Saturday, March 20, 2010

Royalti Minyak Kelantan: Dekat Mana Bezanya..?

Malaysiakini lapor:
Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mencabar kerajaan mempamerkan perjanjian royalti minyak antara Petronas dan kerajaan-kerajaan negeri kepada umum supaya rakyat dapat menilainya sendiri.

“Tuan-tuan pernah lihat perjanjian tersebut? Kenapa perjanjian tiga mukasurat itu tidak boleh dipamerkan kepada umum? Kenapa? Kerana mereka hendak tipu,” katanya.

Bercakap dalam seminar kepimpinan anak muda anjuran kerajaan Selangor di Petaling Jaya, Zaid berkata perjanjian royalti minyak antara kerajaan negeri dan Petronas jelas menggariskan pembahagian yang berhak diterima pihak masing-masing.

“Ia tidak ada sebut tentang jarak berapa batu nautika (yang dipertikaikan kerajaan persekutuan). Ia kata, aku dapat seringgit, engkau (kerajaan negeri) dapat lima sen,” katanya dengan analogi menarik.
Tak pe lah Dato'... kalau KERAjaan tak nak pamer, biar aku je pamerkan dekat website ni...

Korang baca la puas-puas...

Perjanjian Kerajaan Negeri Kelantan-Petronas
Perjanjian Kerajaan Negeri Sabah-Petronas
Perjanjian Kerajaan Negara Malaysia-Petronas
Baca elok-elok... lepas tu tolong tunjuk ada beza tak antara 3-3 Perjanjian tu... Bornea dengan Semenanjung ada beza tak..? kalau ada beza, tolong tunjuk bahagian mana. tolong tunjuk jugak dekat bahagian mana yang sebut "3 batu nautika"... kalau 3-3 tak de beza...

Tolong bagitau Najib Babituya, BAYAR ROYALTI PETROLEUM NEGERI KELANTAN..! kalau banyak sangat alasan, tunggu je Rakyat Kelantan berbaju merah penuhkan Putrajaya tengah tahun ni..!

Tulang Besi Berkomunikasi Dengan Dr Shamsuri

Melalui kawan Tulang Besi, Encik N, Tulang Besi telah berjaya menghantar masej yang penting kepada Dr Shamsuri.

Mesej itu adalah permintaan kepada Dr Shamsuri menafikan beliau terlibat sama sekali di dalam konspirasi menjatuhkan MB Selangor.

Tulang Besi memandangkan isu Konspirasi menjatuhkan MB Selangor dan perkaitan dengan Dr Shamsuri telah pun sampai ke pengetahuan umum, maka tiada salahnya Dr Shamsuri mengeluarkan kenyataan umum membersihkan nama beliau.

Tulang Besi telah memberitahu pada Najman supaya memberitahu Dr. Shamsuri untuk menafikan apa yang Tulang Besi tahu berkenaan kes ini. Yakni:
Dr Shamsuri wajib menafikan bahawa beliau pernah bertemu dengan Nazree GERAK membincangkan kes ini bersama-sama dengan Roslan SMS.
Pada mulanya Najman mencadangkan saya bersemuka dengan dr Shamsuri dan Dr Shamsuri telah menyatakan kesediaan beliau bersemuka dengan Tulang Besi.

Namun, Tulang Besi teringat pengalaman Tulang Besi dengan seorang rakan Dr Shamsuri yang terang-terang telah kelentong Tulang Besi hidup-hidup. Jadi, maaflah, Tulang Besi sudah tidak mempercayai geng-geng ini lagi kalau hanya sekadar berkata-kata.

Maka, Tulang Besi tidak berminat untuk berjumpa secara pribadi sebegini. Yang terbaik adalah Dr Shamsuri membuat kenyataan terbuka kepada media secara bertulis. Biar semuanya ada rekod (“on record” supaya tiada lagi keraguan selepas ini.

Lagipun apa yang hendak ditakutkan?

Apabila ada kenyataan rasmi dari Dr Shamsuri sebegini, maka Tulang Besi akan menyiarkan kenyataan Dr Shamsuri dalam blog Malaysiawave secara “VERBATIM” (asli) dan tiada edit.

Cuma Tulang Besi meminta supaya kenyataan Dr Shamsuri itu diberikan melalui Encik N kerana Tulang Besi mahu memastikan keaslian kenyataan tersebut. Kalau dari sumber lain, Tulang Besi tidak akan iktiraf dan siarkan kerana Tulang Besi tidak dapat memastikan keasliannya.

Maka, Dr Shamsuri, “the ball is in your court”. Tulang Besi sentiasa bersedia untuk menyiarkan penafian Dr Shamsuri. Tak perlu berjumpa secara pribadi kerana ianya hanya buang masa dan wang. Bulan ni harga tiket mahal sangat. Tak tau sebab apa.

“Let everything be on record”. Mudah untuk generasi masa depan dan mudah untuk berkira.

Tulang Besi

September 16: Bukan Anwar Yang Akan Menjadi Perdana Menteri

Zahrain telah menaikkan isu SEPT 16. Tetapi tahukah anda.....

Maklumat yang saya dapat adalah calon PM, sekiranya Sept 16 kelmarin berjaya, bukan Anwar Ibrahim. Ianya adalah .......MR X.

Pada mulanya Anwar mahu membawa MP2 melompat atas inisiatif sendiri. Namun, apabila dibantah oleh Presiden dan beberapa kepimpinan PAS Pusat atas alasan "Melayu tidak Majoriti", maka Anwar telah mengubah perancangan beliau.

Banyak masa dibuang kerana bantahan dari PAS. Hanya Tok Guru sahaja yang bersama Anwar pada masa itu. Kepimpinan lain lebih suka bersama UMNO.

Maka, atas bantahan PAS yang tidak berasas ini, Anwar telah bertemu Mr. X dan Mr X bersetuju membawa MP2 Melayu di bawah beliau.

Mr X akan menjadi PM selepas Najib diturunkan.

Namun, pada masa itu sudah terlambat. Najib telah menghidu dan Pak LAh awal2 isytihar letak jawatan. MP2 di bawa ke Taiwan dan dikurung di sana.

Kepimpinan Pro UMNO dalam PAS boleh dipersalahkan atas kegagalan Sept 16 dan bukan Anwar.

Kiranya majoriti dalam kerajaan itu bukan Islam sekalipun, kerajaan itu hanya akan survive tidak lebih dari 1 tahun.

Selepas 1 tahun, kalau masih belum dibubar Dewan, PAS boleh menarik sokongan pada Anwar dan hasilnya kerajaan baru itu akan tumbang juga dan membawa kepada pilihanraya.

Begitu dangkal pemimpin2 PAS pro UMNO ini sehingga mereka sanggup mengagalkan Sept 16. Hakikatnya, mereka mahu mempertahankan UMNO serta memastikan kesinambungan UMNO.

Anwar berjiwa besar dan sanggup mengambil kira pendapat PAS. Anwar telah sanggup menggadaikan reputasi beliau semata-mata menghormati PAS.

Pemimpin2 pro UMNO dalam PAS ini umpama barah. Mereka harus dibersihkan seluruhnya.