Tuesday, May 20, 2008

UMNO - Un Mind National Organisation

Assalamualaikum...


Ketenangan tengahari Isnin ini disambut dengan berita yang agak meng"gempar"kan dari Mantan PM TDM.kenapa "agak menggemparkan?".kenapa tidak "gempar?"...memang tak gemparpun bagi aku berita penarikan diri TDM dari menganggotai UMNO.biase je...apa nak digemparkan?apa istimewanya TDM?siapa TDM?mantan PM?iyelah...mantan,bekas,X...tak de yang "siapa-siapa"nya TDM ni bagi aku...ramai lagi mantan-mantan itu-ini di Malaysia ni & bagi aku TDM hanya sebahagian dari mereka...sebahagian dari "mantan".

Tapi bagi UMNO dan sebahagian ahli fanatik/die hard fan/kipas susah mati berita ni bagaikan satu bom jangka yang maha kuat dan lebih kuat dari bom jenis C4 yang meletupkan mayat wanita Mongolia yang tidak dikenali oleh Najib.huru-hara sekalian pencacai UMNO,cukup huru-hara.bahkan blog MYKMU yang kuat menyokong TDM tak dapat diakses beberapa ketika selepas TDM mengumumkan berita tersebut...agaknya depa berkabung kot...lebih mengejutkan lagi,para forumist pro UMNO dalam yahoogroups pun seolah hilang kawalan diri apabila berita tersebut tersebar...boleh dikatakan hampir kesemua mereka bertindak meng"unsubscribe" dari group...pemimpin kesayangan keluar dari parti,pencacai pulak keluar dari groups...2-2 boleh dikatakan "bacul".kononnya hendak menentang musuh,tetapi mereka lari dari medan perang...2-2 punya pemikiran yang kurang cerdik.itulah UMNO dan pengikutnya...

Setelah 62 tahun(betul ke 62 tahun?)UMNO wujud,ternyata mereka masih kurang cerdik...bukan UMNO yang tak cerdik,tetapi ahli-ahli,pemimpin-peminpin & penyokong UMNO yang tak cerdik.memang cukup tak cerdik depa ni...apa nak dihairankan dengan pengunduran TDM dari UMNO?siapa TDM dalam UMNO?Presiden ka?Timb.Presiden ka?apa pangkat TDM dalam UMNO?sekadar ahli biasa.aku ulang balik - sekadar ahli biasa...lagi sekali - SEKADAR AHLI BIASA.ahli biasa pun boleh huru-harakan UMNO ke?sebab tu aku katakan UMNO kurang cerdik...tengok pada respon para pro UMNO macam parti UMNO dah tak wujud dah.cukup porak peranda UMNO dibuat seorang ahli biasa...lemahnya UMNO.

Rata-rata pemimpin UMNO pulak silih berganti berkokok-kokok,bersahut-sahutan meminta diadakan perbincangan antara mantan PM dengan PM...nak bincang apa lagi?kurang akal betul la depa ni.ada pulak yang bersedih...kononnya "kehilangan"...suka hati engkoranglah...

Yang paling tak cerdik sekali dalam UMNO ialah bila tradisi UMNO masih diteruskan sampai ke hari ini...tradisi apa tu?tradisi UMNO yang paling kurang cerdik dan yang membuatkan UMNO semakin lemah ialah bila pendapat dari golongan muda sering dipinggirkan.kalau ada antara pemuda yang agak lantang,cepat-cepat parang diasah setajam-tajamnya untuk memancung karier si pemuda.kalau ada antara orang bawahan yang dilihat punya aura yang kuat sikit dan berbakat besar,akan ditunjukkan jalan keluar dari UMNO.para veteran yang semakin hampir tarikh luputnya diagung-agungkan seperti Malaikat.itulah yang membuat UMNO sebagai Parti Kebangsaan Yang Kurang Cerdik!!!

Lihat pendekatan Pakatan Rakyat.dimana golongan muda?dibarisan hadapan.siapa yang memimpin Pakatan Rakyat?golongan muda kan?ini yang membezakan UMNO dengan Pakatan Rakyat.Ini yang membuat Pakatan Rakyat semakin dekat dengan kejayaan hari demi hari.siapa yang lebih faham akan kehendak rakyat zaman ini?pemuda atau veteran?

Tapi tak mengapalah...UMNO pun dah hampir kekuburan.teruskanlah ber"kurang cerdik" kerana kami sedang melihat UMNO melangkah lesu kekuburan politik.teruskan bertelagah sesama sendiri.hari pemilihan semakin hampir.cantas saja siapa yang dirasakan menggugat anda.wang bukan masalah bagi UMNO.taburlah sebanyak mungkin wang yang ada demi mencapai cita-cita anda.teruskan agenda UMNO anda sementara hayat masih ada.

Sementara itu Pakatan Rakyat sedang mendaki kepuncak kejayaan sambil memerhatikan UMNO perlahan-lahan tenggelam kedasar kuburan yang telah siap digali oleh para rakyat yang telah bangun dan telah keluar dari kepompong yang dicipta oleh UMNO sejak 50 tahun dulu...rakyat telah sedar...UMNO hanyalah sebuah Parti Kebangsaan Yang Kurang Cerdik.

UMNO - Un Mind National Organisation.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?