Wednesday, June 16, 2010

Kenapa Pilih Jadi Bangang..?

Merujuk kepada artikel BatuApi @ FireStone Kenapa pilih jadi bangang? sebenarnya aku malas nak panjangkan isu ni tapi sebabkan aku ada sikit masa terluang, aku ulas jugak sebaik yang boleh dan semoga masing-masing dapat manfaat dari penjelasan dari isu yang dibangkitkan oleh aku dan diulas oleh BatuApi @ FireStone mengikut "pengetahuan" dan bukan "pengalaman" beliau.

Jawab ni bukan sebab nak bermusuh, tapi nak mintak supaya lepas baca penjelasan ni, BatuApi @ FireStone setidak-tidaknya jadikla sorang yang "sedikit cerdik' dari "sebelum" ni.

Bab Wan Ji aku tak nak ulas apa-apa sebab aku rasa Wan Ji boleh jawab sendiri dalam blog dia kalau dia nak. kalau dia tak nak, terpulang pada dia sebab masing-masing ada cara masing-masing.

Aku cuma nak jawab pada BatuApi @ FireStone bab "Pas Media" yang dia bangkitkan dalam artikel tu.

Kenyataan BatuApi @ FireStone yang pertama aku nak ulas:
Sepatutnya tiada masalah, muktamar sebelum ini di Selangor tiada ada apa-apa hal berkaitan liputan media oleh blogger dibangkitkan. Kenapa sekarang nak bising pojie? Tak ada isu lagi ke nak dijadikan isu untuk memburukkan kepimpinan PAS, atau sengaja nak serang Ustaz Idris Ahmad?
Bab yang ni sepatutnya BatuApi @ FireStone kena buat "homework" betul-betul. aku 100% yakin semua pembaca yang dah lama mengikuti blog ni masih ingat akan hal yang sama dibangkitkan oleh para blogger masa Muktamar PAS Kali ke-55 tahun lepas di Stadium Melawati, Shah Alam.

Aku malas nak bagi link blog tapi ada baiknya BatuApi @ FireStone rujuk balik blog Cenangau, Ummi Anni, Ajijoi, Al-Husseyn, Mat Saman Kati, Ustaz Sham, Perakkini, Kedah La Nie, Zul Mamak, Zul Aloha, Wartamaya, Manjung Mari, Pak Bakaq dan lain-lain blog (banyak sangat list aku bagi tu ada yang anti UG dan ada yang pro UG, tak kan 1 pun x leh nak cari..?) yang membincangkan isu "Pas Media" masa Muktamar PAS tahun lepas.

Ulasan ngko dekat atas tu bagi aku amat-amat memalukan geng-geng blogger yang tahu akan apa yang berlaku tahun lepas, ramai jugak pembaca yang tahu akan perkara ini. adalah amat memalukan bila BatuApi @ FireStone menulis, mengkritik tanpa mendapat maklumat yang tepat sebelumnya. akibatnya, level BatuApi @ FireStone (nama cukup hebat..!) setakat bawah tapak kaki Papa Gomo dan Parpu Kari. elok korang berpakat buat blog "Bingai" pulak.

Beb... bukan senang nak jadi blogger pro Pakatan Rakyat, maklumat nak kena tepat, kalau maklumat tak tepat, akibatnya tak mustahil ngko akan jadik macam blogger SayNoToMunafiqeen, hilang tak de jejak... malu sebab menulis hentam kromo.

Blogger pro UMNO/BN tak de masalah dalam hal ni sebab kulit muka masing-masing lebih tebal dari kulit Babi. kena kutuk pun tak de hal, tetap tegakkan benang yang basah. ngko nak jadi geng mana..? pro Pakatan Rakyat ke pro BN..?

Lagi pulak, dalam posting aku tu, bab mana yang aku serang Ustaz Idris Ahmad..? dan lagi pulak, buat apa aku nak serang Ustaz Idris Ahmad sedangkan dia tak terlibat langsung dalam menguruskan Muktamar kali ni..? ngko salah baca ke apa..?

Tamat bab tu.

Nak ulas bab yang ni pulak:
Saya pun blogger juga, blogger kecil yang tak terkenal, tapi saya boleh buat liputan dan ambil gambar walaupun saya tak ada kamera canggih untuk amatur seperti Nikon D70s.
Alhamdulillah, blogger kecil yang tak terkenal ni mampu mempunyai Kamera Canggih Jenama Nikon Model D70s yang regenya jauh lebih mahal dari Kamera Sony Alfa200 aku yang rege dan jenamanya paling murah dan kokak dalam dunia Photography.

Yang ni BatuApi @ FireStone nak kena paham, aku ni lebih kepada Photography, photo yang bagus tidak akan didapati dengan duduk jauuuuuuuuuh ditingkat atas dibelakang para perwakilan.

Ambik contoh mudah dengan gambar yang diambil oleh BatuApi @ FireStone dekat bawah:
Kalau BatuApi @ FireStone tak bulatkan aku dalam gambar tu, korang boleh kenal ke yang mana 1 Topeng Perak Unmasked..? dan lagi 1 pulak, walaupun dah dibulatkan gambar tu, agak-agak korang-korang yang tak pernah tengok aku sebelum ni boleh kenal ke aku kalau selisih tepi jalan..?

Jadi dekat situ ngko kena paham keperluan Pas Media ni. bukan saja-saja mintak sebab seronok. mesti ada sebab yang kukuh untuk mintak. ngko ingat best sangat ke dok berdiri dekat depan tu ganggu pandangan orang lain termasuk perwakilan semata-mata suka-suka seronok-seronok..?

Nak bagi lagi paham, ngko tengok gambar dekat bawah ni:
Gambar ni diambik oleh R'zleey dengan menggunakan Kamera Nikonnya yang jauh lebih canggih dari aku dan regenya pun dah tentu jauuuuuuh lagi mahal dari kamera Sony aku. yang dalam gambar tu pulak kalau korang nak kenal ialah Bro Minaq Jinggo, kaki Kamera mesti kenal dia.

Bro Jinggo ni bukan Photographer Amatur macam kita-kita ni ni, dia dah sampai tahap Profesional. Body Kamera Jinggo SAHAJA regenya lebih dari RM15,000, lensa pulak kalau tak salah aku lebih dari RM3,000 dan tak lebih dari RM5,000. berat 2-2 menda alah tu lebih dari 2 kilogram.

Kenapa sorang Photographer Profesional macam Minaq Jinggo perlu berada di depan sekali padahal beliau menggunakan equipment yang regenya sama dengan rege sebijik kereta secondhand Jepun..?

Ni yang geng-geng ngkorang tak paham. "Angle" sangat-sangat penting dalam dunia photography beb. tu pasal kadang-kadang korang tengok geng-geng photographer ni macam orang sewel. ada yang sampai meniarap bagai bila nak ambik gambar padahal kalau dok berdiri pun boleh jugak ambik gambar.

Jadi kalau tak paham bidang tugas orang lain, baik tak payah komen. nanti bikin malu muka sendiri. tapi aku rasa BatuApi @ FireStone ni jenis tak kan rasa malu sebab blogger-blogger macam BatuApi @ FireStone ni jenis pengecut tak de telur. muka sendiri pun tak berani nak letak dekat blog. ni pejuang "telur bungkus". huha huha huha huha huha dalam blog berani, realiti..? tak yah jawab... aku paham... semua orang paham... tak de telor.

BatuApi @ FireStone ulas lagi:
Sebenarnya tak perlu bising untuk mendapatkan kebenaran, jumpalah secara baik dengan mereka yang bertanggungjawab dan ceritakan dengan ikhlas.
Padahal yang ni aku dah jelaskan dalam artikel aku "Muktamar PAS Ke-56: Boikot Media Perdana" Atau "Boikot Blogger Pro Pakatan Rakyat..?"
Petang tadi (Selasa) lepas Zohor aku pergi ke PUTIK dengan tujuan nak dapatkan Pas Media untuk cover Muktamar PAS macam aku cover Kongres PKR 2 minggu sudah.

Jumpa urusetia bertugas, urusetia maklumkan dekat aku - "PAS tak keluarkan Pas Media untuk Blogger. kalau nak Pas Media kena mintak melalui Agensi, kena ada surat rasmi dari agensi" sambil dia tunjuk contoh surat rasmi dari agensi yang buat permohonan.
Ngko ingat masa aku jumpa urusetia dengan cara yang tak baik ke..? apa punya turrr la ngko ni...??? ngo patut tahu jugak bahawa ada beberapa orang Pimpinan tertinggi PAS jumpa aku masa Muktamar dan Majlis Makan Malam bersama Media ajukan tentang masalah "Pas Media" dekat aku. ramai yang cuba nak bantu tapi sebab malas nak panjangkan lagi isu ni, let go je lah. aku cakap dah setel (padahal Pas Media aku dipohon melalui agensi portal Malaysiakini dengan beberapa persetujuan, tak yah lah ambik tahu yang ni...)

Sebelum ni jugak aku panjangkan isu ni pada Setiausaha Akhbar Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Ustaz Fadhli Shaari pun turut bantu aku dalam hal ni. tu belum masuk bab sms antara Pak Bakaq dengan Ustaz Idris. banyak yang ngko tak tahu dalam hal ni beb... lain kali cuba dapatkan info betul-betul baru bikin artikel. Kenapa pilih jadi bangang?

Beb... salah sorang Urusetia tu kawan aku, Rizal Tahir photographer Harakah Kota Bharu beb. apa gila ke aku nak mintak Pas Media macam samseng dekat member sendiri..? member aku pun tak gila nak tipu aku kalau pihak atasan dah bagi arahan.

Dekat sini jugak aku nak sampaikan penghargaan aku dekat BatuApi @ FireStone sebab berusaha keras nak dapatkan gambar terbaik aku (Topeng Perak Unmasked) masa Muktamar PAS Kali ke-56 tempohari macam yang dekat atas dengan dekat bawah ni:
Aku tak tau berapa kali shot dan berapa kali BatuApi @ FireStone tukar setting kamera dia untuk dapatkan hasil macam ni. tapi aku yakin sambil-sambil dok usaha nak dapatkan gambar aku, dalam hati BatuApi @ FireStone mesti cakap - "Kalau la aku ada Pas Media, kompom dapat snap gambar Topeng Perak yang lebih bagus dari ni & tak payah bersusah payah terketar-ketar tangan nak tahan kamera dan tahan nafas sebab kena pakai slow shutter..."...

Ala... aku pakai kamera jugak beb... bukan aku tak tau...

Akhir sekali, untuk BatuApi @ FireStone, dekat bawah ni gambar aku seterang-terangnya. lepas ni kau tak payah susah-susah nak mengendap menyorok untuk dapatkan aku punya gambar. aku bukan jenis penakut tak de telur macam ngko... aku bantai Ustaz Nasa, kemudian aku jumpa Ustaz Nasa, kenalkan diri kemudian ambik gambar dengan Ustaz Nasa:
Sama jugak bila aku bantai Ketua Pemuda PAS Pusat, aku tak ambik masa yang lama untuk jumpa Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi 4-5 hari lepas tu, kenalkan diri aku dekat dia kemudian ambik gambar dengan dia:
Aku jumpa dan kenalkan diri sebab aku bukan jenis blogger "tak de telur". apa masalahnya..? kalau ngko rasa apa yang ngko bangkitkan tu betul dan ngko yakin, apa nak dosorokkan..? jenis sembunyi-sembunyi ni bagi aku jenis penakut, pengecut, jenis nak berjuang tapi tak yakin pada diri. bab ni aku lagi respek Papa Gomo dengan Parpu Kari. 2 ekor ni lagi bagus dari BatuApi @ FireStone.

Dekat bawah ni buah tangan aku untuk blogger-blogger pengecut... korang tepek la dekat blog korang, nak terbalik ke, senget ke, tunggang langgang ke, aku tak heran. tak de kesan pada aku pun.

Orait la BatuApi @ FireStone, kalau tak cukup gambar-gambar tu semua, ngko boleh masuk dekat Topeng Perak Unmasked Fan Pages, dekat situ berlambak-lambak lagi gambar-gambar aku. banyak cara untuk dapatkan maklumat yang tepat, tapi Kenapa pilih jadi bangang?