oleh: ali
Salam Hulu Selangor. Sebenarnya den dapek kontek dari kenkawan UMNO dari Seremban dan Rasah. Dari mulut mangkuk-mangkuk ni, pemimpin diaorang dah endorse untuk membuat provokasi macam kek Bagan Pinang. Den sudah pun kontek budakbalun untuk amik langkah berjaga-jaga. Dengan Dugong den tak sompek nak bercakap kredit nset den abis. Kredit nset abis mengumpat pasal Kamalanathan menipu kelayakan akademik dio. Ha Ha Ha. Padan muko den.
Objektif bikin provokasi
Di sini, jiko ikut pengalaman di Bagan Pinang, UMNO akan membuat provokasi di kawasan-kawasan ramai petugas-petugas PAS dari pantai timur macam Kelantan dan Terangganu. Apo objektif UMNO bikin provokasi ni bai? Ado 2 objektif terbesar. Den masih ingat lagi tulisan pasal objektif yang ditulis dekat whiteboard dalam bilik gerakan UMNO di Bagan Pinang. Objektif-objektif itu ialah :
1] Menakutkan para pengundi yang tinggal di luar kawasan dari balik mengundi pada hari mengundi. Ingat, di Hulu Selangor ado 30% pengundi yang tinggal di luar kawasan.
2] Tangkap gambar dan video petugas-petugas PAS yang memulakan pergaduhan dan sebarkan ke internet. Ingat objektif mereka sebarkan ke internet. Sebar pada media massa dah jatuh nombor 2. Tapi tetap sebar jugak.
Langkah-langkah perlu oleh petugas PR
Di entri ini, den perturunkan balik ingatan-ingatan den pado petugas-petugas Pakatan Rakyat semasa kehangatan provokasi pemudo UMNO dan Pekida semasa di Bagan Pinang 6 bulan yang lalu.
Dari sumber dalaman, kejadian pemuda Pas dipukul petang semalam dan malam tadi serta beberapa kekecohan yang berlaku semalam rupanya telah dirancang oleh mereka.
Maka disini petugas-petugas Pakatan perlu mengambil langkah-langkah berikut:
1] Pastikan dalam grup saudara mempunyai kamera. Jika ada videocam lagi bagus.
2] Pastikan mobile phone anda sentiasa berada disisi dan mempunyai kredit.
3] Jangan mulakan apa-apa provokasi dan bertindak sebagai pendamai. Dari pihak mereka, mereka sedaya upaya membuat provokasi kepada petugas pakatan supaya petugas pakatan memulakan pergaduhan dan tumbukan. Itu objektif mereka.
4] Terus mulakan sesi fotografi kepada sesesiapa yang memulakan provokasi atau mereka-mereka yang mahu mencetuskan pergaduhan ditempat anda.
5] Terus kongsikan gambar-gambar tadi kepada bloggers Malaysia yang berdekatan dengan anda. Kita mempunyai ratusan bloggers disetiap upu.
6] Juga kongsikan cerita dan maklumat kejadian tadi kepada bloggers Malaysia tadi. Maklumat anda tadi akan terus disiarkan dilaman web supya dapat dikongsi oleh semua orang dan disebarkan.
7] Jangan melakukan tindakan dan perbuatan berseorangan. Lakukan dalam grup.
Kepada bloggers Malaysia,jangan segan memakai tag anda. Ia amat penting supaya anda mudah dikenali oleh para petugas pakatan.
Doakan supaya tiada kejadian buruk berlaku.Kepada Allah kami bergantung harap. [link]
* Den harap sangat jangan ado yang sebarkan sms jihad macam kek Bagan Pinang. Sms tu sebona eh yang bikin panas lagi. Bondo patut dah cool tapi panas balik dengan sms jihad tu. Bingai. Jangan lakukan kebodohan yang samo di Hulu Selangor. Den mintak tolong sangat. Korang tak tahu apo yang den hadapi di Bagan Pinang. Pliss, tolong jangan nakal bai.
Ali Baganutama
Thursday, April 22, 2010
Mr. P. Kamalanathan, please FORGIVE me
oleh: ali
Previously on "P. Kamalanathan takdo degree"
Salam Hulu Selangor. Di sini den dengan rendah diri memohon maaf kepada Mr. P. Kamalanathan kerana menuduh beliau tidak mempunyai degree dan juga dengan sinis mengatakan beliau adalah seorang penipu. Maafkan den.
Setelah membaca laporan Merdekareview disini, rupanya ada cara tertentu untuk memastikan sama ado seseorang itu adalah alumni dari Universiti terbabit atau tidak. Den ikut panduan dari Merdekareview dan memang boto calon BN iaitu Mr. P.Kamalanathan mempunya Degree/Sarjana Muda Komunikasi dari Edith Cowan University, sebuah universiti dari Negara Australia [link]. Den menyesal dengan sikap terburu-buru den. Bab beliau masuk program berkembar dengan Kolej Olympia itu cito lain dan beliau sudah dibuktikan sahih mempunyai degree melalui laman web rasmi Edith Cowan University.
Click for enlarge. Bukti P.Kamalanathan mendapat degree dari universiti ostalia
Den cubo usahokan untuk bertemu sendiri dengan Mr. P.Kamalanathan untuk memohon maaf atas ketelanjuran menuduh beliau yang bukan-bukan dalam entri den semalam di Hulu Selangor nanti. Untuk ruang di entri ini, Mr. P. Kamalanathan, please forgive me.
Click for enlarge. Sijil degree dari blog P. Kamalanathan [link]
Yang benar itu benar, yang salah totap salah. Dalam bab ni den salah dan den mengaku salah. Bilo dah salah kono la minta maaf dongan orang yang kito buek salah tadi. Begitulah ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepado kito semua. Tetapi kejahatan dan kezaliman UMNO/BN totap den akan lawan dalam ruang lingkup demokrasi, Insya Allah.
Oh ya, jika Mr. P.Kamalanathan tidak keberatan, den tidak akan tarik entri semalam. Entri semalam tu den kekalkan sebagai ingatan atas sikap terburu-buru den terhadap individu lain. Ia sebagai ingatan yang den ni ponah buek silap. Den ponah jobo. Peringatan ini ponting supayo den tidak mengulangi kesilapan yang samo di maso hadapan. Jangan pisang berbuah duo kali. Kapitalis yo yang suko pisang berbuah 2 kali ni bai. Ha Ha Ha. Tidak dilupokan kepado Merdekareview. Terima kasih kerana membotokan den. Laporan anda memang profesioanal.
-Ali Baganutama
Oh ya, jika Mr. P.Kamalanathan tidak keberatan, den tidak akan tarik entri semalam. Entri semalam tu den kekalkan sebagai ingatan atas sikap terburu-buru den terhadap individu lain. Ia sebagai ingatan yang den ni ponah buek silap. Den ponah jobo. Peringatan ini ponting supayo den tidak mengulangi kesilapan yang samo di maso hadapan. Jangan pisang berbuah duo kali. Kapitalis yo yang suko pisang berbuah 2 kali ni bai. Ha Ha Ha. Tidak dilupokan kepado Merdekareview. Terima kasih kerana membotokan den. Laporan anda memang profesioanal.
-Ali Baganutama
Che Det: Hari Ini Dan "Semalam"...
Tun Dr.Mahathir - 16hb. April, 2010 :
Kalau tak "Nyanyuk" CONFIRM bukan Pimpinan UMNO la tu...
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berkempen pada pilihan raya Hulu Selangor meskipun namanya ditimbulkan beberapa kali menjelang penamaan calon, esok.Tun Dr.Mahathir - 22hb. April, 2010 :
Mahathir berkata beliau tidak mempunyai kepentingan bagi membabitkan dirinya dalam pilihan raya itu yang bakal melihat pertandingan Datuk Zaid Ibrahim yang sering-kali dikritiknya berdepan dengan P Kamalanathan yang mewakili Barisan Nasional.
"Saya tidak akan berkempen. Jika ada yang ingin menggunakan nama saya untuk berkempen, itu masalah mereka...Saya tak peduli,” katanya kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama ulang tahun ke-44 konvensyen Mara di Kuala Lumpur.
Tun Dr. Mahathir hari ini mengubah pendirian dan akan menyampaikan sebuah ucapan di Serendah pada jam 8 malam.Aku dah cakap... kalau tak de Arak - bukan UMNO namanya, kalau tak de judi - bukan UMNO namanya, kalau tak menipu - bukan UMNO namanya...
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin veteran lain dijangka akan memanaskan lagi kempen pilihan raya Hulu Selangor yang berakhir tiga hari lagi.
Ini adalah kempen pertamanya sejak pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Pada kedua-dua pilihan raya itu BN tewas.
Kalau tak "Nyanyuk" CONFIRM bukan Pimpinan UMNO la tu...
Perutusan Mursyidul Am PAS Untuk Pengundi Hulu Selangor
Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh, dan Salam Sejahtera.
Firman Allah SWT (al-An'am 6:162),
Maksudnya, "Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."
Sesungguhnya, segala puji-pujian yang tidak terhingga kepada Allah Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Puji-pujian juga yang teramat tinggi kepada Nabi Muhammad Pesuruh Allah, Nabi pengakhir zaman.
Didoakan kepada semua pengundi bagi pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor berada di dalam keselamatan dan kesejahteraan hendak-Nya.
Tuan-puan, dan saudara-saudari yang dihormati sekalian.
Bersempena dengan musim kempen pilihan raya ini, sukacita saya mengingatkan diri saya dan menyampaikan ingatan sama kepada sidang pengundi sekalian yang bakal mengundi pada hari Ahad, 25 April 2010 nanti.
Jadilah ingatan ini sebagai panduan utama untuk sidang pengundi sekalian menjadi seorang yang berhak mengundi, menunaikan tanggungjawab mengundi dan memangkah kertas undi dengan pasangkan niat , "sesungguhnya aku mengundi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat."
Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.
Perkara pertama kita kena tahu, betapa Umno telah menghancurkan simbol Bulan Bintang yang dipakai oleh PAS pada tahun 1971. Sedangkan pada PAS, Bulan Bintang itu mempunyai makna yang besar dari segi mendidik rakyat kepada cara hidup beragama. Pertama, Bulan Bintang itu dipakai di atas menara masjid-masjid –– rumah Allah Tuhan yang Maha Kuasa. Kedua, Bulan Bintang adalah simbol bagi PAS untuk menghidup dan menghayati serta melaksanakan falsafah hidup beragama (muslim sejati) berteraskan doa iftitah yang selalu dibaca ketika permulaan sembahyang. Doa yang dimaksudkan ialah "sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (Lillahi Rabbi 'alami)." Oleh sebab itu, melalui simbol Bulan Bintang apabila dilihatnya, maknanya seseorang diajak untuk mengingati tanggungjawab beragama –– sembahyang dan beribadat, serta memikirkan soal hidup dan mati. Dengan cara itu, harapan PAS supaya rakyat sentiasa berada di dalam kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni.
Akibat daripada larangan penggunaan simbol Bulan Bintang itulah dapat dilihat hari ini, bila mana rakyat hari ini begitu bercelaru amalan hidupnya –– terbabit dengan segala amalan maksiat dan kerosakan akhlak serta berlaku amalan hidup yang berlawanan dengan apa yang ucapkan di dalam solat. Di samping berlaku tingkah laku yang di luar daripada sifat kemanusiaan seperti membuang bayi dan pembunuhan sesama insan.
Perkara kedua yang perlu diingati ialah tindakan pemimpin Umno yang telah menghapuskan penggunaan tulisan jawi. Tulisan jawi juga dihapuskan dalam pendidikan di sekolah. Ia berlaku zaman Almarhum Khir Johari, menghapuskan pengajaran dan penggunaan tulisan jawi itu.
Kesannya ramai orang Melayu, khususnya generasi sekarang tidak pandai membaca dan menulis jawi. Sedangkan jawi adalah tulisan dan bahasa al-Quran, dan ia adalah warisan ilmu orang Melayu zaman berzaman. Maka, ia bukan sekadar menghapuskan budaya ilmu yang menjadi medium pendidikan utama orang Melayu, malah orang Melayu kini amat dangkal dengan pengetahuan al-Quran kerana mereka sudah tidak pandai membaca al-Quran. Inilah bahananya dasar Umno.
Rakyat kena persoalkan, kemana Umno nak bawa rakyat. Nak kata Umno nak bawa ke jalan agama, jelas Umno sudah buat banyak perkara yang bercanggah dengan kehendak Islam seperti melarang guna Bulan Bintang dan tulisan jawi.
Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.
Pekara ketiga, layak juga dipersoalkan kepada pemimpin Umno, apakah tujuan sebenar Umno lawan sangat PAS ini? Sedangkan PAS sudah diakui sebagai parti yang berjuang untuk Islam, demi untuk melaksanakan pentadbiran dan mengamalkan sistem masyarakat Islam di Negara ini. Boleh jadi, Umno lawan PAS atas dasar demokrasi.
Jika begitu, kaedah demokrasi sebenarnya mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak. Apabila bertanding dalam pilihan raya, hendaklah mengamalkan pilihan raya yang adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok. Jika PAS menang, kena terima itu mandat rakyat dan perlu dihormati. Persoalannya, apa pasal pula Umno begitu gah kononnya berjuang ikut demokrasi, tetapi prinsip demokrasi tidak sedikit pun dipatuhi?
Tengok saja atas isu wang royalti petroleum. Sekian lama negeri Terengganu di bawah kuasa BN, royalti minyak dibayar kepada kerajaan negeri . Tetapi bila saja PAS menang di Terengganu tahun 1999, setahun selepas itu royalti sudah ditarik dan ditukar pula kepada wang ihsan. Itupun sudah tidak diberi kepada kerajaan negeri. Ia disalur terus kepada Umno bahagian. Semuanya adalah bukti Umno sendiri tidak hormat, malah melakukan perkara yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.
Benarlah Umno yang mendakwa berpegang dengan prinsip demokrasi, hakikatnya Umno tidak mematuhi prinsip demokrasi.
Cuba kita renungkan sedikit, bagaimana Islam pula mengajar umatnya berjuang. Sesungguhnya Islam adalah lebih bertamadun berbanding demokrasi, kerana demokrasi tidak mengajar soal dunia dan akhirat. Namun, Islam dikatakan lebih bertamadun kerana mengajar kita dengan prinsip bahawa 'apa saja yang kita perjuangkan, semuanya akan disoal oleh Allah SWT di akhirat.' Prinsip seumpama ini adalah selari dengan prinsip 'sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku, semuanya kerana Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.' Barang ini (prinsip ini) tidak ada dalam perjuangan Umno.
Sebab itulah kita berani katakan bahawa perjuangan Umno adalah perjuangan sekular. Lebih-lebih lagi, Umno dilihat lebih mengutamakan pembangunan berteraskan kebendaan semata-mata. Maka, tidak ada bezanya perjuangan Umno itu dengan perjuangan parti politik di Barat yang mementingkan pembangunan dan kemajuan semata-mata. Sebab itulah, perjuangan Umno mengasingkan prinsip agama dengan politik. Maka jadilah Umno sebagai parti sekular, iaitu sebuah parti yang mengamalkan politik suku, agama suku. Ia memberi makna, semacam kerja politik tiada kaitan dengan dosa dan pahala lagi. Sebab itulah ada pemimpin Umno berani melakukan segala amalan politik yang bercanggah dengan ajaran agama. Mereka mengamalkan politik wang, politik ugut dan politik paksa. Sedangkan kesemuanya itu bercanggah dengan ajaran Islam dan dilarang keras oleh Nabi Muhammad SAW.
Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi yang dikasihi sekalian.
(Akhirnya), perkara keempat mengenai perjuangan Umno ialah amalan salah Umno yang sentiasa mengasing-asingkan rakyat dengan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum. Akibat amalan salah Umno itu, akhirnya orang Melayu dibeza-bezakan dengan bukan Melayu. Dan paling salah membeza-bezakan antara Melayu yang sokong Umno sebagai Melayu-Umno dan yang sokong PAS sebagai Melayu-PAS.
Kemudian berlaku pula pengasingan antara hak Melayu dengan hak bukan-Melayu, diikuti pula hak Melayu-Umno dengan hak Melayu-PAS. Paling teruk juga, orang Melayu-PAS telah dibeza-bezakan dari segi jawatan dan kenaikan pangkat, subsidi dan bantuan, dan hak-hak antara negeri diperintah Umno-BN dengan negeri diperintah PAS-Pakatan Rakyat. Seperti juga berlaku pada akhir-akhir ini, bila mana persoalan wang royalti petroleum untuk Kelantan sendiri tidak diberikan kepada kerajaan negeri, sedangkan kepada kerajan negeri Sabah dan Sarawak terus diberi. Apa yang berlaku, 'royalti' ditukar kepada 'ihsan' dan pemberian ihsan pula adalah kepada Umno bahagian.
Demikianlah, buruknya amalan membeza-bezakan itu. Ia telah mendera rakyat Kelantan, kerana kerajaan negeri Kelantan hari ini adalah dipilih atas hak dan kehendak rakyat. Amalan Umno sebegitu telah menepikan langsung nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Sekaligus bertentangan dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun adalah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam AS.
Oleh itu, kembalilah kita kepada ajaran Islam dan mengamalkan cara hidup beragama. Sesungguhnya sistem Islam adalah benar dan adil untuk semua kaum. Ingatlah, firman Allah (surah Ali-Imran 3:102-103),
Bermaksud, "wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai ."
Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Menolak perjuangan Umno sudah pasti membebaskan diri kita daripada segala-gala amalan salah.
Sehubungan itu, saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi Hulu Selangor yang budiman lagi bijaksana, undilah calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dari parti KeADILan. Saya penuh yakin dan percaya di atas pengalamannya selaku bekas ahli parlimen dan menteri kabinet, sesungguhnya beliau mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk membela dan menunaikan harapan rakyat di parlimen Hulu Selangor. Keluarlah mengundi beramai-ramai, jangan hiraukan ugutan Umno-BN dan selamat mengundi.
Semuga tuan-puan, dan saudara-saudari sekalian dirahmati Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
"Harapan Baru Malaysia"
*** PAS UNTUK SEMUA ***
*** PAS UNTUK SEMUA ***
Sekian.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Mursyidul Am PAS
-Blog Tok Guru
Calon BN, P. Kamalanathan, Penipu?
Saya merujuk kepada artikel Raja Petra Kamaruddin bertajuk "A lie to cover a lie".
Ada dua isu yang P. Kamalanathan telah ditangkap menipu:
1.0 P. Kamalanathan, apabila ditanya wartawan Free Malaysia Today, menafikan yang beliau telah mencium tangan Muhyiddin Yaasin (Sila rujuk di sini).
Gambar di bawah menunjukkan P.Kamalanathan ini seorang penipu:
Beriye-iye dia nafi dia tak pernah mencium tangan Muhyiddin Yaasin, rupa-rupanya dia pernah cium.
2.0 Mengikut CV P. Kamalanathan, beliau adalah lulusan dalam Sarjana Muda Perhubungan Awam di University Edith Cowan di Australia.
Namun mengikut Raja Petra Kamaruddin, pemeriksaan melalui panggilan telefon mengesahkan beliau tidak pernah menghadiri kuliah atau mendapat apa-apa ijazah dari university tersebut. Adakah dalam isu juga juga P.Kamalanathan menipu? Sila rujuk di kaki artikel untuk melihat hasil siasatan yang digunakan oleh Raja Petra Kamaruddin.
Sekurang-kurangnya Zaid Ibrahim mengaku yang beliau pernah minum minuman alcohol tetapi telah bertaubat. Ertinya Zaid Ibrahim tidak menipu.
P Kamalanathan dengan berahi menafikan beliau pernah mencium tangan Muhyiddin padahal perkara tersebut dilakukan di hadapan ramai saksi termasuk pihak akhbar.
Undilah calon yang tidak ada perangai menipu.
Tulang Besi
Ada dua isu yang P. Kamalanathan telah ditangkap menipu:
1.0 P. Kamalanathan, apabila ditanya wartawan Free Malaysia Today, menafikan yang beliau telah mencium tangan Muhyiddin Yaasin (Sila rujuk di sini).
Gambar di bawah menunjukkan P.Kamalanathan ini seorang penipu:
Beriye-iye dia nafi dia tak pernah mencium tangan Muhyiddin Yaasin, rupa-rupanya dia pernah cium.
2.0 Mengikut CV P. Kamalanathan, beliau adalah lulusan dalam Sarjana Muda Perhubungan Awam di University Edith Cowan di Australia.
Namun mengikut Raja Petra Kamaruddin, pemeriksaan melalui panggilan telefon mengesahkan beliau tidak pernah menghadiri kuliah atau mendapat apa-apa ijazah dari university tersebut. Adakah dalam isu juga juga P.Kamalanathan menipu? Sila rujuk di kaki artikel untuk melihat hasil siasatan yang digunakan oleh Raja Petra Kamaruddin.
Sekurang-kurangnya Zaid Ibrahim mengaku yang beliau pernah minum minuman alcohol tetapi telah bertaubat. Ertinya Zaid Ibrahim tidak menipu.
P Kamalanathan dengan berahi menafikan beliau pernah mencium tangan Muhyiddin padahal perkara tersebut dilakukan di hadapan ramai saksi termasuk pihak akhbar.
Undilah calon yang tidak ada perangai menipu.
Tulang Besi
Arak: UMNgOk/Beer eNd Guna Arak Ganggu Kempen Pakatan Rakyat
Kalau dah taik arak tu, arak jugaklah yang dok ada dalam kepala otak jumud... sampaikan dalam kempen Pilihanraya Kecil pun tak boleh nak tinggal arak. ini lah akibatnya kalau dah berkawan dan berurusan dengan Yahudi laknat.
Terbaru, UMNgOk/Beer eNd dilaporkan menggunakan minuman keras dalam usaha mereka untuk memancing undi orang-orang asli disekitar Hulu Selangor. hal ini dikesan ketika beberapa kumpulan orang asli dari Negeri Pahang cuba untuk berkempen ke kawasan penempatan orang asli di sekitar Hulu Selangor.
UMNgOk/Beer eNd dikatakan telah mula menjamu orang-orang asli di beberapa kawasan penempatan orang asli dengan minuman keras sejak petang hari dan akibatnya, ketika jentera bertugas tiba selepas jam 8:00 malam, mereka gagal untuk berkomunikasi dengan para penduduk kerana kebanyakan penduduk berada dalam keadaan mabuk.
Bersama-sama dengan arak, juga dihidangkan pelbagai hiburan dan wang ringgit. acara tari-menari, karaoke dan jackpot yang hadiahnya wang ringgit RM10 diberikan dalam usaha UMNgOk/Beer eNd menarik orang asli untuk mengundi mereka dan juga melalaikan mereka buat seketika.
"Saya cuma perlu tahu siapa Perdana Menteri Malaysia untuk mendapat hadiah wang tunai RM10" kata seorang penduduk dalam keadaan mabuk.
Tak puas dengan sogokan arak dan hiburan, UMNgOk/Beer eNd juga menyalah gunakan harta-harta dan kenderaan hak milik JHEOA untuk berkempen dan cuba mengelirukan orang ramai dengan menutup lambang JHEOA yang tertera di kenderaan Hak Milik JHEOA.
UMNgOk/Beer eNd... memang sesuai pada nama... nama parti macam bangsat, gerak kerja macam Yahudi... kalau orang kata bangsat - marah, tapi korang memang bangsat...
UMNgOk/Beer eNd - Kaki Mabuk, Kaki Hiburan, Kaki Yahudi...
Ptuih...!!!
Terbaru, UMNgOk/Beer eNd dilaporkan menggunakan minuman keras dalam usaha mereka untuk memancing undi orang-orang asli disekitar Hulu Selangor. hal ini dikesan ketika beberapa kumpulan orang asli dari Negeri Pahang cuba untuk berkempen ke kawasan penempatan orang asli di sekitar Hulu Selangor.
UMNgOk/Beer eNd dikatakan telah mula menjamu orang-orang asli di beberapa kawasan penempatan orang asli dengan minuman keras sejak petang hari dan akibatnya, ketika jentera bertugas tiba selepas jam 8:00 malam, mereka gagal untuk berkomunikasi dengan para penduduk kerana kebanyakan penduduk berada dalam keadaan mabuk.
Bersama-sama dengan arak, juga dihidangkan pelbagai hiburan dan wang ringgit. acara tari-menari, karaoke dan jackpot yang hadiahnya wang ringgit RM10 diberikan dalam usaha UMNgOk/Beer eNd menarik orang asli untuk mengundi mereka dan juga melalaikan mereka buat seketika.
"Saya cuma perlu tahu siapa Perdana Menteri Malaysia untuk mendapat hadiah wang tunai RM10" kata seorang penduduk dalam keadaan mabuk.
Tak puas dengan sogokan arak dan hiburan, UMNgOk/Beer eNd juga menyalah gunakan harta-harta dan kenderaan hak milik JHEOA untuk berkempen dan cuba mengelirukan orang ramai dengan menutup lambang JHEOA yang tertera di kenderaan Hak Milik JHEOA.
UMNgOk/Beer eNd... memang sesuai pada nama... nama parti macam bangsat, gerak kerja macam Yahudi... kalau orang kata bangsat - marah, tapi korang memang bangsat...
UMNgOk/Beer eNd - Kaki Mabuk, Kaki Hiburan, Kaki Yahudi...
Ptuih...!!!