Wednesday, September 08, 2010

Dinar & Dirham, Dengki & Dendam, Berkat Ramadhan...

12hb. Ogos, 2010 bersamaan dengan 2hb. Ramadhan, 1431 Kelantan dengan rasminya telah melancarkan Matawang Syariah Dinar & Dirham Kelantan.

Tak sampai 24 jam selepas Matawang Syariah Dinar & Dirham Kelantan dirasmikan, pelbagai pihak terutamanya dari KERAjaan Pusat telah mengecam tindakan Kerajaan Negeri Kelantan.

Ada jugak suara-suara sumbang yang membayangkan bahawa para peniaga dan juga rakyat Kelantan yang menggunapakai Matawang Dinar & Dirham akan mengalami pelbagai kesulitan dan kerugian dengan alasan-alasan yang bodoh.

Ketika Matawang Dinar dilancarkan awal Ramadhan lalu, nilainya ialah RM589 bagi 1 Dinar & RM13 bagi 1 Dirham. hari ini tak sampai sebulan selepas kedua-dua Matawang Syariah tersebut dilancarkan, harga kedua-dua Matawang tersebut telah berubah.

Harga Dinar telah melonjak naik sebanyak RM599 bagi 1 Dinar manakala harga bagi Dirham pula meningkat sebanyak RM1 menjadikannya RM14 bagi 1 Dirham.

Malas nak ulas banyak-banyak sebab aku tau korang semua cerdik pandai kecuali puaka-puaka UMNO/BN. yang aku tau, pembeli-pembeli Dinar & Dirham dah menikmati keuntungan yang agak besar dalam masa tak sampai sebulan...

Eh... kalau awal bulan haritu korang simpan duit dalam bank RM589, berapa keuntungan yang korang dapat sekarang..?

1 sen..? hahaha...!!! Tok Pa bodoh, Awang Adek Bingai, PM Najib Bongok, UMNO selama-lamanya Bangang...

Kepimpinan berlandaskan Islam tetap no 1...!!! Allahu Akbar...!!!

Penyakit Hati Punca Enggan Bayar Royalti Minyak Kelantan

Penyakit hati – iri hati, dengki, khianat, dendam, sombong, angkuh, tamak, adu dumba, fitnah dan lain-lain – menjadi punca manusia rosak akhlak dan tingkah laku buruk hingga menjadi buta dari melihat kebenaran dan keadilan. Sebaliknya sifat mazmumah (keji) ini akan mendorong manusia melakukan kejahatan, kezaliman, penindasan, kemaksiatan hingga sanggup merampas hak orang lain.

Kengganan kerajaan pusat membayar royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan adalah berpunca dari para pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) yang mempunyai penyakit hati ini. Dendam kesumat dan iri hati terhadap rakyat Kelantan yang mengundi pembangkang sejak 20 tahun lalu.

Walaupun negara telah melalui empat lima pilihan raya umum namun percubaan kerajaan Umno-BN untuk merampas semula negeri Cik Siti Wan Kembang itu gagal. Maka ditaburkan berbagai fitnah dan dilakukan pelbagai kejahatan dan kemuncaknya menafikan rakyat Kelantan dari menerima wang royalti minyak.

Ekoran dari kezaliman Umno-BN ini maka negeri Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah memfailkan saman terhadap Petronas – di mana pemegang sahamnya adalah kerajaan persekutuan – di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu.

Kerajaan negeri bertindak demikian terhadap Petronas akibat melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil dari minyak dan gas di perairannya dan di kawasan laut yang bertindih di antara Kelantan-Thailand, Kelantan-Vietnam dan Kelantan-Terengganu.

"Kita akan tuntut wang royalti ini sehingga dapat," kata Tok Guru, menambah, "sekiranya gagal kita akan tuntut di akhirat. Lebih baik dia bagi semasa di dunia ini."

Kelantan tuntut RM800 juta setahun

Tuntutan royalti minyak oleh Kelantan dianggarkan bernilai RM800 juta setahun sejak 2005 dan jika dicampur jumlah itu sehingga tahun ini maka jumlahnya ialah sebanyak RM4.8 bilion.

Tidak diketahui kenapa Tok Guru memilih bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan ini untuk memfailkan saman dan sejurus selepas itu, beliau dan rombongannya bergegas ke masjid yang berdekatan, Masjid Jalan Duta, untuk menunaikan solat hajat.

Barangkali mesej yang hendak disampaikan oleh Tok Guru ialah "di hari baik dan bulan baik ini, hentikanlah dari melakukan kezaliman. Berilah hak kami!" Tetapi tindakan beliau ini dapat dikiaskan dengan unsur-unsur kehidupan di akhirat apabila beliau bercakap kepada para wartawan.

Kata Tok Guru, "jika mereka masih menafikan hak rakyat Kelantan maka di akhirat nanti, mereka akan menerima padahnya. Pahala ibadat mereka akan diberi kepada orang-orang yang dizalimi. Jika pahala mereka habis maka dosa orang-orang yang dizalimi akan dilambakkan ke atas kepala orang-orang yang melakukan kezaliman."

Dendam kesumat Umno-BN

Apa yang alami oleh rakyat Kelantan ialah akibat dendam kesumat ekoran dari pemikiran politik sempit bagi menyeksa rakyat negeri itu kerana terus menerus menolak Umno-BN. Mereka tidak ada cara lain lagi melainkan dengan menafikan rakyat Kelantan dari mendapat pembangunan dan bantuan kewangan.

Sifat yang buruk dan keji ini, jika kita teliti adalah tidak menghairankan kerana sebuah lagi negeri, Terengganu, juga dinafikan hak royalti minyak, walaupun diperintah oleh mereka sendiri. Menteri Besarnya Ahmad Said terpaksa membawa kes ini ke mahkamah dan berita terbaru menurut beliau, kerajaan persekutuan akan mula membayar royalti minyak (bukan wang ehsan) sebanyak RM1.6 bilion setahun mulai 2011, seperti laporan Bernama pada 28 Ogos lalu.

Perkembangan ini adalah hasil dari janji bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengembalikan wang royalti kepada kerajaan negeri Terengganu pada Jun 2008. Rundingan di antara Petronas dan kerajaan persekutuan bermula pada September tahun yang sama.

Pendirian Ahmad Said adalah jelas. Beliau berkata, "kerajaan negeri tidak akan menandatangani sebarang perjanjian atau menggugurkan tuntutan mereka melalui mahkamah sehingga mereka berpuas hati bahawa semua hak dan kepentingan rakyat Terengganu berhubung royalti minyak disebut dengan jelas dalam perjanjian. Kerajaan persekutuan mesti mengembalikan hak ini kepada rakyat Terengganu berdasarkan perjanjian asal."

Apakah alasan mereka kali ini untuk memberi royalti minyak kepada Terengganu sedangkan kepada Kelantan tidak? Kalau dahulu, alasan yang diberi ialah kerajaan-kerajaan negeri tidak berhak mendapat royalti minyak sekiranya minyak dan gas ditemui lebih dari 3 batu nautikal dari pesisir pantai.

Mereka sanggup mereka cipta berbagai alasan hingga memuatkan alasan-alasan itu di dada-dada akhbar media arus perdana semata-mata untuk membohongi rakyat dengan menafikan hak rakyat Kelantan sedangkan perjanjian telah dimeterai di antara kerajaan-kerajaan negeri (termasuk Sabah dan Sarawak) sejak PDA di wujudkan lagi.

Survival politik

Sebenarnya, krisis royalti minyak ini dapat diselesaikan tanpa diseret ke mahkamah sekiranya para pemimpin pusat mahu mengadakan rundingan dan mempunyai niat yang ikhlas untuk sama-sama mengecap kekayaan negara, demi kesejahteraan rakyat, dan bukan tertumpu untuk mengaut keuntungan peribadi dan mementingkan survival politik mereka sahaja.

Bekas menteri kewangan berdarah raja, Tengku Razaleigh Hamzah, yang diamanahkan oleh perdana menteri ketiga, Tun Abdul Razak Hussein, untuk menggubal dan menandatangani perjanjian di antara kerajaan-kerajaan negeri dengan Petronas berkata, "kalau saya masih Pengerusi Petronas, saya akan bayar wang royalti…….tidak perlu kecuh-kecuh."

Jadi, keengganan kerajaan persekutuan membayar royalti minyak ini sebenarnya tidak bersandarkan kepada alasan yang kukuh melainkan kerana mempunyai sifat-sifat buruk dan keji yang disebutkan tadi hingga mendorong mereka melakukan penindasan dan kekejaman.

Orang yang biasa hidup senang dan mewah sepanjang hayatnya biasanya tidak akan merasa keperitan hidup orang-orang susah dan miskin. Sebab itu Allah SWT mewajibkan umat Islam menjalani ibadah puasa dengan menahan diri dari lapar dan dahaga di siang hari supaya dapat mendidik akhlak yang terpuji.

Ibadah puasa juga bertujuan untuk menghakis sifat-sifat keji tadi – iri hati, dengki, dendam, khianat, sombong, angkuh, tamak, adu dumba, fitnah dan lain-lain – agar sesuatu permasalahan itu dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan mudah.

Jika tidak, ibadah kita (sebulan berpuasa) menjadi sia-sia!


Sumber - Free Malaysia Today