Tuesday, April 20, 2010

Woi CyBeruk..! Kuda Sape Neh..?

Yang sekor tu regenya RM28,000...

Yang sekor lagi tu regenya RM30,000...

Yang sekor lagi aku tak pasti regenya berapa... yang pastinya lebih dari RM15,000...

Kuda siapa CyBeruk..? Kuda siapa..?

Perak Double Trouble...!!!

"Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat" (PKR) Perak Soraya Sulaiman dan Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai Roshanita Mohd Basir Selasa keluar daripada parti itu.

Soraya, yang juga Ketua Wanita PKR Tanjong Malim dan Roshanita membuat pengumuman itu di Rumah Wanita Umno Perak di Hulu Selangor yang terletak di Kampung Masjid Sungai Selisik di sini.
Kah kah kah kah kah... "Ketua Penerangan Wanita PKR Perak"...???

Oi...!!! berap banyak klon dekat Perak neh..? MB ada 2, Speaker ada 2, Kerajaan Negeri ada 2, Pimpinan Parti untuk setiap Jawatan pun ada 2..?

Bila masa pulak Makcik Soraya ni pegang Jawatan Ketua Penerangan Wanita PKR Perak..?

Mintak PKR Perak cek balik kot-kot Jawatan yang Mustafa Kamil Ayub pegang pun ada klon.

Mintak jugak blogger-blogger Perak tolong periksa ID masing-masing... entah-entah Cenangau ada 2, Mat Saman Kati ada 2, Dugong Darat ada 2, Al-Banjari ada 2, Perakkume ada 2, Manjung Mari ada 2... baik korang cek balik betul-betul... hahaha...

Eh... setahu aku la... Soraya ni dah keluar dari PKR sekali dengan Jamal dulu... ni keluar dari PKR kali ke-2 la ya..?

Kah kah kah kah kah...!!! woit...!!! payment masa keluar PKR skali dengan Jamal dulu dah dapat ke belum..? ni kiranya nak claim lagi sekali la ya..?

Kah kah kah kah kah...!!!

Masyuuuuuukkk...!!!

TGNA Bantu Zaid Kempen P-094 Bermula 23 April

Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi sokongan penuh kepada calon Parti KeADILan Rakyat (PKR), Dato' Zaid Ibrahim bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 25hb. April ini.

TGNA yang kini sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Meqah dikhabarkan sentiasa menghubungi Dato' Zaid untuk mendapatkan perkembangan yang berlaku di Hulu Selangor dari masa ke semasa.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato' Haji Husam Musa dalam kenyataannya berkata, TGNA sentiasa mengambil berat perkembangan di Hulu Selangor termasuk menghubungi Ketua Umum PKR. Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mengetahui situasi yang berlaku.

Dato' Haji Husam juga memaklumkan bahawa TGNA akan turun padang untuk membantu Dato' Zaid memenangi PRK Hulu Selangor sebaik sahaja Menteri Besar Kelantan itu pulang dari menunaikan umrah esok.

TGNA dijadualkan akan berada di Hulu Selangor pada 23hb. April, 2010.

Tahun 1966: Siapa Rasmi Kilang Guinness Malaysia Bhd..?

Gambar-Gambar Pada Tahun 1966 Bilamana Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang Pertama merangkap PRESIDEN UMNO YANG KE-2 Merasmikan Kilang Guinness Malaysia Bhd 1966.

Apa kata pencacai Cyberuk UMNO..? nak aku siarkan yang lain-lain lagi..? aku dah cakap... "Kami ada maklumat lengkap dan menyeluruh"... kalau dari tahun 1966 kami boleh dapat, apa lagi yang bulan lepas..?

Super Impose tak main beb..!

p/s - ada antara pengkomen yang menasihati saya supaya tidak mengaitkan nama mereka yang sudah tiada dalam hal ini. harap maaf, entri ini bukan untuk menonjolkan individu, sebaliknya cuba untuk menampilakan kepada umum - "Parti apa sebenarnya yang terlibat", sebab itu saya tidak bold pada nama Allahyarham sebaliknya saya bold pada Jawatan dan nama Parti - UMNO/APCO.

Harap maklum.

Minum Arak: Hisham Minta Jangan Kaitkan UMNO

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan pembabitan Umno dalam mengaitkan Datuk Zaid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan tabiat suka meminum arak.

Beliau yang juga menteri keselamatan dalam negeri berkata, PKR seharusnya tidak cepat melatah dengan menuduh Umno dalang disebalik tuduhan yang berlegar di dalam blog kerana apa yang tertulis adalah tuduhan peribadi penulis, bukannya Umno.

"Dulu mereka gunakan maklumat-maklumat di dalam blog untuk mengiakan tuduhan dan hujah mereka terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN). Pada masa tu kita tidak pula suruh mereka membuktikannya.

"Nak suruh kita buktikan memang tak masuk akal kerana bukan kita yang tuduh macam tu. Kenapa dia nak takut dan gelabah sangat kalau ia tak benar," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran pemimpin PKR agar Umno membuktikan tuduhan di dalam blog tersebut.
Pada saya, ini adalah 1-1nya perkara dan tindakan yang paling bijak yang pernah dilakukan oleh Hishamudin Tun Hussin dan saya tahu sebab musababnya apabila Hisham mengeluarkan kenyataan sedemikian dan dari awal lagi saya telah duga perkara ini akan dilakukan oleh UMNO.

Dalam tangan saya terdapat lebih dari 15 nama tokoh-tokoh UMNO yang sebahagiannya memegang jawatan Menteri. mereka-mereka ini bukan sahaja aktif didalam Politik, malah aktif juga dalam Party-Party sosial di kelab-kelab mewah sekitar Malaysia, Singapore, Thailand, Bali dan juga beberapa Negara Luar.

Aktiviti mereka diKelab-kelab tersebut..? tak kanlah minum-minum Kopi..? saya bukan sahaja ada senarai nama-nama mereka, malah saya juga ada senarai minuman kegemaran mereka, Whiskey jenis apa, Brandy jenis apa, Vodka jenis apa, White Wine jenama apa, Red Whine Jenama apa, Cocktail jenis apa malah gelas apa yang mereka gunakan untuk "minum-minum" pun kita tahu...

Puak-puak Cyberuk UMNO pun bukan tak kenal Highball glass, Poco Grande, Cocktail, Shooter, Rock Glass, Caraft dsb... nak aku sebut..?

Semua tu kita ada maklumat lengkap... jadi ada baiknya jugak bila Hisham minta jangan kaitkan UMNO dengan isu minum arak sebab kalau cuba bermain jugak dengan api, dalam Pakatan Rakyat, hanya Zaid Ibrahim yang menerima kesannya tapi kalau dibuka keseluruhan cerita, bukan seorang... malah berorang-orang pimpinan tertinggi dan kabinet UMNO yang akan mendapat malu dan terpaksa bertaubat nasuha.

Maklumat yang kami ada bukan sekadar maklumat cap ayam, pimpinan UMNO seeloknya boleh mula bercuriga dengan para Bar Tender-Bar Tender dan juga Waiter & Waiteres di Kelab-Kelab yang menjadi sarang togakkan korang. mereka-mereka ini menyalurkan maklumat yang cukup lengkap pada kami.

Jenguk-jenguk dalam stor Custody, berapa banyak lagi stok yang ada. bukan sekadar maklumat, malah gambar pun kami ada.

Blogger UMNO yang bukan main lancang memainkan isu arak pasti menyesal kalau kami siarkan semuanya. kamu boleh lihat siapa yang lebih gagap waktu itu, Khalid MB Selangor atau pimpinan UMNO yang kamu sembah.

Bab judi haram..? lumba kuda..? pun sama juga... Orang-orang kuat Zaid Ibrahim ketika didalam UMNO dahulu, sampai sekarang masih bersama dengan Zaid sebaik saja Zaid menyertai PKR. kami tidak risau tentang maklumat.

Sebab itu Zaid sendiri tidak hairan kalau UMNO/BN menyerangnya tanpa henti sepanjang tempoh kempen. Zaid datang dari UMNO/BN dan kini bersama Pakatan Rakyat.

Buat geng-geng UMNO/BN, jangan salah cucuk... kamu cuma tahu serba sedikit mengenai 1 (satu) individu sahaja isitu Zaid Ibrahim, tapi kami disini tahu banyak perkara mengenai "RAMAI PIMPINAN UMNO".

Jangan sampai kami bongkar, dan kamu yang menerima akibatnya.

p/s - untuk PRU-13 nanti, elok UMNO/BN tapis betul-betul calon-calon kamu nanti sebab kami ada BANYAK bahan disini untuk kami hidangkan kepada SELURUH PENGUNDI NANTI.

Dosa Bekerjasama Dengan Yahudi Tindas Umat Islam Lebih Besar Dari Minum Arak

Zaid Ibrahim dah bertaubat. UMNO masih belum bertaubat dari bersekongkol dengan Yahudi dan musuh Islam. UMNO masih bersengkongkol dengan Yahudi laknatullah. Yang terakhir, UMNO telah memberhentikan penjualan gasoline kepada Iran hanya kerana mahu mengambil hati Yahudi laknatullah.

Kenapa? Kerana Israel takut program nuclear Iran yang bakal membahayakan negara Israel itu sendiri. Maka, Malaysia terikut sekali mengenakan tindakan boikot terhadap Iran. Padahal, program nuclear Iran boleh menaikkan taraf umat Islam di mata dunia.

Tapi, Najis dan UMNO lebih suka mendapat keredhaan Yahudi dan Nasrani dari mendapat keredhaan Allah. Parti Yahudi UMNO inilah pilihan katak-katak seperti Zul Nordin, Halili Rahmat dsbnya. Mereka melompat dari PKR supaya dapat memperjuangkan kedaulatan Israel.

Jadilah Halili nanti BARUA YAHUDI bersama-sama Muhsin, Zul Noordin dan Berahim anak tok gawa Ali.

Saya nak tanya, kalau seseorang itu bertaubat dari dosa minum arak. Adakah itu lebih baik dari seseorang yang masih bergelumang dengan najis dan dosa mengkhianati umat Islam dengan berkawan dengan Yahudi laknatullah?

Sokong Zaid, dia dah taubat. Sokong UMNO, masih lagi bergaul dan bergelumang dengan Yahudi.

Secara mudah: Sokong calon MIC, jadi barua Yahudi. Sokong calon PKR, jadi kawan Erdogan lawan Israel.

Mudah sahaja.

Tulang Besi

PERKASA Kempen Lawan Calon Melayu, Sokong Calon MIC?

Hairan bin Ajaib. Dalam PERKASA sebuk-sebuk berkokok kononnya mempertahankan hak Melayu, boleh pulak turun berkempen lawan calon Melayu.

Dilaporkan Berahim Ali akan berkempen di Hulu Selangor untuk memenangkan calon MIC, P. Kamalanathan.

Inilah orang-orang tua kata Mengata Dulang Paku Serpih. Tidakkan PERKASA sedar kiranya menang Zaid Ibrahim, jumlah MP Melayu di Parlimen akan BERTAMBAH. Kiranya menang calon MIC, jumlah MP Melayu di Parlimen akan BERKURANG.

Jadi, apa hujjah Berahim dan PERKASA berkempen di Hulu Selangor untuk MIC? Tindakan Berahim ini tidak lain membuktikan Berahim serta PERKASA adalah BARUA UMNO semata-mata. Tidak lain dari itu.

Sampai sekarang kita tak dengar walau satu nada pun kemarahan dari PERKASA terhadap kerjasama UMNO dengan syarikat Zionis Yahudi bernama APCO.

Ertinya PERKASA redha dengan hubungan dengan Yahudi/Zionis. Yang PERKASA tidak redha hanyalah Pakatan Rakyat dan PERKASA digunakan sebagai alat untuk MENJATUHKAN PAKATAN RAKYAT.

PERKASA tidak hairan dengan judi, arak, hubungan dengan Yahudi Israel, zina dan sebagainya. Ini semua adalah sebahagian dari perjuangan PERKASA.

Dan, menentang calon Melayu di Hulu Selangor pun sebahagian dari perjuangan PERKASA.
Secara otomatik, jadilah PERKASA ni pertubuhan TIDAK TENTU ARAH. Sedihnya tengok ramai yang dokong pertubuhan macam ni

Tulang Besi
Kami bukan rasis, kata Ibrahim di Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 19 April — Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali muncul dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor secara langsung sambil menegaskan, badan bukan kerajaan (NGO) itu, malah dirinya sendirin”bukan rasis” sebagaimana dilabelkan oleh sesetengah pihak.

Ini kempen pilihan raya kecil pertama dihadiri beliau selepas Perkasa — NGO kaum Melayu terbesar di negara ini sekarang — mengadakan mesyuarat agung tahunan sulungnya di ibu negara bulan lalu.

Bagaimanapun Ibrahim memulakan ceramah pertamanya di Batang Kali malam tadi dengan berkata, beliau tidak berada di Hulu Selangor atas kapasiti sebagai Presiden Perkasa.

Awal bulan lalu Ibrahim juga mengetuai usaha penubuhan Majlis Perundingan Melayu — di mana kedua-duanya bermatlamat memperjuangkan hak orang Melayu dan Bumiputera.

Bagaimanapun suara lantang Perkasa dan MPM dilihat sebagai golongan ultra Melayu dan bergerak atas landasan perkauman dengan menafikan kepentingan kaum-kaum lain.

Justeru, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kesediaan beliau untuk turun kempen membantu calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan dengan sendiri membuktikan beliau dan Perkasa tidak berjuang berlandsarkan garisan perkauman.

“Perkasa bukan rasis, saya bukan rasis, saya ini bukan Melayu ultra,ntapi saya datang dan menyokong calon BN Kamalanathan walaupun ada calon Melayu bertanding,” kata beliau ketika ditemui di bilik gerakannya di Prima Beruntong, Bukit Beruntong sini semalam.

Kemudian beliau berceramah di kawasan Batang Kali. Ibrahim telah mengaturkan siri aktiviti ceramah termasuk majlis Bersama Datuk Ibrahim pada Jumaat ini.

Pilihan raya kecil menyaksikan empat calon bertanding iaitu Kamalanathan, Datuk Zaid Ibrahim dari Pakatan Rakyat, V.S. Chandran dan Johan Mat Diah masing-masing calon Bebas.

Pandangan Ibrahim ini keluar dua hari selepas Kamalanathan, yang juga penyelaras Putera MIC, mempertahankan peranan Perkasa yang memperjuangkan hak orang Melayu dan Bumiputera.

Tidak salah bagi mana-mana badan untuk memperkasakan kepentingan kaum masing-masing, katanya.

Malah menurut Kamalanathan, Perkasa yang dilabelkan sebagai kumpulan sayap kanan tidak ‘berperang’ dengan bukan Melayu kerana mereka bermatlamat bagi meningkatkan pengeupayaan komuniti Melayu.

Ibrahim berkata, Perkasa tidak terlibat dalam kempen pilihan raya kecil ini, sebaliknya beliau turun berkempen membantu selaku wakil rakyat Bebas atas dasar semangat kepentingan nasional dan kestabilan negara.

“Perkasa tidak berkempen dalam pilihan raya kecil. Saya tengok (berkempen) atas kepentingan nasional,” katanya.

Mengenai pengedaran gambar yang memuatkan mesyuarat agung tahunan Perkasa, Ibrahim memberitahu gambar-gambar yang digunakan itu bertujuan menakut-nakutkan orang Cina dan India kononnya Perkasa adalah rasis.

“Kita juga boleh buat begitu, ambil gambar NGO Cina dan edar di kalangan orang Melayu dan India… saya boleh guna perkara yang sama… tetapi kami tidak buat sebab kami bertanggungjawab atas keselamatan negara,” katanya.

“Tetapi saya pastikan itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak berakhlak,” kata beliau sambil menambah ia satu tindakan publisiti murahan.

“Saya tidak fikir orang bukan Melayu akan terpengaruh dengannya,” Kata beliau yang berpandangan ia boleh menyebabkan kesan songsang kepada mereka yang menggunakannya.

Ibrahim yang turut menyentuh isu Zaid berkata beliau akan mendedahkan wajah sebenar bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Jumaat ini.

“Datuk Zaid minum arak atau tidak, saya akan dedahkan pada 23 April ini,” katanya.

Bagaimanapun kata Ibrahim, wakil rakyat dari Kelantan di mana Zaid merupakan bekas Ahli Parlimen Kota Baru, pengakuan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan sendiri menunjukkan Zaid pernah mengambil minuman keras.

“Tetapi Hadi berkata Zaid bertaubat… buktinya memang wujud,” kata Ibrahim.

Kelmarin, Hadi dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Zaid sudah berubah selepas kembali dari Mekah.

“(Naib Presiden PKR) Azmin Ali semalam (kelmarin) kata buktikan (berhubung perangai Zaid)… saya akan buktikan pada 23 April ini,” katanya.

Ibrahim juga berkata, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak sengaja meminta bukti kerana hendak menjatuhkan Zaid sebagai persiapan menghadap pemilihan jawatan timbalan presiden PKR hujung tahun ini.

Dalam ucapannya Ibrahim juga mempersoalkan pendirian Zaid yang mencabar isu hukum hudud di mahkamah dan bagaimana PAS boleh mempertahankan beliau sekarang.