dan Pusat. Ini kerana beliau biasa membuat “dealings” dan “business deals” dengan pimpinan-pimpinan UMNO Selangor sewaktu UMNO memerintah Selangor. Antara tokoh yang rapat dengan Suwardi adalah Khit Toyo sendiri.

MENGAPA SUWARDI DILINDUNGI?

Itu soalan saya. Alasan yang diberikan oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man adalah:
"Untuk memanggil orang yang berkenaan dalam pertuduhan beliau, penama tersebut bukan ahli PAS. Kita tiada kuasa memanggil bukan ahli dan apa jaminan ianya tidak bertindak merosakkan nama baik parti sekiranya dipanggil. Ini JK Disiplin parti, untuk menjaga ahli agar tidak melakukan tindakan merosakkan nama baik parti, dan bertindak di luar perlembagaan parti.
Bagi saya ini alasan yang tidak kuat kerana mengikut sumber saya Nazlee bersedia untuk menjadi saksi. Walaupun Nazree bukan ahli PAS tetapi beliau juga mengucap dua kalimah syahadah.

Jadi, beliau tentu mahu supaya keadilan ditegakkan. Dan semua ahli PKR yang Islam amat menghormati PAS ke tahap kalau PAS memanggil mereka, sudah tentu mereka akan ikuti.

Tidak mungkin Abdullah Karim tidak mengetahui prosedur kerana Abdullah Karim adalah peguam yang berpengalaman dan terlatih. Beliau bukan seorang peguam yang dipecat macam Suwardi Yaakob.

MOHON PAS PUSAT/SU AGUNG MENILAI SEMULA ADUAN ABDULLAH KARIM

Saya menyatakan tindakan SU Agung ini adalah satu kesilapan. Tetapi masih belum terlambat untuk diperbetulkan.

Cikgu Pa masih boleh memanggil Abdullah Karim dan menghantar kes ini ke JK Disiplin untuk diadili. Saya memohon, dengan nama Allah, supaya Cikgu Pa mengubah keputusan beliau dan menyerahkan kes ini ke JK Disiplin.

Berkenaan dengan hubungan Suwardi dan pemimpin2 PAS Pusat, saya huznuz zan sebab mungkin ramai pimpinan PAS tak tau yang Suwardi ni adalah seorang “con-man”. Masanya kamu menghalau Suwardi jauh-jauh, wahai kepimpinan PAS sekelian.

Wallahualam

Tulang Besi

p/s - Sila dengar sendiri rakaman tersebut di bawah:

Kelantan Tiada Peluang Pekerjaan..?

Utusan Lapor -
Kelantan tidak harus menjadi negeri yang berterusan 'mengeksport' rakyatnya ke negeri-negeri lain untuk mencari pekerjaan dalam pelbagai sektor.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin (gambar) berkata, ekonomi negeri perlu dijanakan dengan pelbagai sumber yang boleh dimanfaatkan untuk membuka peluang pekerjaan.
Kisah pendek dan ringkas...

Kisah 1 (Aku@Topeng Perak Unmasked)

Aku lahir di Kota Bharu, Kelantan hampir 35 tahun lepas, umur setahun, ikut Pak aku merantau ke Kolumpo. sekolah di Serdang, Selangor sampai tingkatan 3 lepas tu masuk Vokasional Tanah Merah, Kelantan (form 4 sampai form 5).

Pendek kata, aku tak pernah duduk Kelantan sebelum ni kecuali masa aku sekolah Vokasional.

Habis sekolah, kerja merata tempat di Malaysia dari Utara sampai Selatan. tahun lepas aku balik semula ke Kota Bharu, Kelantan (akhir bulan 11) dan mula kerja dekat Kelantan sampai sekarang. sape cakap Kelantan tak de peluang pekerjaan..?

Kisah 2 (Aduka Taruna)

Aku tak tau mamat ni lahir tahun berapa. yang aku tau, dari kecik sampai besar panjang, mamat ni duduk dengan Mak dengan Pak dia sampai besar panjang, sampai dah menikah - Negeri Sembilan la...

Awal tahun hari tu mamat ni buat hal, kecoh 1Malaysia... (malas nak cerita panjang), tamat bab 1 hal kecoh 1malaysia, mamat Aduka Taruna ni ambik keputusan - pindah kampung bini dia di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Aduka Taruna tinggalkan Kampung Laman dia (Negeri Sembilan), tinggalkan bisnes kecik-kecilan dia dekat Negeri Sembilan.

Tak sampai seminggu Aduka Taruna pindah ke Kelantan, dah dapat kerja pun dekat sini. bini dia pun sama jugak. dah dapat kerja padahal tak sampai pun seminggu duduk Kelantan.

Sape cakap tak de peluang pekerjaan dekat Kelantan..?

UMNO..? UMNO tu BANGANG... sape percaya... lagiiiiiiiii la BANGANG... orang UMNO dah la pemalas nak cari kerja, nak kerja pulak memilih, BANGANG pulak tu..!

Royalti Minyak Kelantan: 2 ADUN BN Sertai Taklimat Khas

Majlis Taklimat Tuntutan Royalti Petroleum ADUN-ADUN dan juga Ahli Parlimen Negeri Kelantan di Bilik Gerakan Negeri yang telah diadakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan petang tadi berjalan dengan lancar.

Kehadiran 2 orang ADUN UMNO/Barisan Nasional iaitu ADUN Nenggiri, YB Mat Yusoff bin Abd Ghani dan juga ADUN Paloh, Datuk Norzula Mat Diah turut dipuji ADUN-ADUN, Ahli Parlimen-Ahli Parlimen dan tetamu Kerajaan Negeri Kelantan yang hadir kerana berani memenuhi jemputan dan juga berani tampil bagi mendapatkan maklumat dari ke 2-2 belah pihak dalam isu Tuntutan Royalti Minyak Kelantan.

Majlis Taklimat dimulakan lebih kurang jam 2:40 petang. antara yang memberikan Taklimat kepada semua yang hadir ialah YB Tan Sri Abd. Aziz bin Abd. Rahman (Antara yang terlibat dalam menggubal Akta PDA), YB Tuan Nik Saghir bin Nik Ismail (Bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas), YB Tuan Tommy Thomas (Peguam) dan YB Dato' Haji Husam Musa (EXCO Kerajaan Negeri Kelantan)

Bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas, YB Tuan Nik Syaghir Nik Mohd Nor (gambar bawah) dalam taklimatnya melahirkan rasa dukacita apabila ada pemimpin menafikan hak Kelantan ke atas Royalti Minyak.
Beliau menganggap pemimpin-pemimpin terbabit telah mentafsir undang-undang tanpa melihat kepada maksud dan tafsiran sebenar Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA).

Akta tersebut telah menyebut dengan jelas perkataan On-Shore iaitu daratan sehingga 3 batu nautika (diukur pada paras surut air laut) dan Off-Shore (perairan negeri/laut lepas).

"Saya merasa amat hairan mengapa mereka-mereka ini termasuk yang bergelar Professor di Universiti tidak merujuk kepada perkataan tersebut. saya cukup sedih dengan tindak tanduk mereka yang cuba mengelirukan rakyat, sedangkan pada tahun 1975, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Nasir telah menandatangani 1 perjanjian memberi hak kepada Petronas untuk kerja-kerja carigali minyak di kawasan On-shore dan juga Off-Shore", katanya dalam taklimatnya.

Nik Syaghir berkata, kesanggupannya menjelaskan perkara sebenar berkenaan dengan Tuntutan Royalti Minyak Kelantan adalah semata-mata untuk menegakkan kebenaran setelah ada pihak yang bertindak mengelirukan rakyat dalam isu berkenaan.

Beliau yang juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Undang-Undang Perbendaharaan Negara dan Jabatan Peguam Negara memberitahu, sebelum PDA digubal dan ditandatangani, Kerajaan Sabah dan Sarawak sudah pun menandatangani perjanjian dengan Shell.

Ketika itu, Shell dikehendaki membayar Royalti kepada Sabah dan Sarawak sebanyak 8 hingga 12 peratus mengikut jarak lokasi carigali dengan pantai.

"Mengambil kira perkara tersebut, saya yang pada ketika itu dipertanggungjawab untuk merangka draf mengenai PDA telah mengambil jalan tengah dengan memutuskan bahawa Petronas perlu membayar 10% Royalti dari setiap hasil carigali yang diperolehi dimana-mana negeri dan ianya perlu dibahagi 2 dari 10% tersebut, 5% kepada pusat dan 5% lagi kepada negeri.

"Saya masih ingat lagi kata-kata Tun Razak apabila saya mengajukan soalan - "adakah apa-apa perbezaan dalam perjanjian antara negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak yang mahu digubal dan ditandatangani?

Kata Tun Razak - "Kita tidak mahu ada keistimewaan tertentu dalam PDA, tidak ada perbezaan antara mana-mana negeri. kesemua negeri mempunyai hak yang sama".

Itu kata Tun Razak berkenaan dengan keistimewaan di bawah PDA dan jelas tidak ada keistimewaan sejak dari awal lagi seperti digambarkan pihak tertentu", ujarnya.
Bekas Peguam Kanan di Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman (gambar atas) pula menegaskan bahawa pembayaran Royalti kepada Negeri tidak menggunakan kaedah 3 batu nautika seperti yang diwar-warkan pemimpin yang mewakili Kerajaan Pusat sekarang.

Pembayaran yang dibuat adalah berdasarkan kepada istilah On-shore (daratan) dan Off-Shore (perairan) serta tidak berbangkit sama sekali kaedah 3 batu nautika.

"Kalau ada pendapat menyebut Royalti hanya dibayar apabila carigali dijalankan kurang 3 batu nautika, itu pendapat yang salah. Kerajaan pusat, Negeri, Sabah dan Sarawak semua mendapat 5% tidak kira dilokasi mana carigali dilakukan.

Tidak benar sama sekali ada perbezaan Royalti di antara Sabah dan Sarawak dengan Negeri di Semenanjung dalam soal ini", ujarnya.

Peguam Kerajaan Negeri Kelantan, Thomas pula menjelaskan biar pun isu Royalti diketengahkan ke mahkamah bagi mendapat keadilan, Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak masih boleh untuk memperkatakan isu berkenaan dan tidak timbul isu "subjudice".

Katanya, tidak ada subjudis kepada mahkamah dalam isu berkenaan biar pun hakim belum membuat apa-apa keputusan kerana sistem kehakiman di Malaysia tidak mengamalkan sistem "Juri", apabila mahkamah tidak mengamalkan sistem "juri", maka tidak akan timbul isu "subjudis".

"Ini sama seperti berlaku di Perak baru-baru ini. Isu berkenaan diperkatakan secara meluas dalam ceramah, forum dan seminar, begitu juga dengan isu perbicaraan kes DSAI, semua pihak bebas bercakap dan melaporkan didalam mana-mana media, mana ada subjudice?" ujarnya.
Sementara itu EXCO Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Haji Husam Musa pula berkata, Kelantan akan menggunakan rundingan bagi menuntut Royalti manakala mahkamah merupakan jalan terakhir sekiranya semua rundingan tidak membuahkan hasil.

Bagaimanapun, kita akan mendapatkan pandangan semua ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen-Ahli Parlimen Negeri Kelantan dahulu sebelum kita membuat apa-apa keputusan dan tindakan.

"Ini urusan besar, Negeri ada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sebenarnya kuasa memberi hak kepada Petronas adalah DUN dan bukannya kuasa Kerajaan Negeri.

Mengikut Perlembagaan Negara, kuasa ini adalah kuasa DUN sama ada mahu menerima pakai Akta Petroleum atau yang lain-lain. Oleh kerana itu, sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) memutuskan sesuatu perkara, ianya akan menjadi lebih kuat".

Semua wakil-wakil rakyat, Anggota Parlimen, Penyelia Dun dan Parlimen termasuk 2 ADUN UMNO/BN telah mengikuti taklimat khas petang tadi.
ADUN Paloh, YB Dato' Norzula duduk bersebelahan dengan YB Haji Abdul Fatah (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri Kelantan)
ADUN Nenggiri mengajukan soalan kepada Peguam Tommy Thomas berkenaan dengan Akta Darurat 1969

Sumber - :: Selamat Datang @husammusa.com