Wednesday, June 29, 2011

BERSIH 2.0: Surat Terbuka Kepada Pihak PDRM

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

To:

ALL POLICE PERSONAL

RE : YELLOW COLOR

BERSIH 2.0: Sekretariat Di Serbu - Kenapa Takut Penambah-Baikkan..?

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

Tengahari tadi sekumpulan Anggota Polis berpakaian reman teah menyerbu dan menggeledah Sekretariat BERSIH 2.0 di Petaling Jaya. Tanpa Waran, tanpa mengikut Prosedur Undang-Undang, Pengamal Undang-Undang ini tampil kononnya atas nama "Menegakkan Undang-Undang".

Gua tak paham macam mana Undang-Undang mahu ditegakkan tanpa mengikut Prosedur Perundangan... Ini perkara pelik yang semakin hari semakin terpaksa kita berhadapan.

Polis makin hari makin pandai melanggar Undang-Undang atas nama menegakkan Undang-Undang. undang-Undang dilacurkan juga atas nama Undang-Undang oleh Pengamal Undang-Undang dan yang bagusnya ialah pihak pro KERAjaan selalu sahaja mendapat "restu" pihak Polis setiap kali mereka melanggar Undang-Undang atas nama mempertahankan Undang-Undang.