Tuesday, April 12, 2011

PRN Sarawak: Pelanduk & Jerat - Sayang Semuanya

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

Hari ni gua nak cerita balik sejarah yang berlaku sejak puluhan tahun dulu untuk kita jadikan iktibar dan tauladan pada hari ni...

Pertama: Selepas berlakunya tragedi Memali pada tahun 1985, "KERAjaan" Pusat dibawah pimpinan Barisan Nasional mula menyedari bahawa sokongan keatas pembangkang di Semenanjung Malaysia telah mula bertambah dengan mendadak. ini adalah kerana kebanyakan keluarga yang dizalimi dalam Tragedi Memali ini datang dari golongan bawahan yang antaranya adalah para guru.

Guru-guru tak kira dalam apa bidang pelajarannya sekalipun mempunyai pertalian yang amat rapat dengan masyarakat kerana tugasan mereka sebagai pendidik kepada semua pelajar sekolah tak kira apa latar belakang politik keluarga mereka.

Berdasarkan kepada keadaan ini, "KERAjaan" Pusat yang khuatir dengan keadaan ini dan risau akan pertambahan sokongan kepada pembangkang melalui pertlian ringkas ini telah mengambil tindakan yang pada fikiran mereka pada ketika itu "Paling Sesuai" untuk menyekat perkembangan pertambahan sokongan kepada pembangkang melalui guru-guru.

Tindakan yang dikatakan "Paling Sesuai" oleh "KERAjaan" Pusat pada ketika itu ialah memindahkan atau menukar guru-guru terbabit (yang dikenal-pasti sebagai penyokong pembangkang) ke kawasan-kawasan luar bandar terutamanya Johor, Sabah dan Sarawak.

Kedua: 20 tahun dulu apabila tampuk pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dirampas oleh PAS, perkara yang sama juga dilakukan oleh "KERAjaan" Pusat kepada Guru-guru dan Kakitangan Kerajaan yang dikenal-pasti sebagai penyokong pembangkang.

Mereka-mereka ini kebanyakannya dihantar untuk "bertugas" di kawasan-kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, jauh dari keluarga mereka. ramai suami-suami terpaksa meninggalkan anak-anak, isteri dan keluarga jauh di seberang Laut China Selatan. mereka-mereka ini ditempatkan dikawasan-kawasan yang jauh dari pembangunan. tiada bekalan elektrik, air mahupun komunikasi.

Cuba lu orang bayangkan macam mana kehidupan seorang tenaga pengajar atau lebih tepatnya sebagai penggerak Kemajuan Negara dalam keadaan demikian. dipisahkan dari keluarga dalam keadaan yang serba kekurangan. ada yang datang dari keluarga yang susah, nak jumpa keluarga kadang-kadang cuma setahun sekali, tu pun masa hari raya... nasib jugak kalau dapat balik beraya, yang tak dapat balik macam mana..?

Paling sedih, dipisahkan dari keluarga dan banyak berlaku kejadian dimana guru-guru menerima berita sedih dari seberang - kehilangan insan tersayang. macam mana lu rasa bila keadaan macam ni berlaku pada keluarga lu sedangkan lu tak mampu untuk berada dekat dengan mereka disaat-saat akhir sampai mereka dikebumikan kerana lokasi lu yang jauh di pedalaman. nak ke bandar makan masa 12 jam berakit.

Ketiga: Hari ini berkatalah TPM:
TPM minta 'jasa baik' guru di S'wak sokong BN

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta 'jasa baik' para guru di Sarawak supaya menyokong BN dalam pilihan raya negeri itu pada 16 April depan.

Beliau yang juga timbalan perdana menteri menggesa mereka membantu BN menang besar, dengan memangkah calon-calonnya dalam pilihan raya negeri Sabtu depan.

NONEMuhyiddn yang juga timbalan pengerusi BN berucap kepada kira-kira 400 guru yang mengikuti satu program untuk pendidik di Sibu petang ini.

Selepas ini, kata Muhyiddin, pembangkang akan mendakwa BN berkempen melalui guru-guru, tetapi tegasnya, ianya bukan hanya satu peringatan lembut, tetapi juga peringatan yang penting.

Sambil mengkritik kempen Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan, Muhyiddin berkata, rancangan pembangunan mungkin terjejas jika berlaku perubahan tersebut.

Menurutnya, rancangan pembangunan akan terjejas jika berlaku gangguan atau perubahan mengikut cara pembangkang.

Beliau mengumpamakan kempen pembangkang untuk perubahan itu umpama 'tikus membaiki labu' - satu pepatah Melayu yang bermaksud tindakan yang akan memburukkan lagi keadaan.
Mungkin ketika TPM berhadapan dengan para pendidik di Sibu semalam, tiada dalam fikirannya terfikir keadaan yang dialami oleh guru-guru yang diimport dari Semenanjung Malaysia dan di eksport kekawasan pedalaman Sarawak sejak sekian lama.

TPM juga kemungkinan besar tidak pernah tahu bahawa kebanyakan pendidik-pendidik yang dipisahkan dari keluarga mereka di Semenanjung Malaysia telah bertindak melancarkan protes dalam senyap sejak sekian lama dengan menjadi wakil bagi pihak pembangkang menyampaikan sebanyak mana maklumat yang tidak didapati dalam Media Perdana kepada penduduk-penduduk di kawasan pedalaman Sarawak.

Sehebat-hebat Muhyiddin dengan kedudukannya sebagai ahli UMNO merangkap Timbalan Presiden UMNO sebenarnya masih tidak dapat menandingi kehebatan para guru yang dipisahkan dari keluarga mereka di Semenanjung Malaysia sebab apa yang gua tahu, Muhyiddin dengan kedudukannya yang hebat itu tidak pernah membuka walau 1 pun cawangan UMNO di Sarawak sebaliknya ada antara pendidik yang dihijrahkan ke Sarawak telah mambantu membuka banyak cawangan PAS di Sarawak.

Untuk pengetahuan para pembaca, PAS pada masa ini telah mempunyai lebih dari 50 cawangan di Sarawak yang penaungnya ialah anak tempatan Sarawak manakala UMNO yang dikatakan hebat itu telah berjaya untuk tidak membuka walau 1 cawangan pun di Sarawak.

Pada gua, "KERAjaan" yang bodoh-sebodoh-bodohnya seperti BN tidak akan pernah terfikir bahawa perkara sebegini akan berlaku apabila mereka bertindak menghukum sokongan para pendidik kepada pembangkang dengan menjarakkan mereka dari keluarga mereka.

"KERAjaan" tak tahu bahawa pendidik ini adalah seperti "benih yang subur". campak ketanah - tumbuh pokok, campak kelaut - tumbuh pulau, campak ke pedalaman - tumbuh cawangan.

Keempat: Permintaan TPM supaya guru-guru di Sarawak menyokong BN dalam Pilihanraya Negeri kali ini seharusnya disambut dengan sebuah lagu:


"Jerat tak pernah lupakan pelanduk tapi pelanduklah yang selalunya melupakan jerat"