Wednesday, March 31, 2010

APCO Tidak Terlibat Dengan Kerajaan Israel? Hmmm....

Ramai telah hubungi Tulang Besi untuk bertanya dimana Tulang Besi dapat dokumen-dokumen bertaraf rahsia ini. Tak kurang mahu tahu siapa dalam Jabatan Perdana Menteri yang menjadi “informer” Tulang Besi. Ada juga yang mahu tahu bagaimana Tulang Besi dapat dokumen yang menghubungkan Kerajaan Malaysia dengan APCO.

Jawapannya adalah informer Tulang Besi adalah seorang bernama FARA. Ia nama seorang perempuan. Erti dari nama tersebut adalah Foreign Agent Registration Act (FARA). Dan ia ada sebuah website di www.fara.gov. Dengan kata lain, FARA adalah sebuah department di bawah “US Department of Justice”.

Adapun dokumen yang Tulang Besi dedahkan itu boleh di baca di laman rasmi FARA di bawah tajuk Government of Malaysia, Embassy:

Dengan kata lain, dokumen yang Tulang Besi dedah ini BUKAN RAHSIA. Ia adalah dokumen bertaraf “MAKLUMAT UMUM” yang rasmi. Ia boleh dibaca oleh sesiapa sahaja di mana sahaja di dunia ini. Ia terbuka untuk setiap manusia yang ada aksess kepada internet.

Jadi, tak payah lah nak cari-cari dan ugut-ugut Tulang Besi. Benda Tulang Besi dedah ni bukan rahsia. Ia adalah maklumat umum di Amerika.

Adapun APCO telah menafikan mereka terlibat dengan kerajaan Israel. Namun, Tulang Besi berjumpa dengan satu surat dari Kerajaan Israel ke Kerajaan Amerika yang menyatakan seperti berikut:
Klik di sini untuk membaca keseluruhan surat tersebut yang menyatakan bahawa APCO pernah menjalankan kerja-kerja perhubungan awam dengan Kerajaan Israel.

Sekian

Tulang Besi

PENDEDAHAN: Dokumen Perjanjian APCO-UMNO

NOTA EDITOR: Ada 3 perjanjian yang Tulang Besi terima. Setakat ini Tulang Besi hanya akan mendedahkan satu perjanjian sahaja antara Kerajaan Malaysia (baca UMNO) dengan APCO, sebuah syarikat pelobi pro Zionis. Perjanjian ini ada 9 muka surat. Diharap dapat membaca setiap muka surat dengan teliti. Nanti Tulang Besi akan dedahkan hubungan APCO dengan Ehud Barak pula yang telah membuahkan idea "1Israel". Klik perjanjian ini untuk melihat dengan lebih jelas.

Syukur alhamdulillah "kerajaang perpaduang" tidak jadi. Kalau tidak PAS nanti terpaksa berpadu dengan Yahudi-Zionis pula. Entah-entah idea Kerajaang Perpaduang ni datang dari APCO. Bukan ke Israel salah satu contoh "Kerajaang Perpaduang" yang diberikan oleh Presiden tempohari?
HARAKAH: Boleh Dato' Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan "Unity Government" yang dipakai di mana-mana? Image

PRESIDEN: Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara.

Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV".
Sekian