Assalamu'alaikum...
Kali ni saya tak peduli dah...depa nak panggil saya "penyangak" pun tak mengapa...sikit pun saya tak kisah...apa ada pada nama?hari ni bila baca laporan dari akhbar Sinar & laporan dari laman KLpos ada keserasian dari kenyataan ke2-2 ayam sabung dari UMNO...satu ayam lompat aka ayam pulang ke reban & satu lagi ayam jaguh tingkat 4 putrajaya aka anak babah.ke2-2nya berkokok dalam bunyi yang berlainan tapi dihujung nadanya sama!!!
Ayam pulang ke reban berbunyi begini ketika mengulas kemasukannya kembali kedalam reban - "ada usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bagi saya merupakan satu langkah signifikan untuk reform, tentang badan kehakiman, tentang rasuah. Jadi, selepas itu ada beberapa pegawai beliau dan pimpinan Umno minta pandangan saya dan saya nyatakan saya amat setuju dengan reform ini dan ini bagi saya fundamental dan signifikan dan saya yakin ini sebenarnya membuka ruang kepada proses reform dalam negara"....begitu bunyinya menurut kenyataannya semalam...
Tapi dihujung nadanya pada laporan akhbar Sinar Harian hari ni bernada begini - "Mahu dedah kepincangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu demi memastikan perubahan dapat dilakukan dan menyerlahkan kebenaran"...itu nada ayam pulang ke reban...topiknya Anwar...
Anak Babah pula berbunyi begini - "Saya ingin menyatakan bahawa saya langsung tidak terlibat dengan permohonan Saudara Ezam untuk menjadi ahli UMNO semula. Walaupun saya kenal beliau, saya tidak mainkan pernanan malah tidak tahu menahu tentang "kemasukan" semula beliau dalam UMNO. Tapi bagi sesetengah pihak, tidak ada perkara yang saya tidak tahu di Malaysia dan semua kejadian adalah kerja saya. Kalau ada hujan petir atau ribut taufan, itu pun dikatakan kerja KJ!
Saya faham penafian saya ini tidak cukup untuk memuaskan kaki spekulasi (penyangak) politik. Pada mereka, siasah tanahair lebih menarik jika benar saya adalah "mastermind" dan Saudara Ezam merupakan hadiah kuda yang akan membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk semula dalam UMNO"...ada penafian tu...tapi macam biasalah...kita sedia maklum.kalau ada penafian tu,kira macam betul la...sejarah telah mengajar kita...
Tapi yang seronok sekali dihujung kenyataan tu nadanya begini - "Malang sekali mereka tidak mengenali saya. Bagi saya, Dato' Seri Anwar sudah tersimpang jauh dari perjuangan kebangsaan yang tulen. Beliau tidak akan dapat apa-apa sokongan malah simpati dari saya. Jika kemasukkan Saudara Ezam bertujuan untuk memenuhi strategi hadiah kuda Trojan, saya adalah orang pertama yang akan membakar kuda tersebut"...diakhirnya nada Anak Babah sama dengan nada ayam pulang ke reban...Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akhirnya menjadi topik.
Ada keserasian dalam nada ke2-2 ayam sabung UMNO.walaupun dilihat agak berhati-hati namun jelas serangannya jelas & terus kepada DSAI.ini menguatkan lagi spekulasi "penyangak" macam saya bahawa antara Ezam & KJ ada agenda,perancangan & persefahaman tersendiri yang amat sulit untuk kita fahami demi mencapai matlamat masing-masing.apa yang jelas ke2-2 ayam sabung tersebut amat takutkan bayangan DSAI sehingga tak dapat melupakan nama DSAI didalam mana-mana kenyataan masing-masing.
Kami para "penyangak" akan terus memerhati & berspekulasi...pada ke2-2 ayam sabung UMNO kami nak ingatkan - jangan sesekali tersilap langkah,kadangkala langkah anda terkandas melalui pemerhatian kami!Gelanggang sabung kami x sama dengan gelanggang anda!
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?