"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Showing posts with label Fraksi UMNO. Show all posts
Showing posts with label Fraksi UMNO. Show all posts

Wednesday, April 07, 2010

Pengguguran MAFREL Bererti UMNO Akan Main Kotor Lebih Dari Biasa

Penguguran ini bererti MAFREL tidak lagi boleh memerhatikan proses pengundian di dalam Pusat-Pusat mengundi. Ini bererti UMNO/BN dgn parti komponen mereka yang paling utama, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan lebih bebas memanipulasi proses serta keputusan pilihanraya kecil yang bakal diadakan di Hulu Selangor.

Berkaitan dengan alasan memberi laporan, EC seharusnya memberi amaran terakhir kepada MAFREL sebelum memecat mereka, bukan memecat mereka hanya kerana Noh Omar mahukan MAFREL dipecat. Dan Noh Omar melakukan demikian setelah dikritik MAFREL
kerana menabur janji-janji pembangunan sebagai kempen pilihanraya mereka.

Saya melihat SPR menjadi kuda tunggangan UMNO kerana mudah sangat menerima arahan dari Noh Omar, seorang pimpinan picisan UMNO yang tiada maruah. Seharusnya kenyataan MAFREL itu dialu-alukan oleh Noh Omar memandangkan janji-janji UMNO di Bagan Pinang dahulu pun masih belum tertunai.

Saya tidak tahu samada benar atau tidak MAFREL tidak menghantar laporan kepada EC, tapi pembuangan secara drastik ini adalah sangat merisaukan saya. Mengapa buang MAFREL setelah Noh Omar mengamuk? Bagi saya, jelas SPR menjadi kuda tunggangan UMNO.

Kita sedar betapa SPR sanggup melacurkan diri mereka di dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan Negeri Perak dahulu. Kita sedar bagaimana SPR tidak menghormati Speaker Negeri Kedah kerana tidak mahu mengadakan pilihanraya di DUN Kota Seputih. Kita sedar SPR adalah PELACUR kepada UMNO. Kita juga sedar SPR adalah salah satu biro UMNO.

Pemecatan MAFREL adalah rentetan dari berbagai tindakan SPR yang melacurkan diri mereka untuk UMNO dan Barisan Nasional.

Bersiap-sedialah Pakatan Rakyat untuk melihat penipuan pilihanraya yang berskala maksima dalam pilihanraya Hulu Selangor. Ini kerana kedua-dua UMNO dan SPR akan berganding bahu memastikan kemenangan Barisan Nasional.

Kita tidak tahu, mungkin SPR ni pun dah di Yahudi kan oleh UMNO?

Tulang Besi
SPR tak lagi iktiraf Mafrel, gugur pantau Hulu Selangor
Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 7 April — Selepas bertindak sebagai badan pemantau bebas dalam sembilan pilihan raya kecil sejak 2008, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk tidak lagi mengiktiraf Badan Pemantau Pilihan Raya Bebas Malaysia (Mafrel) bagi memantau pilihan raya kecil Hulu Selangor.

SPR memutuskan untuk tidak lagi melantik Mafrel atas alasan ia telah melanggar syarat pelantikan — gagal mengemukakan laporan kerja pemantauan yang dilakukan semasa kesemua sembilan pilihan raya kecil sejak Ogos 2008.

Mafrel merupakan satu-satunya badan pemantau tempatan yang telah diiktiraf SPR untuk memantau perjalanan pilihan raya khususnya sejak enam tahun lalu.

“Kami tidak lagi melantik Mafrel sebagai badan pemantau bebas bagi SPR ketika pilihan raya kecil di Hulu Selangor,” kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Difahamkan Mafrel kemungkinan hilang pengiktirafan SPR selepas ini, tetapi boleh terus bertindak sebagai antara salah satu badan bukan kerajaan pilihan raya.

Penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor diadakan 17 April ini manakala hari pengundian pula dijadual 25 April.

Lazimnya pelantikan SPR membolehkan Mafrel diberi ‘lesen’ untuk memantau perjalanan pilihan raya bermula dari hari penamaan calon sehingga hari pengundian.

Sehubungan jelas Wan Ahmad, apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan Mafrel adalah atas kapasitinya sebagai pertubuhan bukan kerajaan dan tiada kaitan dengan SPR.

“Itu kenyataan-kenyataan Mafrel (mengecam pengumuman kerajaan BN di Hulu Selangor), itu tiada kaitan dengan SPR,” katanya.

Menurut Wan Ahmad, keputusan untuk tidak melantik lagi Mafrel tiada kaitan dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kelmarin, yang mendakwa Mafrel tidak layak memantau pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Noh mendakwa Mafrel bukan satu badan berwibawa kerana mengeluarkan kenyataan sebelah pihak semata-mata.

“Ini kerana kami telah membuat keputusan itu lebih awal lagi,” katanya.

Wan Ahmad berkata, SPR telah berulang kali meminta Mafrel supaya mengemukakan laporan kepada SPR selepas berakhirnya setiap pilihan raya kecil tetapi tidak diambil berat.

“Kita telah memberi peringatan demi peringatan kepada Mafrel supaya menghantar laporan tetapi sejak sembilan pilihan raya kecil, bermula dari Permatang Pauh tiada laporan yang diterima SPR,” katanya.

“Itu syarat pelantikan Mafrel oleh SPR, menghantar laporan pemantauan... sejak pilihan raya kecil Permatang Pauh (pada Ogos 2008) sehingga pilihan raya kecil Bagan Pinang tahun lalu, Mafrel tidak menghantar laporan walaupun diminta berbuat demikian,” tambah Wan Ahmad dengan menyifatkan Mafrel telah “mereka melanggar syarat pelantikan.”

Terdahulu dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider, Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh menegaskan tiada mana-mana pihak sama ada SPR ataupun ahli politilk termasuk Noh berhak untuk menghalang daripada membuat pemantauan perjalanan pilihan raya.

Bagaimanapun Syed Ibrahim berkeyakinan kerjasama baik sedia terjalin antara pihaknya dengan SPR akan berterusan untuk melihat perjalanan pilihan raya bebas dan adil bagi semua.

“Apa yang dikatakan oleh Datuk Noh adalah hak beliau dan kami pun ada hak untuk memberikan pandangan,” kata beliau.

Semalam Noh menggesa SPR supaya mengkaji semula peranan Mafrel sebagai pemantau bebas pilihan raya atas alasan ia menjadi alat kepada parti pembangkang kerana didakwa tidak bersikap bebas dalam menyatakan pandangannya dan tidak layak dilihat sebagai sebuah badan yang benar-benar menyalankan peranannya.

Noh berkata Mafrel sepatutnya menegur kedua-dua sekali, bukan hanya BN kerana Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dari Pakatan Rakyat juga mengagihkan geran tanah kepada penduduk tetapi tidak ditegur.

Beliau mempertikaikan kredibiliti Mafrel yang menyelar tindakan kerajaan pusat meluluskan projek perumahan dan sekolah kepada penduduk di Hulu Selangor yang didakwanya menyalahi peraturan pilihan raya.

Jelas Syed Ibrahim, Mafrel telah menjalankan peranannya sejak 2001 termasuk pilihan raya negeri Sarawak pada 2006 dan siri pilihan raya kecil.

“Kami memantau dari luar dan dari dalam lingkungan hari pilihan raya. SPR mengiktiraf kami dan meminta kami memantau pada hari pengundian.

“Jadi kami membuat kerja sepanjang masa dan dari dalam ketika hari pengundian. Apa yang tidak betul kami tegur dan laporkan dan apa yang baik kami kata baik,” katanya.

Oleh itu tegas beliau, Mafrel tidak terikat dengan mana-mana pihak.

Thursday, March 25, 2010

Setiausaha Sulit Sultan Kelantan Umum Pemangku Sultan Dilucutkan Jawatan

NOTA EDITOR: Tulang Besi bawa berita ni dalam blog Malaysiawaves dan website Perisik Rakyatkerana Tulang Besi terkejut. Tulang Besi tak sangka maklumat Tulang Besi dapat berkenaan politik Kelantan (termasuk usaha membuang Husam dari EXCO) adalah tepat. Setakat ini, maklumat Tulang Besi dapat tiada yang canggung.

Tulang Besi tahu siapa yang telah mencadangkan penubuhan "Medical Board" bagi menyiasat keadaan kesihatan Tuanku Sultan Kelantan dalam mesyuarat EXCO yang berkaitan. Tapi, tak boleh bagitua kat sini, rahsia.

Cuma minta para pembaca mendoakan segala perancangan Fraksi UMNO berkaitan dengan pembuangan Dato' Husam Musa dari EXCO Kerajaan Negeri Kelantan digagalkan oleh Allah SWT. Dah nampak satu tanda-tanda kekuasaan Allah SWT dalam perkara ni dah.

Dato' Husam banyak kelemahan. Tapi, konspirasi pembuangan Dato' Husam bukan kerana kelemahan beliau, malahan kerana ketegasan beliau kepada puak-puak "make balok". Itu yang Tulang Besi boleh bagitau setakat ni.

Sekian
Setiausaha Sulit Sultan umum Pemangku Raja Kelantan dilucutkan jawatan - Harakahdaily

KOTA BARU, 25 Mac: Setiausaha Sulit Sultan Kelantan yang perlantikannya dipertikaikan minggu lalu, Datuk Wan Hashim Wan Daud mengumumkan, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra dilucutkan daripada jawatan baginda sebagai Pemangku Raja negeri itu berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman mengejutkan itu, yang dilihat merumitkan lagi krisis Istana Kelantan, diumumkan oleh Setiausaha Sulit baru Sultan Kelantan itu pada sidang media di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan mencadangkan agar kerajaan negeri memanggil sidang tergembar DUN Kelantan untuk membincangkan perkembangan terbaru ini. Saranan itu dibuat dalam satu sidang media oleh Pengerusinya, Abdullah Yaakob, Adun Air Lanas.

Semalam, Pengelola Istana Kelantan memaklumkan, hanya Pemangku Raja dan Majlis Perajaan Kelantan mempunyai kuasa mengenai perkara ini kerana Sultan Kelantan masih gering.

Wan Hashim, dalam sidang medianya berkata, keputusan itu diambil selepas baginda mengingkari arahan Sultan Kelantan agar tidak meneruskan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang dijadual 30 Mac ini.

“Berikutan daripada keingkaran Yang Maha Mulia Pemangku Raja mematuhi titah perintah Sultan Kelantan agar tidak meneruskan sebarang bentuk perayaan termasuk penganugerahan darjah-darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan rasmi ke-60 baginda Sultan Kelantan serta di atas kegagalan Yang Maha Mulia Pemangku Raja memelihara, melindungi dan mempertahankan kehormatan diri dan Perlembagaan Negeri Kelantan, maka Duli Maha Mulia Sultan Kelantan dengan ini menamatkan pelantikan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja,” kata beliau pada sidang media di Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Keputusan ini diumumkan sehari selepas Tengku Muhammad Faris Petra mengumumkan bahawa Sultan Kelantan masih gering dan tidak boleh menjalankan tugas berhubung hal ehwal negeri mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan.

Semalam Tengku Muhammad Faris Petra bertitah bahawa mengikut klausa (1)(b) Artikel 22A undang-undang itu, baginda yang telah dipilih menjadi Pemangku Raja pada 24 Mei tahun lepas, kini menjalankan tugas-tugas pemerintah dan Yang Dipertuan Negeri sehingga Sultan Ismail Petra sembuh.

Dalam satu titah yang disampaikan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad pada satu sidang akhbar di Istana Balai Besar semalam, baginda menegaskan bahawa sebarang kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak tanpa terlebih dahulu mendapat laporan perubatan daripada panel doktor pakar yang telah dilantik adalah tidak tepat, tidak sah dan tidak terpakai.

Tuesday, March 23, 2010

Tulang Besi Menjawab Ali Zaidan....

Blogger Ali Zaidan telah membuat kenyataan berikut dalam blog saya:
"Ali Zaidan said...
Bukan Melayu tidak majoriti, tapi Islam tidak majoriti. Ini TGHH ada sebut.
Kenapa kau ubah perkataan melayu drpd Islam? Kau ni celaka nk bagi persepsi salah ke?
Kalau nk Islam menjadi majoriti dlm kerajaan, apakah dh boleh dianggap pro Umno?
Apa ni? Sangkaan celaka apakah ini?
Itupun entah betul ke tidak cerita kau pasal Mr X. Siapa Mr X? Anifah Aman?
Maklumat kau bukan boleh pakai. Kes rombak exco kelantan pun, dah nak hujung blan takdak apa2 pun lagi.
Spekulasi murahan!
March 20, 2010 8:45 AM”

Ali Zaidan said...
Kau yg kena baca tulisan kau.
"Namun, apabila dibantah oleh Presiden dan beberapa kepimpinan PAS Pusat atas alasan "Melayu tidak Majoriti", maka Anwar telah mengubah perancangan beliau".
Sejak bila TGHH atau pimpinan kata 'Melayu'. Yang ada ialah 'Islam mesti majoriti'. Kenapa kau pakai perkataan 'Melayu'?
Hah! Sendiri tulis sendiri tak boleh baca ke??!!"
Ali Zaidan mencuba segala upaya beliau untuk memberi keraguan terhadap artikel saya bertajuk "September 16: Bukan Anwar Yang Akan Menjadi Perdana Menteri" di mana saya berkata:
"Namun, apabila dibantah oleh Presiden dan beberapa kepimpinan PAS Pusat atas alasan "Melayu tidak Majoriti", maka Anwar telah mengubah perancangan beliau".
MO Ali Zaidan adalah mengambil butir-butir tidak penting dari artikel yang dia benci dan besar-besarkan perkara tersebut. Natijah yang beliau harap adalah supaya pembaca menolak keseluruhan artikel tersebut.

Itulah taktik murahan penyokong “ulamak” PAS bernama Ali Zaidan ini.

Kalau tengok cara dia menyerang Khalid Samad pun iras-iras blogger UMNO gayanya. Malahan, kalau dibaca sepintas lalu, kita tidak akan dapat membezakan antara Ali Zaidan dengan blogger-blogger UMNO yang membenci Khalid Samad.

Yang herannya, di mana Ali Zaidan pada masa Khalid Samad ditangkap ISA tahun 1985 dahulu? Masih terkencing terberak dalam seluar lagi kot. Lepas tu ada hati nak tunjuk hebat pada Khalid Samad.

Baru setahun jagung dah nak tunjuk taring. Ini namanya bodoh sombong. Kail panjang sejengkal lautan dalam jangan di duga bang.

TEMURAMAH PRESIDEN DENGAN UMMAHONLINE

Ada pembaca saya telah membawa keratan temuramah Presiden PAS bersama majalah Ummahonline yang disiarkan oleh blog Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu. Presiden PAS berkata:
Sebelum ini, Tuan Guru ada menyebut jumlah ahli parlimen PR mestilah majoriti Melayu Muslim. Persoalannya, mengapa Melayu?

Melayu ini kerana majoriti orang Islam (di Malaysia) adalah Melayu. Bahkan kalau kita baca Muqadimmah Ibn Khaldun, ada hadith yang menyebut, “pemimpin dari Quraisy.” Ini kerana, yang menjadi teras kepada penguasaan Islam pada masa itu adalah kabilah Quraisy. Maka, syarat kepimpinan mestilah Quraisy.

Di Malaysia, oleh kerana majoriti orang Islam adalah Melayu, dengan sebab itu kepimpinan Melayu Islam adalah lebih utama… kecuali kalau berubah, orang Cina masuk Islam ramai-ramai, dan mereka menjadi majoriti. Maka, sudah tentu mereka yang perlu menjadi teras. Itu pernah berlaku dalam sejarah Islam. Bila orang Turki yang menganut Islam, mereka merupakan orang Islam yang terkuat, maka mereka menjadi kepimpinan.

Di Malaysia, hakikat ini diterima oleh semua parti-parti politik, bahawa teras ialah Melayu Islam. Cumanya, kita mahu Islam dijadikan prinsip kepada penyelesaian masalah-masalah dalam negara. Ini satu perkara yang sering ditinggalkan.

Bukankah sudah memadai majoriti Muslim sahaja?

Muslim sahaja tidak cukup. Muslim lain, Islam lain. Muslim itu ada orang yang memelok Islam tapi tidak beramal dengan Islam. Kita mahu, Muslim yang beramal dengan Islam. Saya yakin, jika Islam dijadikan model… sepertimana yang kita pernah laksanakan di Kelantan, juga di Terengganu, dan seperti yang kita sedang laksanakan di Kedah dan di Perak. Dan, ini tidak menjadi masalah kepada orang bukan Islam. Apa salahnya bila Islam itu kita kemukakan dalam perubahan peringkat pusat?

Bahkan peringkat pusat lebih wajar, sebab kuasanya lebih berbanding dari peringkat negeri lagi.
Keseluruhan temuramah tersebut boleh di baca di laman UMMAHONLINE di sini.

Kenyataan dalam temuramah dengan Presiden membuktikan dakwaan Ali Zaidan 100% SALAH!!!!

ANALISA PROFIL ALI ZAIDAN

Saya amat yakin si Ali ni “geng Perpaduang” dan “geng penyokong ulamak” dalam PAS. Kalau dilihat profil beliau di bawah, beliau adalah seorang yang bekerja dalam sektor pembinaan (yang terkenal penuh dengan korupsi), beliau duduk di Bangi tempat geng Bangi duduk dan beliau meminati “Batu Api” dan Zulkifli Noordin.

Batu Api ni saya dah buktikan banyak kali pembawa fitnah dan pembohongan. Zul Noordin ni tak payah ceritalah akan kemunafikan beliau.

Jadi, tak heranlah kenapa Ali Zaidan bersikap bodoh sombong sebegini. Dah dari acuan yang sama dengan puak-puak tu, nak buat macamana?
Yang bestnya Ali Zaidan kata:
"Kenyataan Tukang Tulis.
Semua artikel tulisan Tukang Tulis telah dipastikan agar tidak bercanggah dengan fakta. Namun, menginsafi kekurangan dan kelemahan sendiri, Tukang Tulis berharap agar kesilapan-kesilapan Tukang Tulis ditegur oleh kawan-kawan. Tukang Tulis juga sedang me'reform'kan diri sendiri agar sentiasa bertambah baik. Semua tulisan halal dicopy dengan syarat link blog Tukang Tulis mesti disertakan. TKasih
Saya nak tanya adakah beliau mengaku bersalah apabila beliau dakwa Presiden PAS tidak meletakkan syarat Melayu dalam Kerajaan PR yang sepatutnya ditubuh pada September 16 2008? Ataupun beliau masih mengakui dakwaan beliau itu sebagai fakta?

Sengaja saya membawa kes Ali Zaidan bagi mendedahkan kepada pembaca sekelian mentaliti penyokong “Ulamak” dan “Geng Terengganu”. Mereka rasa kerana mereka menyokong ulama, mereka benar sentiasa. Apa mereka buat semuanya betul.

Patutlah puak2 ni semakin tidak popular dan semaking ditolak ahli-ahli PAS. Blog si Ali ni pun orang malas nak ikut.

Tulang Besi

September 16 Gagal Kerana PAS Amal Assabiyyah Melayu?

Isu September 16 diperbincangkan semula sekarang ini. MP Katak, Zahrain, semakin acap menaikkan isu ini dengan mendedahkan beberapa maklumat yang kadang kala betul dan kadang kala salah.

Zahrain mendedahkan 8 nama:
"Beliau mendakwa mereka ialah Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar).

Nama lain yang disebut ialah Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku
Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang)".
Saya pernah menceritakan dalam posting saya yang terdahulu bertajuk "September 16: Bukan Anwar Yang Akan Menjadi Perdana Menteri", bahawa Anwar tidak akan menjadi PM kalau September 16 berjaya.

Anwar terpaksa berbuat demikian kerana sebelum September 16 2008 PAS tidak bersetuju dengan senarai MP2 yang Anwar ada itu. Penentangan PAS itu adalah kerana kerajaan PR yang baru itu kelak bukan kerajaan majoriti Melayu.

Nama-nama seperti Anifah Aman, Ghapur Salleh, Mokhtar Radin dan ramai lagi tidak dapat memuaskan hati PAS serta Presiden PAS. Ini kerana nama-nama diatas bukan dari kalangan MP2 yang MELAYU walaupun mereka itu Islam. Presiden PAS dilaporkan berkata:
"Muslim sahaja tidak cukup"

Maka, Anwar pun berbincang dengan Mr.X dan Mr.X setuju untuk menjadi PM dengan membawa beberapa orang MP Melayu bersama beliau demi memastikan kerajaan baru PR itu kerajaan majoriti MELAYU (bukan Majoriti Islam).

Namun pada masa itu segalanya sudah terlambat. Nasi dah jadi bubur. Pak Lah telahpun mengisytiharkan bahawa beliau akan turun takhta pada March 2009. Maka, “mood” untuk melompat, di samping taktik-taktik lain dari BN telah berjaya dilakukan dengan mengunakan masa yang terbuang angkara penolakan PAS ke atas kerajaan baru semata-mata kerana kerajaan PR baru itu tidak majoriti MELAYU (bukan Islam).

Mengikut maklumat saya, tanpa sokongan Mr. X pun dan hanya dengan sokongan yang Anwar Ibrahim dapat pun, kerajaan baru itu tetap MAJORITI MUSLIM, yakni majoriti satu kerusi. Tapi, apabila PAS berkata Kami Mahu Kerajaan Majoriti Melayu maka Anwar terpaksa meminta pertolongan Mr. X.

PAS kenalah meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan mereka yang mengundi mereka kerana ada saham mengagalkan “September 16”. Itu nasihat saya

TEMURAMAH PRESIDEN DENGAN UMMAHONLINE

Temuramah di bawah yang saya petik dari blog Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu akan lebih menjelaskan tulisan saya di atas.

Ada pembaca saya telah membawa keratan temuramah Presiden PAS bersama majalah Ummahonline yang disiarkan oleh blog Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu. Presiden PAS berkata:
Sebelum ini, Tuan Guru ada menyebut jumlah ahli parlimen PR mestilah majoriti Melayu Muslim. Persoalannya, mengapa Melayu?

Melayu ini kerana majoriti orang Islam (di Malaysia) adalah Melayu. Bahkan kalau kita baca Muqadimmah Ibn Khaldun, ada hadith yang menyebut, “pemimpin dari Quraisy.” Ini kerana, yang menjadi teras kepada penguasaan Islam pada masa itu adalah kabilah Quraisy. Maka, syarat kepimpinan mestilah Quraisy.

Di Malaysia, oleh kerana majoriti orang Islam adalah Melayu, dengan sebab itu kepimpinan Melayu Islam adalah lebih utama… kecuali kalau berubah, orang Cina masuk Islam ramai-ramai, dan mereka menjadi majoriti. Maka, sudah tentu mereka yang perlu menjadi teras. Itu pernah berlaku dalam sejarah Islam. Bila orang Turki yang menganut Islam, mereka merupakan orang Islam yang terkuat, maka mereka menjadi kepimpinan.

Di Malaysia, hakikat ini diterima oleh semua parti-parti politik, bahawa teras ialah Melayu Islam. Cumanya, kita mahu Islam dijadikan prinsip kepada penyelesaian masalah-masalah dalam negara. Ini satu perkara yang sering ditinggalkan.

Bukankah sudah memadai majoriti Muslim sahaja?

Muslim sahaja tidak cukup. Muslim lain, Islam lain. Muslim itu ada orang yang memelok Islam tapi tidak beramal dengan Islam. Kita mahu, Muslim yang beramal dengan Islam. Saya yakin, jika Islam dijadikan model… sepertimana yang kita pernah laksanakan di Kelantan, juga di Terengganu, dan seperti yang kita sedang laksanakan di Kedah dan di Perak. Dan, ini tidak menjadi masalah kepada orang bukan Islam. Apa salahnya bila Islam itu kita kemukakan dalam perubahan peringkat pusat? Bahkan peringkat pusat lebih wajar, sebab kuasanya lebih berbanding dari peringkat negeri lagi.
Keseluruhan temuramah tersebut boleh di baca di website Ummahonline disini.

PENGAJARAN DARI TEMURAMAH TERSEBUT

Ada beberapa kesimpulan dari temuramah tersebut:
1.0 - Presiden PAS menolak kerajaan PR yang majoriti Muslim. Beliau mahu kerajaan majoriti Melayu.
2.0 - Bahawa kedudukan PAS yang boleh keluar dari kerajaan PR bila-bila masa
sekiranya janji tidak tertunai tidak menjadi faktor langsung.
3.0 - Islam TIDAK MENJADI FAKTOR dalam penilaian kerajaan baru PR tersebut. Yang menjadi faktor adalah KEBANGSAAN MELAYU semata-mata.
4.0 - Presiden PAS bersekongkol dengan usaha untuk mengagalkan September 16 dengan memberi alasan-alasan dangkal seperti mahukan kerajaan majoriti Melayu secara sedar atau tidak.
5.0 - Saya yakin Presiden PAS dan kumpulan pro UMNO TIDAK MAHU kerajaan PR yang baru ini dan memberi masa kepada musuh untuk bertindak dengan memberi alasan-alasan yang dangkal.
6.0 - Tindakan Presiden PAS ini MENGUNTUNGKAN UMNO
7.0 - Presiden seboleh mungkin menolak gagasan “Majoriti muslim” tetapi mahukan
gagasan “Majoriti Melayu” kalau kita baca keseluruhan interview itu.
(bersambung)

Tulang Besi

Friday, February 05, 2010

Lebih 75% Setuju Khalid Samad Telah Dizalimi JK Disiplin PAS

Dari poll Malaysiawaves setakat ini, pembaca2 Malaysiawaves rata2 setuju bahawa Khalid Samad telah dizalimi JK Disiplin PAS.

Ini setelah penerangan yang diberikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri dalam blognya. Penerangan beliau nampaknya tidak memberi kesan kepada pembaca-pembaca Malaysiawaves yang rata-rata membuat kesimpulan bahawa Tuan Ibrahm serta JK Disiplinnya telah menzalimi Khalid Samad.

Saya pada mulanya tidak menjangka keputusan akan berada di tahap lebih dari 75%. Saya menyangka perkataan “menzalimi” itu mungkin akan dilihat sebagai terlalu keras. Atas sebab itu, saya mengjangkan keputusan poll kali ini adalah dalam julat 50% bersetuju.

Saya merasakan kalau saya menggunakan perkataan “Tidak Adil” barulah keputusan “BERSETUJU” itu akan mencecah 80%.

Namun, jelas tindakan JK Disiplin pimpinan Tuan Ibrahim adalah satu bentuk kezaliman mengikut pandangan rata-rata ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat. Jelas, hujah yang dibentang Tuan Ibrahim amat lemah dan tidak mampu menghalang pandangan ini dari merebak.

Ertinya, mengikut pandangan ramai, Tuan Ibrahim telah melakukan kezaliman. Saya menasihatkan kepada Tuan Ibrahim untuk bertaubat nasuha segera dan meminta maaf dari Khalid Samad kerana doa orang yang dizalimi tidak ditolak Allah SWT.

Selepas ini tiada siapa yang boleh menuduh hanya Tulang Besi sahaja yang mengatakan Khalid Samad dizalimi. Jelas, Tulang Besi tidak berkeseorangan.

Tulang Besi

p/s - Poll ini masih berjalan namun biasanya di akhir poll keputusan tidak akan lari jauh dari apa yang ada sekarang (mengikut pengalaman poll yang lepas2).

Thursday, February 04, 2010

Rahsia Yang Khalid Dedah Adalah Penajaan Puncak Niaga Untuk Muktamar PAS di Shah Alam

Benar sekali kenyataan Pak Bakaq@ Penarik Beca dalam artikel beliau yang bertajuk “Tahniah UMNO (2)” bahawa rahsia sebenar yang didedahkan Khalid Samad adalah penajaan Puncak Niaga terhadap Muktamar PAS di Shah Alam.

Kalau kita rujuk pertuduhan Khalid Samad :
  • “Bahawa kamu, Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 0126504 telah dengan secara salah, dengan sedar dan pengetahuan mendedahkan rahsia Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang bertarikh 27hb September 2009 jam 3.30 petang melalui Blog peribadi dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Fasal 75 (1)(e) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.”.
Satu pertuduhan yang kelakar dan sangat dangkal. Pertama sekali tidak dinyatakan:
a. Masa kesalahan berlaku
b. Tarikh kesalahan berlaku
c. Tempat kesalahan berlaku
d. Butiran rahsia yang didedahkan oleh Khalid Samad

yang telah didedahkan oleh Khalid Samad.

Selepas itu, Tuan Ibrahim kerap mengulangi tuduhan Khalid Samad mendedahkan rahsia parti, namun dari pertuduhan di atas jelas TIADA RAHSIA yang didedahkan oleh Khalid Samad.

Malahan, Khalid Samad sendiri di dalam kenyataannya berkata:
  • b) Saya minta diberitahu apakah ‘rahsia mesyuarat BPPNS’ yang telah saya dedahkan tetapi saya tidak mendapat jawapan hingga ke hari ini. Sekiranya ianya berhubung tarikh, waktu dan tempat mesyuarat tersebut diadakan, ianya telah lama diketahui umum kerana wartawan telah hadir untuk Dewan Harian mengadakan PC sebaik sahaja mesyuarat tersebut selesai.”
Ini jelas satu kezaliman kepada Khalid Samad serta perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana manusia yang mengucap dua kalimah syahadah. Lebih-lebih kalau manusia itu mengaku memperjuangkan Islam.

Bagaimana Allah SWT hendak menurunkan pertolonganNya kepada PAS sekiranya PAS sendiri melakukan kezaliman terhadap ahli dan penyokong mereka sendiri?

RAHSIA INILAH YANG MENJADI PUNCA KHALID DISABITKAN KESALAHAN

Alasan mendedahkan rahsia mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor adalah alasan yang tidak berasas. Ia sebenarnya alasan bagi menyorok motif yang lebih utama: menghukum Khalid Samad kerana mendedahkan kepada umum bahawa Puncak Niaga telah menaja Muktamar PAS Shah Alam. Benar sekali kata Pak Bakaq@Penarik Beca


Kalau tiada penajaan dari Puncak Niaga masakan PAS Selangor mampu menempah bilik2 yang begitu mahal untuk beberapa pimpinan yang dilketahui PRO UMNO.
Mengapa tiada bilik untuk:
a. SU Agung - Dato Kamaruddin Jaafar
b. Ketua Penerangan – Saudara Mahfudz Omar
c. Naib-Naib Presiden-
d. Bendahari PAS Pusat

Apa urusan Roslan SMS, Suwardi Yaakob dan Dr Samsuri untuk mendapat bilik di Concorde Hotel. Apa bisnis Mustafa Ali dapat satu bilik sedangkan beliau Cuma Pengarah JPPP sahaja?

(Suwardi Yaakob yang telah menipu MAIS pun ada dalam senarai jugak ke?)

Bukankah lebih baik wang itu dibelanjakan untuk mengurangkan beban para perwakilan yang telah mengeluarkan wang sendiri untuk datang ke Muktamar di Shah Alam itu?

Untuk melihat kualiti bilik yang ditempah di Concorde Hotel, sila klik di sini .

Salah satu dari 8 pertuduhan Dewan Harian Selangor kepada Khalid adalah pendedahan Khalid sewaktu Muktamar PAS di atas tajaan Puncak Niaga ini. Dikatakan pertuduhan itu tidak “lekat”. Tapi sebenarnya ia lekat, cuma disorok dalam bentuk lain.

Hakikat JK Disiplin tidak mampu memberitahu apa rahsia yang didedahkan Khalid membuktikan bahawa inilah rahsia utama yang menyebabkan Khalid dihukum.

Kita semua telah membaca tulisan Khalid Samad selepas isu SELCAT dan tiada apa-apa rahsia yang Khalid dedahkan dalam blog beliau. Hanya sekadar pendapat pribadi beliau sahaja.

Namun kenyataan Tuan Ibrahim MENEKAN sungguh kononnya Khalid Samad telah MENDEDAHKAN RAHSIA PARTI. Apa nak jadi dengan Dato Tuan Ibrahim? Siapa yang Dato Tuan Ibrahim hendak berbohong dengan? Ahli2 PAS bukan bodoh dan bukan dunggu.

Ahli2 PAS dilatih menentang kezaliman dan menolak kemungkaran. Apa yang Dato Tuan Ibrahim buat ini adalah satu kemungkaran dan satu kezaliman.

Selepas berperangai begini, saya nasihatkan Tuan Ibrahim pergilah menyertai UMNO. UMNO adalah tempat untuk orang-orang yang kerap melakukan kezaliman dan kemungkaran. PAS adalah tempat untuk orang-orang yang menentang kemungkaran dan kezaliman.
Bersedialah Dato Tuan Ibrahim menerima pembalasan Allah SWT.

Tulang Besi

Sunday, January 31, 2010

Kenyataan Khalid Samad Berkaitan keputusan JK Disiplin

NOTA EDITOR: Berikut adalah kenyataan Khalid Samad berkaitan dengan keputusan JK Disiplinj baru-baru ini. Saya cuma ingin meminta Khalid Samad bersabar dan ketahui bahawa beratus ribu penyokong berdoa dan mahukan keadilan. Ingatlah bahawa Allah SWT mendengar doa orang yang dizalimi. Allah itu Maha Adil dan Maha Mendengar.

Selamat membaca.

Keputusan JK Displin
Saturday, January 30, 2010

Jawatan Kuasa Disiplin PAS telah mengambil keputusan untuk mengantung jawatan-jawatan dalam parti yang sedang saya sandang selama 6 bulan. Jawatan berkenaan adalah sebagai YDP kawasan Shah Alam dan sebagai ahli Lujnah Politik PAS Pusat. Sebenarnya, saya sememangnya tidak pernah mementingkan jawatan. Ada atau tidak, sama sahaja bagi saya. Yang penting, perjuangan perlu diteruskan. Kalau bukan sebagai seorang 'Jeneral', maka sebagai seorang askar biasa. Kalau Khalid Al-Walid suatu ketika dahulu pun sanggup, mengapa tidak Khalid Samad?

Ada juga yang bertanya tidakkah saya merasa kecewa? Mengapa pula saya perlu merasa kecewa? Keputusan sudah dibuat dan insyaAllah saya terima dengan hati terbuka. Ramai yang tidak sedar, tetapi pada hakikatnya matlamat minima saya telah pun tercapai. Tindakan Dato PJ selama ini yang saya tentang secara terbuka telah diisytihar SALAH dan beliau telah diberi amaran keras serta seterusnya dilarang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menjejas PR Selangor. Beliau tidak boleh lagi memberikan gambaran bahawa tindakan beliau direstui oleh pemimpin tertinggi. Ahli BPPNS harap ambil perhatian tentang perkara ini.

Ya betul, jawatan saya digantung tetapi itu tidak sepenting mendapat kata dua berhubung sikap dan tindakan Dato PJ selama ini. Jawatan digantung 6 bulan. Dasar perkukuhkan PR akan dipertahankan selagi mana PAS bersama PR.

Harap semua faham, saya dikenakan tindakan kerana cara saya menegur Dato PJ dianggap memudaratkan PAS. Mungkin betul, mungkin tidak. Namun saya telah lama berusaha sebelum itu, secara dalaman, secara surat kepada pihak atasan tetapi semuanya tidak berhasil. Budaya wala' terlalu menebal. Menghampiri ketaatan membuta tuli. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali berhadapan perbalahan secara terbuka. Memang mengikut budaya Malaysia, apabila melawan 'tauke' kuli yang akan kena. Ikut macam mana pun pasti akan kena. Tetapi kali ini 'tauke' pun kena juga. Walaupun hanya sedikit tetapi pada saya sudah mencukupi. Kalau terus dengan cara lamanya, saya tidak akan menyanggahnya lagi. Saya sendiri yang akan buat Laporan kepada JK Disiplin. Seperti yang dibuatnya terhadap saya dalam kes ini. Itu caranya dan kita lihat pula sejauhmana kesungguhan amaran yang diberi.

Apabila menentukan sesuatu tindakan, saya telah diajar melakukan 'risk analisis' terlebih dahulu. Risikonya diketahui dan saya mengambil risiko tersebut kerana ada peluang yang baik untuk mencapai hasil. Seperti yang dijangka saya diadu kepada JK disiplin. Saya tidak mengadunya kepada JK Disiplin, pihak lain yang berbuat demikian. Risiko diambil dengan penuh sedar. Kesan datang melanda kita terima kerana memang telah dijangka. Namun hasilnya turut diraih.

PAS sememangnya mementingkan disiplin ahli, ketaatan kepada pemimpin, thiqah dan wala'. Saya tahu semua itu, tetapi semua telah saya usahakan. Bukan semakin baik, semakin parah. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali melakukan apa yang pasti sukar diterima parti. Walaupun berasas tetapi akan dilihat melanggar disiplin. Ketua pemanah meninggalkan Bukit Uhud. Yang membantah dan menghalang dianggap melanggar disiplin jemaah kerana membantah dengan cara yang kasar.

Ada pula yang bertanya, adakah saya akan merayu? Saya masih belum lagi memutuskannya. Mungkin tidak. Seperti Saidatina Aisyah dalam kisah fitnah terhadapnya. Memadai dengan saya meyakini bahawa saya bertindak demi PAS dan PR. Lagipun, seperti yang telah saya nyatakan, jawatan itu tidak penting. Hendak merayu buat apa? PRU 13 semakin hampir. Bersama kita terus asak UMNO sehingga mereka tersungkur. Itu prioriti kita yang perlu dilakukan tanpa adanya kenyataan-kenyataan yang akhirnya akan menyulitkan diri kita sendiri.

Wallahu 'Alam
KHALID SAMAD

Saturday, January 30, 2010

Inilah Dia Rahsia Parti Yang Didedahkan oleh Khalid Samad

Mengikut Bakaq@Penarik Beca, rahsia parti yang didedahkan oleh Khalid Samad sehingga Khalid Samad digantung 6 bulan,boleh di baca di sini.

Bandingkan dengan rahsia parti yang didedahkan oleh Hasan Ali di sini.

Mana lagi teruk?

Juga, kalau benar dakwaan Bakaq@Penarik Beca, maka patutlah mereka dapat sewa bilik2 hotel yang mahal2 di Concorde Hotel di bilik2 yang paling mahal seperti yang didedahkan di bawah:
NOTA:
Maklumat saya dapat, ada yang tersenarai di atas tidak tinggal di bilik di atas. Antaranya Tok Guru Nik Aziz.

Saya tidak tahu pimpinan2 di atas ini tahu atau tidak dari mana datang wang untuk menempah bilik-bilik yang mahal2 di Concorde Hotel Shah Alam. Agaknya selepas Khalid Samad mendedahkannya baru mereka tahu.

Perhatikan juga nama seperti Dr Samsuri, Roslan SMS dan Suwardi Yaakob yang bukan pimpinan PAS dalam senarai di atas. Mengapa tidak digunakan wang di atas untuk para perwakilan untuk mengurangkan beban kos perjalanan mereka.

Mustahil PAS Selangor dapat menempah bilik yang begitu mahal di atas kalau tiada sponsorship dari korporat besar seperti Puncak Niaga.

Patutlah mereka mampu sewa bilik yang mahal2 di Concorde Hotel.

Dan disebab inilah Khalid Samad digantung jawatan selama enam bulan. Kerana mendedahkan konspirasi Hasan Ali-PAS Selangor-Puncak Niaga.Ish ish ish.

Tak sangka Tuan Ibrahim pun terlibat dalam konspirasi ini. Dan saya percaya pada Bakar@Haq sebab setakat ini maklumat dia tepat. Beliau yang pertama mendedahkan pertemuan dalam gelap dengan UMNO waktu tiada angin dan tiada ribut.

MASANYA UNTUK EGM DEMI MENYELAMATKAN PERJUANGAN ISLAM DAN PAS

Tulang Besi

p/s - artikel Malaysiakini seperti dibawah:

  • Kroni Umno taja muktamar PAS?

    Jimadie Shah Othman
    Jun 10, 09
    1:45pm


    kemaskini 6.25pm Selepas tamatnya muktamar agung PAS hujung minggu lalu, kini timbul persoalan di kalangan pemimpin dan penyokong parti itu tentang pihak yang menaja persidangan itu.

    Satu sumber memberitahu, 12 pemimpin tertinggi parti itu ditaja penginapan mereka oleh individu yang tidak dikenali, diragui mempunyai kaitan dengan Umno.

    Manakala satu sumber yang lain memberitahu Malaysiakini, hanya sembilan bilik pemimpin atasan parti ditaja oleh pihak luar.

    Sumber-sumber berkata, pembayaran untuk sewaan bilik di sebuah hotel lima bintang di Shah Alam bagi tempoh tiga hari sejak hari pertama muktamar 5 Jun lalu dibuat atas nama seorang bekas peguam dari Perlis.

    Selain dakwaan pembabitan orang Umno dalam penginapan hotel, Ahad lalu, seorang perwakilan mempersoalkan tindakan PAS menerima tajaan sebuah syarikat besar untuk menjayakan muktamar tersebut.

    Khalid Samad, juga yang dipertua PAS Shah Alam, melontarkan tuduhannya ketika membahaskan usul menggesa penubuhan suruhanjaya diraja siasatan kes rampasan kuasa BN di Perak awal tahun ini.

    Beliau, juga ahli parlimen Shah Alam, mempertikaikan syarikat konsesi air Puncak Niaga – yang bertegang urat dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dalam isu air – yang meletakkan iklannya di bahan muktamar.

    "Apalah sepanduk Puncak Niaga berbanding mashaf al-Quran di hujung lembing? Apalah iklan Puncak Niaga di hadapan majalah yang diedarkan berbanding degan mashaf al-Quran di hujung lembing?" katanya.

    "Kita kenal lawan kita. Mereka sanggup membelanjai (membiayai) segala perbelanjaan kita (bermuktamar) pada hari ini dan hari-hari sebelum ini, membayar hotel-hotel kita kalau perlu."

    Beliau menyindir usaha pengendalian muktamar oleh PAS Selangor dengan mengambil iktibar sejarah perang Siffin antara puak Muawiyah Abu Sufian dengan angkatan Ali Abu Talib dalam perebutan kuasa khalifah.

    Muawiyah, seorang ahli politik yang licik, mencadangkan majlis tahkim atau perundingan di tengah-tengah perang di luar Madinah dengan mengangkat kitab suci di hujung lembing sebagai lambang gencatan senjata yang akhirnya memecah-belahkan kumpulan tentera Ali.

    Pada hari terakhir muktamar PAS Ahad lalu, satu risalah berukuran tabloid yang melaporkan perjalanan sepanjang persidangan tiga hari parti itu diedarkan kepada lebih kurang 1,000 perwakilan dari seluruh negara dan petugas media.

    Dalam bahan edaran itu, disiarkan iklan besar Puncak Niaga di bahagian bawah muka depannya.

    Sementara di luar tempat persidangan sekitar Stadium Malawati di Shah Alam, tempat muktamar itu berlangsung, syarikat konsesi itu turut menggantungkan kain rentangnya.

    Puncak Niaga juga membuka pondok pameran mereka di kawasan gerai-gerai jualan bersempena muktamar itu.

    Sumber-sumber bagaimanapun tidak jelas berhubung nilai tajaan yang diterima PAS bagi menganjurkan muktamar itu, termasuk bayaran iklan Puncak Niaga.

    Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan tuan rumah muktamar, PAS Selangor tidak berhasil setakat ini.

    Difahamkan pesuruhjaya negeri itu Datuk Dr Hassan Ali sedang menghadiri sebuah program sewaktu dihubungi sebentar tadi.

    Ketua Penerangan PAS Selangor yang juga setiausaha presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir enggan mengulas isu ini sewaktu dihubungi petang ini.

Tuesday, January 26, 2010

Waktu Wacana Kalimah Allah di Rumah DSAI, Zulkifli Nordin Senyap Sunyi

NOTA EDITOR : Heran si barua UMNO bernama Zulkifli Noordin. Waktu wacana di rumah Anwar Ibrahim atas isu Kalimah Allah, dia hadzir dan Khalid Samad juga hadzir. Namun, Zul senyap sunyi tak berani menyanggah Khalid mahupun sesiapa sahaja yang hadzir. Senyap macam tikus mamat tu. Tiba-tiba, kat luar bila di belakang Khalid Samad, nak tunjuk dia hebat, dia gagah, dia tampan, dia kacak. Pergi buat repot polis atas Enakmen yang tidak berasaskan kepada Al Quran dan Sunnah. Kao adalah HIPOKRIT wahai Zulkifli Noordin. Silakan masuk UMNO bersama Dato Harun Din.

Di bawah ini saya bawakan tulisan dari Ali@BaganUtama. Selamat Membaca :

Tulang Besi

Ust. Abdul Ghani Samsudin "menasihati" Ust Harun Din

oleh : ali

Salam Jalan Raja Laut. Pada hari Selasa 19 Jan 2010 yang lalu telah berlangsung "roundtable talk" di rumah Anwar Ibrahim mengenai isu kalimah ALLAH oleh bukan muslim. Den maleh nak cito yang lain-lain. Anda boleh rujuk [link ini], [link ini] dan [link ini] untuk berita lanjut. Apo yang den nak paparkan ialah bilo time Ust. Abdul Ghani Samsudin berpeluang bercakap, beliau dengan sinis menyindir Ust. Harun Din dengan berkata, "..kita harap Dr. Harun Din tidak dimanfaatkan oleh golongan tertentu," sambil disambut dengan gelak ketawa dan riang ria oleh para hadirin yang hadir. Den tak tahu la YB Zulkifli Nordin ketawa atau tidak. Zulkifli Nordin sepanjang sesi di rumah Anwar tersebut hanya senyap menikus. Walhal dalam blog dialah hero. Dialah segala-galanya. Poyo bai. Untuk makluman, Ust. Harun Din dijemput tetapi memilih untuk tidak hadir. Pokok dek ekaulah. Dr. Harun Din dan Zulkifli Nordin den nasihatkan masuk UMNO atau bikin parti politik baru. Kehadiran mereka berdua banyak menganggu gugat Pakatan Rakyat dari dalam.
Suasana pada malam tersebut. Pertama dari kiri anda ialah Ust. Abdul Ghani Samsudin. Di sebelahnya pula Tuan Ibrahim Tuan Man. Gambar ehsan Wanjo.

Cayala Tuan Ibrahim

Lagi satu den nak highlight, den respek dengan ucapan Tuan Ibrahim Tuan Man di rumah Anwar Ibrahim pada malam tu. Cantik hujah dia.

“Hikmah Allah membenarkan (nama-Nya disebut oleh orang bukan Islam) sebenarnya nak kelirukan orang bukan Islam supaya dekat dengan agama Islam.Zaman Nabi lagi, orang bukan Islam sembut nama Allah dan Nabi tak sekat mereka dari menggunakan nama Allah.(Nabi bertanya kepada Ahli Kitab Nasrani), betulkah Allah itu ada anak? Siapa pula Rohulkuddus? Akhirnya mereka ini menyembah Allah yang Maha Esa disebabkan mereka keliru (dengan agama mereka) tapi nak sebut nama Allah,” ujar Tuan Ibrahim Tuan Man.

Khalid Samad vs Zulkifli Nordin

Semua orang tahu Zulkifli Nordin telah menghina Khalid Samad pada 4 Jan 2010 dengan melabel beliau sebagai politikus hingusan. [klik link] Tetapi bila di rumah Anwar, Zulkifli Nordin senyap menikus. Apepasal kau tak tunjuk hero kau depan orang ramai pada malam itu. Khalid Samad punya syok berhujah, para hadirin menjangkakan "hero Melayu" Zulkifli Nordin akan bangun membidas hujah Khlid Samad. Jangkaan meleset bai. Zulkifli Nordin memilih untuk senyap. Eh bai tunjuk la jantan kau sikit. Hilang respek den dengan Zulkifli Nordin ni. Kau ni rupanya sama taraf dengan den. Tunjuk hero dalam blog. Den blogger cikai, kau pun nak ikut samo cikai. Memang mangkuklah sapo yang bawak dia naik jadi Yb pada Mac 2008 hari tu.

Conversation satu hala boleh la bai

Rupanya Yb mangkuk ni cuma tunjuk hero dalam blog dan ceramah je. Satu hala. Cuba buat dua hala macam dalam forum, memang out la bai. Malam tu pun tak terlawan dengan hujah Khalid Samad. Senyap sunyi bai. Lain kali jangan cakap besar. Biasanya hujah Zulkifli Nordin didalam blognya penuh dengan sentimen dan emosi. Berfakta la sikit. Lihat Khalid Samad, penuh fakta dan hujah. [klik link] Zulkifli Nordin dalam isu kalimah ALLAH bukan sahaja melawan Khalid Samad malah keputusan Partinya sendiri.

Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Peguam den

Hari ini dalam blognya, Zulkifli Nordin mengatakan Khalid Samad menghina Islam kerana menghina Enakmen Negeri Selangor. [klik link]Eh bai, Enakmen yang dimaksudkan oleh Khalid Samad tidak bertunjangkan Al-Quran dan Sunnah. Mana-mana Enakmen atau undang-undang Negeri yang tidak mengikut Al-Quran dan Sunnah adalah menghina Islam. Sepatutnya kita patut julang Khalid Samad sebagai HERO kerana menjulang martabat Islam. Ini terbalik bai. Lupo lak den, peguam kan pandai spin fakta. Takpo bai, den hantar peguam den jawab balik hujah kau. Maleh den nak pakai hujah-hujah Al-Qaradhawi dan Wahbah Zuhaili. Wasting my time lah. Zulkifli Nordin !!! Kau baco hujah peguam den ni. Jangan tak klik bai.

Monday, January 04, 2010

RM 2.3 Billion Hasil Judi di MALAYSIA. Mari kita Berdemonstrasi

NOTA EDITOR: Artikel ini ehsan dari blog "Seruan Najib Tun Razak". Saya ingin berterima kasih atas artikel saudara yang begitu padat dengan fakta dan hujjah. Selepas artikel ini, saya nak tengok SEEMMUUUAAA NGO Melayu keluar ke jalan-jalan raya memprotes kegiatan JUDI yang semakin marak dan besar ini. Atau NGO2 Melayu ni pun rasa judi tak haram? Saya tertunggu2 Parti Islam Semelaysia bercakap pasal isu ni. Inilah masa yang paling sesuai.

RM 2.3 Billion Hasil Judi di MALAYSIA
Selasa, 08 Desember 2009

Saya buat pertama kali dikejutkan dengan pendedahan yang amat DAHSYAT. RM 2,370 juta bukanlah angka yang kecil. Tetapi inilah hasil negara yang diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ada beberapa fakta hebat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa di parlimen pada hari rabu 18 November 2009.

Pertama: Penyertaan begitu ramai Ahli Parlimen Bukan Muslim yang mendesak supaya judi dihapuskan.

Kedua: Tiada seorangpun Ahli Parlimen BN yang menyokong supaya judi dihapuskan.

Ketiga: Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam Akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!!

Keempat: Ini adalah pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan. Sudah tentulah keuntungan industri judi ini puluhan kali ganda lagi. Akaun boleh sahaja dimanipulasi. Perolehan Syarikat judi tentulah berkali ganda berbanding cukai yang dibayar

Kelima: Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan.

Keenam: Special Draw dimulakan untuk membantu mangsa JE di Bukit Pelanduk ia bermula 1998. Sekarang sudah ada 6 syarikat yang menganjurkan Special Draw. Setiap Syarikat 12 Kali. Ia menjadikan Special Draw dianjurkan 72 kali Setahun!!

Ketujuh: Pertaruhan biasa adalah sebanyak 3 hari seminggu iaitu Hari Rabu, Sabtu dan Ahad.

Lihatlah Faktanya

Syarikat Perjudian Kutipan Tahun 2008 (RM)

Genting Malaysia Berhad 949,802,170

Sport Toto 509,739,584

Magnum Corporation 396,477,793

Pan Malaysia Pools 270,764,197

Pan Malaysia Racing 138,576,130

Daily One Corporation 18,082,749

Sandakan Turf Club 18,182,034

Sarawak Turf and Equestrian Club 29,776,000

JUMLAH 2.37 BILION

OOOHHH Malaysia Tanahairku... Lu PIKIRLA SENDIRI Rujuk Handsard mukasurat 113-119
sumber : satuumat.blogspot.com

catatan : Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam Akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!!

ckckck luar biasa, jadi ini toh selama ini yang menjadi penyebab malaysia menjadi negara kaya di asia? negara yang paling tinggi, megah dan serba wah? "sungguh hebat, ternyata malaysia yang islamnya sangat kuat, dan selalu bangga akan diri nya yang religius, dan selalu menjelek - jelekan indonesia miskin dan buruk? "di sana disebutkan juga hasil JUDI di sembunyikan dari pada pengetahuan rakyat Malaysia setelah itu hasil Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan. apa tidak salah? uang haram di bagikan untuk masyarakat yang mayoritas orang malaysia rata - rata muslim?

"Hei orang - orang malaysia, lihat itu negara anda. apa lebih baik dari indonesia? ini akibat kecongkakan negara malaysia. di luarnya saja terlihat bagus, tapi dialamnya ternyata bobrok ( borok )

makan tuh ringgit haram!!!

Sunday, January 03, 2010

Nasaruddin: Senyap Bila Isu Judi. Bising Dalam Isu Nama Allah?

Saya dah kata, Agenda "Kerajaang Perpaduang" masih segar bugar. Lebih-lebih lagi apabila "famili" Tok Guru telah berjaya mengawal Tok Guru seperti yang dirancang oleh UMNO. Sebelum PAS mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi, Nasaruddin pun menyatakan pendirian sama seperti pendirian yang dikeluarkan oleh UMNO. Bukankah ini asas kepada konsep "Kerajaang Perpaduang"? Yakni, isu yang UMNO naikkan, PAS akan sambut dan sebaliknya.

Nasaruddin dilaporkan oleh UTUSAN MELOYA berkata :
  • Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, kebenaran penggunaan kalimah Allah yang diberikan kepada mereka yang bukan Islam bukanlah isu politik sebaliknya satu pencerobohan terhadap agama rasmi negara ini.
  • “Keputusan mahkamah itu bukan sahaja melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan malah melanggar akidah umat Islam dan ini tindakan yang tidak dapat diterima.
  • “Dalam hal ini, seluruh umat Islam perlu bersatu membantah kebenaran yang diberikan selain menyokong rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu,“ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Walaupun nampak seperti betul, tapi kita harus melihat isu ini dari aspek lain juga. Mengapa UMNO yang ada track record lebih 50 tahun menentang Islam, tiba-tiba berminat sangat dalam isu ini? Apakah PAS sepatutnya menyokong UMNO dalam hal ini?

Jelasnya, ini adalah sebahagian dari agenda "Kerajaang Perpaduang" yang selama ini dijaja oleh pemimpin Pro UMNO dalam PAS.
  • JANGAN LUPA UMNO PERNAH ANCAM DARURAT KALAU HUDUD DILAKSANAKAN DI KELANTAN DAN TERENGGANU. Penentang syariat Islam inilah yang disokong agenda mereka oleh Nasaruddin Mat Isa.
NASARUDDIN SENYAP DALAM ISU JUDI. APASAL?

Heran ke tidak? Masa Najib lulus 10 lesen judi kenapa Nasa tak bising? Bukankah lesen judi ini JELAS HARAM DALAM ISLAM? Bukankah itu satu tindakan yang jelas MENGHALALKAN APA YANG DIHARAMKAN DALAM ISLAM?

Bukankah menghalalkan benda yang haram itu menyebabkan seseorang itu jadi kafir?
Soalnya mengapa Ustaz NAsaruddin sebagai Timbalan Presiden PAS tidak memaksimakan isu ini?

Bukankah UMNO telah menghalalkan judi semenjak penubuhan UMNO itu sendiri (i.e. Loteri UMNO 1951).

Jadi, saya tak terkejut Nasa tak naikkan isu judi dan terhegeh-hegeh dalam isu "Nama Allah" ini.

Nasa dah tak tau beza antara mana yang haram dengan mana yang tak jelas haram walaupun dia belajar di Jordan.

ISU NAMA ALLAH MASIH BELUM MUKTAMAD

Apakah Nasa lupa, seluruh mahkamah dalam Malaysia adalah terletak di tangan UMNO. Kalau UMNO mahu, mereka boleh campur tangan dan mendapatkan keputusan Mahkamah Tinggi yang sesuai dengan kehendak kita.

Namun, Nasaruddin telah menelan bulat-bulat agenda UMNO dan menjadi pengempen percuma kepada UMNO dalam isu ini.

Mengapa Nasaruddin tak boleh tunggu dan lihat sebelum menawarkan diri untuk menjadi alat UMNO dalam isu ini.

Lagipun, isu ini belum muktamad kerana isu ini masih akan berlegar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Ini akan memakan bertahun-tahun selepas ini.

Mengapa Nasaruddin sebuk pasal isu yang tidak jelas haram seperti ini? Bolehkan Nasaruddin tunjuk satu fatwa dari Al Azhar yang mengharamkan orang bukan islam menggunakan perkataan "Allah"?

Isu judi itu JELAS HARAM dan NASA SENYAP SERIBU BAHASA.

ISU INI MENGUNTUNGKAN UMNO BUKAN PAS

Nasarudding suka menaikkan isu-isu yang menguntngkan UMNO bukan PAS. Isu ini, kalau diambil dan diperjuangkan PAS, hanya akan menguntungkan UMNO. Sokongan pada PAS tidak akan bertambah dalam isu ini.

Cara terbaik adalah menyedarkan orang MElayu bahawa UMNO mahu menggunakan isu ini sahaja untuk menaikkan imej mereka. Mereka mahu menyamar kononnya mereka adalah pejuang ISlam.

Padahal UMNO ini juga yang telah :
  1. Menghalakan perkara2 yang haram.
  2. Mengugut kerajaan Kelantan dan Terengganu dengan tindakan MAGERAN dan DARURAT sekiranya hudud dilaksanakan di sana.
  3. Menghalang setiap usaha untuk melaksanakan hukum syariat Islam di Malaysia
UMNO sendiri penentang Islam nombor satu. Logiklah mereka ini akan memperjuangkan ISlam?

ISU JUDI TIDAK SELARAS DENGAN AGENDA KERAJAANG PERPADUANG?

Nasaruddin heboh isu ini, isu Nga dan beberapa isu sebelum ini yang mana isu2 ini isu yang diambil oleh UMNO. Ertinya, Nasaruddin hanya mahu mengambil isu-isu yang selari dengan kehendak UMNO.

Apabila isu itu merugikan UMNO (seperti isu pemberian lesen judi oleh Najib), Nasaruddin sepertinya senyap sunyi.

Bagi saya ini bererti agenda Kerajaang Perpaduang masih hidup dan segar bugar.

Kita akan melihat lagi banyak isu2 "bersama" yang akan diperjuangkan oleh Nasaruddin dengan UMNO.

Kalau Nasaruddin bijak, beliau akan mempersoalkan bagaimana UMNO gagal mempengaruhi keputusan Mahkamah Tinggi sedangkan semua orang tahu mahkamah di Malaysia di bawah pengaruh UMNO.

Wallahualam

Tulang Besi
Islam perlu bersatu
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my


Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ir. Shaik Hussein Mydin (depan, lima dari kiri) bersama sebahagian dari Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Negeri dan pemimpin UMNO bahagian mengangkat tangan sebagai tanda membantah penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly di hadapan Masjid At-Takwa di Mak Mandin, Seberang Perai, semalam.

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Umat Islam di negara ini diseru bersatu tanpa mengira fahaman politik bagi mempertahankan penggunaan kalimah Allah sebagai hak mutlak agama Islam.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, kebenaran penggunaan kalimah Allah yang diberikan kepada mereka yang bukan Islam bukanlah isu politik sebaliknya satu pencerobohan terhadap agama rasmi negara ini.

“Keputusan mahkamah itu bukan sahaja melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan malah melanggar akidah umat Islam dan ini tindakan yang tidak dapat diterima.

“Dalam hal ini, seluruh umat Islam perlu bersatu membantah kebenaran yang diberikan selain menyokong rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu,“ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Mahkamah Tinggi di sini membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik, Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Beliau memberitahu, akidah bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah kerana ia adalah perkara wajib dalam Islam.

Katanya, meskipun tiada tindakan yang akan dilakukan oleh pihaknya, namun sebagai pemimpin Islam beliau akan sentiasa menyokong bantahan dan rayuan yang dilakukan.

“Saya menyeru lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan umat Islam supaya bangkit menyuarakan hak agama Islam yang sedang diceroboh.

“Pada masa sama saya dan seluruh umat Islam yang lain akan terus bersatu menyokong rayuan yang akan dilakukan kerajaan,” ujarnya.

Thursday, December 24, 2009

UMNO Ditubuhkan Bukan Untuk Membangun Ekonomi Orang Melayu

Saya ada membaca sebuah artikel yang kemungkinan ditulis untuk sebuah jurnal yang membincangkan hal ehwal ekonomi orang Melayu di Malaysia. Saya rasa artikel ini amat jitu dan tepat di dalam menerangkan kenapa orang Melayu masih jauh ketinggalan dalam ekonomi Malaysia walaupun DEB telah berjalan lebih 30 tahun.

Saya nukil :
  • After independence in 1957, while the Malaysian Constitution did stress that the socio-economic development of the Malay was to be promoted, active government intervention in the economy to help the Malay was not implemented immediately.
  • The ruling Alliance government continued the laissez-faire economic policy of the colonial government. The laissez-faire approach nevertheless resulted in rapid economic growth. Real GDP growth rate was 4.1% in 1956-1960 period, 5.0% in the 1961-1965 period and 5.4% in the 1966-70 (Bank Negara 1994, p.4). However, despite the rapid growth, the trickle down process did not appear to work as expected.
  • Towards the end of 1960s, about half the population was living under poverty as indicated in the incidence of poverty (see Table III.1).
Ini bererti selama 12 tahun selepas Merdeka, UMNO telah tidak membuat apa-apa usaha untuk membangunkan ekonomi orang Melayu. Tiada usaha serius membantu orang Melayu dengan meningkatkan taraf pendidikan mereka, taraf ekonomi mereka, taraf kebolehan mereka, latihan kepada orang Melayu dan sebagainya.

Selepas merdeka UMNO telah meneruskan dasar ekonomi peninggalan penjajah, yakni “laissez-faire” yang secara otomatik telah meminggirkan orang Melayu itu sendiri. Itu adalah sebab utama orang Melayu hidup miskin dan melarat sebelum 1969. Bukan sebab orang Cina.

Dalam keadaan ekonomi Persekutuan Tanah Melayu sentiasa berkembang dan tidak mengalami apa-apa kemelesetan sepanjang 12 tahun pemerintahan Perikatan/UMNO pada masa itu.

UMNO kekal sebagai parti “feudal” selepas Merdeka. Jadi, mereka tak nampak keperluan untuk membangunkan orang Melayu. Lebih-lebih lagi

Melayu Jadi Miskin dan Melarat Sebelum 1969 Bukan Sebab Orang Cina tapi Sebab Kelemahan UMNO yang Ketara

Orang Cina sebelum 1969 ada yang kaya dan ramai yang miskin dan melarat. Sampai ke tahap ada di antara mereka yang menyerahkan anak-anak mereka untuk menjadi anak angkat kepada orang Melayu. Kita dah lupa ke? Dalam keluarga saya sendiri ada anak-anak angkat dari keluarga Cina yang diserahkan kepada keluarga saya untuk dibela.

Malahan, rupa-rupanya kejayaan orang Cina dalam ekonomi Malaysia pada masa itu bukan kerana orang Cina ada konspirasi untuk menindas serta menjatuhkan orang Melayu. Orang Cina lebih maju dalam ekonomi kerana mereka rata-rata terlibat dalam sektor ekonomi yang moden dan berproduktiviti tinggi :
  • “The professional, technical, sales and managerial jobs were predominantly held by the Chinese, while about three-quarter of the Malays were agricultural workers mostly involved in small, subsistence farming and fishing activities (Klitgaard and Katz, 1983: p. 335). Thus, not only were the Malays found to be poor, but also they were primarily associated with agriculture, a low productivity sector. On the other hand, the non-Malays were associated with mining, manufacturing and construction, a high productivity sector.”
Jelas sepanjang 12 tahun pemerintahan UMNO itu, tiada usaha yang serius dari UMNO untuk membangunkan orang Melayu. Orang Melayu menunggu janji-janji UMNO seperti menunggu buah tak jatuh.

Macamana nak berharap pada UMNO sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO pada masa itu berlagak lebih British dari British. Mereka tak perlu fikirkan pasal orang Melayu kerana mentality feudal mengajar mereka bahawa majoriti orang Melayu sepatutnya tunduk kepada tuan-tuan feudal mereka, yakni pemimpin-pemimpin UMNO.

Maka, apabila kemarahan orang Melayu memuncak, majoriti Melayu telah menolak UMNO dalam pilihanraya 1969. UMNO hilang 2/3 kerusi Parlimen dan hilang beberapa negeri. Dato’ Harun Idris sendiri berada dalam keadaan kritikal

Peristiwa 13 Mei 1969 dicipta bagi menyelamatkan kerajaan UMNO. Majlis Gerakan Negara ditubuhkan dan Timbalan Perdana Menteri, Tun Razak, menjadi ketua MAGERAN. Tunku Abdul Rahman telah dipinggirkan dan tak lama dari itu Tunku letak jawatan.

Kesan Kekalahan 1969 Kepada UMNO

Kesan utama kekalahan mereka 1969 adalah UMNO mula menyedari orang Melayu boleh berfikir dan sudah mula keluar dari kepompong feudal. Maka, mereka terpaksa mengambil langkah drastik untuk mengekalkan pemerintahan mereka dan mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap mereka.

Maka, langkah utama yang mereka ambil untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap mereka adalah menubuhkan kerajaan bersama dengan PAS. PAS adalah alat utama UMNO di dalam mengembalikan keyakinan orang Melayu kepada UMNO.

Dan, kemasukan PAS juga adalah berdasarkan janji-janji Tun Razak untuk melaksanakan program-program yang membantu menaikkan taraf socio-ekonomi orang Melayu. Maka, masuklah PAS dalam kelambu UMNO.

Cumanya, lepas 3 tahun, apabila UMNO sudah 100% yakin tahap sokongan terhadap mereka telah kembali, maka diciptalah situasi yang telah menyebabkan PAS ditendang.

Membangun Ekonomi Orang Melayu Bukan Agenda UMNO

Ertinya, UMNO tidak pernah menjadikan agenda membangun orang Melayu sebagai agenda utama mereka. Tindakan mereka memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru adalah atas dasar mahu mengekalkan kuasa mereka semata-mata dan bukannya niat mereka hendak membantu ekonomi orang Melayu sangat.

Tujuan UMNO adalah semata-mata untuk menjaga kepentingan ekonomi kaum elit orang Melayu (yang lebih dikenali sebagai UMNOPUTRA).

Ini kerana sepanjang 1957 sehingga 1970, keadaan ekonomi majoriti orang Melayu semakin melarat. Namun, kalangan yang kaya dalam kelompok Melayu telah menjadi semakin kaya dan semakin kaya. Sila lihat carta di bawah :
Sehingga ke saat ini, jurang antara yang kaya dan miskin di kalangan orang Melayu SEMAKIN MENINGGI walaupun ada program DEB.

Ini bererti, walaupun UMNO memperkenalkan DEB, ia cuma wayang sahaja. UMNO masih mengekalkan polisi utama mereka, yakni mengkayakan UMNOPUTRA dan elit-elit Melayu.

Tidak dinafikan DEB banyak membantu orang Melayu, tetapi kenapa pada hari ini ramai orang Melayu yang mengeluh? Malahan, ramai yang sanggup meninggalkan tanahair untuk bekerja di luar. Mengapa?

Jawapannya adalah kerana DEB telah ditukar untuk menjadi sebuah program untuk mengkayakan UMNOPUTRA. UMNOPUTRA ini ada berbagai bentuk, tapi bentuk yang biasa kita jumpa adalah kontraktor2 Orang Kuat UMNO (OKU). Dan ada lagi jeghaung2 di atas mereka yang mengaut kekayaan negara atas nama DEB dan membiarkan orang Melayu yang tidak berkemampuan hidup susah dan melarat.

Maka, dari kontraktor2 OKU ini dapatlah kita hasil seperti ini :
dan ini :
Boleh baca di sini.

Mereka yang tak layak terima kontrak dan projek tapi diberikan juga sebab koneksi mereka dengan UMNO. Semua kerana mahu mengkayakan UMNOPUTRA atau ELIT-ELIT MELAYU.

Kegagalan UMNO Yang Sepatutnya Telah Membunuh UMNO

UMNO ni sepatutnya dah mati lama dah. Selepas 1969 sepatutnya UMNO sudah kita kuburkan. Mereka adalah parti nasionalis sekular yang bertujuan untuk menjaga kepentingan tuan-tuan feudal Melayu serta meneruskan polisi serta program ekonomi penjajah British.

Tapi, PAS telah datang menyelamatkan UMNO dan memberi nafas baru kepada UMNO selepas 1969. Sedih saya.

Marilah kita orang Melayu keluar dari kepompong ekonomi UMNO. Selagi orang Melayu duduk bawah UMNO selagi itu orang Melayu akan hidup untuk mengkayakan UMNOPUTRA dan elit-elit Melayu tajaan UMNO.

Nama kata nak bangunkan orang Melayu menjadi bangsa yang berdaya saing, moden, berwawasan jauh hanya boleh dilakukan kiranya orang Melayu menghumban UMNO ke Laut Cina Selatan. Selagi kita duduk bawah UMNO, selagi itu kita hamba UMNOPUTRA.

Saya berharap Dr Mahathir membaca artikel saya ini dan memberi sokongan beliau kepada artikel saya.

Tulang Besi

p/s - Kepada yang berminat untuk membaca artikel jurnal karangan AH Roslan ini, bolehlah muat turun artikel tersebut dengan klik di sini.

p/s - saya tak percaya orang Melayu malas. Pada yang tidak pernah bersawah dan bertani jangan mudah-mudah tuduh orang Melayu malas. Cubalah bersawah dulu baru tahu malas tak malas.

ps saya masih tidak lupa raut wajah N. Gobalakrishnan bila saya bagitau pendapatan per kapita orang India di Malaysia lebih tinggi dari orang Melayu. Oleh sebab itu, beliau kena belanja saya teh tarik.

Tulang Besi

Saturday, December 05, 2009

TGNA Tak Tahu Siapa Beri Nasihat Salah - Sinar Harian

Nota : Ketahuilah bahawa kenyataan Presiden PAS ini adalah sebuah kenyataan yang dibuat selepas perlantikan Penolong Setiausaha PAS Pusat yang baru. Sememangnya sejak setahun dua ini, kerap dicuba menyalahkan penasihat-penasihat Tok Guru. Malang bagi mereka, penasihat-penasihat Tok Guru berjaya mengekalkan pemerintahan PAS di Kelantan selama 20 tahun.

Berapa tahunkah PAS berjaya mengekalkan pemerintahan di Terengganu hasil dari nasihat-nasihat yang diberikan oleh penasihat-penasihat Presiden?

(Bermula) Nik Aziz tidak tahu siapa beri nasihat salah

Sinar Harian (4/12/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui bahawa beliau tidak mengetahui individu yang didakwa memberi nasihat yang salah kepadanya sebagaimana yang dinyatakan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebarang nasihat yang diterima akan dipertimbang dan difikirkan dengan sebaiknya sebelum beliau memutuskan sama ada menerima atau menolak cadangan yang diberikan.

“Saya pun tidak tahu siapa dia penasihat saya yang tidak betul... orang beri nasihat, saya pilih yang betul... saya tidak tahu... tanya dialah( Abdul Hadi) siapa yang betul, siapa yang tidak betul,” katanya selepas hadir di Majlis Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan 2009 di Kota Darul Naim di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi yang mengatakan Nik Aziz menjalankan tugas dengan ikhlas, tetapi individu di sekelilingnya tidak memberi nasihat perundangan dan politik yang betul kepada beliau.

Ditanya adakah beliau menerima semua nasihat yang diberikan penasihatnya, Nik Aziz berkata: “Bila diberi nasihat pada saya, saya bincang dulu... kalau saya berasa puas hati saya terima, tak puas hati saya tolak... Bergantung kepada sayalah... saya tak terima bulat- bulat.”

Dalam pada itu, mengulas mengenai tahap integriti yang ada dalam Kerajaan Negeri, Nik Aziz berkata, beliau masih belum berpuas hati dan perkara itu boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa.

“Mana ada puas hati, kita manusia mana boleh puas hati... kita nak tidur pun tidak puas hati ada nyamuk ada sejuk... puas hati ini tidak berlaku di muka dunia,” katanya.
Tulang Besi

Thursday, November 12, 2009

PAS Mungkin Hilang Kelantan dan Kedah - Dr Shamsul Amri Baharuddin

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Samsul Amri Baharuddin berkata, Abdul Hadi selaku Presiden mempunyai tempoh enam bulan untuk mengembalikan semula sokongan rakyat dan memulihkan imej parti yang dilihat semakin negatif jika ingin mengelak perkara itu daripada berlaku.

Pas mungkin kehilangan Kelantan dan Kedah PRU Ke-13?
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Penguasaan Pas di Kelantan dan Kedah mungkin berakhir pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 jika parti itu gagal meraih kepercayaan rakyat yang kini dilaporkan tidak lagi menyokong kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Samsul Amri Baharuddin berkata, Abdul Hadi selaku Presiden mempunyai tempoh enam bulan untuk mengembalikan semula sokongan rakyat dan memulihkan imej parti yang dilihat semakin negatif jika ingin mengelak perkara itu daripada berlaku.

"Situasi ini adalah sesuatu yang serius dan wajar dibimbangi Abdul Hadi. Rakyat hilang kepercayaan terhadap beliau kerana masalah dalaman yang berpanjangan selain kegagalan Pas berperanan dengan lebih penting dalam pembangkang,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Samsul berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah pada seminar Memperkasakan Pas kelmarin.

Abu Hassan ketika mendedahkan hasil kajiannya terhadap 2,100 responden berkata, 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi berbanding hanya 67 yang menyokong.

Selain itu tambahnya, 519 orang daripada golongan yang berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding hanya 181 orang yang positif.

Mengulas lanjut Samsul Amri memberitahu, elemen yang menyumbang kepada krisis dalaman Pas telah lama wujud kerana keanggotaan ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan.

"Lebih daripada itu, Pas sendiri gagal berfungsi seperti yang diharapkan oleh penyokongnya. Pertelingkahan di Selangor dan Kedah membuktikan parti ini tunduk kepada rakan pakatan mereka. Ini tidak disukai khususnya pengundi Melayu,'' jelasnya.

Pendapat itu disokong seorang lagi penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling bahawa Pas akan kehilangan apa yang dinikmatinya pada PRU Ke-12 lalu jika masalah dalaman, hilang sokongan dan imej negatif tersebut tidak dapat ditangani dengan segera.

Katanya, Pas tidak mempunyai banyak masa kerana UMNO sendiri telah mengambil langkah ke hadapan dan dilihat semakin memperoleh semula sokongan rakyat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Imej yang negatif dan hilang sokongan berpunca daripada banyak sebab. Antaranya percanggahan dalam pakatan pembangkang di mana Pas yang sepatutnya lebih dominan banyak mengalah dan seolah-olah menjadi kuda tunggangan.

"Masalah dalaman walaupun reda sekejap tidak bererti telah selesai. Ramai yang menyedari ia persefahaman yang rapuh antara Abdul Hadi dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,'' ujarnya.

Menurutnya, kini bergantung kepada pucuk pimpinan Pas untuk melakukan perubahan seperti yang diinginkan rakyat jika mereka masih lagi bercita-cita memerintah negara ini.

Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff menjelaskan, hilang sokongan dan imej negatif adalah satu proses biasa dalam mana-mana parti politik.

Katanya, apa yang mustahak ialah setiap parti politik perlu memahami aspirasi ahli dan dalam konteks Pas, Abdul Hadi harus selari dengan apa diingini ahlinya serta rakyat keseluruhan yang sebelum ini menyokongnya.

Mengenai hasrat penyokong parti itu yang ingin Pas berdiri sendiri tanpa perlu bersatu dengan DAP, Mohamad Agus menjelaskan, perkara itu mustahil jika parti tersebut bercita-cita ingin menerajui kerajaan Pusat.

"Pas akan mati jika berdiri sendiri. Persekitaran politik sekarang tidak boleh untuk Pas bersendiri walau sekuat mana pun mereka. Pas perlukan sokongan pengundi bukan Melayu dan tanpanya ia akan tetap menjadi parti pembangkang,'' katanya

Monday, November 09, 2009

Kenapa Tuan Ibrahim Menghentam Tok Guru Nik Aziz Dalam Seminar Tempohari?

Saya bersedih atas kenyataan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau melahirkan perasaan tidak puas hati kepada sebahagian ahli jemaah yang menggunakan blog. Secara otomatik, Tuan Ibrahim telah mengatakan bahawa Tok Guru Nik Aziz telah melakukan perkara yang tidak berakhlak jemaah.

Saya sedih kerana hak untuk menegur kepimpinan dan menegur perjalanan parti adalah hak yang diberi kepada kami oleh Allah SWT. Firman Allah SWT :
  • "110. Ye are the best of peoples, evolved for mankind, enjoining what is right, forbidding what is wrong, and believing in Allah. If only the People of the Book had faith, it were best for them: among them are some who have faith, but most of them are perverted transgressors."
Ayat diatas menyatakan bahawa kita adalah umat yang terbaik kerana kita menyuruh yang ma'aruf dan mencegah kemungkaran. Ertinya selagi Amar Ma'aruf Nahi Mungkar berjalan, maka kita akan terus dimuliakan oleh Allah SWT. Malahan, di Indonesia, disebabkan aktifnya Amar Ma'aruf dan Nahi Mungkar, Allah SWT menghalang berlakunya gempa di Jakarta.

Apa yang dilakukan oleh para blogger adalah semata-mata mencegah kemungkaran yang berlaku dalam jemaah supaya jemaah PAS sentiasa berada atas landasan Islam dan landasan dakwah. Tugas kami memastikan PAS tidak disalah gunakan untuk kepentingan peribadi beberapa orang pemimpin PAS.

Apakah Tindakan Tok Guru Salah Mengikut Syariat Islam?


Tuan Ibrahim dengan selamba menghentam Tok Guru Nik Aziz (walaupun tak sebut nama) kerana dalam posting terakhir Tok Guru, beberapa nama telah disebut. Maksudnya, Tuan Ibrahim kata Tok Guru ni tak ada akhlak jemaah kerana menggunakan jemaah dalam membicarakan hal ehwal parti?

Soalnya sekarang, mengapa ahli2 PAS tidak boleh membicarakan hal ehwal parti? Apabila undi, mahu kami mengundi PAS, Harakah nak suruh kita beli, demonstrasi nak kami ikut sekali, apabila ada ceramah mahu kami ikut sekali, apabila minta derma mahu kami bagi duit dsbnya.

Tapi apabila ahli dan penyokong bagi idea dan teguran, tak sedia pula menerima? Adakah itu adil?

Apa jenis pemimpin kalau teguran dari ahli bawah pun nak dilabel dengan berbagai-bagai label yang negatif. Tak ada akhlak jemaah la, tak ikut saluran la dsbnya.

Bayangkan orang yang lagi baik dari Tuan Ibrahim, namanya Saidina Umar RA telah disergah oleh seorang yang tidak dikenali dengan amaran bahwa sekiranya Saidina Umar RA menyeleweng, beliau akan ditegur dengan pedang. Saidina Umar menjawab dengan bersyukur kepada Allah SWT kerana ada yang masih berani menegur beliau dengan pedang.

Tapi, kalau Saidina Umar ni mengikut sunnah Tuan Ibrahim Tuan Man, nescaya Saidina Umar sudah memaki orang itu dan mengatakan orang itu tiada akhlak jemaah.

Kenapa Masa Hasan Ali Buat Perangai, Ustaz Tuan Ibrahim Senyap?

Saya hairan juga. masa Hssan Ali buat perangai, takda pun Dato Tuan Ibrahim bising. Tapi bila Tok Guru guna blog, tiba-tiba Tuan Ibrahim boleh menyerang dengan begitu hebat sekali.

Malahan, waktu pemimpin2 PAS berselingkuh dengan UMNO dalam gelap, Tuan Ibrahim senyap sunyi tak dengar pun suara beliau. Tapi, bila ahli dan penyokong menegur parti menggunakan blog, itu yang cuba dicegah oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ada komen dari Blog Bongkar Sauh :
Antara Teguran Tuan Ibrahim Dengan Contoh Tauladan Tok Guru Nik Aziz

Saya berpegang dengan contoh tauladan Tok Guru Nik Aziz sebab saya tahu dengan fakta bahawa Tok Guru lebih alim dan lebih memahami Islam berbanding Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dan ada nas yang jelas menyokong tindakan Tok Guru dalam bentuk ijma’ Sahabi berbanding dengan teguran Tuan Ibrahim sendiri yang tiada nas yang jelas.

Seterusnya, janganlah dihalang kebebasan menegur dan bersuara dalam jemaah. Yang dipentingkan adalah hujjah bukan sentimen. Kenyataan Tuan Ibrahim mengarah kepada menjadikan PAS seperti UMNO yang langsung tidak mengizinkan kebebasan bersuara.

Hasilnya, golongan yang jahat dan berkepentingan serta berduit mengambil alih UMNO dan kerosakan UMNO sudah tidak dapat dibetulkan lagi.

Nak Tegur Ikut Saluran. Tapi Saluran Apa?

Itu juga diperkatakan oleh Tuan Ibrahim. Namun semua orang tahu, bahawa dalam PAS sekiranya mengikut saluran biasanya pendapat serta pernyataan kita tidak lama akan hilang.

Lebih teruk lagi macam apa yang terjadi pada Khalid Samad dan Saari Sungip. Apabila menegur ikut saluran, mereka terpecat dari Dewan Harian PAS Negeri.

Blog menjadi medan meluahkan perasaan serta menyalurkan maklumat pada ahli2 dan penyokong PAS kerana saluran bersuara dalam PAS amat sempit. Dan 90% dari biasa suara ahli akan hilang begitu sahaja. Biasanya hanya apabila PAS kalah pilihanraya baru orang nampak teguran2 yang telah dibuat. Misal yang paling besar adalah PAS Terengganu sebelum PRU 2004.

Kalau tidak kerana blog dan saluran berita alternatif, nescaya PAS sekarang sudah pun menjadi komponen Barisan Nasional.

Saya minta Tuan Ibrahim Tuan Man kembali kepada Sunnah para Sahabat yang jelas baik untuk PAS dan Islam. Kalau tiada apa yang hendak dilindungi, kenapa takut dengan pendedahan bloggers?

Kalau Nabi SAW masih hidup sekarang ini, nescaya Nabi SAW tidak akan membuat teguran seperti mana yang telah dibuat oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.

Wallahualam

Tulang Besi

Monday, June 15, 2009

Presiden PAS Tidak Wala’ Pada Mursyidul Am?

Sepanjang hujung minggu ini saya terus menerus memimikrkan isu ini dengan mendalam. Begi saya, ini adalah satu perkembangan yang sangat-sangat menyedihkan.

Ahli-ahli PAS dimomokkan supaya sentiasa memberi wala’ kepada kepimpinan. Malahan, orang seperti saya ini telah dilabel sebagai seorang yang tidak memberi wala’ kepada kepimpinan.

Saya adalah produk tarbiyyah PAS. BEzanya, saya mula ditarbiyyah sebelum geng2 Terengganu mengmbil alih silibus tarbiyyah. Zaman saya, kami ditarbiyyah untuk memberi wala’ pada Allah dan Rasul.

Di zaman sekarang, pemuda-pemuda PAS ditarbiyyah untuk memberi wala’ kepada kepimpinan tanpa menyoal samada wala’ mereka itu sah atau tidak. Dengan kata lain, pemuda-pemuda PAS dilatih menjadi robot dan mengikut segala titah perintah kepimpinan tanpa soal.

Para ustaz2 muda lulusan Azhar digunakan sepenuhnya untuk tujuan membasuh otak ini. MEreka dihantar ke cawangan2 PAS untuk membasuh otak ahli supaya memberi ketaatan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan.

Apabila ada yang menyoal, mereka ini akan terus dilabel tidak memberi wala’ kepada kepimpinan. Sahabat saya, Ahmad Mokhtaza yang dulu pernah satu usrah dengan saya pun menuduh saya tidak memberi wala’ pada Presiden.

Malangnya, kata-kata wala’ ini tidak terpakai pula kepada Presiden parti yang baru2 ini jelas menolak mentah-mentah arahan Mursyidul Am PAS Pusat. Antara misal penolakan arahan Mursyidul Am adalah:

1. Memberhentikan perundingan dengan UMNO
2. Menghentikan idea kerajaan perpaduan
3. Membuang Mustafa Ali dari Harakah
4. Melantik Mat Sabu dan Husam Musa dalam Dewan Harian PAS Pusat dan banyak lagi.

Presiden lebih memberi wala’ pada Mustafa Ali dan Harun Taib serta geng Terengganu beliau. Geng yang sama yang telah bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Terengganu telah diberi kekuasaan penuh dalam Dewan Harian PAS Pusat.

Dengan kata lain, Mursyidul Am telah dilayan sebagai tunggul oleh Presiden dan geng Terengganu. Padahal, Mursyidul Am adalah sebab utama PAS naik ke tahap yang begitu tinggi sekarang ini dan bukannya geng Terengganu.

Dalam hal perlantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pula, ada seorang pengkomen telah memberi komen:

“AnonymousAnonymous said...

zaman arwah ustz fadzil - teranngg2 setuju kalo BA menang ANNWAR PM -termaktub semasa kempen.. even if PAS menang kerusi banyak pun Anwar PM..
kenapa arwah TG FADZIL noor bole terima anwaar - ahli pas terima..
TAPI sekakrang zaman hadi banyak sangat keraguan itu ini..Mursyidul AM nampak gaya takda masalah Anwar jd PM

ahli jemaah ikut TAAT kata mursyidul AM -dia pemimpin tertinggi.. bukan yg lain2 tu..

June 13, 2009 10:18 PM”

Selagi PResiden tak bagi wala’ pada Mursyidul Am, mengapa saya sebagai ahli biasa mesti bagi wala’ pada Presiden?

Sila jawab soalan penting ini

Tulang Besi

# ahli : 253812

Friday, June 12, 2009

Apabila Pembohong Menjadi SU Agung PAS - malaysiakini

Perlantikan Mustafa Ali sebagai SU Agung amat amat menyedihkan saya. Mengapa? Kerana dimanakah maruah Parti Islam seperti PAS meletakkan orang yang pernah berbohong kepada AJK PAS Pusat berkenaan berjumpa dengan UMNO dalam gelap.

Bila dilihat kembali tahun lepas sewaktu khabar-khabar angin bertiup berkenaan berlakunya perjumpaan dalam gelap, Mustafa Ali menafikan keterlibatan beliau. Malahan, Ustaz Nasa juga menafikan. (seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini di http://www.malaysiakini.com/news/85088).

Ini telah memaksa Mahfudz Omar menarik balik kenyataan beliau yang pada mulanya menafikan berlakunya perjumpaan antara UMNO dan PAS.( http://www.malaysiakini.com/news/86862).

Ini bererti berlaku pembohongan yang jelas oleh mereka yang terlibat dalam perjumpaan dalam gelap bersama UMNO dan PAS. Ini juga bererti perjumpaan itu adalah “salah” dari sudut prosedur dan peraturan PAS serta niat perjumpaan juga adalah salah. Kalau tidak mengapa perlu berbohong?

Dengan kata lain, perjumpaan dalam gelap tersebut adalah perjumpaan yang berniat jahat dan bertujuan jahat. Itulah sebabnya sehingga hari ini Mursyidul Am menentang segala usaha yang dilakukan untuk merapatkan PAS dengan UMNO i.e. cadangan Kerajaan Perpaduan.

Rakyat Amerika yang Kafir Menolak Pimpinan Mereka yang Berbohong

Richard Nixon terpaksa meletak jawatan sebagai Presiden Amerika kerana terlibat skandal Watergate. Hakikatnya, beliau dipersalahkan bukan kerana terlibat dalam skandal tersebut, tetapi kerana telah berbohong kepada rakyat Amerika tentang keterlibatan beliau dalam isu tersebut.

Gary Hart terpaksa menarik diri dari menjadi calon Demokrat menentang G. Bush Senior kerana beliau telah berbohong berkaitan skandal seks beliau.

Namun, Bill Clinton tidak perlu pula meletak jawatan sebagai Presiden Amerika kerana beliau telah mengaku dengan jelas akan keterlibatan beliau dalam skandal Monica Lewinsky.

Ini bererti, rakyat Amerika yang bukan Islam itu menunjukkan akhlak Islam yang lebih tinggi kerana menolak pimpinan2 mereka yang telah berbohong.

Perwakilan2 PAS pula telah menaikkan pimpinan2 mereka walaupun pimpinan itu terbukti berbohong.

Inikah dia akhlak Islami yang cuba ditunjukkan oleh PAS dan perwakilan-perwakilan PAS di seluruh Malaysia?

Bolehkah ahli-ahli PAS selepas ini mengatakan bahawa mereka membawa panji Islam apabila mereka terbukti mempunyai akhlak yang lebih rendah berbanding rakyat Amerika yang 90% bukan Islam?

Perlantikan Nasa dan Cikgu Pa membuktikan bahawa perwakilan2 PAS menerima amalan berbohong. Itulah masej yang telah dihantar kepada keseluruhan rakyat Malaysia dan rakyat dunia.

Bagaimanakah PAS hendak dipercayai lagi selepas ini? BAgaimanakah PAS hendak menyampaikan dakwah Islamiyyah mereka selepas ini?

Tulang Besi
____________________________________________________________________

Nasharuddin denies holding secret meetings with Najib Beh Lih Yi & Fauwaz Abdul Aziz | Jun 26, 08 1:28pm (http://www.malaysiakini.com/news/85088)
PAS deputy president Nasharuddin Mat Isa today denied holding secret meetings with Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak to discuss possible collaborations between PAS and Umno.
MCPX
He said he had not met Najib, also the Umno deputy president, in London or elsewhere - contrary to recent rumours that he has allegedly acted on personal capacity to talk to Umno leader and had been offered position.

"I was in London to attend a seminar on governance organised by the Commonwealth Parliamentary Association as a Malaysian Parliament representative.

"There was no meeting with the deputy prime minister in London or elsewhere," Nasharuddin, who is also the Bachok MP, told a press conference today at the Parliament lobby which was held to clarify the speculations.

"The reports in the mainstream media that I have held secret meetings with the deputy premier in London is irresponsible, unethical and (of) defamatory (nature)," he added.

Hadi: PAS aware of Umno's tactic

Nasharuddin also read out a one-page statement signed by party president Abdul Hadi Awang during the press conference, which among others, strongly ruled out a PAS-Umno collaboration.

"Any such allegation or proposal has been denied by PAS top leadership (as we) acknowledge our recent electoral victory represents the people's wish to see PAS to be with Pakatan Rakyat," read the statement.

The statement added that PAS was committed to strengthen Pakatan and argued that the speculation was part of the efforts to cause anxiety among opposition leaders.

"PAS is very much aware of why Umno or BN is using this tactic (as) they are in a situation dealing with numerous internal leadership crises and facing the people's anger over the rise of fuel prices and inflation," the statement added.

Asked on whether he agreed with any member-to-member level talk between Umno and PAS, Nasharuddin said that has been "ongoing" for a long time.

"You can see very obviously in Parliament or other public areas where our MPs do talk and communicate with any political organisation whether with Umno, MCA, MIC or political organisations from overseas, it's nothing new," he said.

He did not deny this unofficial talk was part of the efforts to get Umno members to defect to PAS.

"Talks and discussions can come in many topics, one of that could be (to get them to defect)," said Nasharuddin.

Also present at the press conference was PAS secretary-general Kamaruddin Jaffar, Youth chief Salahuddin Ayub and other PAS MPs.

Mustafa Ali also denies involvement

Nasharuddin's clarification today was said to be prompted by a number of PAS leaders who have urged him to clear the air openly at the party's central working committee meeting last night.

When asked, secretary-general Kamaruddin said the party's leadership last night decided that it wanted to "put the matter to rest".

Another PAS leader who was implicated in the secret talks with Umno, party strategist and veteran Mustafa Ali (photo: right), has also denied to Malaysiakini earlier that he was involved in the talks or that he had been offered any position.

A high-ranking PAS leader, who requested for anonymity and who was present at the central working committee last night, however said the matter of PAS-Umno collaboration was still being hotly debated among the top leadership.

According to him, the party president will be travelling to London soon to attend a conference involving other Islamic groups and would seek advice will be sought from an influential Islamic party ‘Muslim Brotherhood' regarding this subject.

The source said part of the reason that PAS was considering the possibility of working with Umno was triggered by PKR's ongoing attempt to get BN's Sabah and Sarawak party leaders - majority of whom are non-Muslims- to join Pakatan.

If that happens, it may ‘dilute' PAS' influence within the opposition alliance in relation to Malay-Islamic issues.

"As a major Islamic group, we have to consider all options," the source told Malaysiakini.

An evasive Najib

Meanwhile, Najib, when asked at a separate press conference held at the Parliament lobby today, appeared evasive to respond although he was pressed twice on the issue.

"I don't need to answer any question like that," he told reporters when asked on whether there was any talks between PAS and Umno.

Pressed on whether he ever met Nasharuddin overseas, the deputy premier ignored the question and turned to other journalists saying: "Any other question?"

There have been rumours in recent months that both Umno and PAS were stitching a secret deal in a move which would eventually see PAS being absorbed into BN.

The basis of such talks were said to be built on the grounds of strengthening the Malay unity and also to strengthen BN which is increasingly facing pressure from the Anwar Ibrahim-led Pakatan Rakyat.

PAS is presently an ally of PKR and together with DAP, formed the Pakatan Rakyat coalition which presently ruled five states.

The Pakatan coalition has also denied the BN its much savoured two-thirds majority in Parliament in the last general election.

Yesterday PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat reportedly said he would not be holding any meeting with Umno leaders to prevent fissures within PAS.

He said any negotiation with Umno would only disunite PAS because some members would not agree to it.

Nik Aziz had earlier told Malaysiakini that he was against a pact between PAS and Umno.
_____________________________________________________________________

Ada pemimpin sorok info PAS-Umno (http://www.malaysiakini.com/news/86862)

Jul 28, 08 5:35pm dikemaskini PAS bulan lalu menafikan wujudnya rundingan PAS-Umno kerana mereka yang terlibat dalam pertemuan sulit itu tidak memaklumkan kepada jawatankuasa pusat parti itu, kata ketua penerangannya Mahfuz Omar.

"Ia (penafian) adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS," katanya dalam satu surat terbuka memohon maaf kepada ahli dan penyokong parti itu.

"Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno."

Hasil maklumat yang tidak lengkap itu, PAS mengarahkan Mahfuz mengeluarkan kenyataan menafikan pertemuan dua parti itu pada 10 Jun.

Dalam kenyataan awalnya itu, Mahfuz "menafikan sekeras-kerasnya parti itu pernah mengadakan rundingan sulit dengan Umno" dan menyifatkan laporan laman web dan mesej SMS tentang pertemuan itu sebagai "fitnah".

Beliau berkata penyebaran berita seumpama itu sebagai "mainan politik politik dan perang saraf jahat" pihak media dan BN dalam usaha mereka untuk "pecah dan perintah Pakatan Rakyat".

Mahfuz juga berkata penyebaran itu bertujuan "menyuntik jarum kecurigaan dan kesangsian komponen parti Pakatan, rakyat dan pengundi terhadap PAS."

Dalam kenyataan panjang lapan perenggan hari ini, Mahfuz memohon maaf selepas dianggap "membohongi" ahli dan penyokong PAS sehingga menerima kritikan banyak pihak.

"Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti.

"Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas 'pembohongan' ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat," katanya.

Mahfuz menambah: "Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut.

"Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat."

Tambah ahli parlimen itu, kenyataannya bulan lepas "bukanlah atas sifat peribadi" tetapi dibuat "atas kapasiti sebagai ketua penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan beliau berbuat demikian."

Pendedahan Mahfuz ini bertentangan dengan kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang menyebut rundingan itu telah dimaklumkan kepada jawatankuasa pusat dan majlis syura ulama PAS.

"Berikutan itu majlis syura ulama PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam," kata Abdul Hadi, mengakui pendedahan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi 20 Julai lepas.

Abdullah membongkar pertemuan peringkat tertinggi melibatkan beliau sendiri dan Nasharuddin sebanyak tiga kali dalam rundingan dua parti itu, antaranya untuk perkongsian kuasa sejurus selepas keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Kenyataan Mahfuz ini membayangkan kemungkinan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tidak diberikan maklumat yang lengkap sehingga beliau minggu lalu menyokong "bersemuka" dengan pemimpin Umno - walaupun beberapa hari sebelum itu menggesa "muzakarah" PAS-Umno dihentikan.

Berikut kenyataan penuh "permohonan maaf" Mahfuz, yang juga ahli parlimen Pokok Sena:

Kepada,
Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.

Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas keterlanjuran ini.

Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat peribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai ketua penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian.

Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS.

Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.

Saya berharap individu terbabit dapat tampil ke hadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh presiden Umno baru-baru ini.

Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka.

Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS.

Lebih memeranjatkan lagi apabila "muzakarah" tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN.

Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.

Apabila bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama empat hari berturut-turut selepas pilihanraya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti.

Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu.

Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku.

Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara perdana menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.

Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut.

Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat.

Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti.

Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas "pembohongan" ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat.

Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor universiti tempatan yang telah mengingatkan bahawa "jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita".

Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.

Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia.

Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada.

Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang.

Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku.

Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.

Maafkanlah saya.

Sekian, wassalam.

Hj Mahfuz Hj Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat