Wednesday, August 18, 2010

Dapatkan Dinar & Dirham Anda Segera..!

Lepas je Dinar Emas & Dirham Perak Kelantan dilancarkan tanggal 2hb. Ramadhan, 1431 bersamaan dengan 12hb. Ogos, 2010, enpon aku tak berenti-renti berkokok... sms masuk mengalahkan aku ada hutang dengan Along Ceti haram... 90% dari panggilan dan sms yang masuk dok bertanya dari mana boleh dapatkan Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan.

Jadi hari ni aku nak bagitau dekat mereka-mereka yang berminat untuk dapatkan Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan dekat mana korang boleh dapatkan 2-2 matawang Syariah tu.
Bagi yang duduk di Kelantan, boleh dapatkan di kedai Ar-Rahnu dan bagi yang berada di Kuala Lumpur dan Selangor, boleh dapatkan di Nubex.

Macamana nak cari Nubex..? rujuk dekat Website Nubex disini. alamat dan cara nak hubungi Nubex:

Alamat:
C-510, Centre Wing,
Metropolitan Square,
Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

Email: info@nubex.com.my

Phone : +6(03)-7729 9640/04

Fax : +6(03)-7729 9940

Mekasih...