Sunday, June 15, 2008

Air Asia & airasiana.

Assalamu'alaikum...

Selepas tarikh 13hb.jun,2008 berbagai berita tentang perhimpunan awal menentang kenaikan harga minyak dilaporkan disana-sini dari utara hingga keselatan berbagai bantahan awal dapat kita perhatikan oleh rakyat marhaen yang tidak berpuas hati dengan kenaikan harga bahan bakar tersebut.dalam media cyber lebih meriah lagi tidak seperti media perdana yang masih segan hendak melaporkan berita-berita benar tersebut beserta dengan bukti bergambar.

Dalam kebanyakan laporan perhimpunan yang diadakan,saya amat tertarik dengan 1 artikel dari laman web Tranungkite Online.artikel bertajuk
Perjuangan rakyat tercatat di Muadzam Shah hasil laporan jinbukitridan amat biasa sahaja sebenatnya dengan laporan ringkas perhimpunan dan beberapa gambar sebagai bukti laporan yang benar.apa yang menarik pada artikel tersebut ialah pada ruangan komen pembaca...

Komen pertama dari pembaca yang menggunakan nick airasiana berbunyi begini :
Jangan biarkan harga diri anda jatuh akibat perhimpunan haram sebegini.Harga minyak tidak akan jatuh jika anda memekik di tempat awam atau ditepi-tepi jalan...sebaliknya maruah anda dan tahap keselamatan diri anda semua akan jatuh di paras paling rendah dan anda semua akan tanggung akibatnya..Biarlah badut-badut parti pembangkang itu hendak buat sarkis...anda tak perlu ikut serta...tengok aje dari jauh dan jaga keselamatan dan kehormatan diri anda...Hak anda sebagai rakyat malaysia tetap ada tetapi mestilah ikut prosedur yang betul dan tertib bukanya cara tak tentu hala sebegini...Hakikatnya ada orang yang cuba ambil kesempatan dari harga minyak ini menanam rasa kebencian terhadap kerajaan untuk kepentingan parti politik murahan mereka...Adakah mereka fikirkan keselamatan diri anda ketika mereka buat perhimpinan haram ini??

saya sebagai rakyat malaysia yang patuh pada undang-undang negara, akan membuat lapuran polis terhadap setiap perhimpunan haram sebegini demi keselamatan orang ramai. Saya harap pihak polis akan berada di hadapan rumah badut-badut sarkis ini seawal 6 pagi untuk tindakan lanjut dan tegas...Insaflah!!

Apa yang menarik?saya suka pada penggunaan beberapa ayat seperti :

1 - Harga diri jatuh akibat perhimpunan awam.
2 - Harga minyak tidak akan jatuh jika memekik ditempat awam atau tepi-tepi jalan.
3 - Maruah & tahap keselamatan akan jatuh pada "paras" paling rendah
4 - Tanggung akibatnya
5 - "Badut-badut" parti pembangkang.
6 - Tengok dari jauh,jaga keselamatan & kehormatan diri.
7 - Hak sebagai rakyat ada,tetapi ikut prosedur cara tertib.
8 - Ada "orang" mengambil kesempatan menanam rasa benci pada KERA jaan.
9 - Kepentingan parti politik murahan.
10 - Akan membuat laporan polis demi "keselamatan" orang ramai.
11 - Badut-badut sarkis.

Kenapa perlu saya listkan patah-patah ayat tersebut?

Kerana saya perhatikan ayat-ayat tersebut amat sinonim dengan seorang "tokoh tingkat 4".saya banyak mengikuti sessi ceramah "tokoh" tersebut didalam laman YouTube dan pembaca juga boleh menangkap siapakah "tokoh" yang saya maksudkan...apakah "dia" pun sudah menjadi peminat TKO?

Tinggalkan tentang "dia"...tak perlu ulas panjang-panjang..."airasiana" topik utama kita...apa kene mengenanya "harga diri" dengan perhimpunan?maruah & keselamatan akan "jatuh pada tahap paling rendah"...wah...lawak abad ini...rupanya maruah & keselamatan pun ada bacaan meternya dan ada pula tahap-tahapnya ye?macam meter graf ekonomi pulak...hebat lawak yang ini.

Yang lain-lain tu saya tak mahu ulas lagi sebab rasanya dah teruk tersimpul taliperut saya & rakan-rakan yang membaca komen dari "airasiana"...airasiana & air asia,cukup rapat nama tu ye..?rupanya ditingkat 4 pun ada juga peminat TKO...

Akhir kata dari "airasiana" -
saya sebagai rakyat malaysia yang patuh pada undang-undang negara, akan membuat lapuran polis terhadap setiap perhimpunan haram sebegini demi keselamatan orang ramai. Saya harap pihak polis akan berada di hadapan rumah badut-badut sarkis ini seawal 6 pagi untuk tindakan lanjut dan tegas......

Ini bahagian yang paling seronok sekali...saya harap lepas ni "airasiana" akan bersedia untuk pergi kesemua balai-balai polis di seluruh Malaysia sebagai tanda keprihatinan anda & demi membuktikan kata-kata anda "
akan membuat lapuran polis terhadap setiap perhimpunan haram sebegini demi keselamatan orang ramai.laporkan setiap perhimpunan & jangan satu pun terlepas dari laporan anda!rasanya anda mampu!

*untuk airasiana - sempat ke hang nak kumpul alamat para demonstrator 1 persatu?hang kan nak
pihak polis berada di hadapan rumah badut-badut sarkis ini seawal 6 pagi untuk tindakan lanjut dan tegas...... kalau ada 1juta demonstrator camane ye?x pe...usaha tangga kejayaan,tak kene cara anda jadi bangang!

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?