Wednesday, January 19, 2011

RM10 Juta: Saja Nak Usik Kerajaan Negeri selangor

Kerajaan negeri Selangor mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan penjualan arak mencari pekerjaan alternatif, kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.

"Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.

"Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, larangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menghalang umat Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan arak merupakan satu langkah untuk membendung mereka daripada terjerumus kepada pekerjaan yang tidak halal.

"Enakmen tersebut juga menggesa agar umat Islam supaya memilih pekerjaan yang memberikan rezeki yang lebih berkat.

"Kerajaan negeri merasa simpati kepada umat Islam yang berkerja di premis-premis seperti kilang arak, kelab malam dan premis-premis yang melibatkan arak dalam sektor pekerjaan mereka.

"Justeru, kerajaan negeri telah memperuntukan RM 10 juta untuk membantu mereka untuk memilih pekerjaan alternatif yang lebih lumayan dan berkat," katanya.

Menurut Yaakob, mereka yang berminat boleh terus ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk memohon bantuan berkenaan.
Aku ada sikit pemahaman yang aku tak paham dalam hal berkaitan...

Betul..! Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM10 juta untuk membantu golongan-golongan ini memulakan kehidupan baru yang bersumber kepada rezeki yang halal. yang ni sangat-sangat bagus.

Tapi, ada baiknya kalau Kerajaan Negeri Selangor menarik balik lesen penjualan arak di kedai-kedai serbanika dan juga pasaraya-pasaraya yang ada sekarang sepertimana yang telah dikuatkuasakan di Negeri Kelantan sejak sekian lama.

Dengan berbuat demikian, masalah sosial hasil dari "penonggangan arak" dikalangan golongan muda sekurang-kurangnya dapat diatasi kalau tak banyak, sikit pun jadi la... macam kata Tok Guru Nik Abdul Aziz - "Beras, kalau ada seguni, tak dapat nak ambik semua, ambik segenggam pun cukuplah..."...

Masalah paling kritikal pada zaman Barang Naik ialah - Peluang Pekerjaan.

Aku tak fikir dalam keadaan rakyat tertekan dengan pelbagai kos sara hidup yang saban hari semakin meningkat (TERIMA KASIH BN - Barang Naik, Bila Naik..? Baru Naik, Berapa Naik..? Banyak Naik..!), mengeluarkan sejumlah wang yang banyak akan dapat membantu mereka-mereka ini meneruskan penghidupan yang semakin tertekan.

Tengok lojik la... berapa ramai lulusan yang ada kemahiran tersadai tanpa pekerjaan..? masalah dalam negara kita sekarang ialah, kita ada ramai lulusan yang berkemahiran tinggi tetapi kita tidak ada menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka-mereka ini.

Jadi kalau mereka-mereka yang berhenti kerja ni (sebab penguatkuasaan undang-undang terbaru) berhenti kerja kemudian terus diberi latihan dan dana macam yang dinyatakan oleh Kerajaan Negeri Selangor, apakah jaminan bahawa mereka-mereka ini akan dapat memulakan perniagaan sendiri pada masa hadapan sedangkan kita tahu peniaga-peniaga kecil menghadapi masalah dalam meneruskan perniagaan sekarang.

Berhenti kerja sebab tak nak kena tindakan 1 hal yang bagus & bermoral, tapi kalau dah berhenti kerja, rasa-rasanya cukup ke kewangan mereka-mereka ni untuk menampung kehidupan sebelum memulakan perniagaan sendiri..?

Apa salahnya kalau Kerajaan Negeri Selangor sekalikan penguatkuasaan undang-undang pekerja permis arak tu berserta dengan menarik balik lesen penjualan arak di permis-permis serbanika & pasaraya.

Dengan cara ni, mereka-mereka yang sedia bekerja ditempat-tempat berkenaan boleh saja meneruskan pekerjaan mereka dengan gaji baru yang sumbernya lebih halal dalam masa yang sama, mereka-mereka ini juga berpeluang untuk menimba ilmu perniagaan tanpa perlu memikirkan tentang kos sara hidup semasa mendapatkan latihan tersebut.

Tak cukup lagi ke penjualan arak di pusat-pusat hiburan yang ada sekarang sampaikan terpaksa juga dijual di kedai-kedai serbanika yang pelanggannya dari pelbagai peringkat umur..?

Tak salah kalau buat 1 keputusan yang agak susah tetapi dalam masa yang sama memberi kebahagiaan kepada orang ramai.

Bukan apa... aku risau kalau-kalau mereka-mereka yang sedia bekerja di permis jualan arak sekarang berhenti kerja serta-merta mengejar peluang sebab ada "Dana", habis latihan tersadai dekat rumah tanpa peluang pekerjaan atau perniagaan...

Esok-esok mereka-mereka ni la jugak yang akan menentukan Kerajaan sedia ada... kalau program ni gagal... hermmmm

PM lupa ziarah jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang

Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.

Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.

Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan oleh PAS akan menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.

Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu......