Hari ni 1 hari dok meronda. Sokongan dari kaum Cina 50/50... Sokongan dari kaum India 50/50... Sokongan dari kaum India 50/50... Sokongan dari Orang Asli 80/20... Maklumat dari UMNgOk/Beer eNd 50% boleh menang, 50% boleh kalah...
Maklumat dari Pakatan Rakyat 50% boleh menang, 50% boleh kalah. 2-2 team bingung... Pengundi Parlimen Hulu Selangor cukup bijak. UMNgOK/Beer eNd dia kutuk, Pakatan Rakyat pun dia kutuk. Itu tandanya rakyat dah makin cerdik. Tak boleh terima bulat-bulat.
Peratusan pelayar internet di Hulu Selangor tak sampai 30%, Blog, Portal dan Website bukan penyampai maklumat yang bagus dekat sini.
Survey... Media Perdana... Dalam 1-1 kawasan/kampung, tak sampai 30 naskah Surat Khabar mampu dijual. Akhbar bukan media yang bagus untuk menyampai maklumat sebab orang Hulu Selangor tak berapa minat membaca.
Survey... Berita Nasional... Kebanyakan rumah penduduk ada Astro... Bila dah ada Astro, jarang tengok berita... Layan Filem Hindi lagi bagus dari tengok berita kata penduduk... Media Berita Nasional pun bukan media yang bagus sebagai penyampai maklumat.
3 Media penting yang ada semuanya gagal untuk jadi penyampai maklumat. Masyarakat Hulu Selangor sudah bertransformasi.
Survey... Rata-rata penduduk Hulu Selangor tak peduli langsung latar belakang dan peribadi 2-2 calon. Kami tak heran cerita dalam kain calon... Kami cuma nak tau apa yang calon mampu buat untuk kehidupan kami.
Pembangunan bukan umpan pancing yang baik untuk memancing undi disini.
Penduduk cuma mahu tahu apa UMNgOk/Beer eNd mampu buat untuk kepentingan penduduk. Kalau betul mampu, apa kemampuan..? Berapa lama masa..? Apa kebaikan..?
Penduduk tahu Pakatan Rakyat pun mampu dan dah buktikan walaupun tak banyak sebab baru tak sampai 3 tahun... Tapi apa jaminan..?
Beri keyakinan pada penduduk dan upahnya ialah 1 undi dari setiap pengundi... Beri janji dan upahnya ialah 1 janji yang kita pun tak tau akan ditepati atau tidak.
Tamat bab 1...
Bab 2...
Tok Guru mula berkempen untuk Dato' Zaid... Sokongan pengundi dari kaum Cina di Assam Kumbang dan Pekan Rasa nampak 'solid'... Sokongan dari kaum Asal pun nampak solid. Esok ada 1 hari lagi untuk menjengok dan berkempen di kawasan pengundi Melayu.
Friday, April 23, 2010
Jalan-Jalan Cari Bahan...
Petang ni sementara tunggu Tok Guru sampai, pusing-pusing keliling Parlimen. Jalanraya tenang. Yang tak tenang cuma lokasi dimana Ketua Gerombolan akan menyinggah.
Lokasi yang akan disinggah oleh kroni APCO agak sesak. Sesak bukan sebab orang berpusu-pusu datang, tapi sesak sebab jalan ditutup.
Rakyat yang bayar road-tax disekat dari mengguna kemudahan dengan lancar. Kroni APCO yang roadtaxnya dibayar oleh pembayar cukai, diberi keistimewaan untuk bermaharajalela di jalanraya.
Ini paling sangat 'praktikal' dan bertepatan dengan slogan 1Malaysia - 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Rakyat yang membayar roadtax 'didahulukan' kesusahan dan tekanan keatas mereka, kroni APCO pula diutamakan untuk menunjukkan bahawa mereka punya 'pencapaian' yang hebat.
Apa pencapaian mereka..? - memperBANGANGkan pencacai CyBeruk... Keh keh keh keh keh... Pencacai CyBeruk tak kisah... biar bodoh asal dapat menjilat sejilat-jilatnya.
Kalau tak mahu bersesak-sesak diatas jalan yang disekat penggunaannya, terus saja ke lokasi Calon Pakatan Rakyat.
Jangan terkejut kalau tiba-tiba nampak Dato' Zaid beratur ikut 'Q' atas jalan dalam kereta tanpa iringan lampu lip lap lip lap kaler biru gerombolan.
Wakil Pakatan Rakyat mesra rakyat... Wakil UMNO/BN mesra APCO... Mahu bersama rakyat atau bersekongkol dengan APCO..?
Anda mampu mengubah, mulakan dari Hulu Selangor. Pilih Dato' Zaid sebagai Ahli Parlimen anda.
Lokasi yang akan disinggah oleh kroni APCO agak sesak. Sesak bukan sebab orang berpusu-pusu datang, tapi sesak sebab jalan ditutup.
Rakyat yang bayar road-tax disekat dari mengguna kemudahan dengan lancar. Kroni APCO yang roadtaxnya dibayar oleh pembayar cukai, diberi keistimewaan untuk bermaharajalela di jalanraya.
Ini paling sangat 'praktikal' dan bertepatan dengan slogan 1Malaysia - 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Rakyat yang membayar roadtax 'didahulukan' kesusahan dan tekanan keatas mereka, kroni APCO pula diutamakan untuk menunjukkan bahawa mereka punya 'pencapaian' yang hebat.
Apa pencapaian mereka..? - memperBANGANGkan pencacai CyBeruk... Keh keh keh keh keh... Pencacai CyBeruk tak kisah... biar bodoh asal dapat menjilat sejilat-jilatnya.
Kalau tak mahu bersesak-sesak diatas jalan yang disekat penggunaannya, terus saja ke lokasi Calon Pakatan Rakyat.
Jangan terkejut kalau tiba-tiba nampak Dato' Zaid beratur ikut 'Q' atas jalan dalam kereta tanpa iringan lampu lip lap lip lap kaler biru gerombolan.
Wakil Pakatan Rakyat mesra rakyat... Wakil UMNO/BN mesra APCO... Mahu bersama rakyat atau bersekongkol dengan APCO..?
Anda mampu mengubah, mulakan dari Hulu Selangor. Pilih Dato' Zaid sebagai Ahli Parlimen anda.
Hulu Selangor: Sidang Media - Jangan Jadi Mangsa UMNO/BN
11:00 pagi, Pusat Media Pilihanraya Kecil P-094, Hulu Selangor.
Dato' Zaid Ibrahim dalam 1 jawapan balasnya kepada wartawan media menyatakan kesediaannya untuk berhadapan dengan bukan sahaja rakan-rakan dalam UMNO/BN sekiranya dipilih oleh majoriti pengundi Hulu Selangor, malah - beliau juga sangat-sangat bersedia untuk berhadapan dengan 3 "taiko" UMNO/BN iaitu gabungan Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin dan juga Tun Dr. Mahathir bila-bila masa sahaja untuk memperjuangkan masalah rakyat bukan sahaja di Hulu Selangor, malahan seluruh Negara Malaysia.
Trio-trio ini biasa saya hadapi ketika berada didalam UMNO dahulu dan atas kapasiti saya yang kini berada didalam Pakatan Rakyat sekarang, pasti ini akan lebih menyukarkan Trio UMNO/BN. ketika berada dalam UMNO/BN dahulu, adakalanya saya terikat dengan Perlembagaan Parti yang tidak menyebelahi rakyat, tetapi sekarang tidak lagi.Itu mesej Dato' Zaid Ibrahim, calon yang mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil P-094, Hulu Selangor.
Suara rakyat akan menjadi lebih kuat lagi atas kapasiti saya sekarang. UMNO/BN akan terpaksa berhadapan dengan saya (Dato' Zaid Ibrahim) yang 1 masa dahulu bersama mereka. saya tahu banyak perkara tentang mereka jadi agak mudah untuk saya berhadapan dan agak sukar bagi mereka untuk menghadapi saya.
Mereka pasti akan menghadapi kesukaran sekiranya mereka menganiaya rakyat kerana saya akan bersama dengan rakyat menentang mereka demi hak rakyat yang dinafikan..!
Mesej yang baik dan sesuatu yang perlu difikirkan dengan waras oleh para pengundi yang bakal mengundi pada 25hb. April, 2010 ini.
Aku tak yakin P.Kamalanathan (Mr. Kamal/Mr. Alan/Mr. Nathan/Haji Kamal or what ever lah bla bla bla...) bersedia untuk melawan arus demi kepentingan rakyat sebab kita dah lihat sejak dari lama dulu, tak ada seorang pun pimpinan UMNO/BN yang berani berhadapan dengan "Master Ji" UMNO/BN dalam hal rakyat.
Slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" hanya sekadar slogan. tak payah susah-susah nak fikir la... masa Parlimen usulkan kenaikan harga minyak yang kita tau ianya akan membebankan rakyat dulu, berapa orang Ahli Parlimen UMNO/BN yang menolak dalam perbahasan..?
Sebut 1 nama pun cukup la...
Bab "Prinsip", aku tetap tabik dekat Dato' Zaid... sanggup tinggal kepentingan dalam Kerajaan demi "Prinsip" dan ini terbukti. orang UMNO/BN yang lain ada..?
Fakap Lu La...!!!
Tuntutan Peneroka Felda
1. Peneroka menuntut agar status pegangan hakmilik tanah ditukar daripada pegangan pajakan kepada pegangan hakmilik kekal.
2. Peneroka menuntut agar dihapuskan Felda Plantation bagi menjamin masa depan generasi ke-2 peneroka dan semua ladang dibawah kelolaan Felda Plantation hendaklah dipecahkan mengikut plot-plot ladang seluas 10 ekar dan diagihkan kepada anak-anak peneroka.
3. Peneroka menuntut diberikan kebebasan memilih untuk tanam semula sendiri tanpa apa-apa halangan, tekanan dan sekatan dari Felda bagi menjamin masa depan peneroka.
4. Peneroka menuntut Felda membayar gantirugi hasil hantaran buah kelapa sawit dan perahan kepada seluruh peneroka yang terlibat sebagaimana kemenangan tuntutan kes Felda Sungai Kemahang.
5. Peneroka menuntut Felda menyelesaikan permasalahan generasi ke-2 terutamanya aspek pendidikan di samping masalah sosial. Felda seharusnya memberi tumpuan dan peruntukan dana yang sewajarnya di dalam meningkatkan kemajuan diri anak-anak penroka di dalam aspek pendidikan dan sebagainya kerana mereka adalah harapan Agama, Bangsa dan Negara.
Beberapa perkara dalam tuntutan diatas sebenarnya telah berlanjutan sejak 20 tahun dulu tapi disebabkan Kerajaan UMNO/BN terlalu angkuh dan hanya tahu mengambil kesempatan diatas kelemahan para peneroka, maka ianya dinafikan begitu sahaja.
Dato' Zaid telah memerhatikan dan memperhalusi perkara (tuntutan) ini sejak beberapa minggu lalu dan hasil dari perbincangannya dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Tan Sri Khalid bersedia untuk bekerjasama dengan ato' Zaid untuk menguruskan hal-hal berkaitan kerana hal-ehwal tersebut berada dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri dan bukannya Kerajaan Pusat.
Wajar untuk para peneroka memilih Dato' Zaid Ibrahim sebagai Ahli Parlimen mereka kerana perkara ini sudah pasti akan menjadi lebih mudah kerana Dato' Zaid berada didalam Pakatan Rakyat yang memegang kuasa di Selangor.
Satu Jawatankuasa yang akan mengurus dan menyelesaikan hal-hal berbangkit akan ditubuhkan dan Jawatankuasa ini akan membantu para peneroka menyelesaikan masalah mereka sehinggalah mereka berpuas hati dengan kedudukan mereka sebagai pemegang saham terbanyak didalam Felda.
Jawatankuasa ini juga akan memberikan pandangan, khidmat nasihat dan khidmat guaman untuk menghadapi apa jua tentangan dari pengurusan Felda. Dato' Zaid Ibrahim sendiri akan mengepalai peguam-peguam yang akan membantu para peneroka dalam hal ini.
Penduduk Bukit Pelanduk Serang UMNO/BN di Hulu Selangor.
Hampir 50 penduduk Bukit Pelanduk sekarang berada di Hulu Selangor dan akan menjejak Puaka-Puaka UMNO/BN yang banyak menipu, menganiaya dan memperdaya mereka ketika penyakit JE kecoh di Malaysia.
Mereka ini datang untuk menuntut hak mereka seperti yang telah dijanjikan oleh UMNO/BN dahulu.
Kami akan berada dimana-mana sahaja mulai hari ini. kami akan bertemu para penduduk Hulu selangor untuk menerangkan apa yang telah berlaku kepada kami, bagaimana kami ditipu oleh UMNO/BN. kami akan perjelaskan bagaimana Kerajaan UMNO/BN mengambil kesempatan memperdaya kami ketika kami dalam kesusahan dulu.
Mereka datang kepada kami ketika kami berada dalam kesusahan dahulu dengan janji akan menbantu kami, rupa-rupanya mereka mengambil kesempatan diatas kelemahan kami ketika itu. UMNO/BN lebih bahaya dari penyakit JE. kami tahu kerana kami adalah mangsa mereka. mangsa penyakit JE mati serta-merta manakala mangsa UMNO/BN masih hidup tetapi "menderita".
Kami harap penduduk Hulu Selangor tidak akan tertipu seperti kami sebab itulah kami datang untuk menjelaskan kepada warga Hulu Selangor akan bahaya UMNO/BN berbanding penyakit JE..!