Assalamu'alaikum...
Sah!!!Sah parti Un Mind Nasional Organisation menipu rakyat Malaysia sekali lagi...Sah sebutir Malaysia kena tipu hidup-hidup buat kesekian kalinya...Sah pak-pak Menteri dari Parti Barang Naik memperbodohkan rakyat-rakyat Malaysia yang mengundi parti Barang Naik masa PRU12 hari tu.Sah kome semua bodoh sebab undi Parti Barang Naik.Sah Parti Barang Naik sinonim dengan namanya Barang Naik.
Sah dalam akhbar semalam Datuk Shahrir cakap harga petrol mungkin naik bulan Ogos.Sah Menteri rambut putih tu menipu hangit!
2-3 hari lagi Sah!!!paling kurang pun 1 bulan Sah harga barangan keperluan juga akan melambung naik sesuai dengan kenaikan harga minyak dan Sah beban hidup kita selama ini akan makin bertambah.isu beras pun belum selesai & kini tak sampai sebulan kita dibebani lagi dengan kenaikan harga minyak yang akan menjanjikan kenaikan bukan saja barangan keperluan tetapi juga semua yang berkaitan.pengangkutan awam jangan kita lupa.pendek kata selepas hari ini,perbelanjaan kita akan meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 40% dari jumlah asal.
Ini bukan khabar angin tapi inilah yang akan berlaku dalam masa terdekat ini.mana mungkin harga minyak naik tetapi harga barangan lain dapat dikekalkan sedangkan kos semuanya meningkat lebih-lebih lagi penghantaran.lojistik...
Apa lagi akal para menteri parti Barang Naik selepas ini.kita tidak menafikan kenaikan harga minyak dunia.itu kita faham,tetapi tidak adakah penyelesaian yang lebih baik untuk mengatasinya?mengikut kenyataan Shahrir sebelum ini,harga minyak dijangka naik pada bulan Ogos...praktikalnya ialah biarkan ianya berlaku pada bulan Ogos seperti yang dijelaskan terdahulu.yang naik tetap akan naik tetapi kerajaan seolah tidak memberi peluang untuk rakyat mengolah semula perbelanjaan harian dengan kenaikan yang begitu mendadak.
Kita ambil yang positif.harga minyak akan naik pada bulan Ogos.jadinya kita sebagai pengguna masih berpeluang untuk menyusun semula perbelanjaan harian kita sebelum kenaikan.rakyat punya masa sekurang-kurangnya 2 bulan untuk menyusun belanja harian sebelum kenaikan harga berlaku.apa yang berlaku sekarang ialah,kerajaan mengambil langkah drastik tanpa memberi peluang kepada rakyat untuk survive...
Perbelanjaan bulan ini sudah diatur dengan kemas oleh kita sebaik mendapat gaji tetapi tiba-tiba kita dikejutkan dengan kenaikan secara drastik.saya percaya ramai rakyat yang belanjanya hanya "cukup-cukup makan" ketika ini terkesima kerana setelah berbelanja mengikut bajet yang telah disusun,kini terpaksa menanggung beban lebihan perbelanjaan berikutan kenaikan secara drastik.ini amat tidak praktikal & boleh dikatakan Amat Zalim.
Kenapa pak pak menteri didalam kerajaan tidak pernah terfikir akan perkara ini?kita seringkali dinasihatkan agar bijak berbelanja tetapi apa yang dapat kita lakukan jika seringkali kita tidak diberi peluang untuk menyusun perbelanjaan kita?tak mustahil ada antara rakyat Malaysia pada bulan ini akan membuka "buku hutang" yang baru & tak mustahil adanya antara mereka yang akan menghadapi masalah rumahtangga berikutan kenaikan sara hidup.
Tetapi kerajaan yang "prihatin" ini tidak akan peduli akan masalah rakyatnya.saya terfikir berbagai perkara...adakah kerajaan Barang Naik "membalas dendam" berikutan kekalahannya di 5 negeri dalam PRU12 tempohari?entahlah...saya hanya pandai perspekulasi tetapi saya tidak tahu membaca apa yang ada didalam kepala otak pak-pak menteri Barang Naik...
Buatlah sesuka hati kamu kerana kamu yang memegang kuasa.
Ada yang pernah menyindir sinis kononnya kerajaan PR menghadiahkan "Kandang Babi Skala Besar" kepada para pengundinya di Selangor.tetapi kita fikir kesannya... - lebih baik mendapat kandang babi yang tak perlu kita bayar tetapi dapat menjamin kehidupan yang lebih berkualiti dari mendapat Hadiah Kenaikan Harga Minyak yang pastinya akan membawa kepada kenaikan lain-lain harga barangan keperluan yang harganya kita bayar dengan wang poket kita sendiri dan juga amat membebankan kita......
Tahniah Para Pengundi Parti Barang Naik.anda bijak membawa "perubahan"...Tahniah.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?