Friday, April 02, 2010

Mengapa A.Awang & Ghani Shamsuddin yang Terkeluar Dari Syura?

SU Agung dilaporkan berkata:
“Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mustafa berkata, tanggapan di laman blog itu tersasar sama sekali kerana penulisnya tidak mempunyai maklumat yang tepat berhubung isu tersebut.

“Sebab itulah yang bukan-bukan,” katanya yang mengaku tidak perlu ambil peduli dengan dakwaan-dakwaan itu.

Katanya, dengan pindaan terbaru perlembagaan PAS - yang menetapkan pelantikan anggota tambahan, daripada tujuh kepada lima orang - sudah tentu menjadi persaingan untuk dipilih ke majlis syura lebih sengit kerana bilangannya makin sedikit.
Setakat yang saya baca dari pernyataan Dato Mustafa Ali tiada salahnya. Lagipun, Dato Mustafa Ali tidak terlibat dalam proses pemilihan Ahli Majlis Syura.

Dua yang terbuang adalah:
a. Ustaz Ahmad Awang
b. Ustaz Ghani Samsuddin
Kedua-duanya bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang melayakkan mereka menganggotai mana-mana badan yang menggunakan nama “Ulama”. Ertinya dari segi kelayakan, mereka lebih layak.

Kita nak tanya:
a. Mengapa dalam dua tokoh yang terbuang itu terdiri dari mereka yang anti kepada “Kerajaang Perpaduang”?
b. Mengapa tidak membuang Ustaz HAshim jasin kerana disamping menjadi Ahli Majlis Syura, beliau juga adalah PJ Perlis, AJK PAS Pusat dan Ketua Pembangkang. Ertinya beban kerja beliau lebih banyak kalau terus berada dalam Syura.
c. Dato Harun Din yang melanggar keputusan parti secara terbuka MASIH DIKEKALKAN sebagai Ahli Majlis Syura.
d. Dari segi produktiviti, bukan Ustaz Ghani Shamsuddin lebih produktif dari yang lain. Kebolehan ustaz Ghani dalam IT pasti memberikan nafas baru kepada Majlis Syura Ulama PAS.
e. Mengapa mesyuarat tersebut tidak meminta Dewan Pemuda menamakan calon selain Ustaz Zaharuddin yang merupakan “MENANTU” Presiden PAS? Beliau pun cuma exco Pemuda lantikan semata-mata dan tidak dipilih di dalam Muktamar Pemuda.
Bagi saya, kalau nak buang dua, seharusnya yang terbuang adalah:
a. Ustaz Harun Din – melanggar disiplin parti dan ada saham memecah belahkan PAS.
b. Ustaz Hashim Jasin – Beban tugas serta keadaan kesihatan beliau serta
kedudukan beliau yang jauh di Perlis yang tiada lapangan terbang.
Dengan terbuangnya kedua-ua tokoh tersebut memberi persepsi bahawa Majlis Syura Ulama PAS sekarang ini adalah pro UMNO.

Itu sahaja. Dan Cikgu Pa tidak dapat memberi apa-apa alasan yang dapat mengubah persepsi ini kerana persepsi ini berdasarkan kebenaran.

Tulang Besi
Mustafa: Tak timbul isu 'gugur' Ahmad Awang

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (bawah, kanan) berkata tidak timbul isu penyingkiran tokoh-tokoh tertentu dalam majlis syura ulama parti itu kerana anggotanya dipilih adalah daripada kalangan yang terbaik.

“Orang yang dipilih mestilah tahu selok belok agama. Orang macam saya ini tidak layak,” katanya sambil ketawa ketika diminta mengulas mengenai bekas naib presidennya, Ahmad Awang yang tidak terpilih semula menganggotai majlis tersebut.

Mustafa menerangkan, untuk dipilih sebagai anggota majlis tersebut, semua mereka disyaratkan faham dan mahir dalam selok-belok agama.

Pada 23 Mac lalu, 12 anggota majlis tersebut - badan tertinggi dalam PAS - bersidang kali pertama bagi melantik lima anggota tambahannya, antaranya Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Dr Haron Din, Hassan Shukri dan Hashim Jasin.

Bagaimanapun, pengguguran Ahmad - yang dispekulasikan lebih awal di laman blog - cuba dikaitkan dengan agenda “kumpulan pro-kerajaan perpaduan” apabila tokoh dari Perak itu dilihat sebagai antara yang paling lantang menentang idea tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mustafa berkata, tanggapan di laman blog itu tersasar sama sekali kerana penulisnya tidak mempunyai maklumat yang tepat berhubung isu tersebut.

“Sebab itulah yang bukan-bukan,” katanya yang mengaku tidak perlu ambil peduli dengan dakwaan-dakwaan itu.

Katanya, dengan pindaan terbaru perlembagaan PAS - yang menetapkan pelantikan anggota tambahan, daripada tujuh kepada lima orang - sudah tentu menjadi persaingan untuk dipilih ke majlis syura lebih sengit kerana bilangannya makin sedikit.

Sebelum ini, anggota majlis tersebut terdiri daripada empat wakil jawatankuasa pusat dan empat lagi daripada Dewan Ulama. Kelapan-lapan mereka kemudiannya melantik tujuh anggota tambahan, menjadikan jumlah keseluruhannya 15 orang.

Manakala perlembagaan barunya pula mengatakan, selain masing-masing empat wakil daripada kedua-dua dewan itu, dua lagi dewannya - Pemuda dan Muslimat - turut diperuntukkan masing-masing dua kerusi, menjadikan jumlah keseluruhannya 12 orang.

Mereka kemudiannya akan bermesyuarat dan melantik lima lagi anggota tambahan, menjadikan anggita keseluruhannya 17 Orang.

Sementara itu, diminta mengulas kenapa PAS perlu meminda perlembagaan sehingga mengubah struktur majlis tersebut, Mustafa menjelaskan, cadangan yang diutarakan dalam muktamarnya pada tahun 2006 itu sebenarya melibatkan banyak perkara.

“Majlis syura ini hanya sebahagian daripadanya,” kata bekas pemimpin PAS Terengganu itu.

“Kita mahukan lebih perwakilan. Kita hendak juga dengar pandangan-pandangan daripada Dewan Pemuda dan Muslimat,” kata Mustafa.

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor - 25hb. April, 2010

Suruhanjaya Pilihan Raya sebentar tadi mengumumkan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ditetapkan pada Ahad, 25 April.

Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu, 17 April.

Beliau membuat pengumuman itu selepas mengadakan mesyuarat selama dua jam di pejabatnya di Putrajaya.

Katanya, SPR menerima pemakluman kekosongan kerusi Hulu Selangor pada 29 Mac oleh speaker Dewan Rakyat.

Writ pilihan raya akan dikeluarkan hari ini - 2 April dan notisnya pula akan dikeluarkan tiga hari selepas itu.

SPR juga mengumumkan pelatinkan pegawai daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahalan sebagai pegawai pengurus pilihan raya dan tujuh orang pembantunya.

Kerusi Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.

Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.

Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.

Sejak kematian bekas timbalan menteri besar Selangor itu, Umno berusaha keras untuk melobi kerusi itu yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC.

-Malaysiakini

Program 20k Peluang Pekerjaan di Selangor

Syukur rakyat Selangor dapat kerajaan yang prihatin terhadap rakyat nya.
Here is the beginning of my post. And here is the rest of it.

Apa Nak Jadi Dengan Timbalan Presiden PAS Kita Ni?

NOTA EDITOR: Wartawan Harakah telah menegur Timbalan Presiden PAS kerana tidak turut serta dalam perbahasan menentang UMNO sewaktu isu APCO dibentangkan oleh Ketua Pembangkang. Timbalan Presiden lebih rela berborak dengan Husni Hanadzlah dari mengambil bahagian dalam menelanjangkan kemunafikan UMNO kerana mengambil syarikat Yahudi/Zionis sebagai penasihat dan rakan kongsi maklumat.

Sepanjang rekod beliau di Parlimen, kita jarang dengar Timbalan Presiden PAS menaikkan isu-isu yang membuat UMNO tidak selesa. Jauh sekali menyerang UMNO di pentas Parlimen sepanjang 2008-2010. Amat jarang sekali kita dengar Nasa dengan lantang mempersoalkan kebobrokan dan kemunafikan UMNO dan Barisan Nasional. Hatta dalam isu tuduhan liwat Anwar, Nasa diam membisu sehingga ke hari ini.

Nasa lebih suka menunjukkan ke”jantan”an beliau kepada sesama MP Pakatan Rakyat berbanding dengan UMNO/BN. Masih kita tidak lupa bagaimana Nasa dengan bengis memberi amaran kepada wakil DAP Perak, Ngeh Hoo Kam, supaya jangan sekali-sekali mempersoalkan peruntukan untuk masjid kerana ia boleh membawa kepada terurainya Pakatan Rakyat.

Memang semenjak menang 2008, Tulang Besi mendapat laporan dari beberapa sumber yang berotoriti, bahawa Timbalan Presiden PAS lebih suka bergaul dengan MP2 UMNO dan BN berbanding dengan MP2 Pakatan Rakyat (sekiranya beliau di Parlimenlah). Dan sejak 2008 lagi Tulang Besi telah melahirkan rasa bimbang Tulang Besi terhadap sikap dan perangai Ustaz Nasa yang lebih selesa bergaul dgn wakil-wakil rakyat UMNO.

Nah, sekarang terbukti maklumat yang Tulang Besi dedahkan sebelum ini. Ustaz Nasa lebih suka berborak dengan Husni Hanadzlah berbanding berbahas dan mendedahkan kejahatan serta kemunafikan UMNO.

Tulang Besi sendiri banyak mempersoalkan kenapa isu-isu besar seperti di bawah tidak pernah diambil pusing oleh Ustaz Nasa:
a. 10 Lesen Special Draw Baru yang diluluskan Najib dalam bulan pertama Najib menjadi Menteri Kewangan.
b. Tuduhan fitnah liwat ke atas Anwar Ibrahim.
c. Cadangan lesen judi sukan yang diberikan oleh Berjaya Group kepada Najib Tun Razak.
d. APCO dan kaitan UMNO dengan rejim Zionis.
e. Zahid Hamidi berjumpa Presiden Israel.
f. Royalti Minyak Kelantan dan banyak lagi
Kita harus puji Cikgu Pa, SU Agung PAS Pusat,kerana beliau dengan berani dan tegas telah terlibat dalam usaha memperjuangkan royalti minyak Kelantan dan secara terbuka berdiri dan bersama barisan PAS untuk menjatuhkan Barisan Nasional serta memperjuangkan kebenaran.

AGENDA KERAJAANG PERPADUANG MASIH SEGAR BUGAR

Seharusnya ini menjadi pengajaran kepada perwakilan PAS yang telah mengundi Ustaz Nasa sebagai Timbalan Presiden tahun lepas.

”KAMU TELAH MEMBUAT PILIHAN YANG SALAH”

Ustaz Nasa telah dipilih atas nama mempertahankan kepimpinan ulama dan menentang proksi Anwar dari menguasai PAS. Ternyata alasan-alasan menyokong Nasa itu meleset sama sekali. Tiada proksi Anwar dalam PAS serta kepimpinan Ulama tetap wujud walaupun Husam menjadi Timbalan Presiden.

Ini adalah manifestasi agenda “KERAJAANG PERPADUANG” yang ditaja oleh Nasaruddin dan geng beliau. Ia menyebabkan Timbalan Presiden PAS tidak jauh tarafnya dengan ahli “Back-Bencher” UMNO di Parlimen.

Hasil dari pemilihan Ustaz Nasa adalah seorang Timbalan Presiden yang pasif dan lebih suka bercampur dengan MP2 UMNO di Parlimen dari menjalankan tugas sebagai wakil rakyat PAS di Parlimen.

Itulah Timbalan Presiden yang telah dipilih oleh Perwakilan2 PAS atas nama mempertahankan kepimpinan ulama serta menentang Proksi Anwar. Dapatlah mereka Timbalan Presiden yang tak jauh beza dengan BBC di Parlimen.

Sikap Nasa yang tidak mahu mengambil bahagian di dalam menyerang dan menghancurkan UMNO sudah maklum kepada kita semua, kecuali perwakilan-perwakilan PAS yang telah mengundi beliau.

Tak hairanlah secara terbuka, Syed al Habshi, Ketua UMNO Bahagian Cheras telah menawarkan Timbalan Presiden PAS menjadi ahli di dalam Bahagian yang beliau ketuai itu.

Bukan PAS tidak pernah ada kepimpinan tertinggi yang masuk UMNO. Bekas Presiden PAS sendiri, Arwah Dato Asri melompat masuk UMNO dan mati dalam UMNO. Kalau setakat Timbalan Presiden semata-mata, takda hal.

Ada orang beritahu saya, Timbalan Presiden PAS ini, badannya masih dalam PAS namun hatinya sudah pun bersama UMNO. Tak tau betul ke tidak cakap kawan saya ini, tapi itu adalah pengamatan beliau yang agak kenal rapat.

Tulang Besi

p/s - Sekurang-kurangnya arwah Ustaz Bakar Hamzah dan Ustaz Hasan Adli, tidak pernah menyertai UMNO. Sehingga mereka mati, mereka secara terbuka mengisytiharkan diri mereka sebagai ahli dan pendokong PAS. Dan mereka tidak takut untuk menyerang dan menelanjangkan UMNO walaupun pada masa itu keahlian PAS mereka telah mati. Itu namanya orang yang berprinsip.

Teringat kesah Ustaz Bakar Hamzah yang dipanggil ke “Debat Olok-Olok” sewaktu cadangan debat PAS-UMNO hangat sekitar 80’an. Selesai debat tersebut, Ustaz Bakar Hamzah terus ke Pejabat PAS bertemu kepimpinan PAS dan menceritakan apa yang berlaku dalam debat olok-olok UMNO itu. UMNO menjemput beliau kerana UMNO ingatkan Ustaz Bakar Hamzah telah kerat rotan dengan PAS. Rupanya, Bakar Hamzah masih setia sebagai ahli dan pendokong PAS, terus melaporkan dengan detail apa yang berlaku.

Apa saya nak kata, kalau Bakar Hamzah masih hidup, lagi teruk Ustaz Nasa kena maki dengan dia berbanding cara Zainul Faqar menegur Timbalan Presiden.