Monday, May 03, 2010

Pertemuan Dalam Gelap: Nik Abduh & Pak Lah..?

Macam biasa, hari ni bukak tenet awal pagi... tapi hampeh... dah 2 bulan aku tak bayar bil, pagi ni kena potong, aku melopong. nak marah Maxis tak boleh, sebab salah aku. jadi, buat bodoh je la hari ni. geng-geng dok koling-koling dari semalam lagi tanya isu terkini. macam la dekat rumah masing-masing tak de Redio ngan Tibi. macam la tenet dorang pun kena potong gak...

Korang semua hampeh...

Bisul - Pope Gomo Masuk Wad

Aku dengar Pope Gomo dok dalam wad, baru lepas operate - bisul... ceh... orang tua cakap penyakit bisul ni hinggap dekat pengotor je. khakhakha... yang tu memang tak leh nak nafi la... tengok muka Pope Gomo pun korang dah tau... kalau tak pernah tengok muka Pope Gomo, cukup korang baca Blog dia je... memang kotor.

Memang patut tumbuh bisul... naik bisul dekat celah mana..? Al-Juburi ke..? khakhakha... amik kau... Tuhan bayar Cash tu... harap-harap kalau tak sedar banyak, sedar sikit pun cukup la... kalau tak, standard bisul ni dia tak kan naik sekali je... lepas ni akan menyusul lagi... keh keh keh keh keh... ambik la kau punya Al-Juburi Pope Gomo weh...

*Belah kiri Pope Gomo, belah kanan Paderi Kari... malu-malu kucing... gambar diambil beberapa bulan sebelum Pope Gomo terkena bisul...

Pertemuan Dalam Gelap - Nik Abduh Jumpa Pak Lah..?
Message details:

From:
**** ***** ****** ****
***** <+6019*******>

Subject:
Nik Abduh akan bertemu pak
lah

Date:
30/04/2010

Time:
06:22

Type:
Text message

From | **** ***** ****** **...
Nik abduh akan bertemu pak lah di
IKIM kuala lumpur hari ini. Kenapa?
Kerajaan perpaduan 2? bla bla bla...
Mesej tu aku dapat subuh-subuh pada tarikh tersebut. saja aku diamkan sebab aku tak tau benda tu betul atau tidak. tapi sepanjang hubungan aku dengan informer tu, 100% dari info yang dia ada adalah tepat. dengar cerita hari ni dah jadi bualan di Kuala Lumpur.

Persoalan yang timbul - Apa tujuan Nik Abduh jumpa Pak Lah..? apa yang dibincangkan..? atas kapasiti apa Nik Abduh jumpa Pak Lah..? adakah ini 1 lagi siri pertemuan dalam gelap..?

Mintak Nik Abduh nafikan perkara ni. kalau kau (Nik Abduh) diam tak respon, aku anggap perkara ni benar dan aku anggap Nik Abduh dah ambik alih peranan geng UG yang sebelum ni. dan yang lebih penting - Tuan Guru Mursyidul Am tahu atau tidak kau buat pertemuan dengan Pak Lah..?

Kalau Tuan Guru tak tahu, kau kena perjelas sebab apa Tuan Guru tak perlu tahu adanya pertemuan antara kau dengan Pak Lah. ingat... ini boleh menimbulkan "fitnah". kalau pertemuan tu tak berlaku, cuba buktikan yang ianya tak berlaku.

Kalau benda tu berlaku tapi kau nafi, aku harap lepas ni tak kan ada Blogger yang sertakan dengan bukti bergambar dan jugak rakaman berlakunya pertemuan tersebut.

Setakat ni aku tak nak sahkan atau nafi benda ni berlaku atau tak. tunggu Tuan punya badan sendiri. standard yang aku tau, Pak Lah tak kan menipu... Nik Abduh - Insya-Allah. dulu pun pernah jugak Nik Abduh tak hadir Majlis Sumpah Laknat.

Harap-harap kali ni tak payah sumpah-sumpah dah... kang ada yang termakan sumpah.

Karang aku taip lagi... kita cerita bab lain pulak...

Kickdefella Dedah Nama Mereka Yang Mahu Pertahan Kerajaan Kelantan?

Nota Editor: Setakat yang saya baca kenyataan Kick ni, beliau cuma dedah nama orang-orang yang serahkan wang pada beliau.

Apa yang saya nampak Kickdefella mendedahkan nama-nama mereka yang berusaha untuk mempertahankan kerajaan Kelantan dengan menjalankan kerja Gerak Saraf.

Juga, mengikut Husam Musa, ada kemungkinan wang-wang tersebut datang dari sumber dalaman UMNO sendiri.

Saya juga tidak sabar menunggu hasil keputusan siasatan SPRM. Ini kerana tiada salahnya pemberian wang kepada sebuah syarikat untuk menjalankan kerja Gerak Saraf. Setau saya kerja Gerak Saraf adalah bertujuan untuk menerangkan kebaikan dan kelebihan Kerajaan Negeri Kelantan.

Apapun, kita patut puji mereka yang didedahkan oleh Kickdefella kerana beliau berjaya menjalankan kerja yang baik di dalam mempertahankan kerajaan PAS Kelantan dari ditawan UMNO pada 2008.

Bagi saya, apa salahnya wang RM4 juta kalau tujuan untuk menaikkan dan mempertahankan kerajaan Kelantan lebih-lebih lagi kalau wang tersebut datang dari sumber derma dari pelbagai pihak.

Kickdefella sekarang harus membuktikan wang tersebut datang dari sumber yang salah atau korup. Adapun pendedahan Kickdefella ini TIDAK MEMBUKTIKAN apa-apa amalan korupsi atau salah guna kuasa telah berlaku.

Sekian
Syed Azidi dedah penyumbang RM4j

KOTA BHARU 2 Mei – Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz hari ini mendedahkan nama pemberi peruntukan RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau yang berbuat demikian bagi menyahut cabaran Dewan Pemuda Pas Kelantan supaya mendedahkan mereka yang terlibat memberitahu, terdapat lima individu utama yang memberikan peruntukan berkenaan.

Dakwanya, mereka ialah Exco kerajaan negeri, ahli majlis kerajaan tempatan, pengarang sebuah akhbar propembangkang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan dan pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan.

Kesemua senarai terbabit, jelasnya, telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika beliau memberikan kenyataan kepada suruhanjaya tersebut kelmarin.

Syed Azidi dalam kenyataannya di sini hari ini mendakwa, peruntukan itu diberikan untuk menggerakkan operasi gerak saraf yang dijalankan melalui sebuah syarikat perunding media, Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) yang beribu pejabat di Jalan Kota Darul Naim di sini bermula pada Julai 2007.

“Penyumbang terbesar ialah ahli majlis terbabit iaitu RM2.6 juta bermula pada Julai 2007 sehingga November 2008.

Ezam Berhak Dilantik Senator Oleh Parti Yang Beliau Tuduh Rasuah

NOTA EDITOR: Heran bin ajaib. Sudahlah Ezam muka tak malu menerima jawatan parti yang beliau maki dan nista selama ini, ada hati pula mengaku beliau ada hak terima jawatan Senator?

Alasan yang beliau beri juga alasan paling tak logik. Beliau kata beliau berjasa memerangi rasuah dalam kapasiti beliau sebagai Pengerusi GERAK satu masa dahulu.

Tapi, sewaktu beliau dalam GERAK, parti yang beliau sering tuduh rasuah adalah UMNO. Beliau masuk Penjara Kajang kerana beliau dedah rahsia rasuah Rafidah Aziz. Beliau kena ISA kerana beliau menentang penyelewengan dan salah guna kuasa UMNO.

Sekarang ini beliau menerima jawatan Senator atas lantikan UMNO, parti yang beliau sendiri dedah sebagai parti rasuah.

Inilah contoh manusia yang tiada maruah. Bukan sahaja maruah perjuangan tetapi juga maruah sebagai seorang manusia. Binatang lebih mulai dari manusia bernama Ezam Mat Nor ini

Sekian
Ezam: Saya berhak jadi senator

Bekas ketua pemuda, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor dan Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, hari ini.

Dua lagi yang dilantik ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Bahagian Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Ezam (kiri, berkaca mata) yang keluar daripada PKR dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008 juga adalah bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau mencuri tumpuan suatu ketika dahulu kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.

Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan PKR tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".
Be

rcakap kepada pemberita selepas mengangkat sumpah jawatan, Ezam membidas pengkrirtik kononya dia tidak layak dilantik sebagai senator.

Sebaliknya menurut Ezam, dia telah membuat sumbangan besar bagi memerangi gejala rasuah di negara ini.

"Hanya saya yang terpaksa ke penjara kerana kesalahan rasuahnya kerana saya dituduh menurut Akta Rahsia Rasmi. Semua tuduhan ini bertujuan untuk memburuk-burukan diri saya,” katanya.

Ezam juga menafikan bahawa pelantikannya itu berkait dengan tindakannya meninggalkan PKR dan menyertai Umno semula.

Sebaliknya, bekas setiausaha politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata dia dilantik sebagai senator kerana peranan yang dimainkannya dalam pertubuhan NGO, gerakan menentang rasuah (GERAK).

"Saya amat berpuas hati dengan kedudukan saya sebelum ini. Jawatan ini bukannya sesuatu yang besar. Ia bukannya satu ganjaran,” katanya.

Sementara itu, Palanivel ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia, perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.

Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga dijangka akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.

Blok Minyak: Kenyataan Media YB Senator Syed Husin Ali

Usul tergempar untuk membahaskan isu penyerahan dua blok pengeluaran minyak luar pantai kepada Brunei.

Saya telah memohon kepada Yang Di Pertua Dewan Negara untuk membenarkan saya mengusulkan satu kes berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan di bawah Peraturan Mesyuarat 17 (1).

Usul yang saya ingin bangkitkan adalah mengenai penyerahan dua blok pengeluaran minyak luar pantai kepada Brunei, oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebelum pesaraan beliau.

Penjelasan yang telah diberikan oleh Tun Abdullah dan Petronas adalah tidak memuaskan, oleh yang sedemikian Kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hendaklah memberi penjelasan mengenai penyerahan tersebut. Saya cadangkan penjelasan ini dibuat dalam bentuk kertas putih. Isu ini adalah mustahak untuk dibahaskan kerana melibatkan bukan sahaja soal pendapatan Negara, tetapi juga soal kedaulatan Negara.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mendedahkan jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion) malah didedahkan juga bahawa kawasan yang kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan - Block L dan Block M – (kini dikenali sebagai CA1, dan CA2) tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia. Kawasan tersebut mengeluarkan 500,000 tong minyak bernilaiUSD12.4 Juta sehari.

Perkara itu dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times di mana kawasan tersebut tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia. Penyerahan 'Blok L' dan Blok M', dikatakan sebagai pertukaran dengan Brunei supaya menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang, Sarawak.

Perkara tersebut melibatkan kepentingan negara dan kedaulatan negara, dan harus dibahaskan dengan segera. Penjelasan terhadap isu ini amat penting dan perlu disegerakan kerana melibatkan soal kedaulatan Negara dan mungkin juga melibatkan soal keselamatan Negara.”

Surat Terbuka YB Dato' Husam Musa Kepada Perdana Menteri Malaysia

السلأم عليكم ؤرحمة اللة ؤبركاتة

Yang Amat Berhormat
Dato’ Sri Hj Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri,

PENYERAHAN SEMPADAN LAUT MENGANDUNGI DUA MEDAN MINYAK BLOK L DAN M KEPADA BRUNEI DARUS SALAM - POHON PENJELASAN.
_________________________________________________

Saya yakin YAB sudah mengikuti laporan media mengenai isu sempadan perairan Malaysia yang telah diserahkan kepada Brunei - seperti kenyataan akhbar bekas Perdana Menteri pada Juma'at lalu.

Bersekali dengan penyerahan sempadan laut ini, dua medan minyak yang kaya yang dulunya milik negara kita, juga dengan sendirinya menjadi milik Kerajaan Brunei.

Dua blok minyak itu dulunya adalah milik Petronas dan Petronas telah pun menganugerahkan konsesi kawasan ini untuk pengeluaran kepada Petronas Carigali dan Murphy Oil sejak 2003 dan berkuatkuasa bulan April tahun ini, perjanjian konsesi berkenaan terpaksa ditamatkan.

Isu yang lebih besar dan memerlukan penjelasan awam yang segera dari Kerajaan pimpinan YAB ialah bagaimana Kabinet Malaysia pada 11 Februari 2009 boleh bersetuju dengan pelepasan kedaulatan Malaysia ke atas wilayah berkenaan.

Seperti disebutkan dalam kenyataan Tun Abdullah, ia adalah 'overlapping area'. Jika ianya 'overlapping area' sebagaimana kawasan-kawasan lain seperti JDA dan CAA, mengapa Malaysia dengan mudah melepaskannya? Jika kawasan lain tidak kita lepaskan kedaulatannya, mengapa yang ini kita lepaskan?

Adakah Malaysia tidak yakin bahawa kita mempunyai hak ke atas kawasan perairan ini dan adakah Malaysia telah mengkaji dengan teliti bahawa tuntutan kita ke atas kawasan ini memang tidak kukuh?

Jika kita tidak mempunyai hak ke atasnya sama sekali, bagaimana Brunei boleh mengizinkan kita terlibat sama dalam perkongsian pengeluaran bagi kedua-dua blok itu dalam tempoh empat puluh tahun?

Mengapa pula sebelum ini kita telah menandatangani perjanjian konsesi dengan Murphy Oil jika kita tidak yakin ia adalah milik kita?

Bukankah selama ini kawasan ini dalam perairan kita dan tiba-tiba kita tidak mempunyai asas yang kukuh untuk terus memilikinya?

2. Selepas keputusan Kabinet dibuat dan langkah menandatangani perjanjian dengan Brunei dilakukan pada 16 Mac 2009, mengapa rakyat Malaysia tidak dimaklumkan mengenai keputusan Kerajaan menyerahkan perairan bersekali dengan medan minyak itu?

Mengapa tidak juga ada penjelasan Parlimen dibuat?

Rakyat Malaysia hanya mendapat tahu kedudukan ini melalui kenyataan Murphy Oil kepada NYSE selepas konsensinya dibatalkan.

YAB sendiri tidak pernah berterus terang dengan keputusan ini dan tidak mengambil langkah menjelaskannya kepada umum sampai hari ini.

Mengapa ia harus disembunyikan jika fakta-fakta tuntutan tidak menyebelahi kita dan kita tidak mempunyai pilihan lain melainkan menyerahkan wilayah ini kepada Brunei?

Jika sebaliknya, iaitu kita sememangnya mempunyai fakta kukuh ke atas tuntutan ini dan penyerahan ini hanyalah kerana keputusan politik semata-mata, rakyat berhak untuk tahu apakah sebab politik mendesak sehingga keputusan seperti itu dibuat.

Adakah ia semata-mata untuk menyenangkan hati Perdana Menteri waktu itu dan seluruh Kabinet menerima keputusan ini walau pun ianya merugikan negara?

Jika sebiji pulau kecil sebesar Batu Putih kita perjuangkan hingga saluran terakhir, mengapa wilayah sebesar dan sekaya itu kita lepaskan sebegitu mudah?

Apakah asas-asas yang dterima untuk Kabinet memutuskan sedemikian?

3. Rakyat Malaysia juga berhak untuk tahu apakah tawaran gantian kepada Murphy Oil atau sebarang ganjaran atas penamatan konsensi berkenaan?

Sehingga satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Kerajaan, isu ini sungguh memilukan kami rakyat Malaysia. Pilu bukan sahaja kerana hilangnya wilayah kita dengan sebegitu mudah, malah timbul keraguan terhadap tahap tanggungjawab pemimpin negara, bahkan tahap kemampuan mereka membuat keputusan untuk kepentingan negara dengan wajar dan tepat.

Sekian. Wassalam

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

DATO’ HJ HUSAM BIN MUSA

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
2 Mei 2010.

s.k

YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan