Sunday, April 11, 2010

Shafie Apdal: 'Kelantan bawah Pakatan pun kita bantu..!'

Datuk Seri Shafie Apdal kecewa kerana tidak dapat menggunakan sebuah dewan orang ramai di Kampung Selisek, di Ulu Bernam, Selangor.

Menter pembangunan luar bandar itu berkata tindakan itu menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat bertindak tidak adil setelah membentuk kerajaan di Selangor.

"Bila kita buat (tindakan serupa ke atas Pakatan), tidak boleh. Tapi bila dia buat tidak apa.

"Kalau tidak boleh guna (dewan) pun tidak jadi masalah, cuma kita hendak tunjukkan gambaran bahawa mereka tidak adil," katanya dalam sidang media selepas majlis menyampaikan dividen berjumlah RM580,500 kepada golongan peneroka di situ.

Shafie berkata BN tidak mengamalkan diskriminasi kepada pihak yang tidak menyokongnya.

"Negeri Kelantan bawah kerajaan pembangkang (Pakatan) pun kita bantu...
A...??? Bantu...??? ye ke...???

Meh aku bantu korang ingatkan balik apa yang UMNO/BN bantu...

Imbas balik lebih 20 tahun dulu...

Berita Harian 22hb. November, 1983

Utusan Malaysia 22hb. November, 1983

Berita Harian 16hb. Oktober, 1984

Imbas balik tahun lepas... setelah 20 tahun Kerajaan Kelantan di perintah oleh parti PAS...

New Straits Times 28hb. Jun, 2009

Sinar Harian 28hb. Jun, 2009

Bantu kepala "Bana" kau la...!!! bantu menipu ade la...!!!

3 "i" Untuk Memadamkan UMNO/BN Di Hulu Selangor

i yang pertama ialah IKHLAS.
i yang kedua ialah IKHTIKAD atau bersungguh-sungguh.
i yang ketiga ialah ISTIQAMAH.

Demikian dijelaskan oleh YB Ust. Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS semasa melancarkan Jentera PAS Negeri Selangor di Dewan Orang Ramai Batang Kali petang tadi.

"Walau pun bukan PAS yang bertanding. Atas semangat untuk mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat seluruh jentera PAS perlu berusaha bersungguh-sungguh bekerja sama dengan jentera Pakatan Rakyat yang lain untuk mengekalkan kerusi P094 terus kekal.""

Dengan dibantu oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS yang turut menghantar wakil pada majlis tersebut PAS berharap kerusi parlimen hulu Selangor akan kekal di tangan Pakatan Rakyat.

YB. Ust. Nasharudin yang dilantik sebagai pengarah Jentera Pilihanraya Kecil PAS Hulu Selangor sebenarnya membawa cabaran yang hebat. Pertama untuk membantu memenangkan calun dari PKR. Dan kedua barangkali perjuangan peribadinya untuk membuktikan komitmennya terhadap "Memperkasakan Parti Memperkukuh Pakatan".

Beliau yang dicap oleh sesetengah ahli PAS sebagai pro kepada UMNO harus menggunakan pentas ini untuk membuktikan pendirian sebenar beliau.

Kalau atau menang semasa PRK ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi persepsi orang ramai terhadap beliau.Tinjauan awal yang dibuat mendapati akan ada protes dikalangan orang melayu terutamanya berikutan DS Najib telah mengumumkan bahawa calun BN tetap dari MIC.

Hulu Selangor merupakan kawasan yang paling besar di Selangor dengan demografi penduduknya tidak setempat. Ini akan memberi kesan kehadiran orang ramai terhadap kempen ceramah pilihanraya yang akan diadakan. Disini PR mempunyai kelebihan berbanding BN atas kapasiti kerajaan Selangor diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Akses penggunaan tempat-tempat seperti dewan dan balairaya memihak pada PR. BN mungkin terpaksa menggunakan kemudahan sekolah-sekolah atau Jabatan Persekutuan untuk berkempen. Difahamkan semua sekolah digunakan sebagai tempat untuk mengundi dan secara tidak langsung BN tidak boleh menggunakan kemudahan di sekolah.

Apapun pertembungan kali ini adalah antara dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor dengan dasar 1Malaysia.

Hulu Selangor Akan Melihatkan Keputusan yang Amat Rapat

Maklumat saya dapat adalah sesiapa sahaja yang akan menang kerusi Hulu Selangor dalam pilihanraya kecil nanti, mereka tidak boleh menang dengan majoriti yang selesa.

Kecuali kalau UMNO mencalonkan Mike Tyson...

Bagi penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, ini bermakna mereka terpaksa bekerja keras sehinggalah keputusan PRK Hulu Selangor diisytiharkan. Tiada ruang untuk berehat dan tiada masa untuk dibuang. Segala kerja pilihanraya harusnya telah bermula minggu lepas di setiap Unit Peti Undi.

Kalau pun PKR menang, ia tidak akan menang dengan majoriti lebih dari 1k atau 2k undi.

KUNCI KEMENANGAN ADALAH 30% PENGUNDI LUAR

Dianggarkan 30% pengundi Hulu Selangor tinggal di luar Hulu Selangor. Ada cadangan supaya senarai pengundi2 luar ini dikeluarkan dalam internet.

Tugas setiap PENYOKONG dan PENDOKONG Pakatan Rakyat adalah membawa SETIAP PENGUNDI LUAR ini pulang mengundi dan memastikan mereka mengundi PKR. Kalau diketahui pengundi-pengundi ini mengundi UMNO, haruslah dicari helah supaya dia tidak pulang mengundi.

CALON


Saya dah tahu siapa calon PKR tapi tak dapat nak dedah sebab rahsia besar. Adapun calon BN adalah dari MIC. Namun, janganlah kita tertipu dengan aksi MIC dan G Palanieval.

MIC dapat bertanding pun dah kira nasib baik, inikan pula nak letak Palanieval yang DITOLAK oleh pengundi Hulu Selangor hampir keseluruhannya.

Segala yang dilakukan oleh Palanieval skrg ini adalah wayang. Beliau tahu nama beliau tidak akan dicalonkan. Mereka hanya cuba memberi gambaran kononnya Palanieval akan jadi calon supaya jentera PR jadi "over confident".

Jentera PR mesti bersedia berhadapan dengan calon BN dari MIC yang bukan Palanieval. Itulah dia realiti yang bakal dihadapi oleh PR.

SOKONGAN MELAYU?

Rata-rata kalau Mat Taib jadi calon, memang undi Melayu akan pergi ke BN dalam 60-75%. Tapi kalau calon MIC, mungkin dalam 45-50%. Tapi, tiada garenti maka wajib kerja keras dari sekarang tanpa soal.

Cuma beza kali ini berbanding 2008 adalah kita boleh berkempen di dalam kampung-kampung Melayu dan Felda yang rata-rata adalah kubu UMNO. Maka pengundi-pengundi Melayu lebih terdedah dengan masej dan hujjah kita berbanding 2008 lepas.

ISU-ISU

Isu-isu adalah bergantung kepada kaum:

1.0 Masyarakat Cina: Isu geran tanah kerana Khir Toyo dahulu menolak permohonan mereka secara borong. DI samping itu, terdapat banyak isu-isu nasional yang membuatkan kaum CIna benci pada BN dan UMNO

2.0 Masyarakat India: Sudah 50 tahun kaum India di abaikan oleh BN. Maka isu mereka bermacam macam. Namun, kita harus ingat bahawa undi India lebih sedikit kepada BN sewaktu 2008. Mungkin atas faktor isu calon BN itu dari bangsa India. Tapi dari pengalaman Bagan Pinang, kita tidak boleh "over-confident" dengan undi India kerana BN boleh membeli undi-undi mereka secara borong seperti di Bagan Pinang

3.0 Masyarakat Melayu: Isu utama adalah isu calon. Majoriti mereka mahu calon UMNO di Parlimen. Namun, kira PR dapat menunjukkan kebaikan kerajaan negeri sewaktu kempen, mungkin dapat melembutkan hati mereka kepada Pakatan Rakyat.

Di samping itu, isu-isu nasional juga banyak untuk dimainkan di Hulu Selangor kepada pengundi Melayu, tetapi saya tidak yakin isu-isu nasional ini mempunyai kesan yang besar. Namun, dalam pilihanraya yang kecil perbezaannya, perubahan-perubahan yang kecil ke arah PR harus dimanfaatkan.

KESIMPULAN

Jentera Pakatan Rakyat WAJIB bekerjasama seperti satu unit dengan meletakkan segala perbezaan di belakang buat sementara waktu.

Mesti diingat ini adalah kawasan di mana UMNO paling kuat di Selangor. Jumlah pengundi UMNO adalah sangat tinggi dan mereka ini UMNO tidak perlu berkempen dengan keras untuk mengundi UMNO.

Namun harapan untuk menang itu tetap ada dan semua bergantung dengan usaha dan kederat yang digunakan oleh jentera Pakatan Rakyat sewaktu pilihanraya kecil ini kelak.

Pokoknya KESEMUA penyokong dan pendokong MESTI memberi sokongan dalam apa bentuk sekalipun. Tiada ruang untuk berehat atau bersantai. Ini bukan waktu untuk dengar ceramah. Ini adalah waktu untuk menarik pengundi.

Tulang Besi