Tuesday, April 13, 2010

Melayan Pemikiran Blogger Tahap OKU: PAPA GOMO

Masuk hari ni dah 2 hari aku demam... malas nak layan cerita-cerita politik, bolayan. kepala otak tak berapa cergas, nak pikir apa-apa pun memang tak berapa bagus result. bukan masa yang baik untuk perah otak.

Tapi untuk level orang demam dan kepala otak ala-ala OKU ni, aku rasa ni level terbaik untuk aku layan PAPA GOMO, kalau badan tengah sihat, kepala otak tengah cergas, memang tak sesuai untuk layan PAPA GOMO sebab tak de cabaran.

Level PAPA GOMO hanya untuk mereka-mereka yang lemah akal macam masa aku demam ni. maknanya sesuai dilayan sambil mengereng atas tilam, taip pakai 1 jari. itu level PAPA GOMO. kalau badan sihat, tak sesuai. hehehe...

Hari ni PAPA GOMO menulis:
Gomo mendapat maklumat pagi tadi berhubung isteri ke dua Khalid gagap yang menjawat jawatan pembantu peribadi kepada Khalid Gagap. Maklumat yang datangnya dari sumber dalaman PKR ternyata telah di sahkan oleh beberapa kepimpinan PKR.

Isteri nya yang kedua ini telah bersama dengan khalid semasa Khalid di Guthrie lagi. Tarikh Khalid Gagap bernikah dengan PA nya ini tidak di ketahui dan kemungkinan isteri khalid yang pertama juga tidak mengetahui perkahwinan Khalid Yang ke dua ini.

Rm8000 sebulan di bayar kepada PA yang merangkap Isteri keduanya ini oleh Khalid Gagap.

Maklumat lanjut akan menyusul berserta nama isteri kedua Khalid Gagap ini.

Nah inilah pendedahan yang di lakukan, bukan niat nak mengaibkan keperibadian Khalid Gagap namun penjelasan harus di berikan oleh Khalid Gagap mengapa rm8000 sebulan wang rakyat Selangor di berikan kepada Isterinya yang kedua. Wang rakyat Selangor bukan wang harta Khalid Gagap.
Kira kalau dengan level pemikiran OKU macam PAPA GOMO, pendedahan macam ni kira macam dah "Universe" la... kalau boleh nak jugak PAP GOMO link berita ni dekat Al-Jazeera, NBC, BBC, AFP, dan jangan lupa APCO.

Aku tak nampak masalah pun dekat situ. Tan Sri Khalid bayar RM8000 sebulan dekat isteri ke-2 dia (tak tau la bab isteri ke-2 ni betul ke tak) merangkap PA Tan Sri Khalid. normal la... tak kira la sape pun jadik PA kau, WAJIB la kau bayar gaji dia.

Tak kan kalau kau jadi pengarah, bini kau jadik PA kau, kau tak boleh bayar gaji dia sebab dia bini kau..? gila ke apa ni..? kalau pergi pejabat buruh, memang kena charge bawah akta buruh la kalau ambik pekerja tapi tak bayar gaji.

Malang betul la kalau PAPA GOMO jadi Pengarah, bini dia jadi PA PAPA GOMO, siang kena buat kerja pejabat, malam kena panjat, cukup bulan gaji tak dapat. 1Malaysia..! ni dah kira menghina kaum wanita beb...

Pada aku baguslah Tan Sri Khalid bagi gaji mahal dekat bini ke-2 dia, 24 kena menyumbang tenaga beb... rakyat Selangor pun kena berterima kasih jugak dekat bini ke-2 Tan Sri Khalid sebab kalau tak kerana dia dok layan Tan Sri Khalid 24 jam, tak kan MB Selangor tu boleh Sukses.

Ingat beb... disebalik kejayaan seorang lelaki, terselindung seorang wanita dibelakangnya.

Bukan susah nak lawan tahap pemikiran Blogger OKU ni... time demam dengan suhu badan dekat-dengan air menggelegak pun voleh layan, siap mengiring atas tilam lagi... apa ada hal..?

Aku harap, PAPA GOMO tak kan menzalimi isteri dia, balik tengah-tengah malam, panjat bini, hujung bulan kosong, tu zalim namanya.

Angkatlah kaum hawa di tempat yang sepatutnya, jangan menghina mereka. isteri pertama ke, isteri ke-2 ke, kaum wanita tetap ada hak masing-masing.

Tulang rusuk kita tu beb...

Zaid Ibrahim Calon PKR Hulu Selangor

Nota Editor: Ini bermaksud maklumat yang Tulang Besi dapat seminggu yang lepas adalah benar. Semoga pemilihan ini diberikan kemenangan oleh Allah SWT. Walaupun saya antara yang paling tidak suka Zaid sewaktu beliau dalam UMNO dulu kerana memfail saman terhadap undang-undang hudud di Kelantan yang beliau telah tarik.

Namun, selepas itu Zaid telah pun pergi menunaikan haji dan Zaid pun sekarang ini amat rapat dengan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Inshaalah, saya yakin Zaid bukan Zaid yang kita kenal dulu. Ikutilah laporan dari Malaysiakini di bawah. Sekian.
Zaid Ibrahim calon Pakatan Rakyat di Hulu S'gor

Datuk Zahid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Menurut sumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.

“Keputusan memilih Zaid buat sebulat,” kata sumber itu lagi.

Zaid yang juga bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berpaling tadah ke PKR.

Beliau dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat di sebuah ceramah di Serendah, malam ini.

Zahid dikatakan sebagai calon terbaik bagi PKR untuk mempertahankan kerusi itu kerana pengalamannya yang luas.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lepas akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan calon Barisan Nasional Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil yang akan diadakan 25 April ini.

BN dijangka mengumumkan calonnya pada 15 April, iaitu dua hari sebelum penamaan calon, dan desas-desus mengatakan Palanivel akan diberi peluang kedua untuk merampas kembali kerusi yang pernah disandangnya sebanyak tiga penggal itu.

Perjanjian Syaitan II...

Tidak disangka-sangka, manusia yang disangka pejuang negara, rupa-rupanya seekor syaitan di dalam selimut. Sungguh menghairankan, setelah pendedahan mengenai surat Mahathir kepada PM Israel berleluasa, kini giliran Najib pula. Apa pula alasan Najib. Kalau dulu, Mahathir beri alasan yang surat itu 'fake', namun begitu Mahathir masih gagal untuk memberi bukti kepada umum yang surat itu adalah 'fake'. Alasan photoshop hanya suatu alasan budak kecil yang kena marah dengan ibunya. Photoshop bukan alasan professional. Mahathir perlu dedahkan secara professional tentang isi kandungan surat iblis tersebut.

Baca selanjutnya disini.

Klik gambar untuk imej segabak di entri berkenaan.

Kami Sudah Ditipu... Anda Bila Lagi...???

Pertama - sebahagian daripada penipuan yang telah berlaku ketika PRK Bagan Pinang yang lepas adalah janji UMNO/BN untuk memberi peruntukan sebanyak RM25 juta bagi pembinaan 150 unit rumah PPRT di Ladang Siliau yang pada hakikatnya, projek ini telahpun dijanjikan pada 10 tahun yang lepas.

Ini bermakna, mereka (UMNO/BN) sentiasa mengulangi janji yang sama setiap kali Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil berlaku.

Kedua - mereka berjanji untuk memberi tanah seluas 1 hektar bagi pembinaan sekolah yang dijangka siap dalam tempoh hanya 1 tahun bagi menggantikan sekolah SRJKT Ladang Sungai Salak yang selama ini beroperasi dalam Premis Kedai 2 Tingkat di Ladang Sungai Salak. sampai ke saat ini, masih tidak kelihatan bila ianya akan bermula atau dimana lokasi pembinaannya.

Ketiga - janji UMNO/BN untuk membantu semua penduduk miskin yang berpendapatan rendah dibawah RM700 layak untuk mendapat bantuan dari JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). hakikatnya sehingga ke hari ini, janji terdahulu sebanyak RM300 juga masih tidak terlaksana.

Ini hanya sebahagian dari janji-janji yang telah ditabur oleh UMNO/BN dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang tetapi sehingga ke hari ini, "Janji Tinggal Janji"... kini UMNO/BN galak pula menabur berbagai janji di Hulu Selangor pula...

Kata para penduduk Bagan Pinang yang tertipu - "Kami sudah tertipu... anda bila lagi..?" sinis...

Kemarahan yang selama ini disimpan, diluahkan dengan kata-kata amaran daripada sebahagian penduduk-penduduk kawasan estet yang terlibat.
Wakil Kaum India - Estet Ladang Siliau sedang memberi penjelasan dan bukti penipuan KERAjaan UMNO/BN terhadap penduduk-penduduk keempat-empat estet dalam jajahan DUN Bagan Pinang.
Saufi selaku Pemangku Ketua AMK Telok Kemang sedang ditemuramah oleh salah seorang wartawan yang hadir bagi menjelaskan tujuan demo bantahan ini diadakan.

Sumber asal - AMK teluk kemang

TPU - aku pun nak tegur sikit orang Bagan Pinang yang dok berdemo ni... "Yang korang percaya sangat dekat UMNO/BN tu apasal..?". Undi anda adalah penentu masa depan anda... sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian...

Tengok balik keputusan Pilihanraya Bagan Pinang Peti Undi Siliau, siapa yang korang pilih..? sekali lagi - "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian..."