Friday, April 30, 2010

PAS Hina Sultan Atau UMNO Yang Maki Sultan?

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat UMNO kini semakin terdesak untuk menarik perhatian rakyat dan Sultan khususnya di Kedah. Mereka mendendangkan lagu "PAS hina Sultan Kedah" hanya kerana mereka kini sudah ketandusan isu untuk menyerang Kerajaan Pakatan Kedah.

Adun PAS Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa membangkitkan dua soalan dibawah ini dalam sidang Dun?

1. Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh kerajaan Pusat?

2. Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut?

Rakyat yang membaca soalan ini pasti akan ketawa melihat reaksi UMNO yang begitu panik dan culas dalam membuat bantahan.

Soalan pertama jelas sebagai sindiran kepada Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN kerana begitu sibuk mencampuri hal ehwal urusan Agama Islam di Kedah. Nasir membuat soalan ini selepas mendapat laporan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom mengunakan JAKIM untuk memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah mengadapnya dalam satu program di SP Inn pada 4 April 2010.

Jadi beliau mahu tahu sejauh manakah kuasa Kerajaan Persekutuan dalam hal ini berbanding kuasa Sultan yang menaungi segala program dan aktiviti keagamaan di negeri Kedah.

Soalan kedua jelas menunjukan bahawa beliau mahu satu penjelasan dari pihak Kerajaan berhubung bidang kuasa Kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam dinegeri berkenaan sebagai memudahkan rakyat dikawasannya dan diseluruh negeri melihat kuasa-kuasa Kerajaan negeri dan Sultan dalam urusan berkaitan.

Ini adalah satu cara untuk mendidik rakyat melihat hak pemimpin mereka ke atas agama dan diri mereka serta hak mereka terhadap pemimpin mereka.

Dalam kedua-dua soalan ini PAS tidak nampak sebarang unsur penghinaan kepada Sultan dan Umno jelas memutar belitkan fakta sebenar lantaran kedangkalan mereka sendiri.

Rakyat tidak lupa sejarah UMNO menghina Sultan-sultan selama ini;

* Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung UMNO, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan UMNO kalah di Kelantan.

* Tahun 1983, UMNO membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang Di-Pertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.

* UMNO turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.

* UMNO juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.

* Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda UMNO ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.

* Pada 2008 UMNO Terengganu mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan UMNO yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda sebagai "Binatang" diarak dalam demontrasi itu.

* Pada tahun yang sama Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.

Banyak lagi kisah-kisah penderhakaan UMNO yang tidak pernah serik memaki hamun Sultan hingga ke hari ini. Ternyata sikap PAS dan UMNO terhadap Istana begitu jauh berbeza.

Umno menganggap tindakan PAS yang bertanya secara baik dalam DUN sebagai menghina Sultan dan dalam masa yang sama mereka menganggap tindakan mereka memaki Sultan sebagai teguran kepada Istana.

Rakyat perlu melihat perkara ini dan memahami bahawa mereka bukanlah rakyat yang bodoh, yang tidak pandai membezakan soalan atau makian.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Pemuda UMNO Ugut Bunuh TGNA..!


Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.

Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.

“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”

“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.

Saya dapati laman Facebook beliau sudah ditutup…tapi ini maklumat yang saya sempat ambil. Harap disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa.


Sumber

Berapa Banyak Syarikat Yang Menyumbang Kepada Israel Bertapak Di Malaysia..?

Saya tak tahu dengan tepat berapa banyak Syarikat-Syarikat yang memberi sumbangan kepada rejim Israel sudah bertapak di Malaysia setakat ini, tetapi saya tahu, ianya memang wujud dan sudah berlarutan sekian lama tanpa kita tahu.

Pihak KERAjaan mungkin tahu akan hal ini tetapi oleh kerana ianya kemungkinan banyak memberi sumbangan kepada KERAjaan Malaysia yang juga pro Yahudi/Israel melalui pemberian kontrak bernilai hampir RM78 juta kepada APCO, ianya sudah tentu tidak menjadi masalah.

Terbaru sekali, kita telah dapat mengesan kewujudan sebuah Syarikat yang ada membuat urusniaga di Israel iaitu Entegris (M) Sdn Bhd. Syarikat ini mempunyai 2 buah cawangan di Malaysia iaitu 1 di Bayan Lepas - Pulau Pinang dan 1 lagi di Kulim - Kedah yang ke 2-2nya beralamat di:
Entegris Malaysia SDN BHD
Unit 14 & 15, Lower Level 5 (Executive Wing), Hotel Equatorial
No. 1 Jalan Bukit Jambul
11900 Bayan Lepas, Penang
Malaysia
Tel. +60-4-427-4200
Fax +60-4-641-3294

Entegris Malaysia SDN BHD
Lot 17, Phase 1, Kulim Hi-Tech Park
09000 Kulim, Kedah,
Malaysia
Tel. +60-4-427-4200
Fax +60-4-403-1262
Lain-lain maklumat berkenaan dengan Syarikat Entegris boleh didapati disini.

Cawangan Syarikat Entegris (M) Sdn Bhd menjalankan operasi Pengeluaran barangan komputer, Pusat Jualan dan juga Pusat Penyelidikan di Malaysia (Kulim - Kedah dan Bayan Lepas - Pulau Pinang).

Syarikat ini juga mempunyai cawangan di Israel:
Entegris Israel Limited
Izmargad Street 12
Kiryat-Gat
Israel
Tel. +972 (0) 73 221 00 00
Fax +972 (0) 73 221 00 22
Entegris (M) Sdn Bhd kali terakhir sekali telah membuat penghantaran barangan Komputer (Wafer Container) ke Negara Israel yang melibatkan 2 transaksi bernilai USD292,441.60. nampaknya bukan APCO sahaja yang telah diberi peluang bertapak di Malaysia malahan, kemungkinan besar, banyak lagi Syarikat-Syarikat luar yang menjadi penyumbang kepada pergerakan Zionis Yahudi di Israel berada di Malaysia sekarang.

Adakah Malaysia mula menjadi Pusat kepada penyumbang pergerakan rejim Zionis Yahudi dengan restu Kerajaan Pusat..? tidak salah untuk KERAjaan Pusat UMNO/BN menarik pelabur-pelabur dari luar Negara untuk membangunkan ekonomi Negara Malaysia tetapi elok juga dibuat tapisan dan sekatan keatas Syarikat-Syarikat tersebut.

KERAjaan Pusat saya kira WAJIB untuk mengeluarkan arahan dan syarat WAJIB - TIADA URUSNIAGA dengan Yahudi Zionis dibenarkan jika mahu membuka Cawangan di Malaysia setidak-tidaknya.

Saya yakin majoriti rakyat Malaysia (kecuali pentaksub UMNO/APCO) tidak suka hal ini berlaku di Malaysia.

Zul Noordin Tak Kata Apa Pasal Hubungan APCO-UMNO

Waktu berdekatan dengan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Zul Noordin mengeluarkan sebuah artikel mengecam Zaid Ibrahim. Artikel yang bertajuk "Tanbihul Ghafilin" mendedahkan kononnya Zaid Ibrahim adalah seorang penyokong kumpulan Artikel 11 dan kononnya menyokong murtad.

Namun yang saya hairan, mengapa sehingga hari ini Zul Noordin membisu seribu bahasa di atas isu perselingkuhan UMNO bersama Yahudi APCO? Hatta di Parlimen sendiri pun Zul Noordin tidak bercakap pasal isu ini langsung?

Adakah dosa Zaid sewaktu dalam UMNO dahulu lebih besar dari dosa UMNO mendedahkan rahsia negara pada Yahudi? Dosa mengadakan hubungan dengan Zionis dsbnya?

Zul Noordin pun tak bersuara pasal cadangan kerajaan UMNO Najib untuk menghalalkan judi sukan.

Dengan kata lain, Zul Noordin cuma bising kalayu ada elemen2 yang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat, tapi senyap seribu bahasa terhadap tindakan anti islam dan pro Yahudi UMNO.

Di sini kita dapat lihat perjuangan sebenar Zul Noordin. Perjuangan beliau tiada langsung berteraskan kepada Islam tapi berteraskan kepada mempertahankan rejim zionis UMNO dan Barisan Nasional.

Tulang Besi And here is the rest of it.

Kickdefella, Bila Nak Berenti Bagi Alasan-Alasan Merapu?

Apabila dicabar Sheikh/Kickdefella membuat laporan kepada SPRM terhadap penyelewengan yang beliau dakwa berlaku di Kelantan, ternyata Sheikh/Kickdefella bachul dan takut.

Alasan yang diberi beliau adalah “ TOK GURU SEDANG DALAM PENYIASATAN SPRM”. Itu alasan paling tidak masuk akal yang saya pernah dengar. Satu sebab adalah SPRM sedang menyiasat Tok Guru dalam isu berkaitan hadiah pakej haji dan hadiah kek.

Sedangkan Sheikh cuba menuduh bahwa terdapat penyelewengan dalam pemberian balak di Kelantan. Apa kena mengenanya. Kalau dia yakin dia benar, sila buat laporan SPRM terhadap tuduhan-tuduhan rambang yang beliau buat. Jangan hanya berani berkokok di luar semata-mata.

Itu pun saya pernah jawab, apa masaalahnya Tok Guru terima hadiah kek dan pakej haji? Orang gila sahaja yang akan bertanya harga hadiah yang diberikan oleh pemberi hadiah. Lagipun, penerimaan kek tu apa yang rasuahnya?

Lagi satu, bukan ke Sheikh Kickdefella telah menyatakan taat setia beliau kepada kepimpinan Tok Guru Nik Aziz di hari beliau dipecat dari PMBK tempohari? Tiba-tiba sekarang ini beliau mahu menjatuhkan Tok Guru Nik Aziz pula. Ni bukan perangai penipu ke?

Baca selanjutnya...

RM4 Juta Nilai Keikhlasan..?

Hari ini Blogger Kickdefella menulis didalam blognya yang petikannya adalah seperti berikut:
Sepanjang hampir 3 tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian asset, peralatan, pembayaran upah operatives, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.

Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan?
Pembiayaan Sebanyak RM4 Juta

Saya kira, antara mereka-mereka yang bergelar "Blogger", "Penulis", "Editor" atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan "Media", Blogger Kick adalah seorang yang amat-amat bernasib baik. pembiayaan sebanyak RM4 juta (lebih kurang) bukanlah 1 jumlah yang kecil untuk diperuntukkan kepada "seseorang" daripada seseorang melainkan "tujuannya" itu "besar" dan berbaloi.

Agak malang kerana selama ini Kick menikmati jumlah sebanyak itu seorang diri sahaja dan tidak berkongsi dengan saya atau lain-lain Blogger yang sealiran dengannya (pada waktu itu)...

Lebih malang lagi apabila Kick mengaku menerima pembiayaan sebanyak hampir atau lebih dari RM4 juta bagi mengendalikan 1 operasi yang dinamakan sebagai "Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan".

Pak Lah 2008

Perdana Menteri Malaysia ketika Pilihanraya Umum ke-12, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada ketika itu dan beberapa tahun sebelumnya (sebelum Kick "berhijrah" ke Kelantan) dikenali kerana kelemahannya dalam pentadbirannya, tabiatnya yang seronok tidur dalam majlis-majlis rasmi, tunduknya beliau pada Al-Menantunya dan beberapa lagi kelemahan yang kalau nak dilistkan dibawah... terlalu banyak.

Jadi saya tak fikir keperluan untuk memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk 1 Operasi seperti yang disebutkan oleh Kick. kenapa perlu membazirkan sejumlah wang yang besar untuk berperang dengan musuh yang sedang tidur..?

Tambahan pula, dalam Pilihanraya Umum ke-12, sebilangan besar pro UMNO/BN sendiri bermati-matian "tidak mempertahankan" Pak Lah malah mereka-mereka ini jugalah yang menonjolkan watak Pak Lah "Sleeping Beauty" kepada umum dengan dibantu oleh media-media Perdana yang kita tahu 100% dipengaruhi oleh KERAjaan Pusat.

Jangan kita lupa bahawa Tun Dr.Mahathir sendiri yang sehingga kini adalah ahli UMNO/BN mengetuai gerombolan mereka-mereka yang berusaha menjatuhkan Pak Lah dan Tun Dr.Mahathir sendiri pada ketika itu hanya bermodalkan 3 patah perkataan yang sangat murah harganya iaitu "Budak Tingkat 4". ayat murah itu seterusnya menjadi modal "makan untung" UMNO/BN anti KJ dan Pakatan Rakyat sehingga ke hari ini.

Dalam hal ini saya tak fikir modal sebanyak itu diperlukan untuk menjatuhkan KERAjaan Pak Lah the "Sleeping Beauty" (UMNO/BN) di Kelantan sebab pada ketika itu, KERAjaan Pak Lah the "Sleeping Beauty" sudah nyawa-nyawa ikan. perlukah kita melancarkan sebutir bom nuklear untuk membunuh seekor ikan yang tinggal "nyawa-nyawa ikan"..? tak mungkin...

Ikhlas

Dalam perjuangan baik pro UMNO/BN atau pro Pakatan Rakyat, yang sering disebut-sebut dan menjadi modal untuk menunjukkan "power" ialah "keikhlasan dalam perjuangan". bila ada keikhlasan bermakna 100% jujur dalam perjuangan tak kiralah yang diperjuangkan itu betul atau salah. puak Yahudi juga "ikhlas" berjuang untuk kaum mereka walaupun caranya tak betul tetapi pokok pangkalnya ialah "jujur dan ikhlas".

Kalau kita jujur dan ikhlas, apa sahaja yang kita buat adalah kerana kita mahu, kerana kita yakin pada diri dan kita tahu apa yang kita buat adalah kerana kehendak "roh" kita. bukan kerana pengaruh dari mana-mana pihak atau material lebih-lebih lagi "RM".

Senang cerita dan ringkas - kalau mati pun mati tanpa harta, hutang pulak saya yakin terpaksa dilangsaikan oleh saudara-mara dan handai-taulan yang ada perasaan bertanggungjawab. bab ini saya yakin ke 2-2 pihak pro UMNO/BN dan Pakatan Rakyat bersetuju 100%. geng-geng katak lompat Insya-Allah tidak akan merasa keadaan ini tetapi terpaksa berhadapan dengan "hari pengadilan"... ini saya sangat-sangat yakin.

Ikhlas II

Ikhlas II pula merujuk kepada "ikhlas kerana bla bla bla" (bla bla bla merujuk kepada RM) noktah.

Kalau Blogger Kickdefella menyatakan secara jelas bahawa beliau ada menerima pembiayaan secara jelas didalam tulisannya yang melibatkan jumlah sebanyak lebih kurang RM4 juta untuk mengendalikan Operasi tersebut dalam masa 3 tahun, timbul persoalan - ikhlaskah Blogger Kickdefella dalam perjuangannya selama ini..?

RM4 juta telah dijelaskan oleh Blogger Kickdefella sebagai "pembiayaan" untuk 1 "Operasi Gerak Saraf bagi mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan".

Berapa juta pula agaknya pembiayaan yang diterima oleh Blogger Kickdefella untuk 1 Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Menteri Besar Kelantan - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat seterusnya mempermudahkan bagi Barisan Nasional menewaskan PAS di Kelantan..?

RM4 juta itu "keikhlasan"..?

TV3 (suku)

Beberapa hari sebelum kontrak Blogger Kickdefella dengan PMBK ditamatkan (serta-merta), Blogger Kickdefella dikatakan ada menerima tawaran daripada Stesyen Berita TV3 (suku). tawarannya ialah mengendalikan "1 Operasi" yang diklasifikasikan sebagai "Media ke-2" atau "Alternative Media" yang mana antara tugasnya ialah menyelia laman-laman Blog dan Website dengan tujuan menarik para pengundi muda dan celik IT supaya cenderung kearah UMNO/BN dan seterusnya meningkatkan undi anak muda kepada UMNO/BN.

Jumlah Gaji/Salary/Peruntukan atau "pembiayaan" yang ditawarkan oleh pihak TV3 (suku) kepada Blogger Kickdefella ialah tidak kurang dari RM15,000 sebulan.

Modus Operandi

Pada ketika ini Blogger Kickdefella dilihat (malah dipersetujui) banyak menyerang Kerajaan PAS Kelantan dengan agresif sekali seolah-olah Kerajaan PAS itu terlalu pincang dan tidak layak untuk menerajui Negeri Kelantan padahal majoriti rakyat Kelantan berkata sebaliknya.

Modus Operandinya lebih kurang sama dengan apa yang berlaku pada zaman Pilihanraya Umum ke-12 cuma "subjek"nya berbeza.

2008 - Pak Lah Al-Menantunya.
2010 - TGNA Al-Menantunya.

Ada persamaan dengan apa yang dilakukan oleh Tun Dr.Mahathir pada tahun 1998 dan 2009 terhadap musuhnya DSAI.

1998 - DSAI Liwat
2009 - DSAI Liwat II

Kebetulan pula Blogger Kickdefella ialah pengkagum kepada Tun Dr.Mahathir dulu, kini dan selamanya.

Persepsi

Lagi-lagi "Persepsi". tapi itulah tujuan utama. menimbulkan "Persepsi" yang kurang baik kepada subjek. tak kiralah apa yang diwar-warkan itu betul atau salah. kelebihan menyertakan "dokumen" adalah 1 kelebihan. MeLAYU mudah terpengaruh dengan dokumen padahal dokumen boleh sahaja di"klon"kan. tak percaya..? tanya pemegang-pemegang "sijil beli" Universiti Kangkung.

Persoalan

Dalam hal ini, siapakah dibelakang Blogger Kickdefella..? skill yang sama, musuh yang sama cuma subjek yang berlainan. kebetulan pula Tun Dr.Mahathir yang cukup-cukup dikagumi oleh Blogger Kickdefella cenderung menggunakan "senjata yang sama" setiap kali berperang.

Apakah Blogger Kickdefella berdiri teguh dan setia dibelakang Tun Dr.Mahathir dulu, kini dan selamanya...?

Siapa sebenarnya yang membiayai "Operasi" yang dikendalikan oleh Blogger Kickdefella..?

1997 - TDM..?
2010 - TV3 (suku)..?

-Task Force 13